Tajuk : Kawan ku Pysiko .
.
Thread : FB : Fiksyen Shasha
Post by : IG : Lawak.twitters Image
#FazAhmad

“Oh korang dah tahu ya baguslah. Tak payah aku nak berpura pura lagi dengan korang dah. Aku dah penat nak berlakon depan korang semua.”
Aku pandang Ijam dan Ijam pandang aku. Anep yang ada dekat belakang aku dah buat muka cuak. Si penakut ni dah mula tarik tarik baju aku. Pundi kencing yang dari tadi aku tahan makin seksa bila sampai kesudah aku tahankan.
Risau betul aku kalau masa ni aku terkencing dalam seluar lebih lebih lagi bila hadap si psiko yang tengah dok usha aku dengan yang lain ni. Saja dia bagi kami semua satu senyuman yang pada aku agak menyeramkan dan mampu buat segala bulu kat badan kau berdiri tegak!
Sungguhlah selama ni dia yang punya angkara?

INTRO :
Salam, Perkenalkan diri aku Faz dan aku bekerja di sebuah power plant yang tak perlu lah rasanya aku nak sebutkan dekat mana ya. Kang tak pasal pasal aku popular hehe.
Okay baiklah aku skip pasal diri aku dulu dan aku nak bercerita lanjut perihal apa yang terjadi dekat aku beberapa bulan yang lepas.

Pengalaman yang aku nak kongsi dengan korang adalah tentang dua orang kawan baik aku.
Kat sini nak bagi tahu kat korang lah ya jangan cepat buruk sangka dengan orang tanpa menyiasat terlebih dahulu dan jangan cepat menghukum orang membabi buta kelak kau termalu sendiri. Ini apa yang terjadi kepada aku dan kawan kawan aku yang lain iatu Ijam, Anep, Mika dan Hasan.
Kami berlima berkawan baik juga dengan dua orang lagi watak utama dalam pengalaman aku ini iatu Rashid dan Adam. Kisah aku ini adalah berkenaan dengan kawan aku ”psiko” .
Kami menyewa sebuah rumah teres yang mempunyai tiga buah bilik tidur. Sebelum ni kami hanya tinggal berenam tanpa adanya Adam lagi. Dua bulan selepas tu barulah Adam join kitaorang tinggal sebumbung. Maka bertujuhlah kami kesemuanya.
Aku,Mika, dan juga Rashid bekerja di plant yang sama. Adam orang baru dan kebetulan dia tanya ada bilik kosong yang mana mana kitaorang tahu tak? Disebabkan aku rasa Adam ni boleh masuk dengan aku dan dia tersangatlah peramah dan dia ni pun agak alim orangnya .
Aku tengok jadi aku tak keberatan langsung mempelawa dia menyewa bersama dengan kitaorang dan dia pun terus setuju lah kan ceritanya sebab katanya tak payah pening pening nak cari bilik sewa ke apa.
Aku pulak kira yang paling awal lah menyewa rumah sewa tu lepas beberapa minggu lepastu si Rashid dan Ijam pun join tinggal bersama dengan aku. Diikuti Mika, Anep dan seterusnya Hassan.
Dan aku akan ceritakan satu persatu watak yang ada kena mengena dengan pengalaman aku ni berdasarkan apa yang mereka ceritakan kembali kepada aku. Kalau tak paham gak lantak korang ler. Huhu.
Benda ni berlaku lepas dua bulan Adam menyewa kat rumah kitaorang.

”AKU” DALAM CERITA INI ADALAH MIKA.
Pagi tu aku nak buang sampah sebabnya aku yang terakhir bangun sebelum nak gerak pergi kerja. Macam kau pun tahu kan aku ni pembersih dan pengemas orangnya pantang aku rumah berselerak sikit memang mata aku sakit dibuatnya.
Nak harapkan kau Faz? Memang esok membawa ke lusa membawa ke minggu depanlah baik kau baik budak budak ni memang takde kesedaran sivik langsung bab bab nak menjaga keharmonian kita semua satu rumah. Kadang kadang sedih aku dengan korang ni huhu.
Tapi sebelum gerak nak buang sampah kat luar rumah ada satu hal yang menjadi kepantangan aku. Puas mencarut apa semua pagi tu. Tak pasal pasal tambah dosa pagi tu. Ini semua sebab boxer yang diletakkan kat tepi bilik air. Paling pelik boxer tu macam sengaja ditabur serbuk kunyit.
“Bodoh sial siapa punya kerja ni hanat!”

Sumpah aku menyirap pagi tu. Hari aku dimulakan dengan memaki hamun benda mengarut yang berlaku pagi ni. Nak tak nak terpaksa aku bersihkan benda bodoh ni.
Satu bilik air bau kunyit! Aku tahu siapa punya kerja ni memang makan penampar aku lah jawabnya!

Itu baru cerita kunyit di pagi hari. Belum lagi sampah yang aku nak angkut buang ke luar.
Bukan sampah kering ya tapi sampah basah! Kau tahu kan sampah basah tu maksudnya sampah yang meleleh dan berair tu.

Entah apa benda yang dibuangnya sampai lencun plastik sampah ni pun aku tak tahu.
Mengalahkan dah seminggu pulak sampah tu tak terusik. Disebabkan nak buang kena lalu depan ruang tamu maka aku kenalah double plastikkan sampah tersebut.

