Kenapa sekarang ni asyik kritik PH je?

Dah jadi macai ya?

Kau lagi rela Najib ambil alih negara ni ke?

****
Mari aku jawab dalam thread ni.

Guys, umur aku ni dah 35 tahun.

Ketika Anwar dipecat Mahathir, aku form 1 masa tu.

Jadi saksi hidup kebobrokan kerajaan yang ada.
Hari2 beli paper nak ikuti perbicaraan Anwar. Tiba-tiba minat pasal politik. Walhal baru 13 tahun. Hari-hari berdebat dengan kawan di sekolah.

Ada yang sokong PAS, KEADILAN (nama dulu) & ramai masih setia dengan UMNO BN.

BERSIH wujud tahun 2007. Ini permulaan kebangkitan rakyat
Dari Kuantan aku naik bas dengan kawan2 ke KL. Roadblock kemain banyak.

Pak Lah PM masa tu dah warning awal-awal. Rally BERSIH haram, tak dibenarkan. Polis akan ambil tindakan.

Sampai KL, terus kami berkumpul di Masjid Jamek, KL. Subuh penuh macam solat jumaat.
Semakin ramai di area Masjid Jamek ketika waktu Zohor. Di sini, kami dipimpin oleh Tuan Ibrahim Tuan Man. Semuanya berbaju kuning.

Langit semakin gelap. Polis serta FRU penuh di hadapan masjid. Helikopter berlegar2 di atas.

Hujan turun mencurah2. Loceng trak FRU dibunyikan.
Kami disimbar gas pemedih mata dan water cannon. Pedih ya amat hingga rasa sukar untuk bernafas. Nak muntah, mata merah, tekak perit semua ada. Mujur waktu itu hujan meredekan keperitan kami.

Polis menghalang bahagian depan masjid, kami lalu di bahagian lain. Dapat lepas.
Lalu, rally kami diketuai oleh Dr Hatta Ramli (kini dah jadi Timb Menteri), juga Sdr Kamaruzaman (masih dalam PAS).

Kami chant untuk ke Istana Negara (yang lama). Ada pimpinan dari Masjid Negara, Pasar Seni dan Sogo.

Sampao sahaja di istana, memorandum dah diserahkan.
Tahun 2011, BERSIH yang kedua pula. Kali ini polia dah warning awal, sesiapa je yang pakai baju kuning, depa akan terus tangkap.

Belum lagi rally, dah ramai disumbat dalam black maria.

Aku antara demonstran yang ditembak tear gas serta water cannon di area Puduraya.
Lari menyelamatkan diri hingga sampai berdekatan Hospital Tun Shin.

Pimpinan negotiate dgn polis. Sivarasah mengetuai (kini dah jadi menteri).

Tak tahu apa yg dibincangkan, tiba2 kami ditembak tear gas dan air asid lagi.

Habis semua lari hingga memanjat bukit belakang hospital
Macam bodoh kan?

Tapi semua ni kami redah dek cintakan negara, mahu demokrasi berjalan dengan baik.

Biar pilihanraya berlangsung dengan adil. Anak kami berhak mendapat masa depan yang lebih baik kelak.

At least bila anak cucu tanya nanti, kami ada jawapan.
Sebelum terlupa, tahun 2009 aku telah sertai himpunan Gabungan Mansuhkan ISA.

Sama juga layanan pihak polis. Tetap merasa tear gas dan water cannon.

Momen paling tak dapat aku lupakan adalah bila kami dikepung depan dan belakang.

Tak dapat pergi mana dah.
Lalu, Dr Mujahid (dah jadi Menteri pun), minta kami semua buat saf dan solat hajat. Atas jalanraya masa tu, Jalan Kuching.

Habis je salam pertama, kami dihadiahkan sekali lagi dengan tear gas.

Allahu.

Tak tahu nak cakap apa dah. Walhal rally aman ni.
Sebelum tu, teringat lagi bagaimana Dr Hatta juga Dr Dzulkefli Ahmad (Menteri juga sekarang ni), ditarik oleh pihak polis hingga tertanggal baju, sebaik sahaja kami mula berarak dari Masjid Negara, menuju ke Istana Negara, bagi serahkan memorandum.

Memori semua tu.
2012 adalah demontrasi terakhir yang aku join. Bersih 3.0. Kali ini berkumpul di Dataran Merdeka sahaja.

Tetapi entah bala apa yang muncul, provokasi berlaku, ada yang merempuh barricade di dataran.

Dan kali ini lebih teruk kami kena. Sebab tengah berhimpit.
Maka, rasalah kami tear gas dan water cannon lagi.

Pekat secukup rasa.

Cuma, BERSIH kali ni tak ramai sangat yang ditahan. Hanya beberapa orang pimpinan sahaja yang ditangkap termasuk Mat Sabu (sekarang dah jadi Menteri).
Ini antara pengalaman dek menyahut seruan pimpinan untuk masa depan yang gemilang demi anak bangsa.

