Profile picture
UBF
, 24 tweets, 4 min read Read on Twitter
Buat perempuan yg sedang mengandungkan anak tak sah taraf, tolong sangat2 baca tulisan ini sblum buat apa2 tindakan. Ini adalah perbualan telefon saya dgn ibu yang anaknya telah mengandung anak tak sah taraf tapi lelaki tersebut tidak bertggjwb. Ini adalah bebenang. Sila share.
Ibu text saya. "Ustaz, kalau ada masa, bgtau saya. Ada hal penting saya nak minta pendapat ustaz."

"Insya Allah". Then sewaktu dalam kereta, ibu ini call saya.

Ibu : Ust, saya nak ngadu masalah yang sangat besar. Anak saya call dari luar negara (maaf negara dirahsiakan)..
Anak perempuan saya bgtau dia dah mengandung anak hasil hubungan seks dgn lelaki bukan islam. Terkejut saya ustaz sbb dia dah mengandung 6 bulan. Dia takut nak bgtau awal2 sebab takut saya marah. Bila perut makin besar, dia tak boleh nak sorok. Lelaki tu plak tak bertggjwb.
"Lepas saya dengar cerita dia ustaz, terus saya letak telefon. Saya rasa menggigil sangat badan saya. Macam perasaan ada. Sedih, geram, marah, kecewa. Semua ada. Dah la saya ibu tunggal. Saya tanggung dia sorang2. Suami takde. Sekarang dia kerja kat sana. Dah 3 tahun kat sana."
"Mula2 elok masa duduk kat umah famili angkat. Start dia duduk umah sewa, macam2 benda berlaku. Patutlah dia nak keuar dari umah keluarga, biar senang nak jumpa bf dia."

"Saya memang hilang arah ustaz. Tak tau nak buat apa. Saya ngaku saya bukan ibu yg baik."
"Tak mampu nak bagi semua yg dia nak. Tapi saya dah buat yg terbaik utk dia. Hantar sekolah yg baik sampai dapat bekerja di luar negara. Apalah dosa saya ustaz diuji macam ni. Bgtau saya ustaz, apa yg patut saya buat?"
Penuh debaran saya dengar luahan hati ibu. Dan saya perlu berikan jawapan terbaik on the spot supaya tak nak anaknya mengambil tindakan yang tak sepatutnya apatah lagi yg melanggar syariat. Tindakan anak sudah tentu berkait rapat dgn respon ibu. So, saya kena guide ibu baik2.
"Kak, semua orang penah buat salah. Termasuk diri kita. Kita pun penah buat dosa besar. Dan kita maafkan diri kita kan. Samalah jugak dengan anak. Dia dah buat dosa besar. Tapi bagilah ruang utk dia bertaubat, minta ampun dan berubah."
"Lagipun dia anak akak, bayi dikandung cucu akak. Dah tentu akak nak anak terbaik utk zuriat akak kan."

"Gini la kak.. Lepas abis saya borak dengan akak ni, akak terus call anak akak. Percayalah lepas akak tiba2 letak telefon tadi, anak akak sgt2 stress. Dia hilang arah".
"Dia tak tau dengan sape lagi dia nak ngadu. Dah la jauh dari akak. Takde sape nak bantu. Akak luahkan semua perasaan akak pada dia. Lepas tu akak tenangkan hati dia dan bantu. Akak sebut macam yg saya bgtau akak ni."

"..mak memang marah, sedih sangat apa yg kakak buat.."
"Tapi, mcm mana pun perasaan mak, kakak tetap anak mak. Anak yg kakak kandung tetap cucu mak. Mak sayang sangat kakak. Ginilah kakak, mak terima cucu mak. Jangan gugurkan dia. Jaga dia baik2. Nanti mak uruskan keluarga angkat bantu bersalin dan jaga anak."
"Kalau dah selesai semua, kakak balik Malaysia bawa cucu mak.."

Saya tanya ibu tadi, sama ada boleh atau tak sebut mcm tu pada anak.

Kata ibu, "ust, saya malu dengan keluarga".

