My Authors
Read all threads
Sepanjang Menentang CoVID. Bukan Sahaja KKM yang berjuang menentang Ancaman ini. Terdapat sebuah lagi agensi yang bertugas mengawal dan mengkoordinasi setiap Operasi menentang Pandemik ini.

Merekalah Ahli Staf Majlis Keselamatan Negara MKN

Siapakah Mereka ini ialah Thread!!!!! Image
Untuk Pengetahuan Semua #COVID19 #COVIDー19 Juga termasuk dalam Tugasan MKN. Ini diletakkan di dalam Arahan ke 20 Majlis Keselamatan Negara. Berkaitan Ancaman Bencana Kesihatan
Terdapat Lebih 21 Arahan MKN yang dikeluarkan berkaitan setiap Ancaman Keselamatan Negara dan cara serta protokol untuk menghadapinya. Ini termasuk integrasi dengan Kementerian dan Agensi berkaitan serta mengikut akta tertentu dalam perlembagaan
MKN adalah agensi yang ditubuhkan di bawah Jabatan Perdana Menteri Malaysia yang bertanggungjawab dalam mengurus dan mengkoordinasi pelaksanaan dasar-dasar berkaitan keselamatan Malaysia. Setiausaha MKN terkini adalah Datuk Mohamed Thajudeen Bin Abdul Wahab.
Dengan Tiga Fungsi Teras iaitu

1. Mempertahankan kedaulatan negara dan kepentingan strategik.

2. Pengurusan krisis dan bencana.

3. Pengurusan sempadan tanah, maritim dan udara.

Agensi ini memainkan peranan penting dalam menangani setiap Ancaman Keselamatan Negara
Di bawah Agensi ini terdapat tiga Anak Agensi yang bernaung iaitu

1. National Special Operation Force(NSOF)

2. Special Malaysia Disaster Assistance and Rescue Team(SMART)

3. Federal Special Task Force (Labuan/Sabah)
Agensi ini bermula dengan penubuhan Majlis Gerakan Negara(MAGERAN) Selepas dan ketika peristiwa 13 Mei 1969. Selepas MAGERAN dibubarkan pada 1971. MKN ditubuhkan dengan penubuhan nya pada 7 Julai 1971
Pejabat Sekretariat Majlis Keselamatan Negara ditubuhkan untuk menjalankan tugas administrasi dan kesetiaan untuk Majlis Keselamatan Negara. Pada tahun 1995, Pejabat Majlis Keselamatan Negara telah disusun semula sebagai Bahagian Keselamatan Kebangsaan (BKN)
BKN juga meletakkan Pejabat Sekretariat Keselamatan Negeri dan Pejabat Sekretariat Keselamatan Daerah berada di bawah bidang kuasa Jabatan Perdana Menteri dan selepas itu mengalami perubahan nama kepada Negara Negeri dan Daerah Bahagian Keselamatan.
Pada 24 Julai 2007, BKN sekali lagi disusun semula dan menjadi MKN, di mana Bahagian Keselamatan Negeri menjadi Majlis Keselamatan Negeri dan Bahagian Keselamatan Daerah menjadi Majlis Keselamatan Daerah.
Penyusunan semula adalah untuk memastikan bahawa Majlis Keselamatan Negara melaksanakan fungsinya sebagai pembuat polisi yang berkaitan dengan keselamatan negara dan untuk memberi arahan mengenai keselamatan secara keseluruhannya.
Pada Khamis, 3 Disember 2015, Rang Undang-undang Majlis Keselamatan Negara 2015 telah diluluskan di Parlimen
Antara isi rang undang-undang itu:

Fasal 18 (1): PM mempunyai budi bicara penuh untuk menentukan di mana 'kawasan keselamatan' adalah

Fasal 18 (3) dan (4): Pengisytiharan awal 'kawasan keselamatan' berlangsung selama 6 bulan tetapi boleh diperbaharui oleh PM selama-lamanya
Fasal 22-30: pasukan keselamatan boleh menangkap tanpa waran; masuk dan cari premis; mengambil milikan mana-mana tanah, bangunan atau harta

Fasal 37: Semua hal MKN adalah rahsia mutlak

Fasal 38: Tiada tindakan atau tuntutan mahkamah boleh dibawa terhadap MKN
Tidak seperti ISA 1960 yang memerlukan budi bicara YDPA, rang undang-undang NSC adalah di bawah kuasa langsung PM. Selanjutnya, sementara Perdana Menteri perlu mendapatkan nasihat daripada majlis keselamatan 8 orang, dia boleh memilih untuk tidak mengendahkan nasihatnya
Tidak seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 yang memerlukan budi bicara YDPA, rang undang-undang NSC adalah di bawah kuasa langsung PM. Selanjutnya, PM perlu mendapatkan nasihat daripada majlis keselamatan 8 orang, dia boleh memilih untuk tidak mengendahkan nasihatnya.
Akta ini dikenali sebagai Martial Law.

Buat masa sekarang. MKN akan bermesyuarat setiap hari untuk membincangkan Berkenaan Dengan Pandemik #COVIDー19 . Ahli MKN terdiri daripada Orang Orang yang arif dah diketuai PAT sebagai KP
Setiap Tindakan MKN akan mengikut Arahan Arahan yang ditetapkan

Untuk Ancaman Kesihatan boleh merujuk kepada Arahan ke 20.

Ancama Bencana Alam boleh merujuk kepada Arahan ke 21

Dan Arahan Ancaman Keselamatan boleh merujuk kepada Arahan ke 18
Untuk info terkini terutama berkaitan Dengan Arahan terkini dan status PKP. Boleh merujuk Telegram Majlis Keselamatan Negara di bawah

t.me/MKNRasmi
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

Keep Current with Irfan_newboys

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!