Semasa nak membungkus plastik sampah tersebut aku leraikan kembali ikatan plastik tersebut yang hampir terlerai dan
aku nak ikat matilah kan cerita dia. Bila je aku bukak sikit sampah tersebut maka terlihatlah aku bangkai bangkai serangga yang meloyakan tekak aku. Ini bukan sebarang serangga.
Nak tahu apa yang aku nampak? Aku nampak ada cicak yang perutnya terbelah dua! Bukan satu dua weh tapi berbelas berpuluh macam tu! Mengucap panjang aku pagi tu.
Tak cukup tu aku punya nak tahu sangat aku goncangkan plastik sampah tersebut dan ya bukan cicak je dalam tu je setan!! Ada lipas yang kepalanya dah dipancung barangkali, ada katak yang kakinya dah takde dari badannya dan tulang temulang yang aku tak tahu dari bangkai
apakah yang pasti rongga hidung aku memang tak dapat nak tahan dari terus bau benda pelik yang sikit lagi boleh buat aku kena kanser hidung!
Terkedu aku dengar cerita dari Mika perihal apa yang berlaku kat rumah sewa kitaorang pagi tu. Nasib kau lah Mika bukan aku yang kena. Mual tekak aku bila aku dengar pasal isi perut serangga tu bagai.
Betul ke apa yang Mika cerita ni? Kalau aku yang kena memang tak rajin nak bersihkan segala benda jijik tu semua. Aku pun apa lagi jadi peliklh kan sebab masa aku guna bilik air utama kat belakang tu takda lagi benda tu semua. Mungkin orang terakhir sebelum Mika yang punya kerja.
Aku tanya Mika siapa je yang tahu pasal ni.

Mika cakap dia baru cerita dekat aku sorang je. Tiba tiba aku jadi seram pula dengan rumah sewa tu. Tak pasal pasal rumah sewa tu yang aku takutkan. Hahaha. Bermula hal itu maka bermulalah kesangsian aku kepada semua budak budak ni.
Ada satu petang tu lepas balik lepak makan kat satu warung berhampiran rumah kitaorang aku dan lain lain kecuali Adam je tak dapat join kitaorang masatu sebab dia ada hal dengan family dia katanya.
Kitaorang balik bersaing bersama sama. Sampai je kat pintu utama Ijam bagi salam dan terus masuk ke dalam. Dan tiba tiba….

Dan tiba tiba Ijam mengamuk. Kita orang pun apa lagi menyerbu lah masuk cepat cepat nak tengok apa yang buat kan si Ijam tu mengamuk Sakan.
Terkejut beruk betul kitaorang dibuatnya bila tengok Ijam mengamuk sepak rak kasut sampai habis roboh dan berselerak kasut kasut tu. Dan apa yang membuatkan Ijam mengamuk adalah disebabkan….
“Bala apa lagi ni sial! Apa bangang sangat jadi orang ni! Celaka betullah! Siapa punya kerja lahanat sangat ni!”

Terkejut lah aku dgn yang lain lain bila nampak ada lipas mati yang sangatlah banyak dari pintu masuk membawa ke ruang tamu dn seterusnya berhenti kat satu bilik ni.
Bilik Anep, Mika dan Ijam.

“Memang barua anak haram!”

Weh sumpah celaka. Aku ikut Ijam masuk dalam dan guess what?

“Apahal lah sial kunyit kat merata rata dalam satu bilik ni! Ni apa benda ni b**i! (sambil angkat cadar yang seperti terkena calitan darah.)
Bukan darah banyak banyak macam tu tapi macam darah luka kat kaki ataupun macam kau lap ibu jari kau yang terluka kena paku something macam tu lah.
Mana tak mengamuk si Ijam sampaikan ke bilik tidur dia buat. Mengamuk sakanlah tiga manusia ketika itu iatu Ijam, Anep dan Mika. Aku, Hassan dan Rashid hanya memerhati dorang berdua. Masih tertanya tanya angkara siapakah yang berbuat begini.
Lepas je habis sesi bergotong royong petang tu malam tu kami berenam (masa ni Adam belum balik lagi.) duduk dekat ruang tamu. Masing masing diam seribu bahasa. Masih tak capai kata sepakat lagi masani.
Tak lama lepastu Adam balik. Dengar suara Adam bgi salam dan terus masuk ke dalam rumah sambil tu terperasan yang Adam terkumat kamit macam membaca sesuatu yang aku tak pasti apakah sebab tk dengar butir ayat tersebut tapi mmg boleh perasanlh yang Adam tu macam tgah baca sesuatu.
“Semua okay ke?”

Terbatuk batuk si Adam. Mungkin tak berapa sihat. Adam senyum. Dia senyum biasa. Macam tahu apa yang tengah berlaku sekarang ni.
“Kau ni memang bangsat kan! Kau punya kerja kan semua ni! Apahal hah dengan kau ni!”

Aku tengok Mika bangun dan terus meluru ke arah Adam dan cuba nak cekik budak Adam tu.
Apalagi menggelabah lah aku dengan yang lain cuba tenangkan si Mika yang memang kepala angin tu.
Lagi menggelabah sebab dia cuba nak cekik si budak Adam tu. Yang si Adam pulak tak melawan langsung.

“Kau ingat kau pakai jubah kau baik sangat ke hah setan! Sejak kau duduk pindah sini macam macam hal yang jadi kat aku dengan yang lain!”
“AKU” dalam cerita ini adalah Ijam.

Aku nak cerita pasal punca aku demam seminggu hari tu. Kau ingat tak Faz? Ini aku nak cerita dekat kau ya…
Rupanya bukan aku je sorang yang dah kena. Mika dan yang lain pun dah pernah terkena tapi sangat berlainan caranya yang kami kena. Cuma kau Faz je belum kena lagi. Kau jangan huhuhu sangat. Kang tak memasal kau yang kena lepas ni. Aku tak doakan aku cakapkan je.
Macam Mika dia kena benda yang menjijikkan sebab orang tu kenal dia sepenuhnya. Maksud aku orang tu tahu yang Mika ni sangat pembersih dan pantang sikit kalau rumah berselerak sikit pun inikan pulak kena benda kotor satu rumah macam tu kan.
Memang dia dah boleh jadi adik Hulk lah ceritanya.

