, 19 tweets, 3 min read Read on Twitter
Umum mengetahui tentang kebaikan menghisap ganja namun tidak semua tahu tentang risiko berpanjangan (long-term effect) yang datang hasil daripada menghisap ganja. Hari ini kita akan kupaskan beberapa keburukan menghisap ganja berdasarkan kajian-kajian yang telah dilaksanakan.
Sebelum kita kupas topik sensitif di kalangan pengguna kanabis ini, kita perlu tahu bahawa kajian melibatkan penggunaan jangka masa panjang kanabis masih kekurangan akibat pengharamannya.
Kesan jangka masa panjang kanabis adalah lebih ketara dari segi mental berbanding fizikal. Hal ini disebabkan oleh elemen yang terdapat di dalam kanabis. Elemen tersebut ialah THC dan CBD. THC merupakan elemen utama dalam kanabis yang memberikan perasaan "high".
Tetrahydrocannabinol atau THC ini mengaktifkan sel-sel otak yang mengeluarkan hormon dopamine yang dikaitkan dengan rasa seronok atau high. Namun kajian menunjukkan THC ini juga boleh merangsang rasa gemuruh (anxiety), selera makan, dan juga perubahan persepsi masa (jadi lembab).
Pendedahan kepada THC berpanjangan juga boleh menimbulkan psikosis iaitu kondisi mental yang mengalami perubahan persepsi realiti. Erti kata lain, anda boleh berhalusinasi, nampak benda tidak sepatutnya. Hal ini berkait rapat dengan penyakit mental dipanggil schizophrenia.
Jadi adakah semua pengguna kanabis ini akan mula meracau dan nampak benda atau dengar suara? Tidak! Menurut kajian Dr. Ran Bazilay, hanya orang yang mempunyai genetik schizophrenia atau penyakit mental lain seperti kemurungan dan bipolar disorder sahaja yang cenderung untuk kena.
Dr. Bazilay telah mengkaji kesan THC berpanjangan ke atas 4 ekor tikus. 2 tikus dah dimodifikasi dengan meletakkan gene penyakit skizo manakala 2 lagi adalah tikus biasa. 1 tikus yang dimodifikasi terdedah pada THC, 1 lagi tidak. Satu tikus biasa terdedah pada THC, 1 lagi tidak.
Hasil kajian menunjukkan hanya tikus yang dimodifikasi dan terdedah kepada THC menunjukkan perubahan gelombang otak yang persis pesakit skizo. Tikus tersebut mengalami masalah mencari jalan di dalam maze akibat perubahan persepsi realiti.
Dalam erti kata lain, sekiranya anda adalah pesakit mental seperti kemurungan (depression), bipolar disorder, dan mempunyai gene schizophrenia, anda cenderung untuk mendapat penyakit tersebut akibat penggunaan jangka masa panjang. Namun hubungan kanabis dan psikosis adalah rumit.
Mengapa rumit? Kerana psikosis ini melibatkan banyak faktor dan THC bukanlah faktor utama. Banyak faktor yang perlu diambilkira seperti sejarah kesihatan keluarga, kondisi pembesaran anda dari kecil, persekitaran anda, dan sebagainya.
Namun apa yang pasti, THC menggandakan kemungkinan anda untuk kena psikosis sekiranya anda seorang pengguna tegar dan sudah mempunyai gene penyakit mental atau berada di dalam persekitaran yang memberi tekanan teruk terhadap kesejahteraan otak anda.
CBD pula ialah elemen kanabis yang mempunyai manfaat seperti menenangkan kegemuruhan, merenggangkan otot dan juga melawan sifat psikoaktif THC. Namun CBD tidak memberikan rasa "high" yang kita mahukan. Apabila kita menceritakan kebaikan Kanabis, sebenarnya kita maksudkan CBD.
Jadi apabila kita mengambil kanabis, kedua-dua elemen ini wujud namun konsentrasi THC adalah lebih tinggi di dalam kanabis yang digunakan untuk tujuan rekreasi. Kekurangan elemen CBD untuk melawan elemen psikoaktif di dalam THC menyebabkan kecenderungan untuk kena psikosis.
Untuk memahami psikosis ini, para neurosaintis menggambarkan kesan THC kepada otak adalah seperti pemain orkestra yang tidak selari. Sana bunyi lain, sini bunyi lain. Fungsi otak kita tak selari. Realiti lain, tapi otak bagi gambaran lain.
Jadi apa kita boleh konklusikan di sini?

1. Pengambilan kanabis jangka masa panjang boleh memudaratkan kesihatan mental orang yang memang sudah ada penyakit mental atau gene tersebut. Bak kata Dr. Bazilay, sekiranya anda ada gene tersebut, anda seperti bermain dengan api.
2. CBD adalah elemen yang bermanfaat di dalam kanabis yang boleh melawan kesan buruk THC. Namun kanabis yang kita dapati mempunyai lebih banyak THC daripada CBD. Di negara yang tidak mengharamkan ganja, ganja mereka dibesarkan dan diasingkan mengikut manfaat.
3. Masih tiada kajian yang cukup untuk kebaikan ganja, namun telah wujud beberapa kajian keburukan ganja. Kekurangan kajian adalah akibat pengharamannya yang membuatkan susah bagi pengkaji untuk mencari responden yang takkan dicampak ke penjara. Huhu.
4. Kajian baik buruk kanabis adalah amat rumit kerana banyak faktor yang perlu diambilkira seperti childhood, sejarah keluarga, persekitaran, dan gaya hidup. Sekiranya anda pengguna tegar dan berasa diri anda masih sihat, teruskanlah! Kalau anda pengguna berisiko, berwaspadalah!
Akhirulkalam, jadilah pengguna kanabis yang bijak dan ketahuilah manfaat DAN risiko yang datang dengan pengambilan ganja.
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to Ganja Malaysia
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member and get exclusive features!

Premium member ($3.00/month or $30.00/year)

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!