Zunita Ramli Profile picture
A Malaysian in Japan. Love to write, travel & skincare enthusiast.

Aug 13, 2021, 24 tweets

Sedar tak sedar, dah 10 tahun kejadian tsunami dasyat yang melanda Jepun satu ketika dulu yang meragut lebih 18,000 nyawa.

Tapi ramai masih confuse apa yang berlaku di Fukushima ni sebenarnya, gempa bumi? tsunami?nuklear?

THREAD

#CatatanZunitaDiJepun
#SpecialEditionFukushima

1. Yes, it was a triple disaster.
Gempa bumi, tsunami dan nuklear, ketiga-tiga insiden itu yang berlaku sekaligus di Fukushima. Dasyat kan?

2. Pada 11 March 2011, satu gempa bumi bermagnitud 9.0 telah berlaku. Gempa bumi ni sangat dasyat sampaikan paksi bumi beralih sedikit dan menyebabkan tsunami setinggi 15 meter menghempas kawasan perairan dari Iwate, hingga ke Ibaraki sejauh 500km panjang.

3. Yang menjadi isu besar apabila tsunami dasyat ni melanda perairan Fukushima - atau lebih tepat Fukushima Daiichi Nuclear Plant, iaitu tempat penjanaan tenaga dari nuklear.

4. Tsunami dasyat ni menyebabkan sistem penyejukan tangki nuklear terpadam (cooling system shut down), dan benda ni menyebabkan rod nuklear sangat-sangat panas mula mencair (nuclear meltdown) dan.. boom!

5. Letupan hidrogen berlaku. Tangki 1,2,3 rosak. Radioaktif mula terbebas ke udara dan berlakunya pencemaran radioaktif di udara.

6. Penduduk sekitar digesa tinggalkan kediaman serta-merta dalam 5km radius pada hari kejadian dan diperluaskan kepada 20km radius dari tempat letupan nuklear pada keesokan harinya.

7. Ikut statistik, lebih kurang 160,000 penduduk yang tinggal di dalam dan luar Fukushima telah berpindah keluar pada 2012, setahun selepas insiden itu.

8. Dengan rasa ingin tahu yang tinggi, saya sendiri pergi ke Fukushima. Saya nak tengok sendiri keadaan di sana selepas 10 tahun, apa yang kerajaan Jepun dah buat dan tinjau sendiri keadaan sebenar penduduk di sana.

9. Saya juga telah masuk ke kawasan yang teruk terjejas dengan insiden ini termasuk kawasan “red zone”.

10. Tour saya bermula di Odaka, iaitu kawasan hijau.

11. Kawasan-kawasan yang terjejas dilabelkan dengan 3 warna, hijau, oren dan merah. Buat masa ni, hanya kawasan hijau dan oren saja boleh tinggal dan kawasan merah hanya boleh masuk pada waktu siang saja (tak boleh bermalam).

12. Okay sebelum ramai yang tanya, tak bahaya ke terdedah dengan radiasi dekat kawasan ni?

13. Saya ke Fukushima dengan official tour. Di sepanjang tour saya, memang tour guide saya sentiasa buka bacaan Geiger di telefonnya untuk monitor bacaan radiasi di tempat tersebut.

14. Secara totalnya, saya terdedah kurang dari paras bahaya sebab tak berapa lama di tempat yang tinggi radiasi tersebut.

15. Sejak dibuka kembali pada umum, hanya lebih kurang 43,000 penduduk saja kembali ke rumah mereka di Fukushima. Kebanyakan mereka dah settle down dekat tempat lain, dah bina kehidupan di tempat lain. Jadi boleh bayangkan lah betapa banyak rumah-rumah kosong dekat kawasan ni.

16. Rumah-rumah yang memang tuan dia dah tak nak boleh diminta untuk dirobohkan dan kos untuk merobohkan rumah ni akan ditanggung sepenuhnya oleh TEPCO dan kerajaan tempatan.

17. Bahan binaan rumah ni juga dianggap sebagai bahan yang tercemar dan akan disimpan di lokasi tertentu mengikut tahap radiasi. Sebab tu kos nak robohkan rumah juga tinggi.

18. Tanah-tanah di kawasan terjejas juga dicemari dengan sisa radioaktif. Masa awal-awal kejadian dulu, memang lansung tak boleh tanam apa-apa pun waima bunga.

19. Banyak tanaman terpaksa dilupuskan dan petani pun agak struggle juga. Tapi lepas 8-9 tahun, keadaan makin okay, tambahan dengan usaha Kementerian Alam Sekitar (Ministry of Environment) buang lapisan tanah atas yang terjejas.

20. Sebab tu masa Olimpik haritu, bouquet bunga yang ditanam dekat Fukushima atau lebih tepat bunga yang ditanam di Namie (kawasan merah) digunakan.. ia bagi menandakan sinar baru untuk pertanian di Fukushima ni.

21. But it’s easier said than done. Stigma masih kuat, waima bunga pun orang takut nak pegang. Hm.

22. Tanah-tanah yang terjejas ni dikumpul di kawasan tertentu, memang dah terlampau banyak dah tanah tu. Saya sendiri tengok dan tak tahu macam mana kerajaan Jepun nak buat untuk lupuskan tanah tu,

23. atau mereka nak biarkan saja untuk tempoh 30 tahun lagi sebab bahan radioaktif utama yang dapat dikesan masa letupan tu adalah Cesium 137 yang mana separuh hayatnya (half life) adalah 15 tahun.

24. Alamak sedar tak sedar dah terlampau panjang post ni. Rasanya saya kena sambung Part 2 untuk journey saya di Fukushima ni. Stay tuned!

.
#CatatanZunitaDiJepun
#SpecialEditionFukushima

p/s: Special thanks to Real Fukushima (tour@real-fukushima.com) especially Karin for the tour.

p/ss: Just piece of appreciation, saya nak bagi ebook 10 Tips Kecantikan Semasa PKP nak beri PERCUMA saja. Siapa nak, boleh dapatkan di sini ya: bit.ly/2VPSOx0

Share this Scrolly Tale with your friends.

A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.

Keep scrolling