Yang aku ni pulak agak penakut orangnya. Dan manusia tersebut tahu macam mana nak kenakan aku. Macam ni cerita dia ada satu malam tu aku terpaksa stay dekat office siapkan kerja last minute dan aku balik agak lewat malam tu.
Tak sebelum ni aku memang dh biasa balik lambat sebab jarak ke tempat kerja dalam 15mnt mcm tu je tapi satu hari ni je takde luck. Macam haram rasa malam tu. Esoknya aku tak pergi kerja seminggu sebab demam dn sebab terkejut dan tk dpt terima kenyataan dengan apa yang aku nampak.
Dalam jam 10 lebih macam tu. Aku drive macam biasa hinggalah sampai satu tahap ni tetibe mengantuk yang teramat. Aku tahankn lagi dan besarkn volume radio bagi mata ni segar sikit katanya. Hampeh. Tak jalan jugak. Nak tak nak aku terpaksa gagahkan dan lawankan jelah mata aku ni.
Semasa aku nak masuk satu selekoh ni tiba tiba aku terdengar macam ada satu benda keras yang jatuh betul betul kat atas kereta aku dan lebih tepat macam nak mengenai kepala aku lah pulak.
Dia punya berderau masa tu terus mata aku yang dari tadi punyalah mengantuk jadi segar bugar kembali. (Takut punya pasal. Hehe.)

Tak habis lagi der. Aku masatu tak fikir kemungkinan besar bola ke guli ke takpun selipar ke yang jatuh atas kereta aku .
(Macam bangang kan boleh pulak bola,guli ke apa jatuh atas kereta aku.) Masatu aku cuma fikir mung…mungkin ada hantu atas bumbung kereta aku kot?!

Macam celaka ke tak apa yang aku fikir tu?
Banyak banyak benda yang mungkin boleh hempap bumbung kereta aku kan, benda tu jugak yang aku boleh terfikirkan.

Mungkin sebab mulut celaka aku ni lah aku boleh nampak batang hidung dia.
Lagi Jilake sempat lak aku nak tengok dia ada batang hidung ke tak ek. Beberapa minit lepas aku dengar macam benda jatuh kat bumbung kereta aku tu tak lama tu kan…

Ada perempuan dengan kain putih comot serupa macam kain alas kucing aku tidur kat rumah emak aku dia pakai weh.
“ALLAH!”

Masanilh tangan dok ralit tukar siaran radio. Macam Korang tau semestinya Ikim jadi pilihan. Dan macam hawau masanilah siaran tu takda masa kita perlukannya. (Dh kecut apa semua baru dok kata perlukannya ke apa) Macam dlm drama drama pulak kan? Tapi inilah yang berlaku.
Aku baca surah surah yang aku ingat tapi tetap tak jalan sebab gelabah punya pasal sampai tunggang langgang apa yang aku baca tu! First time nampak hantu weh gila kau tak menggelabah! Masa ni aku dah fikir sampai je rumah memang aku demam seminggu.
Tak memasal lak betul betul jadi esoknya.

Aku pun apa lagi tingkatkan kelajuan dan aku sikit lagi nak sampai kat rumah dah ni! Dalam takut takut menggigil tu sempat lagi nak usha perempuan tu kat mana.
Tersangkut kat pokok ke. Kemalangan jiwa ke. Bawah kereta aku ke dia. Bela..belakang tempat duduk kereta aku ke. Sebe..sebelah aku ke. Hehe. Betul betul haram jadah kepala otak aku berfungsi waktu macam ni.
Masatulah aku nampak dia terbang macam buat aksi konon dia lah yang paling bagus masatu. Macam nak kata dia tu bestlah boleh terbang terbang tak macam aku duduk dalam kereta je tak boleh terbang terbang hinggap pokok kacau orang macam dia tengah kacau aku ni.
Konon dia lah yang handal pandai takutkan orang. Poyolah…

Agaknya dia penat terbang dan buat aksi melayang kesana sini dan mungkin kepala dia dah penat sangat yelah masatu aku nampak dia terbang tapi kepala dia mendongak ke atas tak ke sakit kepala dia tu kan?
Aku fikir macam tu lah kejadiannya. Sebab tak lama tu aku tengok dia dah takda mungkin dia dah penatlah kan (pendapat aku lah) aku baru nak lega sikit tapi aku silap besar. Ini paling jilake aku rasa :’)

PEDEPEK!
Bunyi benda keras yang seakan meleret macam kain yang berat atas bumbung kereta aku. Masa ni aku rasa aku punya jantung macam nak terberanak dia punya terkejut. Menangis lah aku masatu. Aku mula salahkan otak aku sebab fikir yang bukan bukan.
Aku sabar lagi. Aku ni pulak macam menunggu je dia munculkan diri kat mana mana. Nak sampai rumah tu mengalahkan setengah jam lagi nak sampainya. Aku pun bertawakal je lah sebab aku tahu ini semua permainan perempuan rambut besi ni.
Mata aku berkalih kepada tingkap di tepi kanan aku. Menggelupur lah aku sorang sorang masatu nak jerit tak keluar suara langsung weh! Tahu apa aku nampak? Aku nampak rambut dia weh rambut dia! Dan maksudnya apa? Maksudnya dia tengah tumpang mencangkung atas kereta aku!
Dan rambut dia jatuh terkena cermin tingkap kereta aku.

Mengucap panjang aku masatu. Aku macam tak percaya dengan apa yang aku nampak ni. Penat sangat terbang sampai kereta aku dia tumpang. Nasiblah dia tak tumpang duduk kat tempat duduk belakang.
Kalau tidak tak tahulah apa yang akan jadi.

Tak habis lagi weh dia nak kenakan aku malam tu. Selagi tak puas hati dia selagi tulah dia kenakan aku. Dia main ketuk ketuk tingkap sebelah kiri aku non stop sampailah aku selamat tiba di rumah.
Aku terpaksa parking kereta aku kat luar sebab kat dalam dah ada yang park kereta terlebih dahulu.

Lama aku dalam kereta tu sebelum memastikan perempuan tu betul betul takda lagi dah baru aku berani nak masuk ke rumah.
Yang penting rambut tu dah takda melerai keras kat tingkap kereta aku maknanya dia pun dah takdalah kan?

Aku kumpulkan kekuatan dan keberanian gigih aku keluar dari perut kereta sambil tutup serapat mungkin mata sebab aku taknak tengok dia live depan mata aku.
Nak bukak pintu pagar pun punyalah terketar ketar aku masa ni.