Belum lagi pengalaman aktif dalam parti, aktif berkempen ketika PRU dan PRK, gerakkan unit penerangan dll.

Kini ramai di antara mereka dah jadi pimpinan dalam ini negara.
Berjuang berpuluh tahun, mengembleng gerakan rakyat hingga kerajaan UMNO BN tumbang tahun 2018.

Kami mahu melihat reformasi apa yang mahu dibuat oleh kerajaan.

Sabar dan terus sabar menanti.

Maklumlah, Malaysia Baharu.
Namun, byk menteri tak perform. Adib tidak terbela. Menteri Perpaduan tak function. Gobind Singh Deo menjadi Menteri Penerangan & Komunikasi yang paling teruk dalam sejarah Malaysia.

Mat Sabu semakin membisu. Tak lantang lagi bersuara. Dr Mujahid tak habis2 dengan kontroversi.
Maszlee Malik dipecat tanpa rakyat tahu apa punca beliau dipecat. Mahathir jadi Pemangku Menteri Pendidikan dan terus keluarkan statement berhasrat nak kembalikan kasut hitam ke putih.

Ketahian apakah semua ini?

Tun M sering menyalahkan orang miskin.
Ini bukan Malaysia Baharu yang kami inginkan.

Kalau PRK pun rakyat sanggup pilih parti yang terkenal dengan rasuah dan memiliki pemimpin yang tiada integriti, maka PH nak letak muka di mana?

Nak salahkan Najib?

Manifesto bukan kitab suci kan. Tak payah laksanakan.
Kami beri peluang pada Tun M untuk mengemudi negara buat kali kedua.

Anwar yang dizalimi masa zaman Tun pun boleh berjabat tangan melupakan sengketa demi rakyat, apakan pula kami ni.

Tapi lihatlah apa yang berlaku sekarang ni?
Malas aku nak senaraikan kelemahan demi kelemahan kerajaan.

Tak cukup ditulis dalam satu thread.

Bila kami letak hashtag #kerajaansepenggal bukanlah bermaksud nak PH terus terbenam.

Tapi kami nak beri isyarat awal tolong kemudi negara dengan baik.

Rakyat ni hakim negara.
Jadi, buat yang bertanya kenapa aku asyik hentam PH, rasanya dah terjawab dalam thread ni.

Hentam sebab sayang.

Tapi kalau PH masih lagi sibuk dengan survival anak bini, survival parti, maka kami beramai-ramai akan kick kamu.

Mudah kan?
Nah bonus. Bersih 2007, Masjid Jamek, KL.

Ada rambut lagi masa ni.

Allahu rindunya rambutku. Kahkah Image
Ada yg tanya knp kata Gobind tak perform. Ini jwpnnya 👇

Segala prestasi menteri tak diwar2kan scr maksimum. Langsung tak mencegah fake news. Kebebasan media bkn dgn mmbiarkan fitnah bermaharajalela. Bygkan, 20 bln Maszlee jd menteri, org nmpk kasut hitam je. Apa yg Gobind buat?
Ada yang tanya, masa demo dulu kenapa pemimpin melayu je yang kena tear gas dan water cannon.

Sebenarnya tak. Guan Eng, Kit Siang, Gobind dll semuanya dah merasa kepekatan gas pemedih mata.

Tian Chua sampai kena pijak. Demonstran pun ramai dikalangan kwn cina dan india.
Oh lupa, kalian berhak untuk tidak bersetuju dengan pendapat saya ini.

Jika ada nama menteri yang dirasakan perform, tetapi saya menidakkan prestasinya dalam tulisan di atas, maka saya okey sahaja.

Wassalam.

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Akhi Fairuz Al-Jengkawi

Akhi Fairuz Al-Jengkawi Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @akhifairuz_

Sep 22, 2021
Bahaya sebenarnya kalau salah didik anak sulung.

Anak sulung ni memang byk kelebihan. Mengikut kajian mereka ada IQ yg tinggi tetapi cara didik anak sulung yg salah boleh buatkan :

⚠️ Jadi pemarah

- mudah melenting dgn adik2 & selalu tinggikan suara bila bersama adik adiknya
⚠️ Anak sulung jadi terlampau sensitif ( oversensitive )

- anak sulung jadi mudah menangis, mudah tersinggung dan sangat mudah merajuk hingga membuatkan mak ayah tertekan kerana setiap hari perlu memujuk
⚠️ Anak sulung jadi terlampau dominan ( bossy)

- anak sulung menjadi terlampau menguasai adik adiknya, tak suka berkongsi dan selalu gunakan kemarahan untuk menguasai
Read 14 tweets
Jul 12, 2021
Siapa Bella? Apa yang dah berlaku kepada anak kecil ini? Kenapa beza sangat keadaan beliau pada tahun ni?

