My Authors
Read all threads
"Amuk Bangsa Melayu Dalam Sejarah."

Korang tahu tak yang perkataan Amok dalam bahasa Inggeris tu Inggeris ambil daripada Bahasa Melayu? Kenapa? Barangkali mereka merasakan bahawa Amok ni satu trait yang special yang wujud dalam Melayu sahaja.

Oleh: Helmi Effendy
Betapa miskinnya kosa kata dalam Bahasa Inggeris sehingga mereka terpaksa meminjam daripada Bahasa Melayu. Dan betapa banyak catatan dari orang asing yang terkejut melihat sifat yang diletakkan istimewa pada orang Melayu ini.
NY Times pernah buat laporan mengenai Amok orang Melayu seperti mana dalam keratan tangkap layar ini. Petikan artikel ada menyebut mengenai Amok:

"A man — it was almost always a man — would feel he had endured an unbearable indignity. After a period of brooding, he lashed out...
...by attacking everyone in sight with knives or other sharp weapons, hacking away until fellow villagers or the authorities finally killed him." - Geoffrey Robinson, Professor Sejarah Asia Tenggara daripada Universiti California
Ini membuatkan saya berpandangan Amok ini adalah terhasil daripada sikap orang Melayu yang selalu bertolak ansur, sampai satu masa, mereka tidak mampu lagi menahan pendam rasa akibat ditolak, akhirnya ianya meletus dengan amukan.
Akibat tersebut, ianya akan diakhiri dengan tragedi yang melibatkan kehilangan nyawa, kecederaan dan kerosakan harta benda. Walau bagaimanapun, amuk Melayu bersifat setempat dan tersendiri. Tidak berorganisasi. Tindakan spontan. Tak dirancang, lalu meletup sendirinya.
Antara contoh tragedi berkaitan dengan amuk Melayu dalam sejarah ialah 13 Mei dahulu. Ia berkaitan dengan apabila perkara seperti hak 153 bumiputera dipertikaikan, jurang ekonomi yang sangat besar antara kaum di Malaysia.
Perumpamaan seperti batu yang melekuk dari titis air atap nipah. Bakarlah sentimen agama ataupun perkauman dalam jiwa orang Melayu. Kemuncaknya adalah amuk.
Dan penjajah yang datang ke Tanah Melayu baik Portugis sehingga ke orang Inggeris, mereka mencatatkan mengenai amuk orang Melayu dengan penuh rasa takjub, gerun dan hairan melihat sikap yang tak pernah mereka saksikan ini.
Jono de Barros dalam Decada IV ada menyebutkan “ .. dan mereka menganggap sangat tidak dimaafkan apabila dahi mereka disentuh dengan tangan, mereka menamakan balas dendam ini dengan “amok”.
Balfour pula menyebut: "For instance a man sitting amongst his friends and relatives will, without provocation,suddenly start up,weapon in hand, and slay all within his reach. I (Dr. Oxley) have known so many as eight killed and w0unded by a veryfeeble individual in this manner."
T.M. Gullick dalam bukunya yang bertajuk Malay Society in the Late Nineteeenth Century: The Beginnings of Change sebagaimana yang dipetik oleh Talib Osman yang menyebut mengenai sikap orang Melayu:
"Agak menonjol huraian Gullick tentang personaliti orang Melayu yang selalu tenteram lagi aman kecuali apabila ia merasa dirinya dihina atau dimalukan. Ini akan mencetuskan keadaan yang dinamakan oleh Gullick sebagai sakit hati.
Mungkin lebih tepat jikalau dinamakan dendam atau geram kerana kononnya dari sini maka apa yang dikatakan sebagai tenteram pada mulanya menjadi keadaan kelam kabut apabila orang Melayu itu mengamuk:"
Frank Swettenhem dalam bukunya Malay Sketches ada menyebutkan:

“Orang Melayu pantang menerima sebarang penghinaan, padanya hal ini harus dihapuskan sekalipun dengan pertumpahan darah. Jika dia merasa maruahnya dicemarkan...
sama ada hal itu betul atau tidak, dia menyimpan perasaan itu dalam hatinya sehingga dia betul-betul dihantui dengan niat untuk menuntut bela.”
Jauh lebih awal daripada penjajah, manuskrip Melayu seperti Sulalatus Salatin ada menyebut amuk Melayu dalam sejarah. Jadi, memang orang Melayu sendiri menyedari trait istimewa dalam bangsa mereka ini.
Contohnya seperti:

“ …beramuk-amukan, terlalu sabur, rupa kilat cahaya senjata seperti kilat dilangit, sabung-menyabung, gemuruh bunyi bahana tempik hulubalang, dan gemerencing bunyi senjata seperti akan sampai ke langit.” - Sulalatus Salatin
IKLAN: Lipur Lara Nusantara masih boleh ditempah untuk para peminat hikayat-hikayat Melayu. Tinggal 300 stok sahaja dengan kami.

Pembelian di: thepatriots.store/store/books/li…

Ayuh lestarikan warisan bangsa.
Ketika pertempuran antara Melaka dan Siam, pendekar Melaka ketika itu, Tun Omar anak kepada Tun Hamzah telah melakukan amuk seorang diri ke atas perahu angkatan Siam sehingga menyebabkan Siam merasa gerun dengan kekuatan tentera Melaka lalu berundur diri.
Perhatikan dibawah:

“Maka Tun Omar pun pergilah dengan seorang dirinya; perahunya olang-oleng. Setelah bertemu dengan perahu Siam yang banyak itu, maka dilanggamya sekali, dua tiga buah perahu Siam alah, lalu terus perahunya ke sebelah. Maka ia berbalik pula, dilanggamya yang..
......lain pula, dua tiga buah alah perahu Siam itu; maka Tun Omar pun kembalilah. Maka orang Siam pun terlalu hairan melihat kelakuan Tun Omar itu.” Betapa kerana amuknya bangsa Melayu itu, dia dah tak peduli apa dah disekelilingnya, terus diserbu seorang diri buat Siam gerun.
Selain itu, dapat juga disaksikan amuk orang Melayu ketika Perang Musuh Bisik, apabila Kedah dengan Siam, semasa serangan mengejut 7000 tentera Siam di Kedah. Banyak orang Melayu bangkit dengan naik amuk membalas serangan, menyembelih tentera Siam walaupun banyak yang terkorban.
Dan orang Melayu membalas serangan itu dengan amukan menakluk satu demi satu tanah Siam sehinggakan hampir mengetuk pintu istana Bangkok, kalau tidak kerana British campur tangan menyelamatkan Siam perut hijau!
Zaman moden, selain daripada 13 Mei, dapat juga disaksikan kisah amuk orang Melayu ialah kisah Prebet Adam yang mengamuk di Chow Kit. Ada banyak kisah menyelubungi peribadi ini sehinggakan kisah amuknya dijadikan propaganda menyerang Raja-Raja Melayu oleh setengah politikus.
Apa-apa pun ulasan mengenai Amok, kita semua tahu bahawa Amok orang Melayu akan tercetus berdasarkan sejarah apabila AGAMA, BANGSA, dan NEGARANYA dikacau, disentuh dan dipijak. Ini kerana tiga ini merupakan maruah dan identiti bangsa MELAYU.
Dan hari ini, betapa banyak anak Melayu menanam dalam dada mereka kisah amok Jebat berbanding rasionalnya Tuah dalam menerima konflik. Jadi, berkadarlah...
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Keep Current with The Patriots

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!