Biasanya kita belajar cara yang berkesan melalui "trial & error."
Tahukah anda, ada tips study yang telah terbukti berkesan secara saintifik?
Thread tentang Tips Study Berkesan untuk Exam.
1) Rereading: baca benda sama berulang kali (dengan harapan untuk ingat)
2) Highlighting: sambil baca sambil highlight point penting
3) Buat nota sendiri & summarize
Teknik2 ini mungkin berkesan untuk sesetengah orang, tetapi mungkin juga kurang berkesan untuk orang lain.
Sebenarnya ramai tak tahu, ada teknik yang lebih baik 3 teknik daripada ini!
"Active Retrieving."
Maksudnya, daripada kita hanya baca slides atau buku tanpa berfikir, kita perlu sentiasa cuba mengingati apa yang kita baru lepas baca secara aktif.
Lepas habis setiap topik atau subtopik, cuba ingat balik apa yang anda baru lepas baca.
Kemudian bila anda tengok balik buku, baru anda perasan apa yang anda tertinggal atau terlupa.
Anda boleh cuba juga buat soalan untuk diri sendiri selepas habis baca satu topik & cuba jawab soalan sendiri.
Selepas baca & faham satu topik, saya akan tulis apa yang saya faham di media sosial tanpa melihat buku atau slides.
Saya akan cuba sedaya upaya ingat apa yang saya baca tadi sebab takut salah tulis nanti kena kecam.
Kesannya memang saya lebih ingat!
"Space repetition."
Bila kita baru lepas study, ilmu akan masuk dalam memori jangka pendek.
Secara semula jadi, lama2 memori itu akan semakin hilang atau pudar, kecuali:
Kita sentiasa ingatkan diri tentang ilmu itu dari semasa ke semasa.
Biarkan diri "lupa sementara" sebelum kita ingatkan diri semula.
Contohnya, baca hari ini, kemudian baca semula esoknya.
Berbanding ilmu itu hanya dalam memori jangka pendek dan hilang begitu sahaja.
Mungkin sebab itu orang suka study last minute, supaya dia tidak lupa apa yang dibaca (simpan dalam memori jangka pendek), terus muntahkan dalam kertas exam, dan lupa semuanya selepas keluar dewan exam.
Saya rangkumkan semula tips2 yang praktikal:
1) Baca dengan otak yang aktif (banyak fikir dan tanya)
2) Lepas habis baca satu topik, cuba tulis balik apa yang anda ingat tanpa melihat buku
3) Buat soalan sendiri & jawab
5) Ulang semula baca selepas sehari atau seminggu. Nanti lagi senang nak ingat
6) Tengok past year questions untuk faham pattern soalan yang ditanya
1) Study last minute
2) Baca ulang2 benda sama secara pasif tanpa fikir
3) Teruskan baca ulang2 walaupun attention dah lari
4) Highlight cantik2 masa baca tetapi tak cuba ingat balik selepas dah habis baca
5) Study non-stop tanpa beri ruang masa untuk "space repetition"