My Authors
Read all threads
Tahukah anda, otak Albert Einstein pernah dicuri dan hilang selepas kematiannya pada umur 76 tahun. Kenapa? Mari ikuti peristiwanya.

#UntaianZM
Pada 17 April tahun 1955, Einstein telah dihantar ke hospital di Princeton kerana mengadu sakit dada. Keesokan harinya pada pukul 1 pagi, Einstein dilaporkan meninggal dunia kerana saluran aorta pada jantungnya yang pecah.
Einstein meninggal pada usia 76 tahun. Ketika beliau meninggal, otaknya telah dicuri dan hilang selama 50 tahun. Orang yang mencurinya ialah Dr. Thomas Stolz Harvey kerana beliaulah yang ditugaskan mengkaji punca kematian Einstein setelah Einstein meninggal dunia.
7 jam selepas mengenal pasti punca kematian Enstein, Thomas Stolz telah melakukan autopsi pula ke atas otak Einstein. Namun, apa yang memeranjatkan, Stolz sebenarnya bukanlah seorang pakar bedah otak ataupun pakar otak sekalipun.
Stolz mendakwa dia mendapat kebenaran untuk melakukan autopsi tersebut. Namun, sehingga ke hari ini, surat kebenaran yang didakwa langsung tidak dijumpai.
Ketika melakukan autopsi, Stolz telah mengeluarkan otak Einstein dari kepala, mengukur, menimbang berat dan mengambil gambar-gambar otak Einstein.
Selepas itu, beliau merendamnya di dalam cecair formaldehyde. Tidak cukup dengan itu, Stolz turut mengeluarkan biji mata Einstein dan kemudian diserahkan kepada doktor mata Einstein bernama Henry Adam. Selebihnya, barulah Stolz menyerahkan jasad Einstein bagi tujuan pengebumian.
Apa yang dilakukan oleh Stolz benar-benar bertentangan dengan apa yang diwasiatkan oleh Einstein. Sebelum meninggal, Einstein telah memesan agar tubuhnya dibakar bersama-sama dengan otaknya sekali.

Einstein berwasiat begini sebab dia tak mahu dirinya dijadikan pemujaan.
Peristiwa ini menyebabkan Stolz hampir dibuang kerja dari Hospital Princeton. Namun beliau berjaya menyelamatkan kerjayanya apabila mendakwa hal autopsi tersebut mendapat kebenaran ( retroactive permission ) daripada anak lelaki Albert Einstein iaitu Hans Einstein.
Namun, apabila pihak hospital meminta otak Einstein dari Stolz, beliau enggan menyerahkannya sebaliknya beliau telah lari dari Hospital Princeton. Selepas dunia mengetahui otak Einstein dimiliki oleh Stolz, ramai telah meminta sebahagian daripadanya bagi tujuan penyelidikan.
Ramai penyelidik ingin mengkaji otak Einstein bagi mengetahui rahsia kepintaran luar biasa yang dimiliki oleh manusia seperti Einstein. Adakah kecerdasan, kepintaran dan kepandaian lahir di sebabkan oleh genetik atau semata-mata usaha berterusan dari individu itu sendiri?
Saintis berharap persoalan ini dapat dirungkaikan apabila mereka membedah dan menyelidiki otak Einstein kelak.
Setelah itu, Stolz telah pergi ke Universiti Pennsylvania di mana dia telah mengerat otak Einstein kepada 240 bahagian. Sebahagiannya diserahkan kepada Dr. Zimmerman (sebanyak 6 bahagian) dan sebahagian lagi turut di hantar kepada saintis yang lain.
Ada satu ketika, Stolz telah menghantar sebahagian otak Einstein kepada seorang saintis di Barkeley dengan menggunakan bekas mayonis! Manakala selebihnya disimpan ke dalam 2 bikar yang dipenuhi dengan formalin.
Terdapat beberapa kemungkinan mengapa Stolz melakukan autopsi tersebut. Antaranya kerana beliau telah dipesan oleh Harry Zimmermann sendiri. Namun dakwaan ini ditolak oleh Zimmermann sendiri.
Selepas 40 tahun otak Einstein berada dalam simpanan Stolz, tidak ada satu pun kertas penyelidikan yang dikeluarkan olehnya. Kesudahannya, setelah 40 tahun kemudian Stolz telah membawa otak Einstein di dalam bekas tupperware untuk dipulangkan kepada cucu Einstein bernama Evelyn.
Namun, Evelyn tidak mahu menerimanya. Evelyn juga turut memarahi Stolz apabila beliau secara tidak sengaja tertinggal beks otak Einstein di rumahnya. Setelah Stolz meninggal dunia pada tahun 2007, otak Einstein telah disimpan oleh warisnya supaya diserahkan bagi penyelidikan.
Pada tahun 2010, pewaris kepada Stolz telah menyerahkan otak Einstein kepada National Museum of Health & Medicine di Washington. Selain dari National Museum of Health & Medicine, serpihan otak Einstein juga boleh dilawati di Mutter Museum, Philadelphia.
Kajian setakat ini mendapati, saiz otak Einstein sebenarnya lebih kurang saja dengan manusia biasa. Cuma yang membuatkan dia cerdik ialah hubungan saraf yang begitu kuat antara bahagian-bahagian otak. Hal ini meningkatkan daya pemikirannya dan meningkatkan daya kecekapan otak.
Selepas Einstein meninggal dunia, tubuhnya dibakar dan di mana abunya dibuang, tiada siapa yang tahu. Sama seperti Genghiz Khan yang tidak diketahui di mana mayatnya. Otaknya saja pun orang dah tercari-cari. Entah-entah kalau batang tubuhnya ada, boleh jadi tempat pemujaan.
Selain itu, walaupun saiz otak Einstein lebih kurang macam manusia biasa, tetapi perkadaran saiz di bahagian² tertentu agak tak seimbang & berlainan dari manusia biasa. Ada bahagian yang lebih tebal, ada bahagian yang besar sikit. Ini menunjukkan kadang genius itu dari lahir.
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

Keep Current with Zamir Mohyedin

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!