Seorang penuntut ilmu. Masih berusaha menjadi orang yang bermanfaat. Doakan saya dan tegur saya andai saya buat salah.
Dec 19, 2021 • 34 tweets • 7 min read
"Tempat kau kena musibah sebab dosa korang banyak.."
Sebenarnya, kita bukan tuhan. Kita tak tahu kenapa Allah timpakan satu ujian untuk sesuatu tempat. Boleh jadi Allah nak naikkan darjat, nak beri pahala dan sebagainya.
So, jangan sedap mulut hukum melulu macam tu.
Thread.
Allah Maha Tahu dan Maha Bijaksana. Setiap ujian yang Allah timpakan, ada sebab yang hanya Dia sahaja yang tahu.
Secara umum, ada beberapa sebab kenapa Allah uji/timpakan musibah untuk seseorang.
Jun 19, 2021 • 66 tweets • 12 min read
Pernah tak kita dah bertaubat, tapi jatuh dalam dosa yang sama, berkali-kali?
Adakah taubat kita itu sia-sia? Adakah orang sebegini layak mendapat pengampunan dan syurga Allah?🥺
Ini adalah thread.
Sebelum saya mula, saya nak beritahu bahawa, insyaAllah 25 JUN jam 10 pagi, saya akan buka PRE ORDER untuk 2 buku terbaru saya bertajuk:
"INI SEMUA MITOS" & "SAAT KIAMAT MENGHAMPIRI".
Dan, ahad 20 jun jam 9pm, saya akan buka VIP WAITING LIST. Saya akan maklumkan nanti🥰🤲
Jun 18, 2021 • 11 tweets • 3 min read
"Tak boleh campur makanan laut dan darat dalam satu lauk. Nabi larang!"
Korang pernah dengar tak benda ni?
Persoalannya, betul ke Nabi larang?
Ini adalah thread.
Sebenarnya sahabat sekalian, tiada sebarang ayat Al-Quran atau hadis pun yang melarang perbuatan mencampurkan makanan laut dan darat. Sebab tu perkataan “nabi larang” itu adalah satu kemitosan.
Jun 16, 2021 • 35 tweets • 7 min read
Pernah dengar tak orang kata:
"Hawa adalah punca Nabi Adam makan buah khuldi!"
Persoalannya, betul ke kisah tersebut?🤔
Ini adalah thread.
Sebelum saya mulakan thread, saya nak bagitahu, insyaAllah 25 JUN ini, jam 10 pagi, saya akan buka PRE ORDER 2 buku baru saya bertajuk "INI SEMUA MITOS" & "SAAT KIAMAT MENGHAMPIRI".
InsyaAllah saya akan maklumkan dari hari ke hari☺️
May 13, 2021 • 19 tweets • 3 min read
"Betul ke kalau palestin menang lawan yahudi kali ini, maksudnya kiamat dah dekat??"
Ini adalah thread.
Sekarang ni adalah musim orang ramai bermain sentimen dan ramalan tentang hari Kiamat. Sesiapa yang pandai mengaitkan teori konspirasi dengan isu semasa akan dipandang hebat.
Ramai sangat DM saya tanya benda ni.
Sebab tu saya perlu explain.
Mar 24, 2021 • 62 tweets • 11 min read
Boleh ke lelaki menegur aurat wanita ajnabi?
Hangat diperkatakan ttg isu ini. Cuma izinkan saya memberi pandangan dlm hal ini berdasarkan apa yg saya bljr dari murabbi saya.
Jika ada salah silap, tegurlah saya. Apapun, tgok video ini dulu & BACALAH THREAD ini smp habis☺️
Bismillah.
Seperti biasa, dalam thread-thread saya sebelum ni, saya akan ulas dengan ketengahkan noktah-noktah penting, supaya tiada siapa yang miss point dan dengan harapan kita sama-sama dapat jelas dalam hal ini, insyaAllah.
Nov 27, 2020 • 57 tweets • 9 min read
Kes "pendakwah" yang didakwa merogol ni, ada beberapa benda yang kita sama-sama boleh belejar. Kes tu siapa betul siapa salah, kita doakan Allah tunjukkan kebenaran.
