My Authors
Read all threads
[THREAD] Dalam negara ini kamu masih boleh ditahan polis kerana satu tweet yg mengkritik pemerintah atau mempersenda orang berkuasa.

Panduan ini untuk mereka yg tak pernah ditangkap polis & tak tahu apa yg perlu dibuat kalau ditahan kerana satu tweet.

Baca dan save info ni.
(1) Walaupun kerajaan dah bertukar 2 kali, tapi undang-undang #AktaSakitHati masih wujud & masih boleh digunakan ke atas kamu. #AktaSakitHati ialah nama glamer utk Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi & Multimedia.

Jadi kamu masih boleh ditangkap & disiasat hanya kerana satu tweet.
(2) Jika ada orang yg sakit hati dengan tweet kamu yg mengkritik atau mempersenda pemimpin mereka, dan mereka buat report polis, kamu boleh ditangkap.

Aku sendiri pernah lalui benda ni bila aku tweet poster muka badut Najib dahulu. Aku kena tangkap, kena soalsiasat & kena dakwa.
(3) Polis akan tangkap kamu bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi & Multimedia (a.k.a #AktaSakitHati).

Kalau kamu ditangkap polis, kamu ada hak untuk buat satu panggilan telefon kepada ahli keluarga atau peguam. Bagitahu mereka pukul berapa, kat mana & kenapa kamu ditangkap.
(4) Kalau polis tak bagitahu kamu kenapa kamu ditangkap, kamu ada hak untuk tanya mereka kenapa, atas kesalahan apa dan bawah Akta mana.

Selepas ditangkap, polis akan bawa kamu ke balai polis. Bagitahu ahli keluarga dan peguam kamu nama balai dan lokasi balai polis tersebut.
(5) Penting untuk peguam hadir semasa kamu disoalsiasat polis. Jika kamu takde kawan peguam, kamu boleh telefon Pusat Bantuan Guaman di negeri kamu untuk minta bantuan peguam.

Tengok link ni untuk nombor telefon Legal Aid Centre di setiap negeri: malaysianbar.org.my/article/find/b…
(6) Lepas dibawa ke balai polis, kamu akan disoal-siasat. Selalunya pegawai polis yang soal-siasat kamu adalah Pegawai Penyiasat a.k.a IO (Investigating Officer) khas untuk kes kamu. Dapatkan nama IO dan nombor telefon dia. SMS nama dan nombor IO kepada ahli keluarga dan peguam.
(7) Semasa kamu disoal-siasat, jangan menggelabah. Relaks & tenang je.

Kamu sebenarnya ada hak utk berdiam diri & tak perlu jawab apa-apa soalan dari IO atau pegawai polis yg menyiasat. Kamu hanya perlu bagitahu mereka nama kamu, nombor IC, umur, alamat rumah & pekerjaan kamu.
(8) Aku ulang lagi sekali. KAMU ADA HAK UNTUK BERDIAM DIRI DAN TAK PERLU JAWAB APA-APA SOALAN DARI POLIS. ⚠️⚠️⚠️

Jangan kantoikan diri kamu, jangan kantoikan geng kamu. Don't be a rat. Kamu hanya perlu bagitahu mereka nama kamu, nombor IC, umur, alamat rumah dan pekerjaan kamu.
(9) Bila polis tanya kamu soalan-soalan lain, kamu boleh bagitahu mereka, “SAYA AKAN JAWAB DI MAHKAMAH”.

Ini memang jawapan standard geng aktivis turun-temurun. Polis tak akan marah kalau kamu jawab macam tu sebab dia pun dah selalu dengar jawapan tu dari kita. Jangan takut.
(10)
Polis: Siapa pemilik akaun Twitter ni?
Kamu: SAYA AKAN JAWAB DI MAHKAMAH

Polis: Kamu tahu siapa yang mula-mula upload tweet & posting ni?
Kamu: SAYA AKAN JAWAB DI MAHKAMAH

Polis: Boleh kamu terangkan apa fungsi hashtag?
Kamu: SAYA AKAN JAWAB DI MAHKAMAH
(11) Kalau ada apa-apa soalan daripada polis yang kamu tak pasti sama ada nak jawab atau tidak, kamu boleh bagitahu polis, “Saya tak boleh jawab sekarang, saya kena rujuk dengan peguam saya dulu.”

