My Authors
Read all threads
KISAH RAJA MELAYU SRIVIJAYA MEMENGGAL KEPALA RAJA KHMER YANG BIADAP DAN GOPOH

Semalam ramai yang berminat tentang bagaimana maharaja Srivijaya berminat tentang Islam walaupun ketika itu mereka lebih cenderung dengan pengaruh Buddha-Hindu.

Hari ni tentang Srivijaya lagi. 1/
Pada satu ukiran inskripsi sejarah berkenaan kerajaan Melayu Srivijaya, dipercayai diukir pada tahun 782 Masihi, ada seorang pemerintah Srivijaya, seorang Maharaja bernama Sangramadhananjaya. Baginda digelar sebagai "Vishnu Sang Penghancur Musuh"... 2/
...dan merupakan antara Maharaja yang membawa kerajaan Melayu Srivijaya menjadi sebuah empayar yang disegani rakan dan lawan di Nusantara. Baginda adalah Maharaja Srivijaya yang pernah memerintah Empayar Srivijaya sekitar 782 hingga 790 Masihi, tahun-tahun di mana... 3/
...dipercayai berlakunya serangan Srivijaya ke atas Inderapura (kini Kemboja moden), kerajaan yang dikuasai oleh seorang Raja Khmer.

Sumber yang menceritakan tentang kisah ini ialah Rihlatus Sirafi karya Sulaiman At-Tajir dan Abu Zaid As-Sirafi. 4/
Kisah ini dirujuk dalam banyak pengkisahan tentang 'Zabag', satu gelaran yang digunakan oleh perawi-perawi Arab dalam kisah catatan mereka bagi menggambarkan Melayu Srivijaya. Dari terjemahan Rihlatus Sirafi oleh Arsyad Mokhtar (2017)... 5/
...juga Early Kingdoms: Indonesian Archipelago & The Malay Peninsula (2016) oleh Paul Michel Munoz, ditulis pada keduanya bahawa Raja Khmer ini mentadbir kerajaannya dengan aman dan makmur serta dalam keadaan memiliki segala-galanya. Namun baginda mencemburui kemewahan dan... 6/
...kemakmuran lebih besar dan hebat yang dimiliki oleh pemerintah Srivijaya, ditulis padanya sebagai 'Maharaja Zabag'.

Raja Khmer ini seorang yang muda dan begitu garang sekali perwatakannya. Baginda dengan angkuh dan gopohnya bertitah di hadapan menterinya akan... 7/
...keinginannya mahu melihat "kepala Maharaja Srivijaya ini di atas dulang dan dipersembahkan di hadapannya", satu kenyataan provokasi yang begitu menghina sekali terhadap Maharaja Srivijaya ketika itu.

Baginda Raja Khmer ditegur keras oleh menterinya yang menasihati... 8/
...raja muda tersebut akan komplikasi yang bakal diterima oleh Inderapura. Menterinya yang sudah sedia maklum akan tindak-tanduk serta sifat gopoh baginda tidak bersetuju dengan keinginan Raja Khmer yang muda itu.

Beliau menasihati baginda Raja Khmer antaranya tentang... 9/
...bagaimana Srivijaya tidak pernah cuba mencampuri atau menguasai urustadbir Inderapura. Bagaimana masyarakat Srivijaya ketika itu sekalipun lebih maju dari Inderapura, tidak pula membanding-banding, Maharajanya pula jauh sekali memcemburui apa yang dimiliki Inderapura. 10/
Namun, baginda Raja Khmer menjadi murka atas nasihat menterinya itu.

Hasrat Raja Khmer ini diwar-warkan pula olehnya di segenap kerajaannya kerana sifat terburu-burunya. Titah provokasi baginda Raja Khmer tersebut akhirnya sampai kepada pengetahuan Maharaja Srivijaya. 11/
Baginda Maharaja Srivijaya Sangramadhananjaya itu yang terkenal dengan pengalaman, kemahiran berperang dan kehebatan mentadbir empayar Srivijaya melihat titah angkuh Raja Khmer itu perkembangan yang mampu mengancam kedaulatan kerajaan Srivijaya dan takhta yang didudukinya. 12/
Di dalam Kisah Raja Qumar (Khmer) Dengan Maharaja, Raja Zabag, himpunan Rihlatus Sirafi 916 Masihi, terjemahan Arsyad Mokhtar (2017) m.s. 163-164; baginda Maharaja Zabag telah ditulis bertitah;

"Tidak patut sama sekali setelah mana tersebarnya perkara dan angan-angan... 13/
...si jahil ini, tak padan dengan mentah dan tak sedar dirinya serta penyakit cemburunya; tak patut untuk kita biarkan begitu sahaja. Sesungguhnya hal yang begitu boleh menghilangkan dan mengurangkan kehebatan seorang raja bahkan memperlekehkannya;" 14/
Di dalam Early Kingdoms (2016) oleh Paul Michel Munoz m.s. 137-138 pula baginda Maharaja Srivijaya ditulis bertitah;

"Selepas kata-kata yang dituturkan oleh si bodoh ini, mahu melihat kepala beta di atas dulang, beta bertanggungjawab untuk menamatkannya." 15/
"Beta tidak sewajarnya membiarkan dia berkata demikian dan menghina diri beta;"

Baginda kemudian menitahkan sejumlah 1000 kapal perang bersaiz sederhana (saiz sesuai untuk mudik Sungai Mekong) yang lengkap dengan sejata, tentera dan kelengkapan perang menuju Inderapura. 16/
Misi baginda Maharaja Srivijaya dikaburkan dengan niat 'lawatan kerja ramah mesra dan memantau segenap empayar' bagi melindungi niat sebenar baginda 'bertanya khabar' ke atas Raja Khmer yang muda dan gopoh itu.