Masatulah aku dengar dia mengilai macam nak pecah anak tekak dia. Over lah pulak aku dgr. Mengilai sikit sikit sudahlah. Macam nk bgi tahu satu taman ni akn kedatangan dia. Sempat pulak tu dia pesan kat aku macam ni.
“Tidur jangan lupa basuh kaki ya bang. Kalau tak adik teman abang tidur nanti. Hihihi~”

Macam jilake.
Aku macam nak gelak masani. Tapi tak boleh mungkin sebab peratus ketakutan aku tu tinggi dari rasa nak gelak masatu walaupun aku rasa peratus nak baling batu kat dia lagi tinggi dari peratus ketakutan aku. (Tak tahu kenapa aku tiba2 berani.)
“Jangan kacau akulah setan! Kau jangan ikut aku masuk ke dalam!”

Masani anak tekak aku pulak yang rasa nak pecah padahal aku rasa aku jerit biasa biasa je. Tapi dia punya sakit kat anak tekak tu mengalahkan kau nyanyi lagu Ziana Zain tarik suara siapa paling tinggi macam tu.
Masa ni aku tak bukak pun mata aku lagi. Masih takut hehe. Tak tahu kenapa aku tak terus masuk ke rumah sebaliknya melayankan si perempuan bangang ni.
“Adik tak boleh ikut abang masuk ke rumah pun. Tuan adik ada dalam rumah abang nanti dia sakitkan adik kalau adik berkeras juga. Hihihihi~~.”

Macam ni lah lebih kurang ayat dia.
Masatu otak aku menangkap ayat yang perempuan tu katakan. “Tuan adik ada dalam rumah?” Apa maksud dia? Ke dia main main kan aku je?
“Kau tak payah nak berlakon baik lagilah Adam!”

Satu suara kedengaran dari arah belakang kami. Itu Rashid. Ya Rashid yang sedari diam dari petang tadi mula buka mulut.
Mika masih dalam pegangan aku, Hassan, Anep dan Ijam. Bimbang betul aku kalau betul betul dicekiknya budak Adam tu nanti.

“Kenapa kau buat macam ni Adam? Kau dengki dengan siapa ni? Apa yang kau tak puas hati ni?”
Pertanyaan dari Hassan untuk Adam. Makin teruk batuk Adam waktu ni. Entah kenapa aku macam nak kata kat dorang weh apa salah Adam? Sebab entahlah masa ni aku rasa Adam macam tak bersalah langsung akan hal ni.
Ke sebab dia pakai kopiah dan berjubah putih aku anggap dia tak patut dipersalahkan? Entahlah.  Tapi ini apa yang aku rasa lah masa ni.

“Kau dah buat macam macam kat kitaorang ni Adam. Baik kau jelaskan je semua ni sekarang.”
Adam masih diam dan tak jawab satu pun soalan dari Hassan. Batuk dia semakin teruk aku tengokkan.

“Hah itulah kau dah buat orang kau batuk teruk pulak kan. Hah rasalah sendiri. Dah buat diam. Pastu tak nak mengaku tak jelaskan. Apa musibah lah kedatangan kau kat rumah ni kan!”
Marah sungguh Mika masani. Memang dia sakit hati sangat sangat masani. Aku boleh nampak Mika pandang Adam macam nak kata dia milik aku dia milik aku macam harimau nak baham kerbau tu. Haha. Boleh haha pulak aku ya..
“Memang dia punya kerjalah Mika. Tak percaya kau tanya Rashid. Shid apa yang kita jumpa  malam tu kat bilik aku?”

Ijam bukak suara dan cuba ajak Rashid throwback tentang suatu hal beberapa malam yang lepas. Hal ini dorang baru pecahkan sekarang kat kitaorang.
“AKU” dlm cerita ini adlh Ijam.

Ada satu malam tu. Mika tkde dia balik esoknya. Ingat tk? Masatu dalam bilik tu aku sorang je tidur mlm tu. Anep pun takde malam tu. Yang lain yang ada kau Faz, Rashid, Adam dan Hassan. Aku lepak kat depan layan tv sebelum aku masuk tidur lepastu.
Tengah syok aku tengok tv masatu jugaklah aku nak terkucil. Aku pun bangun angkat kaki dan nak lalu bilik aku tu aku ternampak Rashid macam tengah skodeng entah sesiapa dalam bilik aku tu. Aku pun cuak dan tak sedap hati dah kenapa Rashid terjenguk jenguk dari luar bilik aku ni.
Tak sempat aku nak tegur Rashid dia dah paling muka dia ke belakang. Muka Rashid muka terkejut bila nampak aku tiba tiba je ada belakang dia. Rashid tarik tangan aku suruh aku tengok apa yang dia pun sedang tengok tu.
“Korang tahu aku nampak apa kat bilik korang bertiga?”

Rashid ajukan soalan kepada Mika dan Anep. Muka masing masing muka tak sabar nak tahu apa yang Rashid nampak. Rashid senyum dan pandang Ijam.
Dan Ijam pun sambung bercerita

Aku makin lah pelik bila nampak Adam ada dalam bilik aku tengah meraba raba mencari sesuatu kat laci Mika. Rashid suruh aku diam jangan buat apa apa dahulu. Aku pun turut diamkan dan tengok segala tindak tanduk Adam dalam kegelapan tu.
Apa benda dia cari pun aku memang tak tahu. Tapi dalam gelap gelap tu boleh lagi nampak barang apa yang ada kat tangan dia lepas dia puas mencari tu.

Tak lama lepas tu aku nampak Adam genggam anak patung sebesar telapak tangan dan dililit dengan kain kuning!
Aku jadi meremang! Dan masatu aku tengok Adam cuba baca sesuatu dalam keadaan terkumat kamit dan tak memasal Rashid tarik tangan aku blah dari situ. Paling best aku tak jadi kencinglah sia.
Seram sejuk rasanya masatu bila fikirkan balik apa yang aku nampak Adam buat malam tu. Terus aku lepak tidur depan tv. Rashid pulak dia boleh terus ambil kunci kereta dan keluar dari rumah tak ajak aku.
Dan bertambah mengamuklah si Mika lepas Ijam cerita pasal apa yang dia nampak Adam buat kat laci dia.

