Zunita Ramli Profile picture
Aug 13, 2021 24 tweets 7 min read Read on X
Sedar tak sedar, dah 10 tahun kejadian tsunami dasyat yang melanda Jepun satu ketika dulu yang meragut lebih 18,000 nyawa.

Tapi ramai masih confuse apa yang berlaku di Fukushima ni sebenarnya, gempa bumi? tsunami?nuklear?

THREAD

#CatatanZunitaDiJepun
#SpecialEditionFukushima Image
1. Yes, it was a triple disaster.
Gempa bumi, tsunami dan nuklear, ketiga-tiga insiden itu yang berlaku sekaligus di Fukushima. Dasyat kan?
2. Pada 11 March 2011, satu gempa bumi bermagnitud 9.0 telah berlaku. Gempa bumi ni sangat dasyat sampaikan paksi bumi beralih sedikit dan menyebabkan tsunami setinggi 15 meter menghempas kawasan perairan dari Iwate, hingga ke Ibaraki sejauh 500km panjang. Image
3. Yang menjadi isu besar apabila tsunami dasyat ni melanda perairan Fukushima - atau lebih tepat Fukushima Daiichi Nuclear Plant, iaitu tempat penjanaan tenaga dari nuklear. Image
4. Tsunami dasyat ni menyebabkan sistem penyejukan tangki nuklear terpadam (cooling system shut down), dan benda ni menyebabkan rod nuklear sangat-sangat panas mula mencair (nuclear meltdown) dan.. boom!
5. Letupan hidrogen berlaku. Tangki 1,2,3 rosak. Radioaktif mula terbebas ke udara dan berlakunya pencemaran radioaktif di udara. Image
6. Penduduk sekitar digesa tinggalkan kediaman serta-merta dalam 5km radius pada hari kejadian dan diperluaskan kepada 20km radius dari tempat letupan nuklear pada keesokan harinya.
7. Ikut statistik, lebih kurang 160,000 penduduk yang tinggal di dalam dan luar Fukushima telah berpindah keluar pada 2012, setahun selepas insiden itu.
8. Dengan rasa ingin tahu yang tinggi, saya sendiri pergi ke Fukushima. Saya nak tengok sendiri keadaan di sana selepas 10 tahun, apa yang kerajaan Jepun dah buat dan tinjau sendiri keadaan sebenar penduduk di sana. Image
9. Saya juga telah masuk ke kawasan yang teruk terjejas dengan insiden ini termasuk kawasan “red zone”.

10. Tour saya bermula di Odaka, iaitu kawasan hijau.
11. Kawasan-kawasan yang terjejas dilabelkan dengan 3 warna, hijau, oren dan merah. Buat masa ni, hanya kawasan hijau dan oren saja boleh tinggal dan kawasan merah hanya boleh masuk pada waktu siang saja (tak boleh bermalam). Image
12. Okay sebelum ramai yang tanya, tak bahaya ke terdedah dengan radiasi dekat kawasan ni?

13. Saya ke Fukushima dengan official tour. Di sepanjang tour saya, memang tour guide saya sentiasa buka bacaan Geiger di telefonnya untuk monitor bacaan radiasi di tempat tersebut. Image
14. Secara totalnya, saya terdedah kurang dari paras bahaya sebab tak berapa lama di tempat yang tinggi radiasi tersebut. Image
15. Sejak dibuka kembali pada umum, hanya lebih kurang 43,000 penduduk saja kembali ke rumah mereka di Fukushima. Kebanyakan mereka dah settle down dekat tempat lain, dah bina kehidupan di tempat lain. Jadi boleh bayangkan lah betapa banyak rumah-rumah kosong dekat kawasan ni. ImageImageImageImage
16. Rumah-rumah yang memang tuan dia dah tak nak boleh diminta untuk dirobohkan dan kos untuk merobohkan rumah ni akan ditanggung sepenuhnya oleh TEPCO dan kerajaan tempatan. Image
17. Bahan binaan rumah ni juga dianggap sebagai bahan yang tercemar dan akan disimpan di lokasi tertentu mengikut tahap radiasi. Sebab tu kos nak robohkan rumah juga tinggi.
18. Tanah-tanah di kawasan terjejas juga dicemari dengan sisa radioaktif. Masa awal-awal kejadian dulu, memang lansung tak boleh tanam apa-apa pun waima bunga.
19. Banyak tanaman terpaksa dilupuskan dan petani pun agak struggle juga. Tapi lepas 8-9 tahun, keadaan makin okay, tambahan dengan usaha Kementerian Alam Sekitar (Ministry of Environment) buang lapisan tanah atas yang terjejas. Image
20. Sebab tu masa Olimpik haritu, bouquet bunga yang ditanam dekat Fukushima atau lebih tepat bunga yang ditanam di Namie (kawasan merah) digunakan.. ia bagi menandakan sinar baru untuk pertanian di Fukushima ni. Image
21. But it’s easier said than done. Stigma masih kuat, waima bunga pun orang takut nak pegang. Hm.
22. Tanah-tanah yang terjejas ni dikumpul di kawasan tertentu, memang dah terlampau banyak dah tanah tu. Saya sendiri tengok dan tak tahu macam mana kerajaan Jepun nak buat untuk lupuskan tanah tu,
23. atau mereka nak biarkan saja untuk tempoh 30 tahun lagi sebab bahan radioaktif utama yang dapat dikesan masa letupan tu adalah Cesium 137 yang mana separuh hayatnya (half life) adalah 15 tahun. Image
24. Alamak sedar tak sedar dah terlampau panjang post ni. Rasanya saya kena sambung Part 2 untuk journey saya di Fukushima ni. Stay tuned!

