My Authors
Read all threads
HARI INI DALAM SEJARAH

Pada tahun 1947 dah wujud sebuah bendera kebangsaan yg bernama 'Bendera Rakyat' yg telah dikibarkan secara rasmi di seluruh Malaya genap 72 tahun dulu pada 10 Disember 1947. Peristiwa ini telah dirakamkan di muka depan akhbar Utusan Melayu. #BenderaRakyat
Menurut akhbar Utusan Melayu bertarikh 11 Disember 1947, hampir semua bandar-bandar dan pekan-pekan di Malaya termasuk Melaka, Johor Bahru, Kuantan, Sungai Siput, Alor Setar dan Singapura telah mengadakan istiadat menaikkan 'Bendera Rakyat'. #BenderaRakyat
Utusan melaporkan ucapan Setiausaha Agung PUTERA, Taha Kalu:

"Bendera Rakyat yg baru kita naikkan ini ialah sebagai cogan persatuan rakyat yg berjiwa maju progresif. Bendera ini telah sama2 diukir & diputuskan oleh dua badan gabungan yg besar di Malaya, iaitu PUTERA & AMCJA."
"Bendera ini kita namakan Bendera Rakyat, kerana ia adalah satu gambaran atau satu tanda, tegasnya satu cogan merupakan persatuan rakyat seluruh Malaya. Persatuan yg kita yakini akan bertahan kuat perdiriannya tiap-tiap hari." - Taha Kalu, Setiausaha Agung PUTERA #BenderaRakyat
Gambar 'Bendera Rakyat' menghiasi rostrum dalam satu rapat umum anjuran Malayan Democratic Union (MDU) pada 3 Mac 1948. MDU adalah salah satu badan yang bergabung dalam PUTERA-AMCJA. #BenderaRakyat

Sumber: Buku "From Malayan Union to Singapore Separation"
PUTERA-AMCJA ialah gabungan tenaga kiri rakyat Malaya: Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) dan All-Malaya Council of Joint Action (AMCJA). PUTERA-AMCJA ada kerjasama politik pertama yg merentas kaum dalam sejarah negara pada tahun 1947. Pada masa itu, UMNO bertindak menentang mereka.
NATIONAL FLAG FOR MALAYA

"The flag will be an oblong 10 ft by 7 ft. The upper half will be red with 12 yellow stars & the lower half white. The red colour will represent struggle, & the white will represent purity, & the 12 yellow starts will represent the 12 states of Malaya."
Maksud disebalik warna & simbol-simbol dalam 'Bendera Rakyat' (1947):

(1) 12 biji bintang simbol 12 negeri yg bergabung di Malaya - Perak, Selangor, NS, Pahang, Terengganu, Perlis, Kelantan, Kedah, Johor, Pulau Pinang, Melaka dan Singapura. #BenderaRakyat
2) Warna kuning simbol keadilan & kedaulatan rakyat, pengiktirafan Perlembagaan Rakyat & membayangkan semua negeri dalam keadaan aman & makmur.

(3) Bintang berbucu lima melambangkan 5 perkara: Ketuhanan, Kedaulatan Rakyat, Keadilan sosial, Kebajikan & Kebangsaan. #BenderaRakyat
(4) Warna merah simbol keberanian dan kuasa kemahuan rakyat untuk menentang semua rintangan supaya tercipta keadilan dan demokrasi di Malaya. #BenderaRakyat
(5) Warna putih simbol perjuangan yg didasarkan kepada kejujuran & kesucian untuk mencapai kebebasan yg teratur dan tidak berdasarkan kepada haloba & tamak, tetapi hanya dgn membawa cita2 yg satu iaitu pemerintahan sendiri yg berdasarkan kepada kedaulatan rakyat. #BenderaRakyat
Warna Merah Putih mempunyai riwayat yg penting bagi penduduk di Malaya dan nusantara dan telah dipilih dengan persetujuan PUTERA dan AMCJA kerana ia merupakan warna bendera kebangsaan Melayu di zaman Kerajaan Majapahit semasa abad yg keempat belas dahulu. #BenderaRakyat
"Mr. Taha Kalu, unfurled the flag, and spoke of the significance of its red and white, representing the old Majapahit Empire. Later, red and white were the colours that symbolised the fight against the Dutch and Portuguese." #BenderaRakyat

Sumber: Akhbar The Singapore Free Press
Pada tahun 1947, PUTERA-AMCJA turut mengusulkan sebuah 'Perlembagaan Rakyat' sebagai alternatif kepada 'Perlembagaan Federation of Malaya' yg dicipta oleh Penjajah British dengan kerjasama UMNO dan Raja-raja Melayu untuk menggantikan 'Perlembagaan Malayan Union'. #BenderaRakyat
Sokongan rakyat terhadap 'Perlembagaan Rakyat' telah ditunjukkan melalui tindakan mogok Hartal yg telah dijalankan di seluruh Malaya pada 20 Oktober 1947. Mereka menuntut sebuah negara kebangsaan baru yang diberi hak berkerajaan sendiri dan Merdeka.

Penjajah British telah mengetepikan usul & tuntutan PUTERA-AMCJA & terus memaksa penubuhan Federation of Malaya pada bulan Februari 1948 yg meletakkan Malaya kembali menjadi wilayah naungan Penjajah.

Tiada bendera kebangsaan dicipta untuk Federation of Malaya yg baharu ini.
Penjajah British telah mengekalkan bendera Malayan Union (gambar) sebagai bendera rasmi Malaya pada tahun 1948 sehingga tahun 1950, bila Penjajah British telah meluluskan sebuah bendera baharu untuk Federation of Malaya.

Ini bendera sama yg digunakan penjajah sejak tahun 1895.
Bendera Federation of Malaya dalam gambar ini telah diluluskan oleh Penjajah British pada tahun 1950, dan terus dijadikan Bendera Kebangsaan bila Malaya merdeka pada tahun 1957.

Pada tahun 1963, Persekutuan Malaysia mengekalkan rupabentuk bendera ini dgn sedikit pindaan.
Inilah kisah sejarah bendera kebangsaan pertama, #BenderaRakyat 1947. Yang membezakan 2 bendera kebangsaan ini ialah Bendera Rakyat tidak diiktiraf oleh penjajah, manakala Bendera Federation of Malaya dihasilkan dan diluluskan dengan persetujuan rasmi Kerajaan Penjajah British.
Malangnya kisah sejarah Bendera Kebangsaan pertama ini tidak dimasukkan dlm buku teks sejarah di sekolah. #BenderaRakyat

Rujukan:
(1) Utusan Melayu, 11 Dis 1947
(2) Singapore Free Press, 10 Dis 1947
(3) The Straits Times, 11 Nov 1947
(4) Meeting minutes PUTERA-AMCJA, 3 Nov 1947
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

Keep Current with Fahmi Reza

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!