My Authors
Read all threads
#COVID19 merupakan nightmare kepada ramai pemimpin dunia. Tapi bagi Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in adalah satu blessing in disguise yang mengubah tuah (fortuna) politiknya.

#bebenang
#tisu

[Part 1]
Di bawah kepimpinan Moon, Korea menangani krisis COVID dengan cemerlang sekali. Di awal Mac Korea adalah antara top 4 negara yang paling banyak kes, now dah drop ke No. 23. Kes aktif turun dari 7470 pada awal Mac ke 2385 sekarang.
Bill Gates offer nak bangunkan vaksin bersama Korea. US pun beli testing kit Korea. Sebelum ni Trump asyik ugut Korea untuk bayar lebih supaya tentera US stay di Korea Selatan untuk cegah Korea Utara, now terpaksa ubah tone dan cakap elok-elok.
Dengan itu, parti di bawah bimbingan Moon iaitu Democratic Party (Minju-dang) & sekutunya menang PRU pada 15 April secara landslide, sapu 180 daripada 300 kerusi di parlimen.

Ini adalah keputusan paling power bagi mana2 parti Korea sejak mencapai pendemokrasian pada 1987.
Moon adalah seorang "accidental politician". Sepanjang hidupnya tak pernah ada cita-cita politik. Dia masuk politik hanya atas satu sebab: kematian Roh Moo-hyun, bekas presiden dari 2003 hingga 2008 dan juga kawan karib Moon untuk masa hampir 30 tahun.
Moon adalah anak pelarian dari Korea Utara semasa Perang Korea. Moon didiskriminasi sejak dari kecil.

Walaupun cemerlang pelajaran & lulus exam bar, Moon tak layak jadi pendakwa raya sebab pernah ditahan akibat berdemo lawan kerajaan. Hidup Moon agak loser, tak ada harapan.
Sehingga dia jumpa Roh pada tahun 1982, barulah hidup dia berubah dan ada halatuju. Roh ajak dia masuk firma guamannya untuk memperjuangkan hak asasi pekerja.

Bagi Moon, Roh yang lebih senior 7 bukan sekadar majikan atau partner, tapi mentor dan juga "hyung" dia.
Filem The Attorney (변호인) adalah berdasarkan kisah Roh & Moon. Watak Roh (Song Woo-suk) dipegang oleh Song Kang-ho (Mr. Kim dalam filem Parasite) manakala watak Moon (Park Dong-ho) dipegang oleh Oh Dal-su.
Roh masuk politik pada tahun 1988, menyertai parti Minju-dang yang diketuai oleh Kim Dae-jung.

Sebagai parti centre-left, Minju-dang memperjuangkan ekonomi yang lebih saksama dan bebas cengkaman "chaebol" (재벌), konglomerat bisnes keluarga yang menguasai pelbagai bidang.
Chaebol seperti Samsung (keluarga Lee), Hyundai (keluarga Chung), Lotte (keluarga Shin). Diorang lah penguasa Korea sebenar. Samsung saja menguasai 20% GDP Korea.
Chaebol mengawal ekonomi sejak zaman Park Chung-hee (1963-79). Sentimen kewilayahan Gyeongsang mewujudkan pakatan ahli politik centre-right & ahli korporat chaebol. Ahli politik bagi kemudahan kepada ahli korporat memonopoli pasaran, ahli korporat bagi dana kepada ahli politik.
Kim Dae-jung menang pemilihan presiden 1997, menjadi presiden centre-left pertama. Namun waktu tu berlaku Krisis Kewangan. Majoriti parlimen pun masih dipegang centre-right. Jadi Kim tak dapat tackle chaebol.

Dalam gambar: Kim jual emas miliknya untuk bantu bayar hutang IMF.
Disebabkan perlembagaan Korea hanya membenarkan presiden pegang 1 term, Kim digantikan oleh Roh pada tahun 2003.

Walaupun member baik jadi presiden, Moon cuma jadi setiausahanya, tak minta jawatan politik. Moon tak suka main game politik, lebih rela jadi pembantu hyung dia.
Roh nak mengurangkan pengaruh chaebol. Selepas penggal Roh habis, chaebol mula balas dendam.

Lee Myung-bak, presiden baharu datang dari parti centre-right, & adalah seorang "chaebol man". Lee pernah jadi CEO Hyundai, kamceng dgn ketua chaebol seperti Lee Kun-hee, (Samsung).
Lee buka siasatan korupsi ke atas Roh & mendakwa isterinya menerima rasuah. Chaebol gerakkan media milik diorang untuk harass Roh hari2 dengan pelbagai dakwaan palsu. Akibat tekanan, Roh membunuh diri pada 23 Mei 2009.

