My Authors
Read all threads
"Betul Ke Tun Sri Lanang Tu Pengkhianat?"

Antara benda viral dekat media sosial ni ialah apabila seorang Professor ni mendakwa bahawa Tun Sri Lanang ialah tali barut Portugis. Seberapa benar dakwaan ini? Ikuti bebenang ini.

Oleh: Helmi Effendy
Dakwaan 1:

"Tun Seri Lanang ialah pengkhianat. Tun Seri Lanang mengatakan orang Melayu berperang menggunakan lembing dan keris. Pembelot dan tali barut Portugis yang sama-sama berjuang untuk Portugis. Tun Seri Lanang bercakap bagi pihak Portugis”.
Jawapan dakwaan 1:

Nama sebenar Tun Seri Lanang ialah Tun Muhammad bin Tun Ahmad yang hidup pada tahun 1565 hingga 1659. Beliau ialah Bendahara Kesultanan Johor pada tahun 1580 hingga 1615. Beliau juga ialah moyang kepada Sultan Johor dan Sultan Terengganu di kemudian hari.
Pada tahun 1613, Tun Seri Lanang dibawa ke Aceh. Tun Seri Lanang lebih dikenali sebagai salah seorang bijak pandai dan pengarang ulung bangsa Melayu melalui karyanya yang ditulis bermula tahun 1612 dan disiapkan pada 1614 iaitu Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu).
Tun Seri Lanang adalah bendahara Johor iaitu kerajaan yang menjadi pewaris Melaka setelah kejatuhan Melaka pada 1511. Beza gap antara kehidupan Tun Sri Lanang adalah puluhan tahun selepas kejatuhan Melaka.
Tun Seri Lanang adalah bendahara Johor iaitu kerajaan yang menjadi pewaris Melaka setelah kejatuhan Melaka pada 1511. Beza gap antara kehidupan Tun Sri Lanang adalah puluhan tahun selepas kejatuhan Melaka.
Bagaimana pula Tun Seri Lanang boleh dikatakan sebagai pembelot, tali barut, tukang cakap Portugis sedangkan ketika Melaka jatuh pada 1511, Tun Seri Lanang belum pun lahir lagi.
Dalam buku Sejarah Melayu, Tun Seri Lanang tidak mengatakan pun bahawa Melaka kalah kerana menggunakan senjata Keris dan lembing, bahkan digambarkan kelengkapan meriam-meriam Melaka menggempur Portugis.
Contohnya dalam rangkap ini:

"Sehari semalam lamanya perang itu, maka ubat bedil (peluru) pun habis, maka Seri Udani menyuruh memohonkan ubat bedil serta bantu. Maka disuruh beri ubat bedil sehabis-habisnya, hanya empat tempayan; Syah membantu Temenggung Seri Udani."
Dakwaan kedua ke atas TS Lanang:

“Tun Seri Lanang ditangkap oleh tentera Aceh lalu dibawa ke Aceh. Tun Seri Lanang nak dibunuh, tetapi  diampunkan setelah bertaubat”.
Jawapan:

Tun Seri Lanang dibawa Sultan Iskandar Muda ke Aceh dan diangkat menjadi pemimpin Samalanga yang bertaraf Hulubalang. Semua orang tahu bahawa Sultan Iskandar Muda merupakan satu tokoh yang sangat membenci Portugis.
Ketika ini, Kesultanan Johor kalah perang dengan Kesultanan Aceh. Ini adalah era Perang Tiga Segi antara Johor-Aceh-Portugis. Beliau dibawa ke Aceh bersama-sama Sultan Johor-Riau iaitu Alauddin Riayat Shah III, Raja Abdullah dan kerabat diraja Johor yang lain serta 23,000 rakyat.
Mereka yang ditawan itu dilayan baik oleh Sultan Aceh malah Raja Abdullah sendiri dikahwinkan dengan adinda sultan Aceh. Pada akhir tahun 1613, Raja Abdullah dihantar pulang bersama dgn 2,000 tentera Aceh dan diberi sejumlah wang utk membina semula kota istana kesultanan Johor.
Hidupnya dihabiskan untuk memerangi Portugis di Melaka. Mustahil orang yang membenci Portugis akan mengambil dalang Portugis menjadi pegawainya. Dan untuk menjawat jawatan tertinggi di Acheh, seseorang itu perlu mengisi syarat-syarat seperti:
Tun Seri Lanang yang dilantik sebagai ''Ulubalang'' atau gabenor Samalanga pada tahun 1613 dan terus memerintah selama 40 tahun sehingga kematiannya pada tahun 1659 di Samalanga, Aceh.
Beliau juga bertindak sebagai penasihat kepada Sultan dan diberi gelaran "Orang Kaya Dato' Bendahara Seri Paduka Tun Seberang". Beliau telah menjadikan Samalanga sebagai pusat pendidikan Islam di Kesultanan Aceh Darussalam.
Jika Tun Seri Lanang musuh Islam, seperti mana yang dituduh di media sosial, mustahil dapat beliau memenuhi syarat-syarat di atas. Ini bermaksud TS Lanang sudah cukup warak untuk menjadi pemimpin di Acheh!
Jadi, puas hati yang TS Lanang bukanlah seorang pengkhianat agama, bangsa dan negara seperti yang ditohmah? Dan semoga kita semua berlepas daripada hukuman selepas memfitnah tokoh sehebat TS Lanang dalam sejarah!
Kalau korang berminat membaca usaha pertahankan sejarah Melayu, boleh membeli buku terbitan kami di:

thepatriots.store/store/books/ja…

JSSSM dah terjual lebih 5000 unit. Betapa ada yang takutkan buku ni sampai diban di beberapa buah kedai buku!
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

Keep Current with The Patriots

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!