"DOKTOR DIAGNOS KAKCIK SEBAGAI PESAKIT SKIZOFRENIA"

#threadseram
Hi! Assalamualaikum. Pertama sekali aku nak ucapkan thank you sangat-sangat pada admin Website Fiksyen Shasha yang dah publishkan Kisah Kakcik tempoh hari. Bila aku skrol komen daripada pembaca ramai pulak yang menantikan sambungan daripada Kisah Kakcik..
Macam yang dah aku mention pada cerita kakcik yang sebelumnya, aku akan sambung cerita berkaitan persoalan-persoalan dan pemikiran aneh yang timbul daripada kalangan pembaca dan orang terdekat aku sendiri.
“Macam mana kakcik boleh terkena?” “Betul ke sikap aneh kakcik ni berkait rapat dengan gangguan jin dan juga iblis?” “Macam mana keadaan kakcik sekarang?” dan “ Boleh ke penyakit aneh kakcik tu dirawat?” Dengan timbulnya persoalan yang macam ni.
Aku akan sambung kisah ni dalam posting kalini…. Macam yang aku ulang guys. Kisah aku ni benar dan realiti berlaku. 100% sahih dan bukan rekaan mahupun diadaptasi daripada filem seram. Ini kisah benar sejarah keluarga aku. Nak percaya atau tidak itu terpulang.
Hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Aku akan share lebih detail dalam posting kali ni.

Kisah kakcik yang dah aku ceritakan sebelum ni, kakcik mula kena penyakit aneh bermula pada tahun 2001.
Kiranya sepanjang tahun 2001 hingga 2008 mak dan abah cuba berusaha macam-macam nak sembuhkan kakcik. Sehinggalah, kami satu family dah mula tak tahan sangat dengan perubahan sikap kakcik dan kejadian-kejadian aneh yang menimpa kami sejak tu.
Macam yang aku ceritakan sebelum ni, mak dan abah takkan memilih hospital sebagai ikhtiar lain. Sebab mak dan abah takut orang sekeliling cakap kakcik gila. Orang sekeliling mak dan abah pulak banyak yang menghasut,
kalau hantar kakcik ke hospital rawatan yang diberi kat sana sangat teruk. Ada yang kata pesakit mental ni akan kena renjatan elektrik pada otak (karenkan otak) ,kena ikat pada katil , tak diberi makan dan sebagainya.
Bila dimomokkan macam tu mak dan abah tak sampai hati nak hantar kakcik ke hospital. Mak dan abah pulak anggap, penyakit kakcik takkan boleh dirawat dengan perubatan moden. Sebab, peristiwa aneh yang berlaku dalam keluarga kami , semuanya tidak masuk dek akal!
Antara pengalaman merawat kakcik yang aku penah lalui ,bila suatu haritu ,Mak Long aku jemput seorang pakcik ni daripada Baling, Kedah dating ke rumah kami. Kata Mak Long aku ,pakcik ni arif bab pembuangan saka, tangkap jin dan sebagainya.