Tapi, apa pengajaran yang kita boleh ambil?
Saya kongsikan beberapa noktah.
1) Noktah pertama, IKUT PERINTAH ALLAH, PASTI SELAMAT.
Dalam hal ini, saya nak umumkan isu, yang mana kes rogol di Malaysia meningkat setiap tahun, yang mana, purata dari 1500 hingga 3000 kes setahun. Itu rogol.
Zina pula? Kes anak luar nikah yang didaftarkan, purat 50,000 kes!
Jun 28, 2020 • 81 tweets • 15 min read
Viral isu rogol. Orang bergaduh sakan. Satu kumpulan salahkan perempuan sebagai punca. Satu lagi menyalahkan laki sebab tak tundukkan pandangan.
So, dari sudut apa kita perlu melihat isu ni sebenarnya?
Ini adalah thread. Jom baca sampai habis.
Saya nak kongsikan isu ini kepada beberapa noktah.
1. Kes rogol. Perogol salah atau mangsa rogol?
2. Apa punca kepada kes rogol atau zina ni makin hari makin berleluasa?
3. Apa tindakan yang perlu kita buat untuk cegah isu ini dari terus menular?
Kalau aku suruh kau cari semut, susah tak nak cari? Susah la jugak. Semut ni, kadang-kadang ada kat celah-celah, dan sebagainya.
Feb 21, 2020 • 48 tweets • 7 min read
Sekarang ni, ramai org bincang, boleh tak kita BERCINTA SEBELUM NIKAH ni?
Saya akan kongsikan pendapat2 ULAMA' tentang perkara ini.
Islam ini agama yg menyeluruh. Sehingga bab cinta, maruah, harga diri dan perasaan pun ada panduannya☺️
Jom ikuti thread ini.
#AdninBERCERITA
Sebelum apa2, saya nak tegaskan, dalam hidup ini, kita x boleh jadikan pengalaman peribadi atau pengalaman org lain sebagai DALIL & kayu ukur KEBENARAN.
Sebab setiap orang pengalamannya berbeza2.
Tapi lihatlah apa panduan yg Alquran, sunnah serta ijtihad ulama' telah gariskan.
Feb 10, 2020 • 21 tweets • 4 min read
Kematian Allahyarham Syed Umar Mukhtar atau dikenali sebagai Abam Bocey, sangat2 dicemburui.
Begitu ramai yg hadir dalam sesi solat jenazah beliau, dan amat ramai orang mendoakan keampunan untuknya, & menceritakan kebaikan2nya.
Apakah amalan beliau yang boleh kita contohi?
1. Beliau BANYAK BERSEDEKAH.
Dia banyak bantu keluarga dia. Tolong adik beradik dia kahwin. Bantu dan sedekah pada anak-anak yatim. Itu amalan yang cukup hebat!
Feb 4, 2020 • 11 tweets • 2 min read
Tadi, ada seorang pelajar tanya saya satu soalan yang agak menarik untuk saya kongsi di sini. Dia tanya saya:
"Kalau kita buat dosa contohnya tengok video lucah, adakah Allah terima ibadah yang kita buat seperti solat dan lain-lain?"
🤔
#AdninBERCERITA
Baik. Secara ringkas saya nak jawab, asasnya, segala ibadah yang kita buat kerana Allah, Allah terima dan kita akan dapat pahala.
Manakala, segala maksiat yang kita buat, kita akan dapat dosa. Itu asas yang kita perlu faham☺️
Feb 2, 2020 • 48 tweets • 8 min read
Kesian pelajar PEREMPUAN ni, menjadi MANGSA pada seorang LELAKI durjana tak guna, yang lebih memilih untuk ikut nafsu, berbanding wahyu.
Ini KISAH BENAR. Seorang perempuan meluahkan masalahnya di emel saya.
#AdninBERCERITA #IniThreadADNIN
Sebelum saya mulakan cerita ni, saya nak bagitau, bukan tujuan saya untuk mengaibkan sesiapa. Saya akan rahsiakan nama, dan saya ajak korang semua untuk jadikan kisah ini sebagai pengajaran. Supaya kita tak terperangkap dan terjerat dalam situasi yang sama.