Bila buku Dr @anayasminazmi berjudul Our Eyes Are A Gift From Allah sampai kat rumah, saya terus belek-belek isi kandungannya.
Tajuk nampak biasa, namun isi ceritanya luar biasa! Kisah dalam buku bermula bila si anak kecil masuk ke bilik ibunya tanpa minta izin.
Jadi, ibunya terus cakap, lain kali nak masuk bilik parents, ketuk pintu dulu. Kemudian minta izin untuk masuk.
Bila anak bertanya kenapa kena buat macam tu, si ibu terus jawab bilik tidur ini adalah ruang privacy di rumah.
Ia adalah tempat untuk berehat, salin pakaian, kadang-kadang ternampak aurat individu yang lain, jadi nak taknak kena minta izin dulu. Khuatir mata ni tengok hal yang tak sepatutnya.
Bila saya baca permulaan buku ni terus rasa wow. Ini asas kepada pendidikan seksualiti. Dalam ebook saya pun ada sentuh bab ni secara panjang lebar.
Kemudian, si ibu dalam buku ini teruskan lagi dengan menyebut mata yang Allah bagi ni jangan sampai tengok benda yang tak elok.
Si anak terus bertanya apa yang tak elok tu. Ibunya terus jawab, contohnya pornografi.
Hebat betul skrip dalam buku ni!
Straight to the point!
Watak anak terus tanya pornografi tu apa. Lalu ibunya pun jawab.....
.
.
.
Haha. Mana boleh tulis semua. Nanti jadi spoiler.
By the way, saya dah gunakan buku ni untuk bedtime story dengan si Fatih dan Aya.
Memang banyak yang depa tanya. Namun Alhamdulillah penerangan dalam buku ini cukup jelas untuk ibu bapa berikan jawapannya kepada anak.
Saya cadangkan sangat untuk mak ayah dapatkan buku tulisan Dr Anayasmin ni. Macam-macam judul yang ada.
Ini antaranya :
1. Untuk buat anak suka dan cinta kepada Allah SWT, maka ini bukunya :
👉 Ziyad & Tiger series
👉 Safiyya and kitty
👉 Have you ever wondered
2. Untuk anak cinta kepada Al-Quran, maka ini cadangan bukunya :
👉 The Girl and The Book
3. Naskah yang penuh dengan pesanan, nasihat serta panduan dalam kehidupan seharian pula yang ini :
👉 5 Minutes bedtime reminders
4. Dah tanam semua atas ni, kita masuk pula 'gear' didik anak apa boleh & tak boleh.
Ada perkara yg sukar nak disampaikan dgn berkesan di sekolah contohnya sex ed. Jadi, ini buku yang paling saya rekemen :
👉 Robo Belajar Tentang Manusia
👉 Our Eyes Are a Gift From Allah
5. Nak sampaikan semua di atas ni dengan FUN sambil bonding dengan anak, buatlah aktiviti. Jadi, ini cadangan bukunya :
👉70 Aktiviti cinta
6. Untuk bina keyakinan diri anak :
👉 Allah Little Stars
👉 My Amazing Super Power
Jadi, saya sarankan sangat untuk bakal parents atau yang dah berkahwin untuk dapatkan buku-buku ni okey.
Menyirap sy baca kisah yg kawan fb kongsikan ni. Budaya prank yang menjahanamkan!
"Aku baru lepas tengok satu video ni berkenaan sorg budak 2 tahun guna tandas kat McD. Tapi kejadian ni bkn berlaku di Malaysia lah ye.
Budak ni budak perempuan. Umur baru 2 tahun lebih macam tu.
Masa kat McD tu, dia kata kat mak dia yang dia nak guna tandas sendiri kat McD.
Mak dia pun kata ok lah sebab mak dia fikir sebab anak dia tu memang dah pandai guna tandas sendiri. Lagipun, tandas kat McD ni mungkin tak ada apa apa yang berbahaya.
Jadi, si mak ni pun bawalah anak dia ke tandas McD. Dia tunggu kat luar, anak dia masuk dalam. Bila masuk tandas McD, dalam tu ada beberapa kubikel.
Mak dia tak ikutlah sekali masuk kubikel tu, mak dia hanya tunggu kat luar.
Masa first time tengok gambar ini, rasa kesian sungguh. Terkejut pun ada. Manusia manalah yang buat khianat dekat kambing ini? Tinggalkannya tergantung dekat dinding macam gitu ja. Seksa woih!
Rupa-rupanya kambing ni yg panjat sendiri! Bukan orang yang buat khianat. #TerokaSains
Kambing jenis Alpine Ibex ini berkemampuan utk mendaki bukit & dinding empangan dgn kecuraman 90 darjah untuk mendapatkan sumber makanan serta lari drpd pemangsa.
Kalau dah panjat dinding yg tinggi menegak sebegini, harimau atau serigala yg nak menangkapnya pun putus asa terus.
Biasanya kambing ini akan menjilat dinding-dinding bukit yg berbatu utk mendapatkan sumber garam mineral.
Payah nak jumpa spesies ini di Malaysia. Kambing ini hidup di Pergunungan Alps dekat Eropah. Jadi, kita tengok gambar sajalah. Itupun dah memadai & membuatkan kita teruja.