Profile picture
Jul @zulfaqar1994
, 81 tweets, 22 min read Read on Twitter
Ini adalah thread tentang Norse Mythology. Dalam thread ni cover Yggdrasil, The Nine Realms, Gods & Goddess & hikayat tntg mitologi ini. Mitologi ni berlainan dgn Marvel sbb yg ini cerita yg asal & Marvel telah diolah sedikit. But aku buat perbandingan sikit okay. So, let’s go!
Apa benda Mitologi Nordik ni? Mitologi ni adalah hikayat-hikayat, dongeng dan penuh dgn cerita dan puisi yang hebat dalam budaya Nordik, Skandinavia dan negara Jerman. Juga dikenali sebagai Mitologi Jerman, ianya bukan sahaja mitos tetapi agama dan dipraktikkan oleh viking.
Penciptaan dunia dlm Mitologi Nordik. Sebelum masa & dunia dicipta di dlm mitologi ni, hanya ada kegelapan yang besar dan kekosongan yang digelar Ginnungagap. Di utaranya ada sebuah tmpt dipanggil Niflheim. Niflheim adalah tmpt yg sgt gelap & sejuk & mengandungi ais dan kabus.
Di selatannya Ginnungagap terdapat sebuah tmpt yg digelar sebagai Muspelheim. Ianya adalah tanah yang berapi dan ianya sgt panas dan mengandungi api, lava dan kepulan asap yang menghitam. Ini adalah tmpt dimana raksasa Surtr (Surtur) menjadi pemerintah & tinggal bersama-sama
Raksasa & fire demons yang lain. Yep dalam Thor: Ragnarok ada Surtur tu. Tengok takhta dia dan tempat dia. Diperbuat dari api kan. Haa yang tu laa. Tapi lain sikit ye mitologi ni dgn Marvel. Tunggu.
Dikatakan di Niflheim di sebuah tmpt yg dipanggil Hvergelmir adalah tmpt dimana semua sungai yg sejuk berpunca dan dikatakan ianya adalah punca 11 sungai. Hvergelmir adalah sumber kewujudan & kehidupan yg mana setiap hidupan akan kembali ke situ semula. Ada juga tmpt yg bernama
Elivagar yg bermaksud ombak ais. Ini adalah sungai yang wujud di Niflheim semasa penciptaan dunia dlm mitologi ini. Ada juga anak sungai yg mengalir keluar Hvergelmir. Air dr Elivagar mengalir kebawah gunung terus ke Ginnungagap, dimana ia menjadi ketulan ais yg kemudian
Menjadi lapisan ais yang tebal. Itulah sebabnya mengapa keadaan begitu sejuk di utara Ginnungagap.
Di selatan dimana terletaknya Muspelheim, terdapat lava dan percikan api kedalam kegelapan Ginnungagap. Di tengah-tengah Ginnungagap, udara dr Niflheim & Muspelheim bertemu. Api dr Muspelheim tadi mencairkan ais dr Niflheim dan kemudian ianya menitis lalu ais itu
Berubah bentuk seperti makhluk yang menyerupai manusia. Ianya adalah Jotun (bukan jenama cat) juga dipanggil raksasa, raksasa ini adalah Ymir, raksasa pertama dalam mitologi Nordik.
Apabila Ymir tidur, dia kemudian berpeluh & peluh dibawah tangannya membentuk dua lagi raksasa, satu jantan & satu betina & satu dr kakinya berpasangan dengan yang lain lalu mencipta satu lagi raksasa jantan yg bernama Thrudgelmir “Strength Yeller”. Ini adalah keluarga
Raksasa ais (frost giants) yang oertama digelar sbg Jotuns. Mereka disusukan oleh raksasa lembu, Audhumla yang suka kepada Ymir yang tercipta dr cairan ais di Ginnungagap. Raksasa lembu Audhumla makan/minum dr blok ais masin dan semasa dia menjilat blok ais tersebut,
Sesuatu yang pelik berlaku. Pada hari pertama, terdapat gugusan rambut yang keluar dr bongkah ais yang dia jilat tu. Hari kedua, Audhumla menjilat bongkah ais itu lalu muncul kepala. Akhirnya pada hari ketiga, tubuh badan seorang lelaki terlihat. Lelaki yang berada dlm bongkah
Ais itu adalah Buri, DEWA PERTAMA. Buri adalah raksasa, besar dan kacak. Dia kemudian mendapat anak yang dikenali sebagai Borr dan isterinya, Bestla. Borr & Bestla mempunyai 3 org anak, Odin, Vili & Ve. Haaa yang korang kenal Odin je kan. Dlm filem Thor ada mention Borr.