.
#CatatanZunitaDiJepun
#SpecialEditionFukushima
p/s: Special thanks to Real Fukushima (tour@real-fukushima.com) especially Karin for the tour.

p/ss: Just piece of appreciation, saya nak bagi ebook 10 Tips Kecantikan Semasa PKP nak beri PERCUMA saja. Siapa nak, boleh dapatkan di sini ya: bit.ly/2VPSOx0

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Zunita Ramli

Zunita Ramli Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @zunitaramli

Jul 30, 2021
Mungkin ada juga yang tak tahu Jepun menggunakan 100% hasil kitar semula untuk menghasilkan pingat Olimpik Tokyo 2020.

Rileks.
Bukan kitar semula sampah tu, tapi kitar semula telefon lama.

THREAD

.
#CatatanZunitaDiJepun
1. Jepun, adalah negara yang kurang sumber alam. Menjadi tuan rumah Olimpik bermakna, mereka memerlukan banyak sumber alam seperti emas, perak dan gangsa untuk buat pingat.

1 pingat emas Olimpik Tokyo 2020 mengandungi 6g emas dan 550g perak tulen misalnya.
2. Method kitar semula ini juga adalah salah satu inovasi Jepun dalam usaha “Green Technology” kitar semula bahan terpakai dan sekaligus menjimatkan sumber alam Jepun.
Read 8 tweets
Jul 14, 2021
Mungkin ada yang tak pernah tahu Jepun pernah ada undang-undang kejam iaitu Eugenic Protection Law (EPL) atau Undang-undang Perlindungan Eugenik.

Tapi tahu tak Eugenik ni apa?

THREAD

.
#CatatanZunitaDiJepun Image
Diasaskan oleh Sir Francis Galton pada tahun 1883, eugenik ni sebenarnya satu idea atau filosofi yang secara umumnya fokus untuk hasilkan generasi manusia yang lebih baik, tanpa cacat-cela lah kononnya.
Ini bermakna, trait manusia yang kurang baik akan dihapuskan dan tak akan diwariskan ke generasi seterusnya, termasuk skizofrenia, epilepsi, dan juga OKU fizikal seperti pekak, albino bahkan sindrom down pun termasuk dalam kriteria eugenik ni.

Jadi apa yang mereka buat? Image
Read 8 tweets
Dec 25, 2020
Bila saya tulis mengenai kebanyakan sekolah masih menggunakan papan hitam & kapur semalam, ada yang mengatakan bahaya kapur kerana boleh sebabkan penyakit dan sebagainya.

Benar.

THREAD

.
#CatatanZunitaDiJepun
Benar.
Penggunaan kapur boleh hasilkan banyak habuk dan ini akan menyebabkan masalah penyakit seperti asma, sakit mata dan sebagainya.

Tapi, itu dulu.
Yang kita katakan itu, teknologi kapur yang berpuluh tahun dahulu.
Industri penghasilan kapur tulis terutama di Jepun dah berkembang maju untuk hasilkan kapur tulis yang sangat berkualiti tinggi.

Pernah dengar pasal “Hagoromo”?
Hagoromo ni dikenali sebagai “Roll Royce” kapur tulis tau. Kenapa?
Read 8 tweets
Dec 24, 2020
Mungkin agak pelik, kenapa negara Jepun yang canggih dengan kemajuan gajet dan teknologi masih menggunakan papan hitam & kapur di kebanyakan banyak bilik darjah ?

THREAD

.
#CatatanZunitaDiJepun
“Bansho” atau ‘board-writing’ adalah teknik pengajaran Jepun yang dah diuji dan dikaji keberkesanannya dalam pengajaran sejak bertahun-tahun lamanya.

Jadi Jepun dah kaji penggunaan papan hitam dalam pembelajaran & diorang even ada perkataan khas untuk teknik tu - bansho .
1. Warna hijau di papan hitam memberi kesan tenang.

Dalam salah satu kajian yang dilakukan (Sankyuu 2015), warna hijau di papan hitam memberi kesan tenang (calming effect) pada pelajar dan membolehkan mereka fokus dengan lebih efektif berbanding papan yang berwarna putih.
Read 9 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Don't want to be a Premium member but still want to support us?

Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal

Or Donate anonymously using crypto!

Ethereum

0xfe58350B80634f60Fa6Dc149a72b4DFbc17D341E copy

Bitcoin

3ATGMxNzCUFzxpMCHL5sWSt4DVtS8UqXpi copy

Thank you for your support!

Follow Us!

:(