Segala-galanya telah terlalu lewat apabila... 17/
...armada Maharaja Srivijaya sampai ke kota Inderapura, mengepung istana dan mengarahkan Raja Khmer menghadap sendiri Maharaja Srivijaya yang sangat murka atas titah gopoh raja yang muda tersebut.

Kejutan ini dibuat tanpa sebarang pertumpahan darah, kerana... 18/
...Maharaja Srivijaya tak memperkenankan rakyat Inderapura dihukum dek kegopohan rajanya.

Raja Khmer diseret keluar menghadap Sangramanandhajaya di hadapan kota Inderapura, dan ditanya baginda;

"Apakah yang menyebabkan engkau sampai berangan-angan sesuatu di luar... 19/
...kemampuanmu dan tak ada keuntungan untukmu sekiranya engkau berjaya, serta tak ada suatu sebab pun yang memudahkan jalan untuk kau mencapainya?"

Raja Khmer yang sudah terlewat untuk menyesali cabul mulutnya senyap membisu, tak tahu apa yang mahu dijawabnya sendiri. 20/
"Seandainya apa yang engkau angankan untuk lihat kepalaku atas dulang di depanmu itu adalah suatu maksud untuk menjarah kerajaanku dan membuat kerosakan, maka pasti aku akan lakukan hal yang sama. Namun, nampaknya engkau hanya berhasrat untuk membunuhku semata-mata;" 21/
"Kerana itu aku juga akan melakukan hal itu kepadamu, kemudian aku akan pulang ke negeriku tanpa menyentuh sesuatu apa pun dari negerimu ini, sebagai suatu peringatan buat pemerintah selepasmu agar dia tidak melampaui had kemampuannya dan apa yang telah diberikan... 22/
...untuknya serta agar dia sentiasa dalam ketenteraman selama mana ia menghargainya."

Kepala Raja Khmer kemudian dipenggal oleh Raja Srivijaya. Menteri Inderapura kemudian dinasihatkan untuk cari pengganti yang lebih bijak dan tidak berperangai seperti raja muda tersebut. 23/
Baginda juga berterima kasih kerana menterinya dah cuba menasihati rajanya tadi tapi kesal sekali kerana nasihatnya tidak pula didengari.

Maharaja Srivijaya itu kemudian pulang ke istananya sendiri, tanpa melakukan barang sekelumit kerosakan pun ke atas bumi Inderapura. 24/
Baginda kemudiannya bersemayam di atas singgahsana yang terletak di atas tasik. Tasik tersebut penuh dengan bongkah-bongkah emas tanda kekayaan empayar Srivijaya, dengan di sebelahnya adalah dulang yang diletakkan kepala Raja Khmer itu tadi.

Baginda Maharaja bertitah... 25/
...menerangkan ke atas semua menteri dan penasihatnya apa dan mengapa baginda melakukan sedemikian.

Usai, baginda bertitah supaya kepala Raja Khmer itu dibersihkan, diwangi dan dihiasi kemudian diletakkan di dalam sebuah bekas untuk dihantar semula pulang ke Inderapura. 26/31
Bersamanya, baginda Maharaja menulis sepucuk surat dengan maksud;

"Bahawa apa yang menyebabkan beta mengambil tindakan sedemikian terhadap sahabatmu ini ialah sikap melampaunya terhadap kami, serta sebagai suatu bentuk pengajaran bagi orang seumpamanya. Sesungguhnya... 27/31
...telah sampai kepada kami apa yang hendak dilakukannya terhadap kami, maka inilah kami berpandangan untuk mengembalikan kepalanya kepadamu disebabkan tidak ada kebaikan untuk kami untuk menyimpannya dan tidak pula sebarang kemegahan atas kemenangan kami terhadapnya." 28/31
...Diriwayatkan juga kisah ini menjadikan Maharaja dan kerajaan Melayu Srivijaya dipandang tinggi oleh raja-raja lain dari kerajaan berjiran. Setelah peristiwa itu, setiap pagi, Raja Khmer lain selepas tu akan menghadap muka mereka ke arah Srivijaya atau Zabag ini tadi. 29/31
Mereka dengan khusyuk sujud kesyukuran membesarkan Maharaja Srivijaya yang menghukum kegopohan raja mereka tanpa melakukan kerosakan ke atas Inderapura. Ia pelajaran dan pengajaran yang sangat berguna buat mereka dan Inderapura, atau kini sebahagian dari Kemboja moden. 30/31
Sememangnya, peristiwa kepala Raja Khmer yang dipenggal Raja Srivijaya memberi pengajaran besar buat Inderapura. Kegopohan yang menghukum dirinya sendiri, malah hampir sahaja membinasakan kerajaan dan isi rakyatnya.

Kerana pulut, santan binasa. Kerana mulut, badan binasa. 31/31
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

Keep Current with Ashraf

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!