My Authors
Read all threads
Siapa Tak kenal Syarikat ini. Syarikat yang menjadi kebanggaan Negara. Syarikat yg namanya berada di mana mana. Warna Hijaunya menjadi Etos di sepanjang keberadaan nya. Ramai yg bangga dan memasang angan angan untuk menyertainya

Inilah PETRONAS. Kisah Mereka. Ini ialah Thread
Petroleum Nasional Berhad atau lebih dikenali sebagai Petronas (singkatan sebagai PETRONAS) ialah sebuah syarikat minyak dan gas multinasional Malaysia yang ditubuhkan pada 17 Ogos 1974. Dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia,
Syarikat ini telah mendapat hak keseluruhan terhadap sumber-sumber minyak dan gas di Malaysia dan diamanahkan dengan tanggungjawab untuk membangunkan dan menambah nilai kepada sumber-sumber tersebut.
Fortune Global 500 telah meletakkan Petronas sebagai sebuah syarikat ke-95 terbesar di dunia pada tahun 2008 dan ke-80 terbesar pada tahun 2009. Ia juga meletakkan Petronas sebagai syarikat perbadanan ke-13 paling banyak membuat keuntungan di dunia dan yg terbanyak di Asia
Sehingga akhir Mac 2005, Kumpulan ini mengandungi 103 pemilikan sendiri anak-anak syarikat, 19 syarikat kelengkapan milik sebahagiannya dan yang dimiliki separuhnya dan 57 syarikat bersekutu. 

PETRONAS mempunyai kepentingan Di 31 Buah Negara dalam bidang Gas dan Minyak
Majalah Financial Times telah mengenal pasti Petronas sebagai satu daripada "kembar tujuh" yang baru". Syarikat minyak dan gas milik kerajaan yang paling berpengaruh di luar OECD

OECD ialah Organization For Economic and Development Cooperation
PETRONAS menjalankan Pelbagai Aktiviti berasaskan Petroleum antaranya

1. Pemasaran dan pengagihan produk petroleum.

2. Perdagangan, pemprosesan gas dan pencecairan.

3. Operasi rangkaian penghantaran talian paip gas.
4. Pemasaran gas cecair semulajadi;

5. Pengilangan dan pemasaran petrokimia; 

6. Perkapalan

7.  Kejuruteraan automotif; dan pelaburan hartanah.
Logo Petronas telah dicipta pada tahun 1974 oleh Dato’ Johan Ariff dari Johan Design Associates.
Maksud Logo ini ialah

1.Struktur Asas Geografi merangkumi nuansa glifik metafora dan alfa penurunan minyak dan tipografi 'P', yang kedua yang jelas dalam segi tiga yang diberikan di sudut kanan atas.

2. Segi tiga bermaksud arah yang ditentukan merupakan Elemen penting syarikat
3. Penempatan bulatan pepejal dalam Logo adalah tafsiran jika roda industri minyak dan gas manakala garis kejatuhan menyerupai sistem pemanduan, tenaga yg diperolehi daripada minyak.

4. Warna logo ialah warna hijau zamrud, yg jelas merujuk kpd laut di mana Minyak dan gas digali
Jenis logo korporat, yang dinamakan "Alpha PETRONAS", direka dalam huruf besar eksklusif untuk Petronas dan anak-anak syarikatnya. Setiap abjad dituliskan dengan profil bulat untuk mengambil alih sifat berubah-ubah dan kelikatan, manakala menekankan operasi berasaskan minyak.
PETRONAS bukanlah syarikat Pertama yang Menjalankan Operasi Minyak dan Gas di Malaysia.

Sebelum ini Syarikat Royal Dutch Shell menjalankan operasi di Sarawak pada akhir Abad ke 19
Pada Tahun 1910. Telaga Minyak pertama digali adalah di Miri Sarawak. Shell kekal sebagai Syarikat Operasi Utama Minyak dan gas sehingga penubuhan Malaysia dan berjaya mengeluarkan Hasil Medan Minyak Malaysia pada Tahun 1968
Kedatangan Esso berjaya menjadikan Terengganu sebagai Negara pengeluar Terbesar Minyak di Malaysia melalui pelaburan dan penerokaan Gas Asli.

Malaysia mengeluarkan 81 Ribu tong sehari pada 1974
Peralihan Industri Dunia ke arah Minyak dan gas menyaksikan Bekas Ketua Menteri Sarawak Tun Abdul Rahman Ya'akub mencadangkan Penubuhan Syarikat Minyak dan Gas Negara

Keadaan Geografi Malaysia yg sesuai untuk penggalian Minyak dn gas serta Pengenalan DEB jadikan idea ini logik
PETRONAS ditubuhkan pada Ogos 1974 dan beroperasi di bawah syarat-syarat Akta Pembangunan Petroleum yang diluluskan pada Oktober 1974.

Pengerusi Pertama PETRONAS adalah Tengku Razaleigh Hamzah. PETRONAS akan melindungi kedaulatan negara dalam Industri Minyak dan gas
Minyak Malaysia merupakan antara Minyak paling berkualiti tinggi kerana sulfur nya yang kurang..

Peningkatan Teknologi dan Keadaan Ekonomi Global meningkatkan Revolusi Syarikat ini dalam menaikkan Industri Minyak dan Gas Negara
Kini Syarikat ini Beroperasi di Menara Berkembar Petronas KLCC

Dgn pendapatan Bersih 5.68 Bilion Dolar US pada 2016

Dan Jumlah Aset Petronas adalah 135.63 Bilion Dolar US pada 2016

PETRONAS menjadi GLC yg penting untuk ekonomi Negara
Dgn Penubuhan PETRONAS. Semua Syarikat Minyak Negeri dan Industri Minyak Dan Gas Negara diselaraskan dan dikoordinasi dengan berkesan.

Semua Rundingan Mengenai Minyak dan Gas dari luar Negara akan melalui PETRONAS
Syarikat in mengambil Asas daripada PERTAMINA. Syarikat Minyak dan Gas Indonesia

Setiap konsesi dan Pelaburan mengenai Minyak dan gas akan Dijalankan Oleh PETRONAS

PETRONAS juga terlibat dalam F1 dgn Pasukan BMW Sauber dan Mercedes AMG PETRONAS
Kini Syarikat ini Mempunyai Pelbagai Loji Penapisan Minyak dan Gas di Seluruh Malaysia dan 31 Buah Negara yg lain

Dengan Kompleks Petrokimia Bersepadu Pengerang Johor yang akan siap bakal Meletakkan PETRONAS mempunyai Loji Penapisan Minyak Petrokimia terbesar di Asia
Kini Malaysia Merupakan Pengeluar Minyak Ke 5 Terbesar di Asia Pasifik dgn 670 Ribu tong sehari

Dan PETRONAS memiliki Francais Stesen Minyak di Seluruh Negara

Termasuk mempunyai kemudahan gas asli cecair terapung Pertama di Dunia di Kanowit Sarawak
Lupa nak ditambah. PETRONAS kini dipimpin oleh Tan Sri Wan Zulkiflee Bin Wan Ariffin selaku CEO dan Presiden serta dibantu oleh Abdul Nizam Salleh selaku Pengerusi
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

Keep Current with Irfan_newboys

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!