Kiranya dekat kampung dia sana, dia agak terkenal pasal kepakaran dia mengendali gangguan makhluk halus ni. Mak abah pun bersetuju nak dapatkan rawatan daripada dia.
Tiba satu malam tu, kiranya lepas maghrib macam tu,pakcik tu sampai rumah kami dengan ditemani sorang lelaki. Aku perhati dari segi riak wajah, cara bercakap dan berpakaian dia macam orang biasa-biasa je. Aku pulak yang ragu-ragu. Boleh ke pakcik ni nak rawat kakcik.
Masa dia langkah kaki masuk ke dalam rumah, mata dia meliar tengok sekeliling dalam rumah. “ Rumah ni ada sesuatu ni. Tu belakang dia.” Sambil jari dia menghala pada kakcik. Kakcik masa tu macam biasa. Tertunduk sambil membelek ibu jari kaki dia.
Tu belakang dia ? Siapa? Meremang bulu roma bila aku ingatkan kata-kata dia. Sambil pakcik tu terkumat kumit baca sesuatu, dia capai beg sandang dia, dan keluarkan kain kuning. Bila dia bukak kain tu, adalah beberapa paku panjang-panjang tajam dalam kain tu.
Bila dipikirkan balik, kami satu family dah anggap pakcik tadi dah macam menimba ajaran sesat, dan macam khurafat pulak, sampai berkain kuning dan paku bagai. Dia mintak abah sediakan tangga. Kata pakcik tu, dia nak “pagar” setiap penjuru rumah yang kami tinggal tu.
Sebelum kami pindah, adalah jiran sekeliling cakap,rumah yang kami nak tinggal tu keras dan ada penghuni “asing”. Macam yang aku katakan mak dan abah tak hiraukan cakap-cakap orang.Bagi mak dan abah benda-benda macam tu dekat mana-mana pun ada dan tak perlu nak difikirkan sangat.
Sebelum kami satu family berpindah kiranya ada seorang uncle india tinggal dekat rumah tu. Kisah sebelum ni aku dah cerita berkaitan, kakcik muntah-muntah masa kami baru sampai daripada kampung.
Kata kakcik dia nampak macam ada darah yang banyak dan busuk depan garaj rumah jiran kami. Kata jiran sekeliling, uncle india ni kadang-kadang setiap malam jumaat, dia akan buat satu ritual pemujaan yang pelik sikit.
Selalunya dia akan jirus sekeliling rumah dengan darah kambing .Berasap kemenyan sekeliling rumah dan akan bunyikan loceng. Masa tu pulak orang beranggapan yelah, berlainan agama ni fahaman lain-lain dan tu mungkin cara dia beribadat. So,
disebabkan rasa hormat takda ,pulak orang berani bertanya apa motif uncle india tu jirus darah kambing sekeliling rumah.