Kematian Roh adalah tamparan terbesar dalam hidup Moon.
Moon tahu Lee adalah dalang tapi dia tak dapat nak buat apa-apa. Lee ada kuasa, chaebol ada harta, Moon nak lawan dengan apa?

Maka Moon mengambil keputusan untuk masuk politik demi menuntut keadilan bagi Roh.
Tahun 2012, penggal Lee tamat. Moon menyertai pemilihan presiden sebagai wakil centre-left untuk lawan Park Geun-hye, anak Park Chung-hee. Namun malangnya Moon hanya dapat 48% undi. Park menjadi presiden wanita Korea pertama. Moon hanya boleh bersabar.
Saat Moon akhirnya tiba pada tahun 2016. Skandal Choi Soon-sil meletup, sisi gelap Park terdedah. Rakyat yang lama tak puas hati dengan cara Park menangani tragedi Sewol 2014 & penularan MERS 2015 turun ke Gwanghwamun desak Park resign. Moon muncul jadi pemimpin suara rakyat.
Park didakwa dan dilucutkan dari jawatan presiden pada Mac 2017, dan kemudian dikenakan hukuman penjara 25 tahun.

Moon bertanding dalam pemilihan presiden, dan kali ini Moon menang. Centre-left kembali ke tampuk kuasa selepas 9 tahun.
Lantas Moon melancarkan siasatan ke atas Lee Myung-bak atas pelbagai salah laku, termasuk menerima suapan 6 bilion won (US$ 5 juta) dari Samsung.

Pada Oktober 2018, Lee dikenakan hukuman penjara 15 tahun. Umur Lee dah 77 tahun, memang mereput dalam penjara sampai mati gayanya.
Lepas selesaikan Lee, Moon declare war ke atas chabeol. Apabila kes Seungri timbul pada awal tahun 2019, Moon mengarahkan kes Jang Ja-yeon juga dibuka semula.
Jang ialah pelakon yang bunuh diri pada 2009 akibat tak tahan jadi hamba seksual orang politik & chaebol. Jang tinggalkan surat list down nama orang2 yang pernah abuse dia.

Namun disebabkan Presiden Lee waktu tu mahu lindungi chaebol, kes digugurkan. Tiada keadilan bagi Jang.
Industri hiburan Korea pun sebahagian daripada ekosistem chaebol. Ramai artis mengalami nasib sama macam Jang. Jadi Moon nak ambil peluang kemarahan orang ramai terhadap Seungri untuk telanjangkan kebusukan sistem chaebol yang membarah.
Tapi 2019 adalah tahun yang agak sukar bagi Moon. Trade war menyebabkan eksport Korea jatuh. Bila ekonomi tak bagus, makin ramai tak suka Moon, tak kira dia nak fight untuk keadilan sesiapa pun. Approval rate Moon mula jatuh.
Ada teori konspirasi yang kata kenaikan kes COVID di Korea adalah perancangan centre-right. 60% kes COVID datang dari kluster gereja Shincheonji di Daegu, Gyeongsang, kubu kuat centre-right.
Semasa ketua Shincheonji, Lee Man-hee sujud minta maaf dengan rakyat Korea, terdedah jam tangannya ada tulisan "Park Geun-hye", kemungkinan besar hadiah dari Park waktu menjadi presiden.

Jadi ada yang lihat Shincheonji pakat dengan centre-right sebar virus untuk sabotaj Moon.
Tapi Moon tenang berdepan dengan semua ujian. Rakyat pun approve prestasi Moon dan undi Minju-dang masa PRU. Keputusan 180:103. Tak pernah parti centre-right dapat keputusan seteruk ini.
Disebabkan presiden Korea hanya boleh pegang 1 penggal, jadi tahun 2022 nanti Moon automatik akan berundur dari dunia politik.
Tapi dengan mandat rakyat terbesar dalam sejarah Korea, chaebol kehilangan payung ahli politik centre-right, Moon boleh buat dasar yang bermakna dalam next 2 tahun banteras chaebol, merealisasikan impian "hyung" dia untuk melihat masyarakat yg adil (정의로운 사회).

Tammat.
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

Keep Current with Ayman Rashdan Wong

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!