Inche gabbana Profile picture
Dulu tulis buku. Sekarang bantu orang dapatkan plan takaful. Masih Inche gabbana yang dulu. Bumi berputar, tapi kaki masih berpijak di atasnya kan? 😊
Oct 30, 2023 7 tweets 1 min read
“Alah takyah la nak sibuk boikot bagai. Boikot bermusim ni, hangat-hangat tahi ayam je! Muka tu jugak nanti yang terpaling awal drive thru Setabak!”

I beg to differ.

Sebenarnya, boikot bermusim ni lagi berkesan daripada boikot jangka masa panjang.

Kenapa? Dalam ekonomi, ada satu konsep yg disebut sbg keanjalan (elasticity).

Semakin anjal permintaan bagi sesuatu barang tu, maka semakin signifikan kesan kepada pengeluaran (supply).

Memandangkan barangan yg dianjurkan untuk diboikot ada banyak alternatif, maka ia dikira sbg anjal.
Jun 25, 2023 10 tweets 2 min read
Apabila saya membaca ni, saya teringat sebuah kisah yang pernah saya baca.

Ia berlaku di zaman Nabi Sulaiman AS. Kisahnya kurang lebih begini:

(Disclaimer: Saya tidak tahu kesahihan kisah ini. Boleh jadi ia adalah satu rekaan, boleh jadi ia adalah kisah Israiliyat dan.. Image …boleh jadi juga ia mmg sahih. Apa pun statusnya, iAllah ada pengajarannya.

Suatu hari malaikat maut datang berjumpa dgn Nabi Sulaiman AS. Dalam pertemuan itu, ada seorg lelaki yang turut bersama. Malaikat maut berasa hairan dan lama merenung lelaki itu sebelum berlalu pergi.
Jul 20, 2020 22 tweets 5 min read
KUASA DHUHA DAN DOA

Saya nak kongsikan satu cerita. Cuma saya tak pastilah anda akan percaya atau tidak, kerana saya sendiri jujurnya susah nak percaya. Sumpah tak tipu.

Kerana cerita ini betul-betul ajaib dan luar biasa.

Anda nak dengar? Betul?

Baiklah. Anda yang mengikuti saya pasti tahu yang saya antara yang terkesan dari aspek ekonomi kan?

Hujung Mac yang lepas, saya sudah lagi tidak dibayar gaji kerana syarikat tempat saya bekerja - sebuah start-up - tidak mampu untuk membayar gaji dek terkesan dengan PKP.
Apr 29, 2020 4 tweets 2 min read
Rupa-rupanya banyak sangat hikmah yang Allah tunjukkan apabila kita menyambut Ramadhan semasa PKP ni.

Rupa-rupanya Allah nak kita makan yang simple-simple je masa berbuka.

Rupa-rupanya Allah tak nak kita membazir membeli juadah berbuka. Rupa-rupanya Allah nak kita luangkan lebih banyak masa, bersilaturrahim dengan keluarga.

Rupa-rupanya Allah nak para suami lebih banyak membantu sang isteri di dapur.

Rupa-rupanya Allah nak suruh kita tak payah rushing nak pergi terawih.
Apr 28, 2020 7 tweets 3 min read
Tips utk kekal produktif di bulan Ramadhan:

1. Jangan terus tidur selepas solat Subuh. Anda akan rasa ‘sebu’ lepas bangun dan ia akan buat anda kepenatan sepanjang hari.

2. Jangan bertangguh buat kerja-kerja rumah seperti mengvakum, mengemop dan sebagainya. Buat ketika masih.. ..bertenaga di waktu pagi. Tunggu tengah hari/petang baru nak buat, alamatnya esoklah baru buat. Haha.

3. Jangan overwork untuk poin (2) sebab nanti anda akan terbungkang keletihan sepanjang hari. 😅

4. Isilah masa-masa kosong yang ada dengan bacaan al-Quran. Jangan biarkan..
Apr 25, 2020 4 tweets 1 min read
Apa yang menghalang seorang ibu/ayah mencuri-curi makan ketika menyuap anaknya di bulan Ramadhan ini?

TAQWA.

Apa yang menghalang seseorang untuk ke dapur dan meneguk air Ribena sejuk ketika tiada siapa yang melihat di bulan Ramadhan dan sewaktu PKP ini?

TAQWA. Apa yang menghalang daripada sepasang suami isteri bersetubuh di siang hari di bulan Ramadhan ini?

TAQWA.

Apa yang menghalang kita daripada membawang, menghamburkan kata-kata kesat dan mengumpat, baik dengan mulut atau tangan sepanjang bulan Ramadhan ini?

TAQWA.
Feb 11, 2020 5 tweets 1 min read
Hari ni buka FB dan Twitter, banyak orang kongsi kebaikan dan kelebihan arwah Abam Bocey semasa hayatnya di dunia.

Lantas saya teringat satu hadith yang agak panjang.

Dari Anas bin Malik RA katanya: "Ketika satu jenazah diiringi, orang ramai memuji jenazah tersebut sebagai.. orang baik iaitu semasa hidupnya, maka Nabi SAW pun bersabda mengenainya: "Wajib, wajib, wajib." Lalu datang pula iringan jenazah yang kedua, orang ramai mengutuk mengenai jenazah tersebut sebagai orang yang jahat semasa hidupnya. Nabi s.a.w pun bersabda: "Wajib, wajib, wajib."
May 25, 2018 14 tweets 3 min read
'Umar al-Khattab syahid ditikam oleh seorang Majusi bernama Fairuz (atau Abu Lu'lu'ah) ketika beliau sedang mengimamkan solat Subuh bersama para sahabat.

Ini kisah 'Umar.

#inithread Ketika bangkit dari rukuk rakaat kedua, Fairuz melompat dari tempat persembunyiannya dan menikam 'Umar di perut dengan sebilah pisau bermata dua. 'Umar serta-merta pengsan selepas ditikam.
May 4, 2018 8 tweets 2 min read
Alhamdulillah tadi Allah beri kesempatan untuk bersolat di Masjid Sultan, Jalan Arab, Singapura. 😇

Ketika sedang mendirikan saf selepas iqamah, saya memandang ke belakang dan...

#inithread
#khabardarisingapura
#businesstrip ...ternampak seorang brader ni yang penuh tatu pada tangan dan lehernya. Ofkos la saya terkejut sekejap. Tapi kagum pada masa yang sama.

Ketika dalam tahiyyat akhir, saya perasan brader sebelah saya pon ada tatu di tangannya. 😳

Wow ok.
Feb 22, 2018 20 tweets 5 min read
Ini ialah perkongsian tentang siapa itu Malcolm X dan apa yang diperjuangkannya.

#iniadalahthread
#kisahpejuangIslam
#biografitokohIslam Malcolm X dilahirkan pada 19 Mei, 1925 di Omaha, Nebraska, Amerika. Beliau merupakan anak keempat dari lapan orang adik-beradik kepada pasangan Encik Earl Little dan Puan Louise Little.
Sep 6, 2017 20 tweets 2 min read
Suatu hari, khalifah 'Umar al-Khattab terdengar seorang lelaki berdoa, "Wahai Allah, jadikanlah aku termasuk dari orang-orang yang sedikit." 'Umar berasa pelik dengan ungkapan ini lantas bertanya, "Doa apa yang engkau panjatkan ini?"

Lelaki itu menjawab, "Aku pernah mendengar..."