My Authors
Read all threads
"Rahsia Kebangkitan Tamadun Islam."

Apa kunci kebangkitan umat Islam dahulu menempah keagungan dalam peradaban mereka? Apa rahsia disebalik lahirnya insan sehebat Al-Ghazali, Ibn Sina, Ibn Rushd dan banyak lagi nama?

Oleh: Helmi Effendy
Apakah rahsia kepada era yang membuatkan kita umat Islam terkenang-kenang keagungan silam ini, meromantismekannya pada setiap masa seperti forum akademik, sembang kedai kopi, buku dan juga dokumentari-dokumentari kita?
Dan jawapan kepada rahsia ni akan membuatkan anda menolak belajar sains dan matematik dalam bahasa asing. Anda akan mula menyelami betapa pentingnya bahasa ibunda dalam pembelajaran anak-anak anda supaya kita mampu ulang kegemilangan tamadun silam.
Apakah ketika itu Khalifah Harun Ar-Rashid tiba-tiba menyuruh seluruh rakyat di bawah empayarnya mempelajari Bahasa Yunani kerana betapa ilmu di dalam Bahasa Yunani?
Apakah Khalifah Umar Abdul Aziz mengeluarkan titah bahawa nak maju seperti bangsa Rom dan Parsi, maka harus mahir dalam bahasa Latin dan Parsi? Saya ada berita buruk anda. Malangnya ia tidak berlaku.
Kejayaan mereka yang kita banggakan, sehinggakan memberi nyawa kepada Tamadun Eropah yang dilanda kejatuhan dan kegelapan bermula dengan gerakan terjemahan besar-besaran, seawal era Umaiyyah lagi. Bukanlah bermula dengan belajar ilmu dalam bahasa asing.
Antara proses terjemahan dari Bahasa Yunani ke dalam Bahasa Arab terawal adalah dimulakan oleh Khalid ibn Yazid, anak kepada khalifah kedua iaitu Khalifah Yazid.
Dan selepas itu, Umaiyyah menyaksikan betapa proses penterjemahan ke dalam Bahasa Arab pun bermula dengan pesat.
Tentunya, bercakap mengenai Umaiyyah, kita tak boleh terlepas daripada berbicara mengenai Khalifah Umar Abdul Aziz. Baginda mengalakkan, memberi sokongan kepada proses penterjemahan. Setiap penterjemah diberikan hadiah lumayan untuk setiap karya yang diterjemahkan oleh mereka.
Sebenarnya pada zaman Khalifah Muawiyah sendiri proses terjemahan ini berlakunya. Sahabat nabi ini sudah mula mengumpulkan karya-karya ilmu ketika menjadi gabenor di Damsyik.
Pada ketika itu, Muawiyah mengarahkan karya tersebut diterjemahkan dan ditempatkan dalam perpustakaan yang digelar sebagai Baitul Hikmah (berbeza dengan Baitul Hikmah ketika era Abbasiyah).
Contoh yang paling diingati pada zaman Umaiyyah ini ialah pada zaman Khalifah Malik bin Marwan. Betapa pada zamannya, proses penterjemahan karya-karya seperti perubatan dan astrologi dari Yunani mula mengambil alih.
Bahkan pada zaman ini juga, kita menyaksikan penterjemahan lagu daripada Byzantine dan juga Parsi, sehinggakan ia mempengaruhi bentuk puisi orang Arab. Karya-karya falsafah terutama daripada Aristotle juga turut diterjemah.
Apabila bercakap berkenaan dengan proses penterjemahan ini, nama seperti Hunayn bin Ishaq mestilah disebut kerana pada zaman Abbasiyah, beliau didabik sebagai penterjemah terbaik.
Fasih dalam Bahasa Arab, Suryani, Parsi dan Yunani sangat membantu beliau menterjemahkan karya daripada Aristotle, Plato, Galen dan Hippocrates. Pada penghujung hayatnya, Hunayn telah menterjemahkan 95 karya Galen, 14 karya Hippocrates, 3 karya Aristotle dan sebuah karya Plato.
Pada era Abbasiyah juga, Khalifah seperti Al-Mansur bertanggungjawab memindahkan pusat pemerintahan daripada Damsyik ke Baghdad. Ketika sampai ke tanah Parsi ini, mereka bertemu dengan segala isi perpustakaan agung tinggalan Dinasti Sasanid iaitu...
...Akademi Gundishapur yang diasaskan Raja Shapur I suatu masa dahulu. Akademi ini merangkumi hospital, perpustakaan gergasi dan juga pusat pembelajaran untuk institut pengajian tertinggi.
Antara khazanah akademi ini mereka menyimpan rekod-rekod dari tamadun India yang merangkumi perubatan, matematik, dan falsafah India. Khalifah Al-Mansur tidak mengarahkan akademi ini dihancurkan, bahkan menyuruh segala isi ilmunya diterjemahkan ke dalam Bahasa Arab.
Mujurlah ketika itu, Al-Mansur tidak memaksa seluruh umat Islam mempelajari sains dan matematik dalam Bahasa Parsi semata-mata untuk memahami isi ilmu.
Proses penterjemahan ketika era Abbasiyah ini pastinya memuncak kerana pembawaan teknologi pembuatan kertas dari China selepas umat Islam menang dalam Pertempuran Sungai Tallas pada 751 Masihi dengan Dinasti Tang sendiri.
Pembawaan teknologi pembuatan kertas telah membuatkan penghasilan buku yang pelbagai, bahkan berbanding dengan Dinasti Tang, Abbasiyah mampu menghasilkan kertas dalam skala yang besar. Kilang-kilang kertas tumbuh merata di segenap sudut Empayar Abbasiyah.
Dan model-model yang wujud pada Akademi Gundishapur dan beberapa institut ilmu silam Parsi serta tradisi Parsi menterjemahkan ilmu2 silam ke dalam bahasanya ini kemudiannya mengilhamkan kelahiran Baitul Hikmah (berbeza dengan perpustakaan yang diasaskan oleh Khalifah Muawiyah).
Baitul Hikmah ini diasaskan oleh Khalifah Harun Ar-Rashid, namun dikembangkan dibawah Khalifah Al-Ma’mun. Al-Ma’mun yang telah menaja proses terjemahan karya-karya ilmu dari pelbagai tamadun di dunia seperti Yunani, Rom, Syriac, Aramia, Parsi dan India ke dalam bahasa Arab.
Al-Ma’mun telah menaja proses terjemahan karya2 ilmu tamadun seperti Yunani, Rom, Suryani, Aramia, Parsi dan India ke dalam bahasa Arab. Segala cendekiawan dari seluruh dunia dikumpulkan di dalam Baitul Hikmah, lalu mereka melakukan proses menterjemahkan karya2 ilmu ini.
Bahkan dimaklumkan bahawa demi mengikuti perkembangan projek agungnya itu, setiap hari Al-Ma’mun akan berangkat melawat Baitul Hikmah untuk melakukan pemeriksaan hariannya. Bahkan dilaporkan baginda juga akan terlibat dalam aktiviti akademik institut tersebut.
Al-Ma’mun juga mengupah para ilmuwan untuk mengembara ke seluruh dunia dan segala tamadun yang diketahui pada waktu itu, dan mengutip khazanah ilmu di sana lalu dibawa pulang ke Baitul Hikmah untuk diterjemahkan ke dalam bahasa Arab.
Setiap penterjemah yang berjaya menterjemahkan akan dihadiahkan jongkong emas, yang akan ditimbangkan berdasarkan berat buku yang diterjemahkan.
Dilaporkan bahawa dalam Baitul Hikmah, terdapat beberapa buah jabatan seperti jabatan terjemahan, jabatan saintis, jabatan penulisan, jabatan penyalinan dan jabatan yang fungsinya untuk menjilid dan mengumpulkan buku-buku yang ada.
Baitul Hikmah yang bermula sebagai sebuah institut pengumpulan dan penterjemahan mula berubah sifatnya. Karya-karya yang diterjemahkan mula dibedah, dikritik, dibahas dan dianalisis sehingga melahirkan pelbagai ilmu baru, menyumbang lagi kepada tamadun manusia.
Selebihnya ialah kelahiran pelbagai tokoh muslim yang masih kita idolakan sehingga hari ini. Pengajaran yang boleh kita ambil daripada pembentangan fakta-fakta sejarah di atas...
...ialah ciri-ciri kebangkitan sebuah tamadun berlaku bukanlah apabila memaksa setiap anak bangsa itu mempelajari sebuah ilmu dalam bahasa asing.
Setiap kebangkitan yang dipamerkan, seperti mana Parsi dan umat Islam berlaku apabila proses penterjemahan ke dalam ibunda sebuah bangsa berlaku.

