, 18 tweets, 4 min read
My Authors
Read all threads
Sebab musim cukai akan bermula Januari sampai Jun 2020 nanti, ada beberapa dokumen yang korang boleh ready siap-siap. Kira macam checklist lah ni.

#TwtCukaiMY
1. Laporan Kewangan

Transaksi bisnes daripada Januari sampai Disember 2019 perlu convert dalam bentuk laporan kewangan. Dekat sini akan ceritakan untung or rugi bisnes. Laporan kewangan ni penting, dalam borang cukai nanti perlu isi maklumat ni.
2. Borang EA/EC/CP58

Orang kerja gomen, sediakan borang EC. Orang kerja swasta, sediakan borang EA. Orang terima komisen, sediakan borang CP58. Makan gaji semata, declare nanti sebelum 30 April 2020. Makan gaji sambil terima komisen or bisnes, declare sebelum 30 Jun 2020.
3. Laporan Pengiraan Cukai

Dari laporan kewangan tadi buat pengiraan cukai. Cek semula dalam laporan kewangan ada tak transaksi yang tak benar untuk cukai. Jika ada, buat pelarasan dekat laporan pengiraan cukai. Takda kemampuan, bahagian ni serah pada outsource atau tax agent.
4. Salinan IC diri sendiri, pasangan, anak dan mak ayah.

Waktu isi borang cukai kena masukkan maklumat pasangan. IC anak untuk pelepasan cukai juga. IC mak ayah perlu jika pelepasan mak ayah layak kalau umur 60 tahun ke atas dan pendapatan tak lebih RM24,000 setahun.
5. Penyata Insuran/Takaful

Minta dekat ejen memasing. Statement penting sebab dalam bayaran bulanan boleh jadi ada bahagian yang tak benar tolak cukai. Dekat statement biasa ada maklum. Jadi jangan memandai declare semua figure kalau ada bahagian yang tak dibenarkan.
6. Resit beli handphone/komputer/laptop/tablet

Ni bawah pelepasan gaya hidup RM2,500 maximum setahun. Kalau 2019 ada beli, simpan dan boleh lah nak tolak cukai. Takda resit jangan gatal nak buat magic kekonon ada. Belian ni yang beli untuk kegunaan peribadi saja.
6 (a). Resit beli buku/surat khabar/jurnal/majalah

Masih bawah pelepasan gaya hidup maximum RM2,500 setahun. Merangkumi semua belanja ni boleh tolak cukai. Bahan bacaan ni mestilah yang dalam bentuk hardcopy. Selagi mana ada resit, boleh tolak cukai.
6 (b). Bil internet

Bil bulanan mesti atas nama sendiri walaupun digunakan untuk anak dan isteri kalau nak tolak cukai. Bil terima bulan-bulan dari Januari sampai Disember 2019 tu simpan siap-siap.
7. Penyata KWSP

Bagi pekerja yang nak tolak pelepasan caruman KWSP boleh rujuk pada Borang EA atau EC saja. Bagi pemilik bisnes yang ada buat caruman sukarela, boleh rujuk dekat penyata KWSP.
8. Resit Alatan Penyusuan

Ni boleh tolak bagi pembayar cukai wanita/isteri saja. Cik somi, cik sumi, cik suben jangan mengada dan memang tak boleh pun tolak.

Alatan macam set pam, ice pack, beg susu dan bekas susu antara yang boleh tolak. Resit dia, simpanlah.
9. Resit/Invois Yuran Tadika

Hantar anak bawah 6 tahun ke tadika atau pusat asuhan yang daftar bawah JKM atau JPN. Ni ada pelepasan cukai. Nak tolak pelepasan ni, sediakan resit dengan mykid anak siap-siap.
10. Resit/ Penyata Bayaran Zakat

Waktu declare cukai, kalau ada bayar zakat, zakat boleh tolak berapa cukai kita kena bayar. Jadi nak tolak apa-apa mesti kena ada dokumen. Resit atau penyata bayaran zakat boleh dapatkan dari Pusat Zakat Negeri yang kita dah buat bayaran.
11. Maklumat Login E-filing

Setiap tahun LHDN akan jem dan sesak sebab ramai yang lupa password. Jenis banyak makan semut agaknya. Kalau boleh rekodkan maklumat E-filing ni. Senang esok-esok nak login, id dengan password dah tersedia.
Banyak lagi dokumen lain korang boleh sediakan bergantung apa pelepasan cukai yang korang nak tuntut dan apa sumber-sumber pendapatan lain yang korang ada selain bisnes, makan gaji ataupun pendapatan dari komisen.
Paling utama, semua ni mesti ada dokumen untuk rujukan kemudian hari. Waktu nak declare cukai, dokumen ni semua TAK PERLU hantar ke LHDN. Ni untuk simpanan korang jer, rujukan korang. Kalau ada isu esok-esok (audit), barulah LHDN minta dokumen ni sebagai bukti.
Sentiasa ingat, baik makan gaji, baik bisnes, baik income hasil komisen, semua orang wajib simpan dokumen untuk declare cukai ni selama 7 tahun. Kalau tak simpan dokumen, transaksi atau apa-apa pelepasan cukai tu tak boleh dituntut atau nak tolak cukai.
Lagi berapa hari nak masuk tahun 2020, mana-mana dokumen yang ready masukkanlah dalam file fizikal yang beli dari kedai alat tulis ataupun dalam folder komputer/laptop ataupun dalam platform cloud macam google drive dan dropbox.

#TanyaQuantaMax
#TwtCukaiMY
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

Keep Current with Abu Luthfiyyah

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!