My Authors
Read all threads
ASAL-USUL SEJARAH HARI BURUH DI MALAYSIA

Tahukah kamu sambutan Hari Buruh (Hari Pekerja) atau May Day pertama dalam sejarah negara kita telah diadakan 99 tahun dahulu oleh golongan Anarkis di Ipoh, Perak?

Baca thread ni kalau nak tahu ceritanya.

#HariPekerja2020 #MayDay2020
Hari Pekerja yg kita sambut pada 1hb Mei setiap tahun sebenarnya disambut buat pertama kali pada tahun 1921 oleh golongan Anarkis di Ipoh.

Sebelum kemunculan kelompok anarcho-punk di Malaysia pada era '90an, kelompok Anarkis dari China dah mula bertapak di Malaya seawal 1908.
Pada tahun 1918, kolektif Anarkis bernama Chan-she (Truth Society) sudah ditubuhkan di Singapura, Kuala Lumpur dan Ipoh untuk sebarkan karya-karya, buku-buku dan risalah-risalah Anarkisme.
Ini antara tajuk-tajuk buku Anarkis yg diterbitkan di Malaya dalam bahasa Tionghua pada masa tu:

“Anarkisme & Sosialisme"
“Falsafah dan Idea-idea Anarkisme"
“Penjelasan Ringkas Tentang Anarkisme”
“Bicara Tentang Anarkisme untuk Kaum Pekerja"
“Prinsip Kesatuan-kesatuan Sekerja"
Golongan Anarkis juga yang terbitkan akhbar bahasa Tionghua pertama di KL, suratkhabar Yik Khuan Poh yang bermaksud ’Untuk kesejahteraan massa rakyat’ yang mula diterbitkan pada bulan Mac 1919.

Akhbar ni diiktiraf sebagai suratkhabar paling radikal di Malaya pada zaman tu.
Editor akhbar ni ialah seorang Anarkis bernama Goh Tun-ban yg rajin sebarkan idea-idea Anarkisme dlm akhbar Yik Khuan Poh.

Pada 1 Mei 1919, Goh Tun-ban terbitkan satu rencana khas dlm akhbar Yik Khuan Poh pasal gerakan buruh seluruh dunia, khas untuk sambutan May Day tahun tu.
Penjajah British yang tergugat dengan penyebaran idea-idea Anarkisme yang boleh mengancam kedudukan mereka telah menangkap Goh Tun-ban pada bulan Julai 1919. Dia dipenjara di Pudu Jail dan kemudian dihukum buang negeri pada bulan November 1919 sebab aktivisme anarkis dia.
Pada tahun 1919, kolektif-kolektif Anarkis dari Kuala Lumpur, Penang, Ipoh, Seremban dan Singapura telah tubuhkan satu jaringan atau perikatan Malayan Anarchist Federation (MAF) dengan tujuan untuk menyebarkan idea-idea Anarkisme di seluruh Malaya.
Salah satu objektif Malayan Anarchist Federation (MAF) ialah untuk terbitkan risalah-risalah May Day sempena Hari Buruh pada 1 Mei setiap tahun. Mereka pernah terbitkan satu risalah bertajuk “Kuasa Kaum Proletariat”.
Pada 1 Mei 1921, di Ipoh, Perak, golongan Anarkis telah menganjurkan perhimpunan Hari Buruh “May Day” pertama dalam sejarah Malaya. Perhimpunan May Day itu telah dihadiri oleh kaum pekerja dan pelajar. Inilah salah satu sumbangan golongan Anarkis dalam sejarah negara kita.
Satu lagi legasi kesan gerakan Anarkis di Malaya ialah Akta Mesin Cetak & Penerbitan 1984. Penjajah British yg takut dgn risalah, akhbar & buku Anarkis telah gubal undang-undang Printing Presses Ordinance 1920 sebagai senjata utk sekat penerbitan & penyebaran idea2 Anarkisme.
Printing Presses Ordinance ciptaan penjajah dari tahun 1920 ini kemudiannya menjadi Printing Presses Act 1948 dan dikekalkan selepas Merdeka dan akhirnya dipinda menjadi Printing Presses and Publications Act 1984 (Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984).
Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 ini telah digunakan oleh pemerintah zaman BN untuk mengawal dan menyekat kebebasan media dan kebebasan bersuara di Malaysia. Akta ini terus dikekalkan oleh kerajaan PH sebelum ni, dan oleh kerajaan PN yang memerintah sekarang.
Jadi sempena Hari Buruh, May Day tahun ni, sama-sama kita memperingati sumbangan golongan Anarkis dalam melahirkan dan mempelopori tradisi gerakan kiri dan gerakan buruh di Malaysia.

Selamat Hari Buruh, 1 Mei 2020.

#SelamatHariPekerja2020 #MayDay2020
Rujukan dan bacaan lanjut:
1. 'The Origins of Malayan Communism', C.F. Yong (South Seas Society, 1997)
2. 'Gerakan Anarkis di Tanah Melayu 1919-1925', Khoo Kay Kim (JEBAT, Bil. 2, 1972/73)
(bersambung)
3. 'Chinese Anarchists Started Trade Unions', Khoo Kay Kim & Ranjit Singh Malhl (The Sunday Star, 12 September 1993)
4. 'Anarchism Among Chinese in British Malaya', A.M. Goodman, (CO 717/41/22708, 1925)
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

Keep Current with Fahmi Reza

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!