Bila kakcik dah terkena penyakit aneh dan terdengar pulak kisah yang macam ni,abah ambik keputusan untuk jumpa dengan uncle india tadi.
Yelah, takut apa yang disampaikan jiran cuma tipu semata-mata. Bila dah jumpa, uncle tu mengaku ! Kata uncle tu, darah yang dijirus tu sebagai ritual pemujaan dalam agama Hindu. Cara dia sembahyang begitu. Abah dan kami satu family terdiam kaku.
Dah pindah dan baru dapat tahu pasal hal ni, buatkan kami rasa lain. Mungkin ritual pemujaan sebelum ni jugak adalah punca penyakit aneh yang menimpa kakcik. Kata ustaz, darah dan asap ni antara makanan jin.
Wallahua’lam. Jadi kami mula syak, tapak rumah kami dah memang jadi tapak jin dan iblis bertandang.

Masa kami satu family pindah masuk ke rumah tu, abah tak bercadang dan tak buat lansung apa-apa kenduri doa selamat dan kenduri “masuk rumah”.
Masa tu kata abah, abah tak cukup duit nak jemput jiran tetangga dan orang-orang surau untuk buat makan-makan. Aku dan adik beradik yang lain masa tu masih bersekolah perlukan banyak duit. Jadi bagi abah kenduri macam tu tak begitu penting.
Dan sekarang barulah aku terasa macam”relevan” sangat kenduri masuk rumah dan bacaan ayat al-quran dialunkan masa mula-mula masuk ke rumah yang tak berpenghuni. Penting weh, bacaan ayat al-quran dalam rumah. Sebagai pendinding dan pelindung daripada makhluk jahat.
Aku sambung pasal pakcik yang nak pagar rumah kami malam tu. Dia mula membaca sesuatu, sambil-sambil tu dia panjat tangga dan kat tangan dia ada paku dan penukul. Kata pakcik tu dia nak paku setiap penjuru rumah pada bahagian setiap siling bumbung.
Disebabkan malam tu sunyi sangat. Abah pasang beberapa surah dan bacaan ruqyah. Aku perhati gelagat kakcik, dia cuma terdiam sambil mata dia memerhati siling bumbung rumah.
Macam ada sesuatu. Aku masih ingat, masa tu bila sampai dekat beberapa bacaan ayat ruqyah, kami satu family terkejut sangat. “Dum..dum..dum..dumm. Dummm!!! “ Bunyi macam ada tapak kaki sedang berlari dari atas bumbung rumah.
Kuat ! sangat kuat bunyi tu. Meremang rasa segala bulu pada tubuh waktu tu. Siapa pulak tengah malam buta berlari dari atas bumbung. Rumah kami dan jiran sebelah pulak jenis yang rapat-rapat.
Kiranya bunyi orang yang berlari daripada atas rumah tu berulang alik dan berulang kali untuk beberapa minit. “ Dia marah” kata pakcik yang tengah dok paku rumah tadi. Mungkin “dia” marah abah pasang kuat bacaan ruqyah malam tu.
Selesai pakcik tu memaku,dia pesan jangan sesekali cabut paku yang dah siap dipaku. Kononya, rumah kami dah siap dipagar dan takkan ada gangguan daripada “benda” tu lagi. Kalau paku tu dicabut atau tercabut. “Dia akan datang balik”……
Selang beberapa minggu, kakcik masih sama dengan penyakit aneh dia.Tetap terkena histeria. Jadi, abah dan mak rasa rawatan daripada pakcik Baling tadi macam tak berkesan lansung. Mak dan abah terasa macam mula nak give up. Penat dan letih.
Duit banyak berhabis pi sana dan sini sebab nak merawat kakcik. Tiba satu haritu , kawan abah ada mencadangkan seorang pakcik tua yang tinggal dekat Selama, Perak. Kata kawan abah perawatan pakcik tu lebih kepada perubatan islam.
Kiranya cara dia berubat banyak menggunakan bacaan ayat al-quran dan air penawar. Aku ingat lagi, tahun tu pulak kecoh pasal kes santau angin di Selama,Perak.
Sepanjang perjalanan ke sana,ada beberapa orang kampung berpesan jangan sesuka hati berhenti makan di warung tepi jalan. Katanya santau angin boleh terkena pada sesiapa saja yang berhenti makan. Dan ada santau yang dimasukkan di dalam makanan pelanggan.
Ada jugak yang bercerita ternampak beberapa lembaga hitam berlegar-legar di kawasan warung, yang nampak makhluk aneh yang kencing ke dalam periuk masakan pun ada.
Kiranya ada peniaga yang dengki antara satu sama lain, jadi nak buatkan warung pesaing tak laku, puak-puak jahat ni gunakan sihir.Ada pulak yang terkena santau, tersiksa bertahun-tahun sebelum mati.
Yelah, bahan kotor yang dimasukkan macam-macam. Darah haid, paku, kaca,duri,serbuk buluh. Kejam sangat!!

