My Authors
Read all threads
KELOMPOK UMNO KIRI

Kita cenderung melabel kelompok kiri Melayu dengan naratif Melayu dalam PUTERA, PKMM, GERAM, API, AWAS, SEDAR, Gerakan Tani pengaruh mereka di dalam Parti Komunis Malaya je.

Ini separuh betul, kerana dalam UMNO juga ada kelompok kiri. Bebenang. 1/11
Maklumlah, sisi ini tidak pernah dibincangkan secara terbuka kerana parti ini lebih selesa dengan label kanan. Tetapi inilah hakikatnya. UMNO dan kerajaan yang diterajuinya sebelum ini sebenarnya pernah menerima pengaruh malah turut diresapi ideologi kiri. 2/11
Di bawah adalah sebahagian dari intipati dalam kajian yang bertajuk "Aliran Kiri Dalam Nasionalisme Melayu 1945-1957: Satu Pemerhatian" oleh Abu Talib Ahmad yang menceritakan sisi gerakan kiri UMNO yang asing bagi ramai rakyat, malah untuk ramai ahli UMNO sendiri. 3/11
Ini menjelaskan banyak perkara, misalnya mengapa Tun Razak berjaya membina 'jambatan' ke China untuk lumpuhkan PKM di Tanah Melayu. Pastinya China ketika itu yakin mereka berada landasan yang betul dengan mempercayai kerajaan Malaysia 'menguruskan' komunis di Tanah Melayu. 4/11
Kefahaman ideologi sosialis beliau semasa menjadi Menteri Pertahanan, berjaya menyelaras Rundingan Baling 1959, yang bukan sahaja memaksa perletakan senjata oleh PKM, malah terus menghalau saki baki komunis dari Tanah Melayu ke dalam hutan dan keluar dari Malaysia. 5/11
Ini juga menjelaskan mengapa dalam banyak dasar-dasar kerajaan lepas (ada yang masih diteruskan hari ini oleh kerajaan baharu) banyak persamaan dan relevan dengan perjuangan sosialis yang rata-ratanya dikumpulkan di dalam golongan kiri. 6/11
Contoh inisiatif seperti perubatan yang hampir percuma, pendidikan percuma, subsidi kerajaan dan inisiatif-inisiatif mesra rakyat dan berkebajikan, semuanya bersifat sosialis. Naratif sosialis dalam konteks ini tidaklah terhad kepada idelogi komunis semata-mata. 7/11
Kumpulan anti-feudal sekitar 80an-90an dalam UMNO sendiri mendorong kpd kemelut isu perlembagaan 1988 yang cuba menghadkan kuasa SPBYDPA untuk melantik atau memecat Ketua Hakim Negara. Kemelut ini memuncak dengan isu pemansuhan kekebalan Raja-Raja Melayu pada tahun 1993. 8/11
Pak Samad Ismail antara ikon UMNO pernah bekerja di samping Dr. Burhanuddin Al Helmy dan Ibrahim Yaacob tu. Beliau pernah 2 kali ditahan ISA dan aktif politik dalam kesatuan sekerja malah pernah didakwa bekal senjata kepada pejuang kemerdekaan Indonesia sekitar 1940-an. 9/11
Abdul Aziz Ishak juga ikon UMNO pernah memimpin GERAM, bergabung dlm PUTERA dgn PKMM, API, AWAS. Masuk UMNO, jadi Menteri Pertanian dan Koperasi (1955-1963). Keluar UMNO, tubuh Parti Konvensyen Negara sbg komponen Barisan Sosialis bersama-sama Parti Buruh & Parti Rakyat. 10/11
Selamat menyambut Hari Ulangtahun UMNO yang ke 74. Semoga semangat dan roh perjuangan kiri dalam UMNO ini kembali dapat disesuaikan dengan perjuangan mutakhir mereka hari ini, untuk berfungsi sebagai pembangkang yang berterusan memastikan 'semak dan imbang' kerajaan PN. 11/11
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

Keep Current with Ashraf

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!