Waiver tu sebut “mati” tiga kali kat muka surat pertama jer.
Kira merbahayalah, senang kata. Siapa yang ‘berani’ ambil pakej ni? Memperkenalkan jutawan Pakistan Shahzada Dawood dan juga anaknya, Suleman.
Mereka pergi bersama Hamish Harding... juga hartawan.
Kenderaan mereka dikenali Paul-Henry Nargeolet dan Stockton Rush.
Mereka meninggalkan Newfoundland, Canada, pada 16 Jun, naik kapal MV Polar Prince.
18 Jun, operasi diving dibuat. Kenderaan selam tu bernama Titan. Kira ikut plan, Titan bawa ‘pelancong’ ke Titanic.
Setiap 15 minit, Titan akan berkomunikasi dengan Polar Prince. 9 pagi turun. Tapi 11:47 pagi, komunikasi terhenti.
Orang kat kapal Polar Prince bimbang. Mereka biar dulu sebab Titan kena naik balik pada 6:10 pm.
Malangnya, tak naik langsung. Dari sini yang pihak berkuasa—
—mula terlibat.
Jadi kelima-lima orang dalam senarai tu kira terperangkap dalam lautan ni.
Ada beberapa kemungkinan. Pertama sekali, hanya peralatan komunikasi jer rosak. Bermakna Titan boleh bergerak macam biasa.
Tapi dah berhari-hari ni, boleh tolak dah teori ni.
Kena consider teori ada masalah kat sistem ballast. Titan tak boleh nak terapung balik.
Ketiga, Titan mungkin rosak. Dan keempat, Titan dah bersepai kat laut dalam. Kalau teori keempat ni terjadi, semua penumpang kira dah pergi buat selamanya.
Niat nak pergi tengok Titanic sekarang dah boleh jadi Titanic II. Susah dah.
Ini contoh keadaan kat dalam.
Bila jadi macam ni, mulalah orang korek-mengorak. Rupanya sejak tahun 2018 lagi, Titan ni dah ada masalah.
Tahun lalu, Titan terputus hubungan dengan kapal induk.
Jadi ni bukan first time.
Tak lupa juga, Titan dituduh mempunyai controller $30 daripada Logitech untuk kawal.
Ni tak ambil kira faktor keralatan yang mana enjin Titan dipasang terbalik... dan masalah-masalah bateri yang berbangkit.
Apabila kita tengok isu-isu macam ni,—
—nampak sangat ni accident waiting to happen.
Dan sekarang dah jadi potential accident. Buat masa ni, memanglah pihak SAR sedang anggap misi mereka ni rescue... bukan recovery.
Tapi Titan tu tak besar. Mereka hanya ada sampai 22 Jun saja.
Apa jadi selepas tu?
Ikut kiraan pakar, oksigen dalam Titan akan habis pada 22 Jun. Lepas tu, semua akan diisytihar meninggal dunia.
Semangat mereka naik lepas dengar sesuatu pada 20 Jun.
Dengar apa?
Okay, Canada ada hantar CP-140 Aurora ni. Kapal ni ada teknologi sonar.
Dengan menggunakan sonar, mereka ‘terdengar’ bunyi ketukan dari dasar laut.
Bagi mereka, bunyi ni tak normal. Ya, data sedang dianalisis. Ya, ada potensi ni bunyi entah apa-apa.
Tapi buat masa ni, pihak SAR consider ni bunyi dari kenderaan selam.
Cuma itulah, ni dah serupa cari kutu kat tengah-tengah padang.
Satu kenderaan selam yang dah rosak. Belum tentu ada lampu. Saiz kawasan SAR tu besar lagi banding saiz negeri Perak.
Memang susah. Silap-silap tak jumpa terus kang.
Buat masa ni, dah banyak negara hantar kapal untuk bantu misi pencarian. Cuma yang terlibat sekarang hanya Amerika dan Canada.
Kapal-kapal dari negara-negara Eropah belum sampai lagi. Cuaca pun boleh tahan mencabar dengan ombak serba kuat.
Time is ticking. Tak lama dah!
Saya nak bagitau, naskhah PUTIN: TSAR MODEN RUSIA tinggal lima saja kat tangan.
Habis ni, kira habis dah naskhah berautograf. Jemput beli kat shope.ee/5fIXSr85TM
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Nama saya Ahmad Faezal, penulis isu geopolitik dan sejarah ekonomi. Setiap hari saya sediakan thread untuk kongsi ilmu secara percuma.
Kalau minat bacaan gini, jemput follow. Ada banyak kisah menanti korang.
Ada sebab kenapa demokrasi Barat tak apply pada Rusia.
Pertama sekali, politik Rusia tak pernah dapat platform untuk berevolusi secara semulajadi. Apa yang diamalkan tsar terdahulu sekadar dapat rebranding dengan nama republik.
Kalau tengok kaedah kepimpinan Joseph Stalin misalnya, jelas dan nyata nampak unsur-unsur monarki.
Sebab sekarang ni, normalisasi dah nampak bayang. Ya. Arab Saudi dan Israel ada potensi dah.
Kalau ikut perkembangan ni, percaturan normalisasi ni sedang dibuat Antony Blinken... selaku Setiausaha Negara Amerika Syarikat (serupa Menteri Luar Negeri).
Dia bertemu dengan Muhammad bin Salman... kemudian berhubung dengan Benjamin Netanyahu di Israel.