Okay sambung. Kita masuk kepada kematian Ymir. Odin dan dua adik-beradiknya memikirkan tentang Giants terlalu banyak dari Aesir (dewa lelaki). Giants sentiasa melahirkan giants baru. Mereka bertiga hanya dapat memikirkan satu cara sahaja iaitu dgn membunuh Ymir.
Mereka bertiga menunggu sehingga Ymir lelap sebelum menyerang dia. Satu pertempuran besar berlaku dan dgn mengerahkan segala tenaga, mereka bertiga berjaya membunuh Ymir. Darah Ymir tumpah dari badannya dan kebanyakkan giants mati lemas dalam banjor darah tersebut.
Bergelmir dan isterinya adalah dua giants yang terselamat dari banjir tersebut. Mereka berdua lari dan menjumpai satu tmpt di tanah berkabus dan kesemua giants yang lahir setelah itu adalah dr mereka berdua.
Seterusnya adalah penciptaan dunia. Dunia dicipta dr sisa-sisa Ymir si raksasa. 3 orang adik beradik ini mengheret mayat Ymir ke tengah-tengah Ginnungagap, disini lah mereka mencipta dunia. Darah Ynir menjadi lautan, sungai & tasik. Dagingnya menjadi tanah.
Giginya menjadi batu batan. Tulang temulangnya menjadi gunung-ganang. Tambutnya menjadi rumput & pepohon. Bulu matanya menjadi Midgard. Mereka membaling otak Ymir ke udara dan ianya menjadi awanan serta tengkoraknya menjadi langit. Adik beradik itu kemudian
Mengambil percikan-percikan api dr Muspelheim, tanah api lalu membalingnya kearah tengkorak Ymir. Percikan ini kemudian bersinar diwaktu malam dan ianya menjadi bintang. Di Idavoll, mereka membina Asgard yg menjadi rumah para dewa.
Jauh dari Asgard adalah sebuah tempat yang digelar Jotunheim dimana tempat giants tinggal.
Dwarves tercipta apabila Odin dan adik beradiknya dlm proses utk membentuk dunia baru dprd bahagian badan Ymir. Cacing yang keluar dr sisa badan Ymir kemudia bertukar menjadi dwarves. Odin, Vili & Ve takut yg langit akan jatuh jadi mereka menyuruh 4 dwarves utk memegang
Langit dan mereka dihantar ke setiap penjuru dunia. Nama keempat-empat dwarves ni adalah Nordi (Utara), Vestri (Barat), Sundri (Selatan) & Austri (Timur). Dwarves yang lain membina rumah di dalam batu & gua dibwah tanah yang digelar Svartalheim.
Mereka menjadi pakar dlm pembinaan dan mereka mencipta beberapa senjata yang hebat dan juga senjata magik seperti Mjölnir, tukul Thor dan juga barangan kemas dan perhiasan.
Seorang lelaki bernama Mundilfari berasal dari Midgard mempunyai 2 orang anak. Mereka sangat bersinar dan camtik sehinggakan dia menamakan anak lelaki mereka, Mani (bukan air mani) yang bermaksud bulan dan anak perempuan mereka bernama Sol yg bermaksud matahari.
