Tahun ke 3 dan 4 perkahwinan, saya dan isteri benar-benar struggle. Anak dah masuk 2 orang, duduk pula di KL. Masuk je gaji, sehari dua lepas tu mesti cemas dok fikir celah mana nak cekau duit beli pampers dan susu anak.
Pinjamlah duit kawan2, juga ada ketika terpaksa tebalkan muka minta belas ihsan dari keluarga sendiri. Syukur Alhamdulillah, keluarga sentiasa faham & doakan kami dimurahkan rezeki.
Akhirnya, isteri cadangkan untuk buat lunchbox. Kebetulan beliau pandai masak & suka memasak.
Saya pun buatlah poster dan buat hebahan di facebook. Nak kata dapat sambutan tu tak juga, tapi Alhamdulillah ramai kenalan fb yang order.
Sehari sebelum, kami awal-awal lagi dah ke NSK Selayang cari barang. Kadang tu awal-awal pagi ke Pasar Borong Selayang atau Pasar Borong KL.
Fatih & Aya baru 3 tahun & 1 tahun masa tu. Kemana kami pergi, ke situlah mereka ikut. Semuanya demi mereka.
Jam 4 pagi biasanya isteri dah siapkan bahan2. Saya pula tolong apa yang patut. Tapi itulah, saya dapat bantu sampai jam 8.30 pagi sahaja, sebab jam 9 dah kena kerja.
Jadi, yang akan uruskan packaging, bungkus, bawa turun ke kereta (rumah sewa kami tingkat 1, mujur dekat je nak ke bawah), siapkan anak, letak di carseat dan delivery adalah isteri saya.
Tulis ni pun dah rasa sebak. Wife orang Alor Setar. Memang membesar di sana dr kecil.
Masa berkahwin dgn saya nilah baru keluar & berhijrah ke KL. Jadi selok belok jln kat KL bukan beliau tahu sangat. Nak pakai maps atau waze pun susah masa tu.
Port kereta kenari untuk charge phone dah rosak. Power bank mahal lagi masa tu.
Jadi, sebelum isteri saya hantar makanan, biasanya saya dah bantu tunjukkan jalan yang dia kena lalui nanti.
Phone guna untuk wassap customer je. Nanti banyak sangat guna, bateri cepat habis.
Beliau hantar ke UIA Gombak, then ke Selayang, Setapak, Batu Caves dan ke Jalan Tun Razak, KL!
Jalan jem! Kerata pulak manual! Anak menangis dah kat belakang. Si Fatih awalnya hantar juga ke rumah pengasuh, tapi akhirnya kami decide tak mahu hantar dah. Tak mampu nak bayar.
Isteri kata dia boleh handle lagi walau saya tahu beliau penat, hanya gagahkan diri demi secebis rezeki.
Wife pernah nangis teresak-esak masa masuk Jalan Tun Razak tu. Customer dah call & mesej berkali-kali, bila nak sampai, bila nak sampai. Anak pula menangis2 kat belakang.
Dahlah penat sediakan lunchbox tu tak habis lagi, sekarang kena mengadap situasi begitu pula. Balik nanti nak kena kemas dapur pula. Nak berehat? Belum tentu lagi. Aya Sophia menyusu badan.
Tapi momen paling menggemparkan adalah saat beliau hantar makanan area Masjid Negara. Masa kat bulatan tu, bahagian belakang tepi kereta kenari dilanggar oleh sebuah van!
Oleh sebab beliau nak cepat hantar makanan, diteruskan je perjalanan. Allahuakbar! Agaknya pemandu van tu pun terpinga-pinga dok fikir awat orang tu laju pecut ke depan, bukan salah kau pun. Salah aku. Taknak settle ke. Gitulah agaknya.
Bila sampai je lokasi, org yg order tu tak dtg2 nak pickup makanan. Walhal sebelum tu kemain dok wassap nak cepat. Akhirnya, wife pula yg kena tunggu dia.
Itulah sedikit sebanyak pengalaman waktu sukar.
Sempatlah juga kami sediakan beribu pek berbuka puasa utk event anjuran Langit Ilahi @HilalAsyraf di UIA serta event yg lain2 juga.
Seorang customer kami, Kak Adilah mesej saya & kata, "Fairuz, hargai isteri tu ya. Tak semua wanita boleh buat begitu tau. Jgn sia-siakan beliau."
Tahun 2017, kami stop buat katering, lunchbox apa semua. Saya berhenti kerja tahun itu juga. Kami cuba cari inisiatif lain utk teruskan survival keluarga.
Akhirnya, kami keluarkan 1 produk. Idea ini terhasil sebab kami pernah sediakan menu ayam berempah masa kenduri kahwin kwn.
Masa kenduri tu, ramai yg cakap sedap, baunya semerbak, siap tambah lagi. Mujur cukup utk jamu pada setiap tetamu.
