The Patriots Profile picture
Jul 19 9 tweets 4 min read Twitter logo Read on Twitter
“Macam Mana Orang Cina Cipta Kertas?”

Kalau kita baca sejarah dunia, orang dah mula kertas sejak zaman Mesir Purba lagi, di mana diorang guna kertas papyrus. Tapi yang ni dikira masih primitif. Tamadun pertama yang buat kertas sebenar datang dari tamadun Cina. Image
Sebelum kami mulakan thread ringkas berkenaan dengan bagaimana kertas mula dicipta di Tamadun Cina, kami nak ajak semua untuk beli buku kami, KITAB TAMADUN CINA yang ditulis oleh saudara @AymanRashdanW. Anda boleh beli di: https://t.co/Ls1heziFdHbit.ly/kitabtamadunci…
Image
Kisah macam mana diorang jumpa cara ni agak menarik sebenarnya. Ia bermula dengan masalah kertas di tamadun Cina sekitar abad ke – 2 Masihi. Masa tu diorang tulis atas sutera dan papan buluh, tapi dua ni ada masalah. Image
Sutera ni mahal dan buluh pulak berat. Jadi, ada sida kerajaan dinasti Han masa tu bernama Cai Lun cuba cari jalan lain. Dia jumpa cara ni bila dia guna kulit kayu pokok mullberry, pokok yang sama daun dia ulat sutera suka makan. Image
Dia siat dan rebus kulit kayu pokok mullberry, henyak dengan sisa serat pokok ganja dan sisa jaring ikan. Campuran benda benda ni kemudian diskirinkan atas penapis dan dikeringkan menjadi kertas. Image
Lepas Cai Lun perkenalkan kertas ni pada maharaja Han, terus deme ni kena puji dan teknik ni mula tersebar ke satu empayar. Pada masa yang sama, kerajaan Cina rahsiakan teknik ni daripada kerajaan lain supaya diorang dapat kawal monopoli dagangan kertas. Image
Sampailah berlakunya pertempuran Talas antara Dinasti Tang dan kerajaan Islam Abbasiyah, dan kerajaan Abbasiyah menang pertempuran itu. Hasilnya, Dinasti Tang terpaksa transfer teknologi kertas kepada Abbasiyyah, dan seterusnya ialah sejarah. Image
Kemasukan kertas ke kerajaan Islam mencetuskan Zaman Keemasan Islam, apabila ilmu-ilmu senang dicatat dek penciptaan buku. Buku pula tersebar luas, dalam kuantiti banyak, membentuk institut ilmu, perpustakaan. Dari sini, kertas mula tersebar ke seluruh dunia termasuklah Eropah! Image
Sejarah Cina ni penuh dengan penciptaan teknologi teknologi agung seperti kertas. Kalau korang nak baca benda apa lagi deme cipta sampai satu dunia pakai, boleh dapatkan buku KITAB TAMADUN CINA di: https://t.co/qgMVpqm1iibit.ly/kitabtamadunci…
Image

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with The Patriots

The Patriots Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @thepatriotsasia

Jul 11
“Kopi Pernah Diharamkan Dalam Islam.”

Hukum asal bagi setiap sesuatu adalah harus, selagi tiada dalil yang mengharamkannya. Tahukah korang, kopi pernah diharamkan suatu masa dahulu? Apa yang buatkan ulama pernah haramkan kopi suatu masa dulu?
Hukum hakam kopi dikaji ulama daripada dalil alQuran dan sunnah Nabi. Kenali Nabi Muhammad yang tercinta dalam Muhammad: Dakwah dan Diplomasi. Dapatkan di https://t.co/5XbesSKoq4bit.ly/MuhammadSAWDD
Alkisahnya, mazhab Maliki pernah memilih pandangan kopi itu haram. Alasannya? Sebab mengkhayalkan. Ironic jugak pasal mazhab Maliki yang paling terbuka bab makan minum ni. Umat Islam kat afrika ramai Maliki, senang diorang boleh sebat singa dan buaya.
Read 11 tweets
Jul 7
"Budak budak kerja 12 jam sehari semasa Revolusi Industri Pertama!"