Sesungguhnya terdapat perbezaan besar antara belajar sebuah ilmu dalam bahasa asing dan juga belajar dalam ibunda sendiri.
Apa yang harus dilakukan oleh kerajaan ialah wujudkan dasar penterjemahan sebesar, seaktif dan tersusun seperti yang digerakkan oleh Al-Ma’mun dan Harun Ar-Rashid. InsyaALLAH, kejayaan akan mendampingi kita seperti mana nenek moyang kita.
RUJUKAN:

1. Rababah, Hussien Abdo. (2015). The Translation Movement in the Arab World: From the Pre-Islamic Era Until the end of Umayyad Dynasty (Before 610-750 A. D.) International Journal of Language and Linguistics Volume 3, Issue 3, May 2015, Pages: 122-131
2. Gutas, D. (2012). Greek Thought, Arabic Culture. The Graeco-Arabic Translation Movement in Baghdad and Early 'Abbasaid Society (2nd-4th 5th-10th centuries). Routledge.
3. Jim Al-Khalili (2011). "5: The House of Wisdom". The House of Wisdom: How Arabic Science Saved Ancient Knowledge and Gave Us the Renaissance. Penguin Publishing Group.

4. O'Leary, De Lacy. (2002). How Greek Science Passed To The Arabs. Routledge.
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Keep Current with The Patriots

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!