Aku sambung.Malam tu tepat pukul 10 malam kami sampai dekat perkarangan rumah pakcik tua tu. Aku masih ingat perkarangan rumah dia sangat bersih,
ada susunan pasu bunga dan ada beberapa reban ayam kecik. Bila dah sampai perkarangan rumah, kakcik meronta taknak turun daripada kereta. Puas abah dan mak pujuk. “Takmau turun. Aku nak balik.Aku nak balik. Aku nak balik lah!! “ berulang-ulang kakcik cakap macamtu.
Sampailah abah turun dan jemput pakcik tadi ke kereta. Aku pandang muka pakcik tu, dia berkopiah putih. Muka dia bersih sangat. Ada janggut. Dah tua dah, aku nak panggil atuk macam tak sampai hati.
“Bismillahhirohmanirohim. Assalamualaikum..” tu ayat pertama yang keluar daripada bibir dia. Dia macam baca sesuatu dan hembus pada muka kakcik, dan terus kakcik macam sukarela turun dari kereta. Pergh! Aneh gila. Dah masuk dalam rumah, kami satu family disambut baik.
Ada kuih, biskut kering dan teh. Kakcik terus dibaringkan di tengah rumah. Pintu depan rumah dibuka seluas-luasnya. Aku macam tak faham motif dia buka luas-luas pintu malam tu. Nak mengundang nyamuk kah? “ Takpe pakcik buka dulu pintu ni, biar “dia” tunggu luar”.
Sudah! Siapa pulak dia tu? Aku meremang tak sudah. Kakcik dibaringkan atas sejadah dan diselimutkan jugak dengan sejadah. Terus pakcik tu suruh beberapa orang anak dia azan seluruh penjuru rumah.
Bila berkumandang azan tu, kakcik mula mengelupur. Ada beberapa lada hitam , air dan jugak kain putih. Terkumat-kamit bacaan ayat suci al-quran daripada mulut pakcik tu. “Aku nak balikk. Aku nak balik. Aku nak balik. Aku sakit la bodoh!” Meronta-ronta dengan jeritan kakcik.
Part jerit pekik kakcik aku paling menyampah ! Bingit weh telinga. Sebab bukan macam suara dalaman kakcik macam suara orang lain. Bingit sakit telinga dan dalam masa yang sama menakutkan gila. “Aku mintak elok-elok tinggalkan tubuh perempuan ni.
Dia tak bersalah. Meh tinggal dengan aku. Aku jaga kau. Aku bela kau ! Aku bagi kau makan sedap-sedap” pakcik tua tu berulang kali jugak sebut macam tu. Setiap kali lada hitam ditekan di ibu jari kakcik setiap kali tu jugak kakcik akan meronta. Abah, abang aku,
mak dan seorang lagi anak dia kena pegang kakcik betul-betul. Masing-masing risau kakcik lari keluar daripada rumah. Tu pun kakcik sangat kuat berapa kali kakcik terlepas daripada pegangan semua. Kuat! Sangat kuat! Aku tak tahu lah spesis iblis apa yang ada dalam tubuh kakcik. “
Aku nak dia. Dari dia aku dapat makan. Aku ada kawan. Aku sunyi. Hihihihihi” Tu ucapan daripada bibir kakcik sambil dia sengih, gelak lepas tu nangis.
“Aku taknak keluar la bodoh!” Ayat ni terngiang-ngiang sampai saat ni. Masa aku menaip ni terasa jugak macam ada yang memerhati. Allah. Allah.