Impak paling besar Revolusi Industri Pertama (IR 1) ialah dia bantu hapuskan sistem perhambaan, jadi kiranya benda ni bagus lah. Yang tak bagusnya, perhambaan jenis baru pulak muncul.
Kami nak bagitahu beberapa jam sahaja lagi, JUALAN 7.7 di Shopee akan berakhir, anda boleh buat pembelian buku-buku kami di pautan: https://t.co/9y3oPINwcdbit.ly/bukupatriots
Masa zaman Revolusi Industri Pertama, semua orang dari latarbelakang kelas rendah perlu bekerja di kilang selama 12 jam selama 6 hari seminggu. KWSP, union apa semua tu takde pun.
Read 11 tweets
Jun 30
"Kisah Paus Yang Mengganas Zaman Nabi."

Masa zaman nabi dulu, ada paus mengganas dekat laut Rom! Nabi lahir pada tahun 570 Masihi, tapi sekitar abad yang sama, ada seekor paus bernama Porphyrios ni buat maharaja Rom sakit kepala setiap hari.
Kami nak bagitahu yang hari ini merupakan hari terakhir JUALAN PASCA PBAKL. Kami takut yang anda akan terlepas buku-buku kami, dengan harga diskaun! Cepat dapatkan di Shopee kami di: https://t.co/sfDPFefNPfbit.ly/bukupatriots
Nama paus tu ialah Porphyrus, bersempena gergasi Porphyrion yang berperang terhadap dewa dewa Yunani. Nama tu diberikan oleh kelasi kapal Rom yang gerun dengan paus tu. Tapi tu lah, benda apa yang paus tu buat sampai semua orang Rom gerun dengan dia.
Read 11 tweets
Jun 23
"Bagaimana Titanic Di Temui Semula?"

Kita semua tahu yang apa yang terjadi pada kenderaan selam Titan adalah kerana ingin membawa pelancong jutawan untuk melihat sendiri bangkai Titanic di dasar laut. Tetapi siapa sebenarnya yang menemui bangkai Titanic ini?
Sebelum kami mulakan bebenang ini, kami nak bagitathu tinggal 7 hari sahaja lagi sebelum JUALAN PASCA PBAKL tamat. Diskaun setinggi 30 peratus. Boleh buat pembelian di: https://t.co/4LF0VcpbCnbit.ly/bukupatriots
Selepas Titanic karam, waris mangsa yang terlibat bersepakat untuk menaikkan kembali kapal tersebut. Sebilangan ahli keluarga ternama seperti Astor, Widener dan Guggeinheim menubuhkan satu konsortium untuk melaksanakan projek ini.
Read 25 tweets
Jun 22
"Mencari Mendam Berahi."

Sebaik melihat replika Flor de la Mar yang menjadi sebahagian daripada Muzium Samudera di Melaka, perkara pertama yang muncul dalam kepala ialah dah tak ada kapal anak bangsa Melayu kita yang nak dibina? Kenapa kapal penjajah?
Sebelum kami mulakan bebenang ringkas berkenaan MENDAM BERAHI, kami nak cadangkan anda beli novel sejarah kami, MENCARI MENDAM BERAHI tulisan saudara @ilhammazalan, kalau anda dahagakan fantasi sejarah terbaik! Beli di: https://t.co/0IUKv6QZ4ybit.ly/MendamBerahi
Barangkali pemilihan pilih Flor de la Mar, kononnya nak orang Melayu tahu ada bangsa lain lagi maju dan patut belajar dengan mereka. Hakikatnya, Melayu lagi maju bab perkapalan dari dulu lagi dengan contoh terbaik ialah kapal ghali Kesultanan Melayu Melaka (KMM), Mendam Berahi.
Read 15 tweets
Jun 21
"Hampir Semua Orang Korea Takde Bau Badan?"

Kebanyakan orang Korea takde masalah bau badan. Diorang tak perlukan deodoran walaupun buat aktiviti yang lasak. Ini sebenarnya kajian sains tau, bukan saje-saje kami tulis.
Sebelum kami mula lebih lanjut, kalau anda peminat trivia pasal Korea, kami nak cadangkan buku kami KITAB TAMADUN KOREA yang dah boleh dibeli di Shopee kami. Beli di: https://t.co/4fCDjIZjfRbit.ly/kitabtamadunko…
Seperti idola-idola K-pop korang, diorang tak risau pun kalau berpeluh semasa menari, berlari-lari atas pentas, sebab peluh diorang tak hasilkan bau yang tak menyenangkan dan menyengat.

Kenapa boleh jadi macam ni?
Read 9 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Don't want to be a Premium member but still want to support us?

Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal

Or Donate anonymously using crypto!

Ethereum

0xfe58350B80634f60Fa6Dc149a72b4DFbc17D341E copy

Bitcoin

3ATGMxNzCUFzxpMCHL5sWSt4DVtS8UqXpi copy

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!

:(