Paa dewa amat marah akan keangkuhan itu sehinggakan mereka mengambil mereka berdua dan letakkan mereka di langit. Sol akan membawa chariot (kereta kuda) yang ditarik oleh 2 ekor kuda, Árvakr (early awake) & Alsviòr (very quick). Dibawah chariot itu, terdapat patung Svalinn
Yang memegang perisai yg melindungi bumi dibawah dari api. Mani hanya ditarik oleh satu kuda sahaja iaitu Aldsvider. Dia kemudian menculik dua org kanak-kanak dari Midgard utk membantunya membawa chariot beliau. Nama mereka adalah Bil & Yuki. Mereka dikejar oleh
Dua ekor serigala dari giant, Sköll (treachery) & Hati (Hate) setiap hari. Hati akan mengigit sedikit bulan tetapi bulan akan terlepas & menyembuhkan dirinya semula. Dua serigala ini akan menangkap matahari & bulan suatu hari nanti yang berlaku semasa RAGNAROK.
Ada juga cerita tentang giant yang bernama Nörvi yang mempunyai seorang anak perempuan yang digelar Nótt (malam). Nótt mempunyai seorang anak lelaki bernama Dagr (siang). Nótt & Dagr menunggang chariots yang ditarik oleh kuda. Nótt ditarik oleh kudanya, Hrimfaxi. Dibelakangnya
Adalah Dagr, yang ditarik oleh kudanya, Skinfaxi. Mereka juga diikuti oleh dua ekor serigala dibelakang, Sköll & Hati yang membuatkan dongeng ini sedikit keliru disebabkan pertindihan persamaan cerita dan karakter antara mereka dan matahari dan bulan.
Seterusnya cerita tentang dua manusia pertama. Suatu hari, Odin dan dua adik-beradiknya Vili & Ve berjalan di pantai. Disana mereka terjumpa dua batang kayu dari pokok abu dan satu lagi dari pokok elm. Odin memberi kayu itu semangat dan nyawa, Ve memberi mereka pergerakan,
Minda & kepandaian. Sementara Vill memberi mereka bentuk, pertuturan, perasaan dan 5 deria. Jadi terbentuklah dua manusia pertama. Seorang lelaki diberi nama Ask dan yang perempuan pula diberi nama Embla. Aesir kemudian bersepakat yang manusia patut tinggal di Midgard.
Tu cerita-cerita & hikayat dari mitologi Nordik. Esok malam pukul 9pm, aku sambung tentang Yggdrasil, Nine Realms & Gods and Goddess pulak okay. Stay tuned. 😉
Okay ni family tree untuk dewa-dewi Norse mythology. Disebabkan dalam puisi or syair-syair terdahulu banyak dan banyak pertindihan, ada dewa & dewi yang sama atau pertalian dia ramai yang masih keliru. Nah 👇🏻
Jom kita kenali para dewa dalam mitologi ni. Dewa dikenali sebagai Æsir. Mereka tinggal di Asgard bersama-sama dgn para dewi. Dewa yang paling femes sampaikan dia diperlihatkan di layar perak adalah Odin. Semua kenal kan. Dia laa ketua para dewa-dewi.
Odin: Ketua Aesir. Macam yang korang tahu, dia juga dipanggil all-father atau wanderer. Dia lebih kurang mcm Zeus, suka menyerupai pelbagai bentuk. Ada juga bentuk macam Gandalf dlm The Lord of the Rings/The Hobbit. Dia anak kepada Bestla & Bur/Bor yang merupakan anak kpd Buri.
Thor: Macam yang korg tahu, dia adalah anak kpd Odin dan giant perempuan Fjörgyn/Jord. Ibu dia bukan Frigga ye. Haa lain dari filem Marvel tu. Dia adalah dewa yang terkuat dan pelindung Midgard. Yes Thor ni baran & bila dia marah, akan keluar guruh yang kuat & kilat.
Thor juga tinggal di Asgard bersama-sama isteri dia, Lady Sif di tempat yg bernama Thrudheim. Ingat ye dia bukan kahwin dgn Jane Foster mcm dalam Marvel tu. Mempunyai 2 org anak, Trud & Modi. Ada anak tiri, Ullr.
Dia ni kahwin dua guys, dia kahwin juga dengan raksasa perempuan, Jarnsaxa. Dengan bini kedua ni, dia ada sorang anak lelaki, Magni. Thor & Sif ada seorang hamba lelaki yg bernama Thialfi & perempuan bernama Röskva.
