My Authors
Read all threads
"Bagaimana Nak Pujuk Melayu Buang 153?"

Ada rakan2 bukan Melayu yg msh berkeras dgn pendirian mereka hak keistimewaan Melayu perlu dhapuskn. Tp malang budi bicara ini terletak pd orang Melayu & Raja2 Melayu.

Diolah, diubahsuai, ditambah dari perkongsian FB oleh Tai Zee Kin.
Ramai rakan-rakan cina yang tak tahu, apa yang mereka dapat apabila membenarkan hak keistimewaan orang Melayu ketika kemerdekaan. Sebenarnya apa yang mereka lakukan membenarkan mereka mempertahankan Kecinaan mereka.
Di Indonesia, Filipina, Thailand dan kebanyakan negara Asia Tenggara yang lain, bangsa2 Cina dipaksa berasimilasi dgn penduduk tempatan. Di Korea, dah beratus tahun orang Cina duduk di sana, tapi masih belum jadi warganegara kerana syaratnya mesti ada darah Korea (Jus Sangonis).
Ianya hampir mustahil bagi sebuah negara dengan penduduk asal yang berkongsi budaya dan gaya hidup yang agak sama, untuk memberi kerakyatan secara beramai ramai kepada pendatang yang langsung tidak berkongsi persamaan dengan budaya mereka.
Orang2 Cina di Malaysia dibenarkan pertahankan Kecinaan mereka spt :- sekolah cina, bahasa Cina, menjalani gaya hidup orang Cina. Pendek kata, ianya memberi persepsi seolah-olah membina sebuah lagi wilayah Cina di luar negara China. Begitu juga dengan warga India.
Ketika merdeka dulu orang Melayu tiada kuasa ekonomi langsung. Pada pandangan mereka, sekiranya imigran-imigran ini memegang tampuk kuasa ekonomi, cuba untuk melebarkan kuasa politik, akan sekaligus menghakis "kewujudan" mereka.
Orang Melayu ketika itu "tidak selamat" dengan lambakan imigran Cina dan India. Terdapat kerisauan terhadap mereka yang tidak mahu mengintegrasi/ mengasimilasikan budaya mereka dengan budaya tempatan, andai mereka bersatu menentang warga Nusantara/warga asal.
Wajarlah orang Melayu ketika itu menuntut hak keistimewaan sebagai pertukaran. Sebab inilah, Tunku Abdul Rahman menyuruh Suruhanjaya Reid mengubal perjanjian kontrak antara bukan Melayu dan Melayu yang kemudian dimaktubkan dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.
Dengan pengenalan Perkara 153, orang Melayu berasa mereka boleh lega hati atas aspek kerisauan sebelum ini, iaitu serangan "Kecinaan" dan "rasa tidak selamat" seperti yang dinyata di atas.
Kedudukan mereka tidak akan tergugat oleh orang imigran, tidak secara ekonominya mahupun pendidikan, kerana terjamin oleh perlembagaan.
Begitulah orang Melayu berpuas hati dengan pemberian kerakyatan secara beramai-ramai dahulu kepada imigran Cina dan India, selagi kedudukan mereka terjamin dalam pendidikan dan ekonomi dan sebagainya seperti tercatat dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan
Sehingga kini, semakin ramai orang Melayu yang mempunyai titik persamaan dengan orang Cina dan bukan-Bumiputera. Sebab itulah anda lihat semakin ramai orang Melayu yang bersedia untuk menyerahkan status Bumiputera itu. Tapi ini tak cukup!
Masih ada yang tidak mampu berbahasa Melayu sebagai berbahasa kebangsaan, tidak mengenali asas pembentukan negara Malaysia, tidak memahami sejarah penubuhan tanah air, faktor-faktor ini menyebabkan orang Melayu semakin menebalkan ke-Melayu-an mereka.
Orang-orang Cina ini pergi ke SJKC, atau sekolah swasta Cina, pergi ke Taiwan/ China untuk menyambung pengajian. Sebahagiannya ke Singapura dan Eropah ataupun Amerika Syarikat.
Mereka tidak pernah berselisih dengan orang Melayu.

Mereka tidak tahu apa itu khutbah Jumaat.
Mereka tidak tahu mengapa perempuan Kelantan dipanggil Mek (isikan nama di sini).
Mereka tidak tahu mengapa lelaki Melayu Perak dipanggil Yob (isikan nama di sini).
Mereka tidak tahu dan tidak faham pemikiran dan cara hidup orang Melayu. Secara dasarnya, mereka tidak mahu berintegrasi, asimilasi dan berusaha mencari titik persamaan dengan orang Melayu, seperti kaum cina di negara lain (kecuali tanah besar cina, taiwan, HK dan singapore).
Malahan di kedai Mamak, Cina duduk dengan Cina, Melayu dengan Melayu. Hanya sesekali, dan jarang untuk melihat 3 bangsa Melayu Cina India bersama.

Tidak cukup!
Tidak cukup untuk memberitahu warga orang Melayu yang mereka akan selamat dari kesan 'kecinaan'. Tidak cukup sekadar memberitahu yang mereka boleh 'hidup' dan 'rasa selamat' tentang kepentingan ekonomi dan pendidikan.
Untuk melihat ianya berlaku, orang Cina harus melonggarkan prinsip KECINAAN (bukan buang, cuma meredakan sedikit). Kita tidak boleh mengenepikan konsep Bumiputera. Ia bahaya.
Penyelesaian untuk Kontrak (Perkara 153) Perlembagaan Persekutuan adalah jelas.

Sama ada:
1.) Mengagungkan Kontrak tersebuT buat buat selama-lamanya, dan juga mengamalkan tabiat berunusrkan tinggalan keturunan nenek moyang mereka (sekolah Cina, bahasa Cina, dewan perniagaan Cina, apa jua elemen CINA dalam aspek pendidikan dan ekonomi).
2.) Mengintegrasi atau mengasimilasikan budaya mereka dengan budaya Melayu dan Nusantara.
*Jus sanguinis (typo)
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

Keep Current with The Patriots

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!