Lepas pelbagai bacaan, komunikasi antara pakcik tua tadi dan kakcik, ada perhitungan dan perjanjian yang aku tak boleh sebut dekat sini. Kalau aku cerita ibarat aku dah melanggar pantang. Lepas tu kakcik macam dah mula lemah. “
Pappmm!!!!” Pintu yang terbuka luas mula-mula tadi terus tutup dengan sendirinya. Terkejut beruk semua dekat situ. Kakcik terbaring kaku. “Takpa semua dah selesai.
” Yang aku perasan masa tu pakcik tua tadi macam bungkus sesuatu masuk dalam satu kain putih. Dia ajak mak aku ke belakang rumah untuk tanam kain tu.
Apa isi dalam kain putih tu aku tak berapa ingat dan pasti. Aku ikut sekali dengan mak kebelakang rumah. Gelap gelita, dan daripada beberapa meter rumah tu boleh nampak samar-samar hutan tebal. Tepat jam 1 pagi jugak, selesai semuanya.
Berpeluh-peluh la jugak aku tolong suluhkan torchlight masa proses nak tanam kain tu. Kata pakcik tu rumah yang kami huni memang ada “Dia”. Kakcik antara insan yang terpilih. Pakcik tu kata ,penghuni asing tadi dah takda pada tubuh kakcik.
“Dia akan tinggal dekat sini dengan pakcik. Sepanjang proses menanam kain tu, hidung aku memang tak tahan dengan bau busuk. Busuk yang teramat busuk weh. Pakcik tua tu berpesan, apa saja yang dibau, yang ternampak, simpan dalam hati. Jangan tegur..
“ Tak perlu risau lagi” Kata pakcik tu.” Benda ni lapar. Bertahun-tahun tuan dia tak bagi makan. “Dan dia pulak menganggap kami satu family dah ganggu tempat tinggal dia dan memilih kakcik sebagai tuan baru. Allahuakhbar. Patutlah….
Kiranya bertahun lamanya, benda tu mengekor ja mana kakcik pi. Allah. Pakcik tua tu pesan, kakcik dah selesai satu fasa berubat dengan dia. Dan dia kena lalui dua lagi fasa.
Lepas balik berubat daripada Selama, Perak. Alhamdulillah. Kakcik dah tak histeria lagi.Dah boleh bercakap. Dan abah terus ambik keputusan keluar daripada rumah tu. Selang beberapa minggu, abah bawak kami satu keluarga ke sana,Selama Perak untuk berubat fasa kedua. Tapi.
Sampai ja rumah pakcik tu, Anak dia beritahu “Ayah dah takda. Baru meninggal minggu lepas”. Kiranya kami tak sempat habiskan fasa berubat kakcik. Kata anak dia, “Ayah sakit-sakit badan, demam beberapa hari sebelum dia meninggal”.
Cakap orang-orang kampung sana, terlalu ramai yang berubat dengan dia. Macam-macam jenis iblis,setan dan saka yang dia handle, jadi dia terpaksa menanggung kesan. Bukan mudah.Mungkin punca kematian dia berkait rapat dengan makhluk yang dia selalu “jaga”. Wallahua’lam.
Cuma… hm. Walapun kakcik dah ok sikit, Aku sedih sangat. Kakcik dah tak normal macam dulu sebelum dia sakit. Perangai dia jadi macam budak-budak. Macam tak betul. Bayangkan weh bertahun lama benda tu dalam tubuh kakcik, kawal dia. Dia sakit secara mental dan fizikal.
Tersiksa. Jadi mak dan abah barulah ambik keputusan nak bawak kakcik ke hospital.

