My Authors
Read all threads
"Kenapa Perbandingan Antara Dua Gambar Ini Salah?"

Pertama, konteks sejarah antara dua negara ini pun dah berbeza. Jadi, berhentilah menyamakan UiTM dengan Undang-Undang Jim Carrow. Ianya sangat berbeza dengan UiTM.

Oleh: Helmi Effendy
UiTM bukanlah dibuat untuk dasar segretasi, menghalang pergaulan kaum antara Bumiputera dan non-Bumiputera seperti mana gambar di Amerika. Ini bukan kes pengasingan kaum antara colored dan whites. Falasi yang amat besar sekali bila cuba menyuntik naratif sedemikian.
Protes Mahasiswa UiTM dalam gambar kedua adalah demi mempertahankan apa yang telah dipersetujui antara kaum sejak merdeka. Ianya bukan kerana mahasiswa itu jelik melihat bangsa selain Melayu belajar sama dengan mereka, atau merasakan bangsa mereka superior seperti Mat Saleh.
Masih ingatkah wahai sahabat Cina dan India ketika negara ini merdeka suatu masa dahulu? Ketika orang Melayu begitu bersungguh-sungguh menentang Malayan Union?
Antara yang ditentang oleh orang Melayu ialah memberikan kerakyatan Jus Soli kepada orang bukan Melayu ketika itu yang berjumlah lebihhhhh 1 juta orang. 1 juta orang yang nak jadi rakyat TANAH MELAYU. Orang Melayu masa tu tak boleh benarkan perkara ini berlaku.
Bayangkan pada hari ini, Bangladesh dan Indonesia yang telah lama bekerja di Malaysia, selepas tu kita dijajah kuasa asing dan berjaya merdeka buat kali kedua. Tapi syarat penjajah asing itu ialah kena beri kewarganegaraan kepada Bangladesh dan Indonesia yang dah lama di sini.
Agak-agaknya apa respon kita? Begitu juga orang Melayu ketika itu. Dasar pecah dan perintah British, sejarah kedatangan orang Cina dan India yang merupakan buruh kerja dibawah British, meletakkan analogi kedudukan orang Melayu dan bukan Melayu ketika itu.
Mereka dah membina kerajaan di tanah ini lebih 3000 tahun! Bukti kehadiran mereka lebih 60, 000 tahun di bumi bertuah ini! Kenapa tiba-tiba harus memberikan 1 juta kerakyatan kepada mereka yang datang dari China dan India ini?
Tapi orang Melayu dipujuk. Kalau nak negara ni merdeka, kena berikan juga kerakyatan kepada bukan Melayu. Maka masa tu orang Melayu memberikan syarat kepada saudara baru yang bakal menjadi warganegara ini kepada mereka.
Kalau anda nak jadi rakyat TANAH MELAYU, rakyat kepada RAJA-RAJA MELAYU kami, kami cuma mohon satu perkara sahaja. Bayaran kepada 1 juta kerakyatan itu ialah peruntukan undang2 seperti...
...kedudukan Islam sebagai agama rasmi, pengekalan tanah rizab Melayu, kedudukan Raja-raja Melayu dan adat istiadat Melayu dan pengagihan jawatan dalam Kerajaan juga termasuk di dalam persefahaman ini. UiTM ialah termasuk dalam perkara 153 (1) (2) tersebut!
Nenek moyang cina dan anda setuju! Betapa baiknya hati orang Melayu memberi kerakyatan dan tempat untuk orang Cina dan India di Tanah Melayu ini telah membuatkan Tun Sambanthan, salah seorang bapa kemerdekaan negara kita berucap seperti dalam foto ini.
"Di mana anda boleh mencari bangsa yang semurah hati, sesantun, sebaik bangsa Melayu? Di mana anda boleh mendapat layanan sebaik ini untuk bangsa pendatang?"

Selepas tu, Tun Sambanthan siap memetik nasib orang Cina dan India di pelbagai negara yang masih tak diterima.
Ketika itu, MCA turut bersuara mempertahankan hak keistimewaan bangsa Melayu! Kata-kata dari Tan Siew Sin ini dah membuktikan betapa hak-hak keistimewaan ini ialah perkara yang dipersetujui sejak sekian lama oleh OUR FOUNDING FATHERS!
Iklan: Promosi 3 BUKU RM 60 masih lagi berlangsung di webstore kami. Pembelian anda sebenarnya mendana perjuangan kami demi mempertahankan agama, bangsa dan negara di FB, Twitter, IG dan pelbagai platform media sosial lain.

Beli di: thepatriots.store
Jadi, berbalik kepada foto awal, perjuangan mahasiswa itu adalah untuk menjaga hak keistimewaan yang dipersetujui juga oleh nenek moyang bukan Melayu anda, dipersetujui oleh our founding fathers yang membolehkan Malaysia terbentuk.
Jadi, kalau nakkan hak-hak keistimewaan Melayu dan Bumiputera ini terhapus, atau dilonggarkan, ianya tertakluk kepada budi bicara orang Melayu, dan kaum bumiputera yang lain, dengan izin dan restu RAJA-RAJA KAMI.
Anda rasa dengan membandingkan foto-foto yang berbeza konteks sejarahnya, akan membuatkan orang Melayu makin lembut hati melepaskan hak keistimewaan mereka atau menjadi lebih keras terhadap anda? Anda sebenarnya memaksa mereka lebih keras, semakin percaya perlunya hak 153 ini.
*Pembetulan: Jim Crow laws. Terima kasih.
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

Keep Current with The Patriots

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!