My Authors
Read all threads
Cara paling ringkas untuk declare cukai dekat sistem E-Filing. Cara ni boleh guna pakai bagi income makan gaji dan juga bisnes.

#TwtCukaiMY
Ni kesinambungan dari thread lalu, lepas korang dah daftar nombor cukai dan dah dapat nombor pin-efiling. Kalau tak daftar lagi nombor cukai, takda nombor pin-efiling memang tak follow step ni.

Nombor pin e-filing penting sebab tu benda utama untuk access e-filing kali pertama.
Kalau ada yang tertinggal thread sebelum ni, boleh cek dekat sini dulu ok. Baca sampai habis. Sampai bawah thread. Saya compilekan juga soalan kebiasaan korang. Sentiasa ingat, ciri-ciri orang rajin bila dia luangkan sikit masa untuk membaca.

1. Nanti lepas mohon nombor pin dekat website maklum balas LHDN, korang akan dapat emel nombor pin masing-masing. LHDN akan attachkan dokumen macam dalam gambar.
2. Ok next, pergi website link dekat bawah ni.

ez.hasil.gov.my/CI/

3. Lepastu cari "Login Kali Pertama". Bagi yang tak pernah ada e-filing, step ni sekali je buat seumur hidup. Lepas-lepas ni takyah buat step ni lagi. Boleh terus login pakai nombor IC dengan password saja.
4. Korang akan dibawa ke paparan baru. Dekat paparan ni korang kena masukkan nombor pin yang korang dapat dari LHDN dekat step 1 tadi.

5. Lepastu masukkan nombor kad pengenalan masing-masing.

6. Klik Hantar
7. Nanti korang akan dapat paparan macam dalam gambar untuk korang isi maklumat yang diperlukan. Nombor telefon dengan emel sangat penting. Esok-esok korang lupa password, nombor telefon dan emel ni lah yang LHDN akan hantar temporary password.
8. Dalam paparan tadi jugak, korang kena isikan password yang korang akan gunakan untuk setiap kali login.

9. Frasa keselamatan ni penting untuk tentukan setiap kali nak login, frasa keselamatan ni akan keluar. Kalau selain frasa keselamatan ni keluar, jangan login. BAHAYA.
10. Dah selesai, semak balik semua. Jangan ada yang tertinggal.

11. Baca dan scroll Terma dan Syarat.

12. Klik Setuju.

13. Next paparan, Sahkan maklumat, Klik Hantar.
14. Nanti akan keluar paparan "Sijil Digital Individu anda telah berjaya didaftar. Sila klik di sini untuk log masuk."

15. Klik Sini atau pergi je dekat website ni untuk access.

ez.hasil.gov.my/CI/
16. Masukkan Nombor IC, Klik Hantar

17. Sahkan Frasa Keselamatan, Masuk Password, Klik Teruskan.

18. Akan keluar satu paparan macam dalam gambar. Klik dekat e-Borang
19. Dekat sini korang kena pilih borang apa yang korang nak submit cukai.

e-BE - pilih Tahun Taksiran - Untuk orang makan gaji SAHAJA.

e-B - pilih Tahun Taksiran - Untuk orang ada pendapatan bisnes, komisen base. Kalau makan gaji dan buat bisnes pilih kategori ni jugak.
20. Lepas pilih borang e-BE atau e-B, korang akan dibawa ke paparan baru untuk isi maklumat diri dan pendapatan. Maklumat asas korang isi je macam biasa.

21. Bahagian Taksiran tu bujang takda isu.
22. Kalau kahwin, Bahagian Taksiran tu Jangan Pilih "Bersama...". Kalau husband wife dua-dua bekerja pilih "Berasingan". Kalau wife suri rumah pilih, "Diri Sendiri Pasangan Tiada Punca Pendapatan".

Kalau wife suri rumah ada bisnes? Pilih "Berasingan". Sebab wife ada pendapatan.
23. Layak menuntut insentif di bawah seksyen 127, pilih "Tidak Berkenaan".

24. Nama Bank dan Nombor Akaun Bank penting untuk refund cukai kemudian hari jika ada.

25. Mempunyai akaun kewangan di institusi kewangan di luar Malaysia, pilih Tidak.
26. Melupuskan aset di bawah Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976, pilih Tidak kalau takda jual rumah dalam tahun taksiran tersebut. Kalau korang ada jual rumah dalam tahun taksiran, kena pilih YA.

27. Klik bar biru tulis "Pendapatan Berkanun, Jumlah Pendapatan dan....."
28. Masukkan pendapatan berkanun penggajian korang. Rujuk EA/EC form dari majikan masing-masing. Kalau majikan korang pemalas tak bagi EA/EC form, kira manual payslip korang. Kalau payslip pun takda, berhenti kerja, majikan tak guna.
29. Bilangan penggajian letak "1" kalau Tahun Taksiran tu korang kerja dengan satu majikan je. Kalau 2 majikan, ada 2 EA form, letak "2". Kalau 3 majikan letak "3".
30. Part ni korang cek EA/EC form korang ada penolakan PCB or tak. Jika ada, masukkan dekat sini. Ada setengah dah automatik ada amaun. Cek dan pastikan sama dengan EA/EC form.

Takda EA/EC form, macam biasa kira manual dari payslip korang. Kalau payslip takda, Majikan tak guna.
Kalau orang bisnes, borang e-B paparan dia macam gambar, tak sama e-BE orang makan gaji.

Masukkan Pendapatan Bisnes korang, bukan sales tapi profit lepas adjustment. Bilangan perniagaan samalah macam makan gaji tadi, 1, 2 or 3.

Masukkan pendapatan gaji kalau ada.
31. Klik bar biru tulis "Pelepasan / Rebat....."

32. Part ni sama je orang makan gaji, borang e-BE dengan orang bisnes e-B. Korang boleh isikan amaun yang mana korang layak buat penolakan. Dengan syarat ada resit, penyata dan dokumen.
33. Orang makan gaji yang isi borang e-BE boleh klik Rumusan sebaik selesai.

34. Bagi orang bisnes ada bahagian tambahan korang kena isi dekat yang saya tanda merah macam dalam gambar. Bahagian ni sebenarnya cerita pasal sales, kos, belanja, aset, liabiliti, modal bisnes korang.
35. Selesai masukkan maklumat kewangan, barulah orang bisnes yang isi borang e-B boleh klik Rumusan.

36. Borang e-BE ataupun borang e-B, bila dah berpuashati dengan pengiraan cukai, boleh klik Teruskan.

37. Dekat paparan seperti gambar, korang boleh klik Tandatangan dan Hantar.
38. Masukkan nombor IC korang dan password korang.

39. Klik Tandatangan

40. Selesai. Fuhhh!
Kalau korang nak lebih detail, tak suka ringkas-ringkas, boleh buat pembacaan Nota Penerangan pasal setiap kolum-kolum dalam borang e-BE ataupun e-B tu apa huraiannya dekat sini.

e-BE - ef.hasil.gov.my/eBE2020/temp/N…

e-B - ef.hasil.gov.my/eBE2020/temp/N…
Jemput juga KLIK JOIN channel Telegram t.me/TanyaQuantaMax . Dekat sana saya ada kongsikan info-info perakaunan bisnes dan cukai secara PERCUMA. Semoga bermanfaat untuk kalian.
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

Keep Current with Abu Luthfiyyah

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!