Now kita beralih kepada Baldur/Balder/Baldr. Aku akan cerita dewa dewi yang utama je. Tak cover semua okay. So, Baldur ni adalah anak Odin dan isterinya Frigg. Baldur adalah dewa yang amat kacak dan cantik dan menjadi dewa fav dikalangan Æsir.
Kisah Baldur yang terkenal adalah tentang kematiannya. Setelah dia dan inunya Frigg bermimpi yang mereka melihat kematiannya, Ibunya meminta kesemua ciptaan di dunia supaya bersumpah jangan mengapa-apakan Baldur sebab dia ni anak kesayangan Frigg and semua dewa-dewi.
Tapi, Frigg terlupa nak bertanyakan/meminta sumpah daripada pepohon mistletoe. Disebabkan itu, para dewa-dewi membaling/melontar bermacam objek kepada Baldur dan ajaibnya, dia tidak cedera walau sedikit pun disebabkan sumpah mereka kepada Frigg tadi. Maksudnya dia ni immune laa.
Ada seorang dewa buta bernama Höd, adik-beradik kembar Baldur yang ditipu oleh Loki supaya melontar pepohon mistletoe/panah yg diperbuat darinya kepada Baldur. Baldur kemudian mati disebabkan itu.
Kalau korang main game God of War yang terbaru, ada karakter Baldur ni. Tapi dalam game ni dia jahat. But kuasa dia sama. Dah kena hempuk macam-macam but still tak ada apa.
Next adalah Tyr. Dewa perang dan dewa yang paling berani sekali. Dia digambarkan sebagai bertangan satu sahaja sebab kehilangan sebelah lagi tangan kepada Fenrir. Yep dalam Thor: Ragnarok yang Hela hidupkan semula tu but cerita asalnya lain. Jom.
Dalam sesetengah hikayat, Tyr adalah anak kepada hiant Hymir but dalam sesetengah lagi dia digambarkan sbg anak kepada Odin. Sebelum Femrir dirantai dan dipenjarakan, dia dibesarkan di Asgard. Para dewa mengetahui bahaya yg akan dibawa oleh Fenrir tetapi mereka memberi dia
Tinggal di Asgard dan mereka takut utk dekat kepadanya. Hanya Tyr seorang sahaja yang berani untuk pergi dekat dan menjaga serigala itu. Tapi disebabkan Fenrir ni membesar dgn terlalu cepat, Odin & para dewa membut keputusan utk memindahkannya & merantainya utk mengelakkan
Ragnarok drpd berlaku. Tyr tidak berseruju & berkeras utk melepaskan Fenrir. Fenrir tahu bahawa para dewa merantainya disebabkan mereka takut akan Ragnarok. Fenrir terlepas dr rantai sehingga para dewa meminta pertolongan drpd dwarves utk menempa sesuatu utk mengikat Fenrir.
Apabila mereka kembali (Try tak ikut sekali) dari meminta pertolongan dwarves bersama-sama dgn kekangan baru yg diperbuat daripada magik, Fenrir bertanya kpd mereka sama ada kekangan itu disaluti magik ataupun tidak. Mereka menipu dan berkata tidak.
Fenrir kemudian menguji mereka dgn meminta salah seorang dewa dikalangan mereka utk memasukkan tangan kedalam mukutnya. Jika mereka menipu, dewa berkenaa akan kehilangan tangannya. Cuba teka siapa yang berani nak buat macam tu?
Yep, Tyr seorang sahaja yg berani nak dekat dengan Fenrir. Fenrir kemudian mendapati yg kekangan baru itu ditempa dari magik dan dia kehilangan sebelah tangan.
Vidar. Bukan Dato’ Vida terkinja-kinja tu. Vidar adalah anak kepada Odin & Gridr. Grindr adalah giant perempuan. Vidar mempunyai kekuatan yang hampir setanding dengan Thor tapi Thor lagi kuat. Vidar ni pendiam dan suka menyendiri dengan alam semulajadi. Dia mempunyai
Sepasang kasut ajaib yang diperbuat daripada cebisan-cebisan kulit yang dibuang dari pembuat kasut di Midgard. Dia menggunakan kasut istimewanya itu utk membalas dendam terhadap ayahnya, Odin yang mati semasa Ragnarok.