“Kau memang nak mampus ke hah! Apabenda tu? Kau nak sihir aku ke apa hah setan!”
Terjerit jerit tak cukup nafas Mika marah si Adam.  Mika ni memang baran orangnya. Tapi baran dia semakin melampau semenjak dua menjak ni. Pernah satu haritu lepak tidur dpn tv layan HBO sampaikan tertidur dan pagi tu aku nk ke tempat kerja aku biarkan aje bantal aku kat sofa tu.
Balik dari office petang tu aku Mika, dan yang lain kebetulan balik bersama awal haritu. Kira on time lah takde nak stay stay ke apa. Puncanya bantal je pun kat sofa dia punya mengamuk……
“DAH RETI TIDUR TU RETILAH KEMAS! TAKKAN NAK HARAP AKU JE! SEKALI LAGI AKU NAMPAK AKU BAKOR BANTAL KORANG.!”
Macam terkejut jugaklah bila Mika tarik suara dia macam tu lepastu dia blah masuk dan hempas pintu bilik dia. Budak budak ni tanya sesama sendiri dah kenapa dengan abang sado sorang tu mengamuk tak tentu pasal.
Padahal Mika tu happy go lucky orangnya dan tak pernah pernah pulak dia nak marah dia sindir. Sebelum ni relax je budak budak lain tidur sampaikan selimut kemana bantal ke mana tapi bila Mika nampak keadaan macam tu dia boleh ajak bergurau lagi….
“Macam budak tadika dah aku tengok korang ni. Haha.”

Ini baru bantal beb! So aku syak something wrong dengan abang sado sorang ni.
ADAM?

Adam tu setahu aku lah kan dia budak baik. Dia paling alim antara kami bertujuh. Macam aku tak berapa nak alim nak dibandingkan dengan dia. Aku masih jahil bab bab agama ni.
Sebab apa aku kata dia alim? Dia suka “paksa” aku tunaikan solat lima waktu walaupun aku liat sangat nak bangun subuh. Selagi aku tak bangun selagi tu dia kejut aku sampai aku bangun.
Kat tempat kerja pun macam tu. Dia tarik aku ajak solat bersama. So senang cerita masa aku berkawan dengan dia ni lah aku tak pernah tinggal solat langsung. Kalau dia balik kampung dia whatsapp aku ingatkan aku tentang solat dan selalu nasihatkan aku yang baik baik je.
Sejuk hati aku dapat kawan macam ni.

Tak pandang perempuan (1)
Tapi perempuan pandang dia. Sebab dia ada rupa dan jambang yang rapi gettew. Senang cerita dia ni handsome sikitlah dari aku. Aku ni handsome banyak. Hahaha. Kenapa aku cakap perempuan pandang dia?
Sebab dah ramai yang try nak usha dia ni tapi dia tolak baik baik. Nak fokus kerja katanya plus dia kata ada sesuatu rahsia pasal diri dia yang tak ramai orang tahu. Aku pun masatu tak tahu apa rahsia dia tu.
Dia pandai mengaji (2)
Waktu lapang dia kat rumah dia habiskan dengan membaca ayat ayat Al Quran dan perasaannya bila kau dengar dia mengaji tu kau jadi sebak tiba tiba. Terkesan sangat bila kau dengar dia mengaji tu. Lepas je habis mengaji aku selalu perasan akan satu hal ni.
Aku sangat jahil bab bab agama sehinggalah aku berkawan dengan Adam. Satu hal yang aku perasan adalah dia akan menyembur setiap sudut bilik kami berdua dengan satu botol spray air apa aku tak tahu. Aku nak tanya je asyik tak jadi lastnya aku ambil keputusan aku taknak tanya.
Biarlah dia nak buat apa. Huhu. Oh ya aku dan Adam tidur sebilik. Maknanya aku dan Adam sahaja lah berdua jadi aku lebih “arif” lah pasal siapa Adam ni sebenarnya.
Jadi korang jelas siapa Adam ni sebenarnya? Tak jelas manalah kan sebab banyak lagi yang korang tak tahu siapa Adam ni sebenarnya.
Dan malam tu Mika kata dia panas tak boleh duduk dekat rumah apatah lagi nak tidur dan dia pun mengemas segala baju kerja dia semua dan terus cabut pergi plant tidur kat sana. Nasiblah Kat sana dia boleh tidur dengan selesa sebab kat sana ada bilik siap dengan double bed.
Untuk berapa hari Mika tidur sana pun kitaorang tak pasti.

Dan bermula hari itu masing masing mula memulau Adam dan tak cuba berbaik macam biasa dengan Adam. Pelik kan? Aku pelik sebenarnya kenapa Adam yang dorang sangkakan.
Cuma aku je macam biasa masih berbaik dengan Adam tak kira kat rumah ataupun kat office.

Ke memang Adam yang bersalah buat tu semua? Sebabnya kenapa dia tak bukak je mulut pertahankan diri dia bila dia kena serang dengan budak budak ni?
Sebabkan aku masih baik dan rapat dengan Adam. Suatu hari tu…..

“Kau baik dengan Adam kau bersekongkol dengan dia ke?”

Macam perit pulak telinga aku bila dengar Rashid tuduh macam tu. Aku macam blur blur bodoh masatu buat milo panas kat pantry lepas kena bebel dengan bos.
Aku masuk pantry buat air konon nk tenangkan fikiran sekali Rashid dtg punahkan keinginan aku. Dia punya soalan tu mcm berbisa je aku dengar! Cara dia cakap tu menyindir gila barbie.

“Tak sekarang ni apa masalah kau tiba tiba nak tuduh aku bersekongkol haram jadah apa semua tu?
Oh kalau aku baik dengan dia aku ada sepakat lah nak kenakan korang macam tu? Kalau aku tak baik dengan Adam kau takdelah nak serang aku dengan soalan kau ni macam tu?”

Rashid gelak. Eh barbie aku ada buat lawak ke setan?
Aku cuba cari part mana yang dia rasa aku buat lawak. Aku tak jumpa pun? Ke dia ni dah separuh gila? Dia punya gelak macam aku tengah geletek satu badan dia. Gelak kegelian. Macam harommmmmmmm.