Atau lagi senang terus je jawab, "SAYA AKAN JAWAB DI MAHKAMAH”. ✋
(12) Jadi ingat petua ni next time korang kena tangkap polis, atau dipanggil ke balai polis untuk bagi keterangan, atau disuruh ke balai untuk membantu siasatan polis, korang boleh jawab, “SAYA AKAN JAWAB DI MAHKAMAH” untuk semua soalan, ataupun lebih elok jawab dengan ayat ni….
(13) “Saya menolak untuk jawab soalan ini kerana jawapan saya mungkin akan mendedahkan saya kepada pertuduhan jenayah.”

Tulis ayat ni dalam buku nota, dan bawa dengan kamu setiap masa. Kalau susah nak ingat, ingat ayat power “SAYA AKAN JAWAB DI MAHKAMAH”. Ini hak asasi kita.✋
(14) Kalau polis tanya dari mana kamu belajar semua benda ni, kamu boleh jawab kamu belajar dari Twitter, atau kamu boleh bagitau polis "SAYA AKAN JAWAB DI MAHKAMAH!" 😂
(15) Kerana kamu disiasat, polis atau Pegawai SKMM akan minta kamu serahkan username dan password akaun Twitter kamu. Kamu boleh didakwa jika tidak bagi kerjasama. Di bawah Akta Komunikasi & Multimedia, Pegawai SKMM ada kuasa untuk merampas akaun Twitter kamu. (memang celaka!)
(16) Selepas dapat password kamu mereka akan rampas akaun Twitter kamu dengan menukar password baru.

Tapi masa aku kena siasat aku tak bagi mereka rampas akaun aku. Aku hanya benarkan mereka akses akaun aku utk tujuan siasatan dengan syarat aku boleh monitor aktiviti mereka.
(17) Sebab aku memang kaki melawan aku tak bagi mereka rampas akaun aku. Aku duduk sebelah mereka & pastikan mereka hanya kumpul data & maklumat dari akaun aku yg berkaitan dengan kes sahaja. Aku tak bagi mereka lihat benda lain. Selepas mereka habis aku terus tukar password aku.
(18) PRO-TIP: Sebelum kamu serahkan password utk mereka akses akaun kamu, pastikan kamu dah tukar ke password lain yg bukan password peribadi kamu. Semasa disiasat aku tukar semua password aku jadi "kitasemuapenghasut". Pegawai yg siasat tu gelak bila dia dengar password aku. 😂
(19) Pihak polis & SKMM juga akan minta password dan rampas akaun e-mail yg kamu gunakan untuk log-in Twitter.

Mereka juga akan rampas device (smartphone, ipad, laptop, desktop) yg kamu gunakan untuk tweet. Handphone aku kena rampas tahun 2016, sampai hari ni belum dipulangkan.
(20) Kalau kamu dipukul & diugut sebab berdiam diri & tak menjawab soalan, kamu patut terus buat report polis terhadap pegawai polis yg soalsiasat kamu. Kamu akan terima salinan fotokopi report polis kamu sebagai bahan bukti. Kamu boleh gunakan utk saman mereka di mahkamah nanti.
(21) Aku pernah saman polis dan PDRM yang tak ikut prosedur tak ikut SOP masa mereka tahan aku tahun 2012 dahulu. Aku saman mereka di mahkamah dan aku menang. Penting untuk kita tahu hak asasi kita agar tidak dicabuli dan tahu bila polis salahgunakan kuasa mereka. Jangan takut.
(22) Selepas kamu ditangkap, bersiap-sedia utk ditahan dalam lokap polis semalaman. Polis ada kuasa untuk tahan kamu selama 24 jam. Selepas tempoh itu polis perlu bebaskan kamu, dakwa kamu di mahkamah, atau bawa kamu depan majistret untuk pohon lanjutkan tempoh tahanan reman.
(23) Ingat semua info ni, screenshot, save dalam notepad, atau catatkan dalam buku nota supaya kamu bersiap-sedia dan tak menggelabah bila polis datang rumah untuk tangkap kamu hanya kerana satu tweet.

Be smart. Stay safe. Know your rights.

[END THREAD]
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

Keep Current with Fahmi Reza

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!