Dalam cerita yang lain, semasa Ragnarok, dia berlawan dengan Fenrir dan mengalahkannya dengan menekan satu kakinya di mulut bawah Fenrir dan menolak bahagian atas mulut Fenrir lalu membunuhnya.
Heimdall. Amat berbeza dari Marvel. Dalam Marvel, digambarkan dia sebagai berkukit gelap & mempunyai pedang yang membuka Bifrost. Tapi dalam dongeng Nordik, dia mempunyai kulit yang amat putih dikalangan dewa. Yep dia penjaga Bifrost, jambatan pelangi 🌈
Dia sentiasa dilihat bersama-sama Gjallarhorn, tanduk utk memanggil para dewa apabila Asgard diserang ataupun semasa berperang. Juga ditiup apabila Ragnarok berlaku. Yes sama mcm dalam Marvel, penglihatannya amat tajam dan boleh melihat sejauh-jauhnya. Dia juga amat jarang tidur
Dan juga boleh mendengar segalanya. Sama macam dalam filem Thor tu. Okay guys kita berhenti dekat sini dulu. Esok aku sambung. Stay tuned okay. See ya 😊
Okay jom sambung. Maaf sebab ambil masa yang lama nak sambung. Dewa seterusnya adalah Hermod. Merupakan anak kepada Odin & Frigg. Dia adalah abang kepada Baldur. Cerita tentang Hermod ni bersangkut-paut dengan kematian Baldur. Jom 👇🏻
Setelah kematian Baldur, Frigg (ibu beliau) memberanikan diri utk bertanya kepada para dewa-dewi sekiranya ada yang berani utk, setia & bersungguh-sungguh utk mengembara ke alam kematian dan memberi tebusan/sesuatu kepada Hel (dewi kematian) utk melepaskan Baldur dari sana.
Hermod, anak Odin dengan berani menerima misi tersebut. Odin seterusnya mengarahkan Sleipnir, kuda beliau yang paling hebat dan paling setia utk membawa Hermod ke alam kematian. Hermod menunggang selama 9 hari melalui lembah-lembah yang dalam & gelap gelita.
Setibanya dia di sungai Gjoll, Modgud (raksasa wanita yang menjaga jambatan antara dunia & alam kematian) bertanyakan nama & tujuan Hermod. Dia mengatakan ianya pelik kerana bunyi tapak kaki Hermod seperti bunyi tapak kaki ribuan tentera & dia tidak seperti org yang mati.
Seterusnya dia diberi pelepasan dan masuk ke underworld. Hermod kemudian ternampak takhta Hel & Baldur yang kelihatan pucat dan tidak bermaya duduk disebelah takhta tersebut. Hermod bermalam disana dan setibanya siang, dia meminta Hel utk melepaskan adiknya. Dia memberitahu Hel
Yang kematian Baldur membawa kesedihan kepada semua benda hidup terutamanya kepada para dewa-dewi. Hel berkata, jika kesemua hidupan didunia menangis utk Baldur, dia akan kembalikannya kepada Hermod. Tapi jika ada yang tidak mahu menangis utk Baldur, dia takkan bg adiknya semula.
Hermod kemudian menunggang balik ke Asgard & memberitahu kepada dewa-dewi yg lain yg kemudian menghantar suruhan mereka utk menyampaikan berita tersebut kepada seluruh alam. Dan semua hidupan menangis utk Baldur KECUALI seekor raksasa betina, Tokk yang merupakan jelmaan LOKI.
Tokk memberitahu suruhan dewa itu ‘Biar Hel pegang apa yang dia ada’. Dan Baldur kekal di alam kematian bersama-sama Hel. Itu cerita tentang Hermod.
Mimir. Dia merupakan seorang yang bijak dan merupakan penasihat para dewa. Kediaman dia adalah sebuah kolam yg dipanggil Mimisbrunnr. Odin kehilangan mata sebelahnya kerana memberikan kepada Mimir supaya dia dapat minum dari telaga Mimir.