“Relax Faz yang kau emo sangat ni apahal? Aku usik kau je.
Macam kau perasan dan yang lain perasan cuma kau je baik dengan dia. Hei janganlah ambil hati sangat. Hahahahahahahaha.”

Macam PUAKA.
Satu perkataan yang sesuai untuk Rashid. Aku pun turut gelak. Aku pun tak tahu apa motif aku ikut gelak sekali.
Sebab dia ketawa macam harom aku jadi macam nak ikut gelak sekali. Padahal dia ketawakan aku tu. Aku jadi pishang kembali. Tadi aku marah dia ini aku ketawa berhuhuhu dengan dia pulak. Sangat tak masuk akal!
Dari jauh aku dengar macam ada dua tiga suara yang sangat aku cam yang ada kat pantry masatu. Suara tu suara bertelagah dan seperti menentang antara satu sama lain. Aku pun berlari anak ingin memastikan apa yang sedang berlaku waktu tu.
Dan ya Mika, Adam, Rashid dan dua orang acik cleaner dalam pantry tersebut. Masing masing masih tak nak mengalah dan kerap ulang dialog yang sama!

“Kau jangan makan bekalan yang Rashid bawak tu Mikael!”
Adam pandang bekal nasi campur yang Rashid bawak untuk dijamu kepada Mika yang setahu aku Mika menyuruh Rashid masak lauk dari rumah dan hantar ke pantry untuk dia makan waktu tengah hari nanti. Kat sini aku nak cakap sikitlah. Rashid masak memang cenggini hah.
Memang kenalah dengan tekak kami semua. Selama ni kami makan lauk pauk yang Rashid masak tak ada apa yang tak diingini berlaku dan kali ini kenapa Adam melarangnya?

“Dengar cakap aku Mika! Kalau kau tak nak susah dengar cakap aku. Jangan kau degil Mika.”
Berkeras sungguh Adam masatu paksa Mika jangan makan air tangan oleh Rashid tu. Mika macam tak percaya dengan apa yang diperkatakan oleh Adam dan dia pun datang ke arah Adam dah terus menolak Adam ke dinding.
Berkeras sungguh Adam masatu paksa Mika jangan makan air tangan oleh Rashid tu. Mika macam tak percaya dengan apa yang diperkatakan oleh Adam dan dia pun datang ke arah Adam dah terus menolak Adam ke dinding.
Disebabkan tolakan itu bekal nasi campur tersebut jatuh ke berderai ke bawah sebabnya Mika menolak Adam berhampiran dengan meja yang meletakkan bekal yang dibawa oleh Rashid tersebut.
Sebenarnya kan dalam pergelutan tu aku ternampak Rashid seperti nak ambil bekalan tersebut di atas meja tapi segalanya pantas berlaku dan menyebabkan Rashid tak sempat nak ambil bekal tersebut.
“Aku tak tahu apa motif kau tapi kau sebenarnya ada masalah dengan siapa sebenarnya ni? Aku ataupun Rashid? Jawablah!”

Masing masing merenung antara satu sama lain. Aku tak tahu apa perlu aku buat sekarang ni.
Aku nak leraikan pergaduhan ni tapi aku sorang je yang si Rashid macam syok je tengok pergelutan yang tengah berlaku masatu. Aku tak syak pape langsung masa ni.
Pada aku mungkin Rashid pun cuak masa ni nak tolong ke tidak mengenangkan badan sado si Mika ni yang berkemungkinan menempeleng badan aku yang tak berapa nak sado ni.
Kang tak pasal pasal tercampak aku kat luar pintu pantry dibuatnya.

Acik cleaner tu dah cabut dulu aku harap dia panggil lah budak budak lain join aku tenangkan dorang ni.
Tak lama lepastu datanglah 7,8 orang ke dalam pantry cuba tenangkan si Mika yang dah naik hantu tu. Sampaikan bos bos HOD semua join sekaki tenangkan Adam dan Mika. Adam okay je aku tengok senang bekerjasama. Cuma itulah si Mika.
Dan lepastu segalanya selesai. Cuma Mika tu aku tengok dia memang tak boleh berjumpa dengan Adam. Dalam pukul 2 macam tu aku dapat whatsapp dari Adam mengatakan…..
“Assalammualaikum Faz. Aku halfday harini balik kampung dan mungkin aku tak masuk bekerja untuk seminggu. Jaga solat. Jaga diri. Jaga kawan kawan. Assalam.”
Ayat dia buat aku tersenyum sorang sorang kalau orang tak tahu mesti fikir aku dapat ayat cinta bunga bunga dari awek. Aku cuma berdoa yang baik baik je untuk Adam masatu.
Balik je rumah aku rasa lain. Lain macam yang bahang sangat.  Aku tengok budak budak ni melepet kat ruang tamu macam cacing kepanasan. Dalam hati aku cakap dah tahu depan ni panas bahang macam apatah pergilah lepak masuk dalam bilik. Masatu yang takda Rashid dengan Anep je.
Aku tak selesa. Aku tak boleh tahan walau sesaat pun kat ruang tamu ni. Aku terus berlari masuk ke dalam bilik. Masuk je bilik aku rasa lega dan ringan sikit kepala otak aku ni.
Padahal aku tak bukak kipas apatah lagi aircond pun aku tak on langsung sebabkan bilik aku dan Adam ni memang dah sedia sejuk.

Penat punya pasal aku tertidur sampai solat maghrib dan isya aku abaikan. Lain benar rasanya kalau Adam takda waktu waktu macam ni.
Macam mana aku boleh terbangun? Mana taknya bertalu talu ketukan pintu dari luar suruh aku bangun gamaknya. Aku dalam mamai mamai bukaklah pintu dan ketukan yang terlampau kuat tu aku rasa macam Adam tengah marah aku dari luar sebab aku lambat lambatkan solat.
Padahal dia dah balik kampung tak mungkin dia yang kejutkan aku..

“Ye ye Adam aku bangunlah ni nak solat. Tunggu aku jap.”(Masih berangan kononnya Adam yang kejutkan aku dari tidur untuk solat.)
Tak pasal pasal Mika, Anep, Ijam dan Hassan meluru masuk ke dalam bilik aku. Maka aku pun tersembam lah ke bawah sebab tak dapat nak mengelak dari dorang berempat ni. Sudahlah aku tengah mamai masatu.