Ini threadnya...

#JusticeForBella

Bella (2020) Bella (2021)
Adik Bella ni anak Down Syndrome yg berusia 13 tahun. Beliau ditemui sekitar usia 7 tahun sedang mundar mandir seorang diri di sekitar Kuala Lumpur.

Ada yg maklumkan, Bella anak yatim piatu. Tapi tak dapat disahkan secara rasmi. Adalah hamba Allah laporkan pasal Bella ni ke JKM.
Jadi, pihak JKM ambik adik Bella dan tempatkan beliau di Rumah Sinar Harapan Tengku Ampuan Najihah di Negeri Sembilan.

Segalanya baik di sana. Bella happy. Segalanya baik-baik sahaja.

Sehinggalah usianya mencecah 12 tahun.
Read 36 tweets
Jun 4, 2021
Bila KJ aka Khairul Jamain ajak saya untuk join event Qurban & Aqiqah kat Tanzania, tertanya2 jugak, kenapa sampai ke Afrika tu.

Kat Malaysia ni pun ramai lagi kan yang memerlukan.

Tapi bila baca IG Story beliau ni, sebaklah pulak rasa. 😢
Ini pengalaman KJ ketika jayakan misi kemanusian di salah sebuah negara di benua Afrika.

Sedih guys! 😢
Sekolah depa. Cikgunya duduk di luar. Bilik guru tak ada.
Read 14 tweets
Apr 20, 2021
Tahun ke 3 dan 4 perkahwinan, saya dan isteri benar-benar struggle. Anak dah masuk 2 orang, duduk pula di KL. Masuk je gaji, sehari dua lepas tu mesti cemas dok fikir celah mana nak cekau duit beli pampers dan susu anak.
Pinjamlah duit kawan2, juga ada ketika terpaksa tebalkan muka minta belas ihsan dari keluarga sendiri. Syukur Alhamdulillah, keluarga sentiasa faham & doakan kami dimurahkan rezeki.

Akhirnya, isteri cadangkan untuk buat lunchbox. Kebetulan beliau pandai masak & suka memasak.
Saya pun buatlah poster dan buat hebahan di facebook. Nak kata dapat sambutan tu tak juga, tapi Alhamdulillah ramai kenalan fb yang order.

Sehari sebelum, kami awal-awal lagi dah ke NSK Selayang cari barang. Kadang tu awal-awal pagi ke Pasar Borong Selayang atau Pasar Borong KL.
Read 27 tweets
Jan 29, 2021
Beberapa minggu lepas, saya terbaca satu kisah di page IIUM Confession.

Seorang wanita, 5 tahun usia perkahwinan, memberi tips utk rumahtangga bahagia.

Cuma, yg menjengkelkan point ke 4 inilah.

- suami tgok porn, onani, isteri tgok porn juga sbb nak belajar caranya
Saya terus rasa macam..
.
.
What?!!!

Yang si laki pun awat jadi lagu tu?

Bila isteri mengadu penat, cuba check apa yang dia buat sehari suntuk kat rumah.

Tak bantu bini urus rumahtangga dan anak ke?

Ke sibuk main games dan layan porn je?

Alih2 bini jugak yang disalahkan.

🤦
Porn ni dadah alaf baru. Jangan normalisasikan ia.

Jgn kata yang lelaki, yang perempuan pun anggap porn ni benda biasa.

Saya pernah tulis pasal isu ni kat fb.

Suami kantoi kat bahagian history, share masalah kat page KRT, sekali ini komen yang muncul 👇
Read 18 tweets
Jan 28, 2021
Bila buku Dr @anayasminazmi berjudul Our Eyes Are A Gift From Allah sampai kat rumah, saya terus belek-belek isi kandungannya.

Tajuk nampak biasa, namun isi ceritanya luar biasa! Kisah dalam buku bermula bila si anak kecil masuk ke bilik ibunya tanpa minta izin.
Jadi, ibunya terus cakap, lain kali nak masuk bilik parents, ketuk pintu dulu. Kemudian minta izin untuk masuk.

Bila anak bertanya kenapa kena buat macam tu, si ibu terus jawab bilik tidur ini adalah ruang privacy di rumah.
Ia adalah tempat untuk berehat, salin pakaian, kadang-kadang ternampak aurat individu yang lain, jadi nak taknak kena minta izin dulu. Khuatir mata ni tengok hal yang tak sepatutnya.
Read 11 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Don't want to be a Premium member but still want to support us?

Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal

Or Donate anonymously using crypto!

Ethereum

0xfe58350B80634f60Fa6Dc149a72b4DFbc17D341E copy

Bitcoin

3ATGMxNzCUFzxpMCHL5sWSt4DVtS8UqXpi copy

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!

:(