Yep. Odin hilang sebelah mata sebab bagi dekat Mimir. Bukan sebab hilang dalam peperangan. Dalam God of War pun ada Mimir. Mimir dibunuh dan dipenggal oleh Vanir semasa peperangan Aesir-Vanir. Setelah melihat kepala itu, Odin menyalutinya dgn herba istimewa & menyihir
Kepala itu dgn lagu magik utk menyelamatkannya. Kepala itu hidup tanpa badan & Odin seringkali meminta nasihat dr kepala Mimir ketiak dia perlukannya.
Ketika laa bongok. Bukan ketiak haha 😂
Next is Frigg/Frigga. Merupakan isteri kepada Odin, ibu kepada Baldur & merupakan dewi tertinggi dikalangan Aesir. Mempunyai sihir yg dikenali sbg seidr. Seidr adalah sihir yang melibatkan takdir dan membawa perubahan kepada sesuatu perkara.
Seterusnya adalah Sif. Sif adalah isteri kepada dewa petir, Thor dan mempunyai anak tiri bernama Ullr. Sif merupakan dewi yang mempunyai rambut berwarna keemasan yang sangat panjang & cantik (bukan Rapunzel). Loki suatu hari pernah memotong rambut Sif semasa dia sedang tidur.
Thor kemudian marah dan mengugut untuk membunuh Loki tetapi Loki kemudian berkata yang dia akan menggantikan rambut Sif dengan rambut yang lebih cantik. Dia kemudian menggantikan rambut Sif dgn helaian emas yang dicipta oleh dwarfs.
Sigyn adalah isteri kepada Loki. Mereka berdua mempunyai dua orang anak lelaki bernama Narfi & Vali. Suatu ketika dulu, Loki membuatkan para dewa berasa amat marah lalu dia dirantai di sebuah gua dengan seekor ular yang berbisa diatas kepala.
Sigyn akan memegang mangkuk utk menadah bisa ular daripada terkena kepala Loki. Jika bisa tersebut kena kepala Loki, dia akan menahan kesakitan yang amat sangat sehinggakan menggeletar dan menyebabkan gempa di Asgard.
Next is Loki The Trickster. Ayahnya adalah giant Farbauti. Ibunya adalah LAUFEY. Yep Laufey adalah giant betina. Bukan jantan mcm dalam MCU. Loki juga mempunyai anak bersama dengan giant perempuan, Angrboda.
Anak mereka berdua adalah Hel goddess of the underworld, Jormungand ular raksasa yang membunuh Thor semasa Ragnarok & Fenrir serigala yg menggigit tangan Tyr & yg membunuh Odin semasa Ragnarok.
The Nine Realms. 9 dunia ini dipegang oleh batang-batang & reranting dari pohon dunia, Yggdrasil.
Yang pertama adalah Asgard, dunia para Aesir. Tempat para dewa & dewi. Kedua adalah Midgard, dunia manusia. Ketiga adalah Alfheim, dunia elves. Keempat adalah Muspelheim, dunia demons, giants dan api. Kelima adalah Vanaheim, dunia para Vanir. Tempat para dewi.
Keenam adalah Svartalfheim/Nidavellir, dunia dwarves. Ketujuh adalah Jotunheim, dunia giants. Kelapan adalah Niflheim, dunia frost giants & ais. Terakhir adalah Helheim, untuk mereka yg sudah mati & tempat goddess of death, Hel.
Itu sahaja untuk thread kali ni. Ohh untuk rujukan, aku suggest korang baca novel The Viking Spirit An Introduction to Norse Mythology & Religion by Daniel McCoy. Dalam buku ni lagi lengkap. Lagi banyak dewa & dewi yang diterangkan.
So thank you sebab baca thread tak seberapa ni. Kalau ada salah maafkan. Till we meet again. Assalamualaikum. Bye 👋🏻😊
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to Jul
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member and get exclusive features!

Premium member ($3.00/month or $30.00/year)

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!