"Saya faham apa akak rasa. Bahkan lebih pedih lagi. Rasa malu usah cerita la."
"Tapi akak memang takde pilihan. Kalau akak asik pikir apa orang kata, sape plak nak pikir anak dan cucu akak. Akak susah takde sape pun yang bantu. Buat baik org dok kata, apatah lagi buat tak baik."

"Memang kita kena berkorban. Bila dia balik Malaysia, sambut anak dan cucu."
"Peluk cium, sambut mcm tak ada apa yg berlaku wlupun memang rasa pedih sangat. Famili lain tetap akan tau jugak. Tapi akak kena kuat demi anak n cucu akak. Bila dorang cakap mcm2, akak cuma sebut, doakan kebaikan kami."
"Bila akak cakap baik2 dengan anak akak, layan elok2, dia rasa sgt kuat. Wlupun lelaki tadi dah takde, tapi dia ada ibu yg bersama-sama menganggung kesusahan dengannya. Takde la sampai nal gugur anak. Tapi kalau akak tak terima, sure dia akan gugurkan anak."
"Setidak-tidaknya, akak telah menyelamatkan 2 nyawa. Nyawa anak dan cucu akak. Percayalah kak, dengan pengorbanan akak mcm ni, syurga firdaus buat akak. Ni nabi sebut dlm hadis tentang ibu yg berkorban utk anak. Kalau dunia bukan tempat bahagia, yakinlah akhirat milik akak".
Luahan terakhir ibu kepada saya. "Ust, terima kasih byk2 sebab dgr cerita akak, bimbing n nasihatkan akak. Alhamdulillah akak jadi kuat demi anak akak. Ust doakan semua akak sekeluarga mampu hadapi dugaan hidup n bahagia dunia akhirat. Terima kasih byk2 ust. Salam.."
Anak-anak, percayalah.. Marah mcm mana pun ayah ibu, mereka tetap akan maafkan kita. Terima kita segalanya. Walau besar manapun kesalahan kita. Ibu takkan biarkan anak yang lahir dari rahimnya kesusahan seorang diri.
Ye.. Kita dah lakukan 1 dosa yang besar. Tapi jangan ditambah dengan dosa yg lain. Pandanglah ke langit ke laut, betapa luasnya alam ciptaan Allah. Namun, pengampunan Allah lebih luas lagi asalkan bertaubat.

Cuma jgn ambil kesempatan dgn kebaikan Allah dan ayah ibu.
Bertaubat sungguh2. Ubah diri dan sikap. Jadi yang lebih baik.

Apa yg patut kamu buat?

1. Taubat sungguh pada Allah. Menangis dan pohonlah ampun. Cuba jgn ulang kesilapan.

2. Dapatkan bantuan orang terbaik yg boleh membantu kita selesaikan masalah. Bukan dgn org yg salah.
3. Kalau takut nak berterus terang dgn ibu ayah, mintalah bantuan orang yg ayah ibu hormati utk bantu kita. Minta maaf dgn ibu ayah bersungguh2. Doa byk2 agar Allah lembutkan hati ibu ayah.

4. Bergaullah dgn kawan2 yang beriman yg boleh bimbing kita taat kepada Allah.
Kawan2.. Tlg support dia utk jadi lebih baik. Dia perlu kawan yg baik yg membantu menyelesaikan masalah dgn cara yg betul. Bukan mengikut hawa nafsu.

Jgn kecam, jgn seksa lagi emosi n mental dia. Bagi ruang utk dia bercerita dan memohon maaf.
Yg sgt menakutkan, disebabkan kecaman, kutukan yg terlalu dahsyat, akhirnya dia mengambil keputusan gugurkan anak yg tidak berdosa.

Dan ingat betul2, jika itu yg dia lakukan, kita adalah salah seorang penyumbang saham dosa yg dia lakukan.

Jadilah org yang soleh dan muslih.
Org yg baik dan membantu org jadi baik.

Pesan saya, elakkan bercouple melainkan bertunang dgn syarat telah bersedia melangkah ke alam perkahwinan.

Elakkan ikhtilat yg tidak dibenarkan. Bila kita jaga syariat, Allah jaga kehidupan dan kebahagiaan. Wallahua'lam.

Mohon share ye..
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to UBF
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!