My Authors
Read all threads
"Betul Ke Kedah Tua-Srivijaya Tu Kerajaan Tamil?"

Antara dakwaan puak-puak Malayphobic di Twitter ini ialah kerajaan-kerajaan Melayu sebelum Islam yang beragama Buddha ni kerajaan Tamil. Contohnya, Srivijaya-Kedah tu dibina oleh Chola. Betul ke?

Oleh: Helmi Effendy
Hujah begini biasanya datang berdasarkan peristiwa Rajendra Chola, seorang raja di Selatan India yang pernah suatu masa dahulu menjarah (serang dan cabut sambil rampas harta) wilayah-wilayah dibawah penguasaan Srivijaya.
Untuk memahami topik ni, kita kena bukak balik sejarah Tamadun Tamil yang pernah berdiri di Selatan India. Ini penting sebab kalau kita nak bidas pseudo-sejarah puak-puak ni, anda harus mendalami sekali sejarah Tamil untuk mendalami benar atau tidak dakwaan mereka.
Rekod terawal mengenai tamadun yang didirikan oleh mereka adalah sekadar 300 SM semasa Fasa Sanggam. Fasa Sanggam mengambil tempat antara tahun 300SM dan 200 Masihi. Fasa Sanggam ini adalah waktunya kerajaan pra-Tamil-Dravidian dibicarakan dalam karya-karya sastera.
Kemudian, di selatan India ketika itu berlaku pula fasa yang dipanggil sebagai Interregnum dan tidak banyak informasi tentang Dinasti Chola ketika itu. Fasa Interregnum di selatan India berlaku apabila sebuah kerajaan purba....
...bernama Kalabhra mengambil alih tampuk pemerintahan tanpa meninggalkan apa-apa rekod mengenai raja-raja mereka – membuatkan era ini langsung tidak diketahui secara jelas seperti tiada maklumat mengenai pemerintah selatan India.
Pada tahun 848, Vijayalaya Chola mengasaskan sebuah empayar yang dikenali sebagai Chola selepas menundukkan dua kerajaan musuh mereka: Pandya dan Chera. Ketika ini, barulah bangsa Tamil bangkit dari Zaman Gelap mereka, ketika era Interregnum.
Hanya pada tahun 1025 Masihi, barulah Rajendra Chola yang merupakan cucu cicit keturunan Vijaya Chola memulakan ekpedisi keluar dari Selatan India, menyerang pelabuhan-pelabuhan purba di Asia Tenggara dan salah sebuah pelabuhan itu ialah Kedah Tua.
Tapi perlu diketahui serangan ini berbentuk penjarahan. Ia bukan sebuah penaklukan dan penundukkan kerana Srivijaya tidak jatuh, malah masih terus menghantar utusan ke China dan masih kekal dalam rekod China.
Angka 1025 Masihi itu jauhhhh lebih muda daripada angka Srivijaya berdiri yang dijangka sekurang-kurangnya berdiri pada sekitar Abad Ke-7 Masihi pada bukti Prasasti Kedukan Bukit yang berusia 683 Masihi. Angka ini adalah 342 TAHUN LEBIH MUDA DARIPADA KEDATANGAN CHOLA
Prasasti Kedukan Bukit dipahat dalam aksara Pallava, dalam BAHASA MELAYU KUNO (bukan bahasa Tamil tau), mencatatkan DAPUNTA HYANG SRI JAYANASA yang merupakan MAHARAJA MELAYU PERTAMA SRIVIJAYA melakukan ekspedisi tentera meluaskan EMPAYAR SRIVIJAYA.
Kedah Tua pulak, rekod arkeologi terbaru yang dijumpai USM mencadangkan usianya sekitar 788 SM! Angka 788 SM ini jauh lebih tua daripada fas SANGGAM pada sekitar 300 SM yang masih dibahaskan sejarawan.
Angka 788 SM ini dah tentu JAUHHH lebih tua daripada fasa keluarnya Rajendra Chola menyerang Srivijaya pada 1025 Masihi. Aneh, dengan garis masa yang bercelaru dalam sejarah, tetapi dek kerana kebencian mereka pada sesuatu yang bernama Melayu, banyak Malaphobic percaya padanya.
Dan golongan yang trigger dengan perkongsian TP hari itu berkenaan surat Maharaja Srivijaya kepada Khalifah Umar Abdul Aziz, bersilat kononnya nak pertahankan kesucian sejarah. Padahal sumber, nama sejarawan, screenshot buku dan paper yang bahaskannya dah diberi.
Tapi so-called pejuang sejarah Melayu ni, ada antaranya pensyarah kontroversi buku kena sita dengan kerajaan, tak pernah bersuara, malah satu sen pun berkaitan dengan isu ini padahal ia dah dipeluk seperti sebuah kebenaran.
Mungkin mereka aman melihat penyelewengan dasyat ini kerana senada dengan niat hati mereka yang paling dalam, melihat Melayu terus dicemuh dengan pelbagai tohmahan. Ini tak hairan sebab golongan ni melalui rekod mereka, banyak jugak menulis "sisi gelap" tamadun Melayu. Kononnya..
Dan kami daripada dulu sentiasa kental menjawab sebarang penyelewengan ke atas sejarah Melayu. Kalau berminat, kami cadangkan buku MENCABAR TEORI CHOLA. Masih dijual di webstore kami.

thepatriots.store/store/books/me… <--- beli di sini.
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

Keep Current with The Patriots

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!