Lepas lalui macam-macam prosuder rawatan, x-ray bahagian otak dan berjumpa pakar psikiatri, kakcik disahkan menghidapi skizofrenia dan tekanan perasaan yang teruk (severe depression).
Punca? Sebenarnya family aku boleh dikatakan mudah sensitif. Cuma kakcik ni dia tersangat sensitif daripada kami adik-beradik lain. Kalau dia sedih, dia akan sedih sangat-sangat. Kiranya, benda yang kecik-kecik dia tak boleh handle dengan perasaan dia.
Lepas apa yang dah berlaku barulah abang aku buka mulut.

Rupanya sebelum kakcik jadi teruk, dia pernah kena tampar di muka dengan ustaz yang mengajar mengaji dekat taman rumah kami jugak. Kata abang aku, ustaz tu marah bila kakcik main-main masa mengaji.
Lepas kakcik ditampar,doktor terus suspek kakcik mungkin terasa malu, sedih dan takut yang terlampau sangat depan kawan-kawan. Kakcik balik rumah dia tak buka lansung mulut bercerita pasal ustaz tu.Dia pendam. Cuma setiap kali nak ke kelas mengaji dia akan mengelat.
Setiap kali tu jugak mak akan rotan, memaksa kakcik pi. Mak tak tahu cerita sebenarnya. Jadi kakcik mungkin tertekan jugak disebabkan mak.
Kakcik dekat sekolah pula dia selalu kena buli. Tekanan perasaan yang melampau jugak menjadi faktor badan kakcik dan semangat dia lemah. Dulu aku selalu jugak tengok kakcik nangis sorang-sorang. Tak sangka kakcik ada masalah yang dipendam.
Kata orang yang berubat kakcik, bila badan kita lemah, dan kita dalam keadaan yang terlalu sedih. Syaitan akan mudah menguasai. Mak abah yang dengar cerita ni mula panas hati dan tak senang duduk.Yelah, kalau nak mendidik jangan sampai sentuh muka. Rotan saja tapak tangan.
Abah ambik keputusan jumpa ustaz tu. Bila dah jumpa, ustaz tu taknak mengaku! Sedangkan budak-budak yang mengaji dekat situ semuanya bagitahu benda yang sama. Masing-masing nampak apa yang ustaz tu buat pada kakcik. Munafiq!!
Sebab tu Nabi sentiasa berpesan, nak pukul anak jangan pukul bahagian muka. Pukul hanya pada tapak tangan. Sebab bahagian muka kita ni ada urat yang bersambung dengan otak. Kiranya tamparan yang kuat jugak boleh menjejaskan bahagian otak yang kita tak tahu.
Lepas perisitiwa tu aku ada jugak terdengar orang bercerita yang ustaz tu sebenarnya ada menimba ilmu ghaib. Maksudnya ilmu-ilmu yang kita tak nampak. Bila dia tampar kakcik ibarat dia dah melanggar pantang larang ilmu tu. Kesannya akan terkena kakcik.
Kiranya lepas kejadian abah jumpa dengan ustaz tu, kami terus lost contact. Ustaz tu terus berhenti mengajar mengaji dekat situ. Dan berpindah tiba-tiba. Tak jumpa dah dia sampai ke saat ni.
Sekarang peristiwa aneh tu dah berlalu. Dah nak dekat 17 tahun. Kakcik sekarang masih dengan perangai kebudak-budakan dia.Dah takda histeria dan peristiwa aneh yang macam dulu. Cuma dia perlu bergantung harap dengan ubat hospital seumur hidup.
Kata doktor ubat tu salah satu cara untuk menenangkan kakcik. Kami satu keluarga bersyukur kakcik masih boleh membaca,mengira,mengaji dan masih kenal kami semua. Cumanya sikap dia saja macam terhenti pada usia 10 tahun.
Ujian kita berbeza. Bagi kami kakcik dah ibarat permata dan dia anak syurga. Jadi, itulah kesan sentuhan iblis dan syaitan yang aku sendiri nampak. Mereka antara makhluk yang hidup untuk menyesatkan kita semua anak cucu Adam dan merosakkan muka bumi ni.
Kalau ada mana-mana ahli keluarga dan kenalan rapat yang dah ‘terkena’ cepat-cepatlah berubat. Sebab tu orang tua sentiasa berpesan, kalau pernah dirasuk syaitan/jin/iblis untuk tempoh yang terlalu lama.
Ada 2 kemungkinan. Samada gila atau mati. Wallahua’lam. Tapi itulah kebenaran yang menimpa kakcik.
Arwah Tok Minah aku pun banyak share pasal kisah dia bertahun-tahun menjadi bidan kampung. Ada kejadian yang aku rasa berkait rapat dengan kejadian yang menimpa kakcik. Ada masa nanti aku boleh la berkongsi sikit pengalaman arwah. Hehehe
Kekal berjaga-jaga. “Makhluk” itu ada dimana-mana.
Follow @fiksyenshasha untuk lebih thread seram.

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Fiksyen Shasha

Fiksyen Shasha Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @fiksyenshasha

Mar 11, 2020
Nak pergi ke sana,memang mendapatlah.hehe
fiksyenshasha.com/niat-1/
Pertama sekali saya nak ucap terima kasih pada admin jika cerita saya ni diterima. Ini merupakan cerita pertama saya di FS ni. Sebelum ni saya hanya menjadi pembaca saja dan entah macam mana terdetik nak kongsikan apa yang pernah saya alami di sini.
Cerita yang saya nak kongsikan ini berlaku sewaktu saya masih study. Cerita yang saya nak sampaikan ni tak seram cuma saya beritahu korang semua tentang niat dalam melakukan sesuatu.

