My Authors
Read all threads
Menggelarkan Mustafa Kemal Ataturk "syaitan" menunjukkan cara fikir dualistik/binari di kalangan orang kita. Kalau tak malaikat mesti syaitan. Kalau tak putih mesti hitam. Tak ada grey area.

Semua negarawan, termasuk Ataturk, ada legasi baik dan buruk.

#bebenang
Kalau nak gelar Ataturk sebagai syaitan, Badiuzzaman Said Nursi (1877-1960) adalah orang yang paling layak. Ulama Turki yang diseksa dan dipenjara sebab tidak bersetuju dengan sekularisme Ataturk.
Meskipun dilayan buruk oleh Ataturk, Said Nursi tak pernah gelar Ataturk syaitan. Malah semasa Sheikh Syed (seorang lagi ulama terkemuka) rebel lawan Ataturk, Nursi cuba halang dan kata walaupun Ataturk salah, perang terhadapnya adalah haram kerana jasanya kepada tanah air.
Tulisan media popular selalunya meletakkan Ataturk sebagai punca kejatuhan Khilafah Uthmaniyah (Ottoman).

Tapi sebenarnya Uthmaniyah dah di kancah kejatuhan menjelang Perang Dunia Pertama (1914-1918) akibat serangan kuasa2 Eropah spt UK, Itali & Rusia.
Untuk merampas balik tanah yang dirobek UK, Itali & Rusia, Uthmaniyah menyertai pakatan Jerman yang juga memusuhi UK, Itali & Rusia.

Pemimpin2 Arab spt Sharif Hussein (moyang raja Jordan hari ni) pula turut memberontak & berpakat dengan UK untuk menjatuhkan Uthmaniyah.
Mustafa Kemal pada waktu tu adalah askar Uthmaniyah berpangkat Leftenen Kolonel. Di bawah kepimpinannya, Uthmaniyah berjaya menewaskan UK dalam Gallipoli Campaign.

Namun malangnya Uthmaniyah tetap kalah akhirnya akibat serangan pakatan Arab-UK.
Ibu kota Uthmaniyah, Constantinople ditakluk oleh pakatan UK. Tanah Arab merdeka menjadi naungan UK (Palestin, Jordan, Iraq) dan Perancis (Syria, Lubnan).
Anatolia (tanah orang Turk) pula dibahagi-bahagikan oleh negara2 pemenang menerusi Perjanjian Sevres. Tinggal sedikit untuk Khalifah Uthmaniyah.

Maka Mustafa Kemal melancarkan Millî Mücadele (National Campaign) pada 19 Mei untuk melawan negara2 yang menjarah tanah Uthmaniyah.
Tapi Khalifah Uthmaniyah, Mehmed V tak sokong kempen tersebut.

Sehingga hari ini, orang Turki masih mengingati 19 Mei sebagai tarikh kebangkitan orang Turk. Ulang tahun ke-100 Millî Mücadele disambut dengan meriah oleh kerajaan Erdogan pada 2019.
Selepas 3 tahun berperang, pasukan Mustafa Kemal berjaya mengalahkan pakatan negara2 penceroboh. Perjanjian baru iaitu Perjanjian Lausanne kembalikan kedaulatan Turk ke atas seluruh Anatolia.
Khalifah Mehmed V lari ikut orang UK. Kesultanan Uthmaniyah tamat pada 1922.

Mustafa Kemal menamakan negara baru sebagai Republik Turki pada 1923, bermaksud tanah orang Turk. Mustafa Kemal diberi gelaran 'Ataturk' (bapa Turk) atas peranannya mendirikan negara bangsa baru.
Rakyat yang kecewa habis dengan institusi sultan/khalifah akhirnya membenarkan kerajaan Republik Turki memansuhkan khilafah pada 3 Mac 1924. Dinasti Uthmaniyah yang memerintah seluruh umat Islam tamat selepas 407 tahun.
Susulan itu, Ataturk melancarkan kempen 'Turkifikasi' (Türkleştirme) budaya Turki di mana tulisan & pakaian Arab yang jadi norm zaman Uthmaniyah dibuang.

Tak sukar untuk faham kenapa Ataturk begitu benci budaya Arab sebab orang Arab telah mengkhianati Uthmaniyah ketika WW1.
Yang lebih penting, Ataturk mahu Turki cepat membangun semula menerusi pembaratan (Westernization).

Namun langkah seperti menggantikan azan Bahasa Arab dengan Bahasa Turki (Allahu Akbar jadi Tanrı Uludur), larangan hijab, sekularisme membuat golongan ulama menentang Ataturk.
Selepas Ataturk meninggal, golongan Kemalis terus mempertahankan legasi Ataturk untuk memastikan Turki kekal negara sekular dan membendung kebangkitan Islamis.
Kini, pengaruh Kemalis dah semakin kurang dan Turki pun dikuasai oleh AKP yang Islamis.

Namun Erdogan masih menghormati Ataturk di public kerana prestij Ataturk masih sangat besar walaupun ada banyak keburukan sepanjang pemerintahannya (1923-1938).
Cerita jasad Ataturk tak diterima bumi bertaraf mitos atau urban legend saja. Jasadnya lambat dikebumikan sebab nak buat makam (Anıtkabir).

Ataturk ada jasa juga ada kesilapan. Penggunaan perkataan syaitan tidak berlaku adil & terlalu simplistik untuk faham realiti.

Tammat.
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

Keep Current with Ayman Rashdan Wong

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!