“Woi woi apahal ni?”
Aku buat muka seposen lah kot cuba nak merungkai dah kenapa dengan mereka berempat ni?? Macam baru lepas nampak hantu je??
Cerita dri MIKA, ANEP, IJAM dn HASSAN.

Kau sedap tidur dekat sini kitaorang seksa berempat kat luar tu tau dgn bahangnya sampai rasa nak terlanjang pun ya dibuatnya. Kau tahu kitaorang nampak apa? Kitaorang nampak Encik Cong! tengah berdiri kat depan tong sampah depan pagar tu.
Paling best dia cuba nk msk melepasi pagar rumah kita! Aku ingatkan si Anep takpun si Rashid ke yang balik sebab dia ketuk pintu macam nk bagi roboh je sudahlah tak bagi salam langsung! Bila aku bukak pintu dan bersedia nak maki je aku tengok takde orang langsung kat depan pintu.
Aku diamkan kejap.Angin tiba tiba menerpa kat muka aku sekilas dan aku terus tutup pintu sebab macam rasa dipermainkan oleh si Anep takpun si Rashid. Baru je aku nak melangkah setapak pintu diketuk sekali lagi. Aku sabar lagi. Sebab dia ketuk ketuk manja je masani.
Takda dengar suara ke apa bagi salam.

Aku tak fikir apa sangat masa ni. Tak pasal pasal lepastu aku terkejut bila mana ketukan tu jadi bertalu talu dan macam aku cakap tadi macam nak bagi roboh!
Suspens betul aku masani! Dah lah hati sakit dengan rumah rasa bahangnya ditambah pula dengan benda benda bodoh ni semua. Hassan bangun dan pergi di belakang aku dia pun tertanya tanya siapa pulak yang ketuk bagai nak roboh ni. Bergurau tak kena tempat langsung!
Masa aku bukak dan tak sempat nak keluarkan makian aku tu…..

“Kau nampak apa aku nam..nampak Mika?”

Terketar ketar Hassan kat belakang aku. Aku tak mampu nak bukak mulut langsung pun nak jawab apa yang aku nampak sama macam apa yang Hassan nampak tu.
“Apa yang korang nam…pak tu…………”

Ijam pun nampak sekali apa yang aku dan Hassan nampak. Apa lagi terus aku hempas pintu tu! Dan terus masuk bilik berselubung! Panas tak panas dah takut punya pasal kan!
Tak lama lepastu bunyi ketukan tu datang lagi dan masih sama kuat macam yang aku dan budak budak ni dengar. Notification phone Ijam menyala. Satu whatsapp dari Anep.

“Bukak pintu weh! Tolong aku weh Jam! Aku nak pengsan dah ni rasanya!”
“Bukak pintu weh! Tolong aku weh Jam! Aku nak pengsan dah ni rasanya!”

Bergegas Ijam menuju ke pintu sambil tu sempat lagi dia tarik tangan aku untuk teman dia. Kalini betul memang Anep yang muncul. Tapi Encik Cong tu masih berdiri tegak kat luar tu.
Berderau aku dengar ada Encik Cong tunggu kat depan rumah! Segala bulu mencanak naik pergi dia! Ada lagi ke dia kat luar tu ke dah balik lepas puas kenakan orang?

“Ah Anep masa kau balik tu Kau tak nampak ke Encik Cong tu kat tepi pagar?”
Okay bersambung.

Bersambung kat bawah ni. Hehehe

………………………

AKU dalam cerita ini adalah Anep.

Aku tak nampak lagi Encik Cong tu! Tapi yang aku nampak akak kau si Ponti! Jahanam betul Ponti tu boleh lagi dia live depan mata aku masa aku keluar dari kereta!
Tu hah kat pangkin jiran rumah kita tu dia mereput kacau aku. Ketawa sorang sorang macam tak betul pastu tanya aku soalan paling bangang sekali aku pernah dengar.

“Abang marilah kita bermaksiat. HIHIHIHIHIHAHAHAHAHA~~~”
Aku tak salah dengar weh! Memang Itu yang aku dengar bulat bulat keluar dari mulut dia! Aku nampak sekilas je muka dia sebab memang tidakler teman nak p tenung muka dia macam mana. Mahu aku jadi Ijam demam seminggu.
“Nak ikut masuk ke dalam bolehkah? HIHIHIHUHUAHAYGAHSHIAGAUAIIIAKKKKKK~~~”

Aku memang dah kecut perut sebab ponti tu suka betul dia yer mengusik orang. Aku masani dah kat depan pintu aku ketuk punya ketuk sorang pun tak peduli!
Dah lah masatu jugak aku nampak Encik Cong dok lompat lompat main ting ting lagaknya dan bila aku tengok dia dan dia perasan aku tengok dia terus ditolehnya tepat kat muka teman.
Aku cuba baca ayat ayat yang aku tahu sambil tu jari yang dah lenguh masih terus mengetuk pintu dan tak lama kemudian Ijam dan Mika lah yang menjadi penyelamat aku!
“Weh sejuk betul bilik kau Faz. Bilik aku dah pasang aircond pun tetap macam hanat panasnya. Patutlah kau boleh lena sampai aku dok terjerit jerit pun kau tak sedar.”

Jangan kata korang nak tumpang tidur bilik aku.
Tak lama lepastu si Rashid pun balik. Tapi masa dia balik macam tak ada apa yang berlaku. Dia macam tenang je. Macam si Anep dua benda dia nampak. Aku jadi peliklah. Hantu tu takut dengan Rashid ke?

“Bahang lain macam kan? Kau tahu siapa punya kerja ni? Tak lain si Adam tu lah.”
Rashid tiba tiba petik nama Adam lah dengan mengatakan si Adamlah puncanya rumah ni bahang. Hasan aku tengok sampaikan renjis renjis air dan lap satu badannya dengan tuala kecil.

“Dia ambil cuti seminggu tu dia pergi membuatlah tu! Nak buat kat sini asyik kantoi je.”
Kami berlima macam tak tahu nak kata apa. Masing masing membatukan diri dan dengar je apa yang Rashid tu katakan Adam itulah Adam inilah.