Saya study di sebuah kolej swasta di Kuala Lumpur. Waktu kejadian ni berlaku time study week.
Read 27 tweets
Feb 19, 2020
Kesian pula .. Sampai tahap begitu makcik tu buat...
fiksyenshasha.com/sihir-pengikat…
Assalamualaikum…
Aku nak cerita kisah yang pernah jadi kat aku 3 tahun lepas…
Tahun 2017 bulan october aku dan suami selamat dijabkabulkn dan kami tinggal di rumah yang aku duduk sejak zaman aku bujang lg…

Pada bulan january aku tengah kerja..tiba2 perut aku sakit…
…yang teramat macam kena tarik dan sentap, balik ke rumah aku perasan ada darah keluar sedangkan aku bukn dalam keadaan uzur…
Dalam hati syak aku ni pregnant tapi aku tak buat test lg…
Selang 3 hari sakit makin menjadi-jadi dan aku mintak suami aku bawa ke emergency…
Read 20 tweets
Sep 24, 2019
Hati-hati kalau ada yang mencurigakan nak tumpang kereta tu..

fiksyenshasha.com/maklang-jagala…
Assalammualaikum warga FS,

Terima kasih admin sebab approved lagi kisah #MakLang.
Kalau readers pernah baca post #MakLang – Dah Masak Ranum Ni, mesti korang perasan di akhir cerita Mak Lang ada tulis akan hantarkan kisah dimana Mak Lang sekeluarga hampir accident akibat diganggu.
Read 37 tweets
Jul 18, 2019
Korang ad abela kucing??

ni thread tentang Kucing dan Makhluk halus.

Betapa baiknya jika kita membela kucing.
Assalamualaikum wbt buat semua pembaca Fiksyen Shasha. Ini first time aku post cerita kat sini. Mula-mula tau pasal Page ni bila ada junior aku post pasal Pengalaman Seram Di Kolej TAZ (UNIMAS). Page ini become one of my favourite tapi baca masa weekends jer.
Hari lain aku keje, kang tak pasal-pasal rasa angker nak masuk ofis sendiri. Terima kasih admin sebab post cite ni, kalau ada rezeki la.

Pengalaman yang aku nak cerita pasal KUCING.
Read 30 tweets
Apr 17, 2019
Selalu biarkan sampah sisa makanan terbiar dalam rumah?

Jangan jadi macam aku ni nanti.

Ini adalah thread seram.
Jam menunjukkan pukul 12 malam. Aku pergi ke dapur untuk menghilangkan sedikit hausku. Aku terlihat masih ada sampah yang belum dibuang. Ibu pernah pesan, sebelum tidur, jangan biarkan ada sampah yang belum dibuang.
Nanti Jin atau makhluk halus suka bertandang ke dapur kita memakan sisa-sisa tu semua.

Aku pula, sudah menjadi kebiasaan untuk memastikan tidak ada sampah sebelum aku masuk tidur ke bilik.

Isteriku sudahpun lena diulit mimpi di bilik.
Read 16 tweets
Mar 20, 2019
Ini thread seram.Tingkat 3 di HUKM.

Memang seram baca ni.. 😨😨
Nama aku Johar. Salah sorang peminat fiksyen shasha. Selalu aku jadi pembaca je. Tapi kali ni aku terdetik nak kongsikan kisah pengalaman aku sendiri.
Pada tahun 1997, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia atau lebih popular dipanggil HUKM di Cheras, Kuala Lumpur masih baru dibuka dan aku diterima berkerja sebagai Atendan Kesihatan.
Read 19 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Don't want to be a Premium member but still want to support us?

Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal

Or Donate anonymously using crypto!

Ethereum

0xfe58350B80634f60Fa6Dc149a72b4DFbc17D341E copy

Bitcoin

3ATGMxNzCUFzxpMCHL5sWSt4DVtS8UqXpi copy

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!

:(