Jadi, saya & isteri fikir why not kita buat rempah ni untuk dijual & dipasarkan. Maka, kami pun buatlah. Alhamdulillah, sambutan dari kawan-kawan amat menggalakkan.
Cuma, kami stop dalam 2 tahun, sebab pindah ke Alor Setar, bina hidup baru dan jual semula tahun lepas.
Beribu-ribu unit juga yang terjual. Yang beli pun bukan satu pek, tapi berpek-pek. Ada yang beli 3, 4, 5 dan ada yang beli puluh-puluh untuk jadi agent. Alhamdulillah.
Masa tu saya promote kat fb je. Kat twitter tak sempat. Huhu.
Then, bulan 9 gitu stop sekejap dek memberi laluan kpd isteri yg sarat pregnant, nak lahirkan anak, berpantang dll.
Masuk Ramadan ni baru on semula.
Dah 3 hari kami proses ni, beli 50kg serai, potong, jemur, sangai, blend rempah ratus yg lain, gaul semua bahan, bungkus dlm plastik, tampal sticker apa semua.
Setakat hari ni, hampir 500 unit yg dah terjual. Syukur! Kami target untuk siapkan 2000 unit sahaja untuk Ramadan ni.
Rempah Akhi Fairuz ni memang memudahkan kerja kawan-kawan untuk masak sahur dan berbuka. Hanya buka pek, tabur atas ayam/daging/udang/ikan, masak (goreng/fry), dan kemudian makan.
Garam, gula, bawang apa semua tak payah isi. Semuanya dah secukup rasa.
Jadi, buat kawan-kawan yang baca thread saya ni dari perenggan pertama hingga ke perenggan ini, sudilah kiranya support isteri saya ya.
Kali ni, ada promosi, beli 5, free postage kami bagi. Satu pek RM 12, 110gram. Boleh pakai untuk seekor ayam saiz sederhana.
Bila buku Dr @anayasminazmi berjudul Our Eyes Are A Gift From Allah sampai kat rumah, saya terus belek-belek isi kandungannya.
Tajuk nampak biasa, namun isi ceritanya luar biasa! Kisah dalam buku bermula bila si anak kecil masuk ke bilik ibunya tanpa minta izin.
Jadi, ibunya terus cakap, lain kali nak masuk bilik parents, ketuk pintu dulu. Kemudian minta izin untuk masuk.
Bila anak bertanya kenapa kena buat macam tu, si ibu terus jawab bilik tidur ini adalah ruang privacy di rumah.
Ia adalah tempat untuk berehat, salin pakaian, kadang-kadang ternampak aurat individu yang lain, jadi nak taknak kena minta izin dulu. Khuatir mata ni tengok hal yang tak sepatutnya.
Menyirap sy baca kisah yg kawan fb kongsikan ni. Budaya prank yang menjahanamkan!
"Aku baru lepas tengok satu video ni berkenaan sorg budak 2 tahun guna tandas kat McD. Tapi kejadian ni bkn berlaku di Malaysia lah ye.
Budak ni budak perempuan. Umur baru 2 tahun lebih macam tu.
Masa kat McD tu, dia kata kat mak dia yang dia nak guna tandas sendiri kat McD.
Mak dia pun kata ok lah sebab mak dia fikir sebab anak dia tu memang dah pandai guna tandas sendiri. Lagipun, tandas kat McD ni mungkin tak ada apa apa yang berbahaya.
Jadi, si mak ni pun bawalah anak dia ke tandas McD. Dia tunggu kat luar, anak dia masuk dalam. Bila masuk tandas McD, dalam tu ada beberapa kubikel.
Mak dia tak ikutlah sekali masuk kubikel tu, mak dia hanya tunggu kat luar.
Masa first time tengok gambar ini, rasa kesian sungguh. Terkejut pun ada. Manusia manalah yang buat khianat dekat kambing ini? Tinggalkannya tergantung dekat dinding macam gitu ja. Seksa woih!
Rupa-rupanya kambing ni yg panjat sendiri! Bukan orang yang buat khianat. #TerokaSains
Kambing jenis Alpine Ibex ini berkemampuan utk mendaki bukit & dinding empangan dgn kecuraman 90 darjah untuk mendapatkan sumber makanan serta lari drpd pemangsa.
Kalau dah panjat dinding yg tinggi menegak sebegini, harimau atau serigala yg nak menangkapnya pun putus asa terus.
Biasanya kambing ini akan menjilat dinding-dinding bukit yg berbatu utk mendapatkan sumber garam mineral.
Payah nak jumpa spesies ini di Malaysia. Kambing ini hidup di Pergunungan Alps dekat Eropah. Jadi, kita tengok gambar sajalah. Itupun dah memadai & membuatkan kita teruja.