My Authors
Read all threads
Perbincangan berkaitan talak tiga (3) sekaligus merupakan perbincangan hangat dalam masyarakat mutakhir ini.

Perbincangan ini melibatkan soal rumahtangga, soalan kahwin cerai ini sering bermain dalam masyarakat, lebih-lebih lagi dalam masyarakat Islam.
Fatwa Wilayah Persekutuan bertarikh (18 Januari 2016 / 8 Rabiulakhir 1437H) memfatwakan bahawa talak tiga (3) sekaligus jatuh tiga, menyebabkan suami isteri tidak boleh lagi kembali atau ruju'. Sama ada dalam iddah atau selepas iddah.
Kecuali kalau isteri tadi sudah kahwin dengan lelaki lain dan lelaki tersebut menceraikannya.

Adalah lebih baik dikupas supaya terang dan mengambil pengajaran dengan rujukan ilmu.

Agar kita semua yakin Insya-Allah.
Perkahwinan disyariatkan oleh agama Islam dengan tujuan tertentu, antaranya:

1. Agar umat hidup dalam masyarakat yang teratur bagi menuju jalan aman zahir batin, rohani dan jasmani.

2. Agar rumahtangga teratur, tertib dalam menjamin keturunan anak-anak soleh
dan solehah berjasa pada keluaga, agama dan negara.

3. Agar terjamin hubungan mesra suami isteri sehingga terbentuknya ukhuwwah yang mendalam serta diredhai Allah Subhanahu wa Taala.

Lihat dari perkahwinan ini, sudah tentu perceraian tidak disukai oleh syariat.
Perceraian juga bakal menimbulkan malapetaka, bukan saja kepada suami isteri tetapi kepada anak-anak dan keturunan.

Namun bagi setiap perhubungan dan pergaulan itu pasti timbul hal yang tidak diingini oleh setiap pasangan. Maka timbul persengketaan akibat dari perselisihan faham
Jika perselisihan tidak dapat diatasi, maka jalan penyelesaian tidak diperolehi, maka cerai adalah pemutusnya.

Pada ketika ini cerai dibolehkan. Ingat! Dibolehkan dan bukam dianjurkan. Semua ini adalah untuk keluarkan diri kesulitan perhubungan rumahtangga.
Semoga suami atau isteri tadi dapat memperolehi isteri atau suami yang lebih cocok.

RasuluLlah sallallahu alaihi wasallam bersabda:

ابغض الحلال إلى الله الطلاق

"Sesuatu yang halal sangat dibenci Allah ialah cerai" - Direkodkan oleh Abu Dawud dan Ibnu Majah
Hadith ini menerangkan bahawa cerai itu memang dibolehkan tetapi Tuhan kurang senang.

Oleh yang demikian, usah mudah guna perkataan cerai, tetapi gunalah saat diperlukan.

Jika boleh usah guna pun, berkahwin dan bergaullah dengan baik, punyai keturunan yang baik
serta bentuklah rumahtangga yang makmur sehingga akhir umur.

Berkaitan bilangan talak, pada zaman jahiliah dulu talak dan rujuk boleh dilakukan sepanjang tempoh masa. Berapa kalipun lafaz talak rujuk boleh saja.

Hal ini sangat menganiayai para wanita. Semua perbuatan ini
dilakukan oleh para suami yang kejam bagi tujuan menyeksa isteri yang tidak disukainya sehingga wanita tersebut tidak dapat bersuami lain yang lebih baik.

Sebab itu Allah Subhanahu wa Taala mengatur bilangan talak.

Dalam tafsir at-Tabari jilid 2 halaman 456 ada menjelaskan
bahawa dulu kaum lelaki menceraikan isteri sesuka hati saja. Diceraikannya kemudian setelah hampir selesai iddah dia ruju' kembali, begitulah seterusnya isteri atau wanita itu teraniaya.

Tidak lepas dari cengkaman perkahwinan yang tidak menguntungkan. Semua ini dilakukan oleh
lelaki yang mempunyai niat menyeksa wanita yang tidak dicintainya.

Dengan itu, Allah turunkan ayat suci kepada Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam dalam surah al-Baqarah ayat 229;

الطلاق مرتان فامساك بمعروف او تسريح باحسان

Ertinya : "Talak itu dua kali, setelah itu boleh
ruju' lagi secara patut atau lepaskan dengan cara yang baik"

Jelas ayat di atas menjelaskan bahawa talak yang dapat dirujuk dalam iddah hanya dua kali.

Bila dah ruju' tu, bergaullah dengan baik atau lepaskan (ceraikan sekali lagi) dengan cara yang baik..
Kemudian Allah berfirman lagi;

فان طلقها فلاتحل له من بعد حتى تنكح زوجاً غيره فان طلقها فلاجناح عليهما ان يتراجعا

Ertinya : "Kemudian jika si suami mentalakkan (sesudah talak kedua) maka perempuan itu tidak halal lagi baginya, sehingga ia berkahwin lagi dengan suami yang lain.
Kemudian jika suami yang lain itu menceraikannya, maka tidak berdosa bagi keduanya untuk kahwin lagi" - Surah al-Baqarah ayat 230.

Jadi jelas dan terang bahawa talak yang boleh dirujuk hanya dua kali. Jika terjadi perceraian kali ketiga, ia tidak boleh dirujuk lagi.
Kecuali isteri itu kahwin dengan suami yang lain secara baik. Kemudian bercerai pula dengan suami kedua dan selepas habis iddah dari suami kedua tersebut.

Dengan turunya ayat di atas, jelas batasan talak hanya tiga dan selepas itu tidak boleh rujuk lagi walaupun dalam iddah.
Bagi menjelaskan ayat di atas, RasuluLlah sallaLlahu alaihi wasallam bersabda:

عن ابى رزين قال : قال رجل يا رسول الله يقول الله : الطلاق مرتان فامساك بمعروف فاين الثالثة؟ قال : التسريح باحسان

Maksudnya : "Dari Abi Razin beliau berkata: "Datang seseorang lelaki kepada
RasuluLlah sallaLlahu alaihi wasallam lalu bertanya kepada baginda: "Wahai RasuluLlah, Tuhan mengatakan di dalam al-Quran bahawa talak itu dua kali, manakah yang ketiganya?

Jawab baginda: "Yang ketiganya iaitu melepaskan dengan baik"

Tafsir at-Tabari jilid 2 halaman 458.
Hadith tersebut menjelaskan bahawa yang boleh rujuk hanya dua kali dan pada talak yang ketiga tidak boleh rujuk lagi.

#KetahuiHakAnda
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

Keep Current with Ketahui Hak Anda

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!