Antara penyebab situasi menjadi begini ialah (perspektif Psikologi):
[ THREAD ]
"Show don't tell" ialah antara teknik yang sering digunakan dalam novel.
Situasi atau watak dalam novel digambarkan oleh minda kita sendiri, novel hanya memberi panduan.
Harry Potter (novel) digambarkan sebagai lelaki berambut hitam, bermata hijau dan berparut seperti petir.
Sebelum kewujudan filem,kita semua berimaginasi sendiri, paras rupa Harry.
Ya, karakteristik ada ditulis, tetapi wajah spesifiknya, ikut fikiran masing-masing.
Bermata hijau? Shade hijau bagaimana pun, ikut fikiran kita sendiri. Mungkin hijau begitu atau hijau begini.
Parut petir? Kita kaitkan dengan bentuk petir kita familiar.
Dan ini juga sama untuk situasi fiksyen, sama ada Naga terbang, mulut keluar api dll.
Kita akan kaitkan dengan bayangan yang kita sendiri boleh bayangkan.
Maka, ia lebih dekay dengan kita.
Mereka sumbat untuk kita.
Contohnya, muka Harry Potter (filem) terus kita dapat yang ia ialah muka Daniel Radcliffe sewaktu muda dengan speck bulat dll.
Bukan lagi imaginasi tetapi input visual (kita nampak)
Dan kita tak rasa macam watak atau situasi itu kita "bina" dalam fikiran kita.
Aku tak tahu apa nama teknik dia dalam istilah perfileman.
Harry Potter nak lari daripada Death Eater. Mengelak sana sini, sehinggalah terserempak dengan Lucious Malfoy di tepi kedai Subway.
Muka Harry terkejut, dan terus habis babak itu. Terpadam.
Tunjuk babak lain pula, Ron kat rumah.
(Ini episod ciptaan saja)
Kena tangkap ke?
Kena Stupefy ke?
Atau berjaya lari?
Dan kita bina babak tersebut dalam kepala kita.
Banyak filem guna konsep begini kan?
Tak pelik lah kenapa situasi seperti dalam komik @imanshoppe itu terjadi.
Kerana watak dalam novel terasa lebih dekat dengan fikiran kita, sebab kita yang "hidupkan" mereka, bukan cgi, pelakon dll.
Sebab akan sentiasa ada limitasi begini.
Imaginasi kita akan bayangkan yang terbaik, tercantik dan perfect.
Maka apabila difilemkan, kesannya tak sama
:)
Cukup sekadar sini ya. Nak tidurkan anak.
Thanks baca!
Sekain.