“Kampung dia kat mana hah? Aku nak tahu kampung dia kat mana!”

Mika. Dia seperti memendam amarah yang teramat kepada Adam.
“Aku tahu kampung dia kat mana!

Pagi tu aku dan Mika lepak breakfast kat pantry. Malas nak turun ke cafe. Kami berdua mcm tak ada topik nak bincang. Lain dari yang lain rasanya. Tiba tiba dari belakang aku dikejutkan dengan bos aku. Dah terkejutkan kita dia nak bagi soalan pula.
“Kamu tahu ke kenapa dengan Adam tu? Batuk dia makin teruk saya tengokkan. Sudah lama saya perhati. Baru sekarang dia ambil cuti panjang. Macam ada hal mustahak yang sedang dia perbetulkan. Risau saya tengokkan ustaz tu. ”
Aku macam hah? Ustaz? Siapa ustaz? Adam? Ustaz? Adam tu ustaz?

Mika pun macam blur aku tengok bila bos cakap macam tu.

…………………………..

Cerita dari BOS aku.
Cerita dari BOS aku.

Lah kamu tak tahu kah? Adam tu budak tahfiz kira best student lah semasa dia belajar dan kamu tahu dia siapa? Dia anak Datuk ****** ! Dia ada sekolah tahfiz dia sendiri bersama sama dengan abangnya tapi sekolah tu abang dia yang uruskan.
Dia kadang kadang je balik bercuti dia akan melawat. Saya kenal dia dari dia datuk yang merangkap ayah dia. Datuk tu sahabat baik saya. Kamu tahu Adam tu pandai mengubat orang yang terkena sihir, rasuk buang saka dan segala yang berkaitan dengan alam ghaib.
Hijab dia pulak terbuka sejak kecil lagi. Bagus kamu berkawan dengan si Adam tu.

…………………….

Aku speechless masa dengar penerangan pasal Adam dari bos aku. Dan Mika……..
“Tak sebenarnya aku tak faham apa yang tengah berlaku ni? Aku…aku tak dapat nak berfikir dengan baik dah ni!”

Ya aku pun sama. Apa yang sebenarnya tengah berlaku sekarang ni pun aku tak tahu berpunca dari siapa dan kenapa.
Aku belek phone aku dan aku dapat 5 panggilan terlepas datangnya dari Hassan. Aku pun bangang pergi silent kan phone memang taklah aku dengar siapa yang call. Aku dail kembali no Hassan. Tak berangkat. Aku cuba sekali lagi.
Agak lama sebelum Hassan menjawabnya dan aku dengar di hujung talian Hassan seperti tercungap cungap lagaknya. Aku tanya dia apa yang tengah berlaku sebab aku dengar Hassan macam takut takut dibuatnya.

“Nanti aku cerita balik nanti!”
AKU dalam cerita ini adalah Hassan.

Aku tak nak cerita panjang aku terus ceritakan apa yang aku nampak okay? Aku nampak Rashid macam orang tak betul tadi bawak balik ular sawa hitam bapak dan diletakknya kat dalam singki.
Tak cukup tu sambil dia menyiang ular sawa tu aku dengar dia seakan bergurindam sendirian. Kejap kejap dia berhenti lepastu dia ketawa. Berhenti lepastu dia menyanyi balik.
Bapak seram lah sial aku masatu! Disebabkan aku ni nak loya dengan bau hanyir ular tu aku tak dapat tahankan dan terus rasa nak berambus keluar dari rumah tu. Niat nak minum air tak jadi lepas aku tengok apa yang Rashid tu buat kat dapur!
Masa aku tengok dia belah isi perut ular tu aku nampak weh aku nampak dia ambil sepotong daging ular yang dah lembik tu dan dah dipotong dadu macam tu campur dengan daging lembu kat peti ais kita tu! Itu baru sikit weh baru sikit!
Aku nampak ada katak katak hidup yang disembelih dan dicampak dalam bekas aiskrim dan dia simpan kat dalam peti ais. Weh masa ni aku tak dapat tahan lagi! Aku terus keluar rumah. Masani jugaklah agak scary pada aku bila mana tiba tiba je Rashid dok panggil nama aku.
“San nak kemana tu? Aku tengah prepare bahan bahan nak masak lunch nanti. Tak nak makan sekali ke?”

Apanya aku memang tidaklah nak melayankan dia dan terus keluar pecut kereta pergi rumah abang aku. Nasib baik bini abang aku takde masatu.
Aku segan sikit dengan kak ipar aku tu. Jadinya cuti aku harini macam ada hikmahnya juga untuk aku tahu dan bukak mata kepala aku sendiri. Kalau tak memang makanan tu dah selamat masuk dalam perut aku.
Aku tinggalkan hingga di sini sahaja. Mana tahu penat penat aku menaip panjang berjela ni takde siapa yang baca pengalaman aku ni kan huhu. Kalau ada respons suruh sambung aku akan sambung sebab cerita ni sangat panjang lagi untuk aku teruskan.
Pasal Adam pasal si Rashid dan macam macam lagi yang korang akan tahu nanti aku akan sambung di masa terluang nanti. Jari dah penat der~~~

Assallammualaikum dan jumpa lagi. #FazAhmad

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Thread Sheram

Thread Sheram Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @threadseram11

3 Sep 18
EPISODE 2

Tajuk : Kawan Ku Psiko

Thread : FB Fiksyen Shasha
Post by : IG lawak.twitters Image
#FazAhmad

…………

“……….Eh Faz, Mika masuk masuk jemput masuk.Apani datang tak kasi tahu kat aku. Kalau tak aku boleh prepare nak masak apa apa untuk korang. Dah lah datang dari jauh.”
Adam membebel biasalah mulut dia ni memang kecoh sikit huhu dan dia terus pelawa kami masuk ke dalam rumahnya. Besar betul senyuman dia bila nampak kitaorang berdiri kat luar rumah dia. Dalam wajahnya yang tak lekang dari terus tersenyum tu kejap kejap Adam batuk.
Read 285 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!

:(