My Authors
Read all threads
"Ratu-Ratu Pattani Yang Agung."

Dalam Tamadun Melayu, wanita dah diangkat menjadi pemimpin yang hebat. Salah seorang daripada nama tersebut adalah Ratu-Ratu Pelangi yang bawa Pattani ke zaman keemasannya.

Oleh: Helmi Effendy
Perempuan dalam tamadun Melayu dah lama menggoncang dunia sebagai pemimpin yang hebat. Perempuan dalam tamadun Melayu sudah lama diangkat martabatnya ke tahap yang sepatutnya.
Dan idola yang sepatutnya jadi contoh kepada kita semua ialah nama seperti Ratu Pelangi ini. Ratu Hijau, Biru, Kuning dan Unggu. Kalau mak saya ialah Ratu Hijau, dan ada orang mencelanya sebagai "mak kau hijau", saya tentu akan berbangga.
1.) Perlu diketahui selepas kemangkatan Sultan Bahadur Syah (1573 - 1584 Masihi) mangkat, maka para pembesar Pattani telah memilih adinda Sultan Bahadur Syah iaitu Ratu Hijau sebagai pemerintah Pattani memandangkan Sultan Bahadur Syah tidak mempunyai waris lelaki yang terdekat.
Terdapat sebuah legenda yang sangat terkenal tentang awal pemerintahan Ratu Hijau. Maka diceritakan bahawa ketika Ratu Hijau menaiki takhta, terdapat sebuah pemberontakan yang dipimpin oleh seorang pembesar ketika itu.
Pembesar tersebut yang juga merupakan seorang bendahara memimpin 5000 orang pengikutnya dengan 40 orang yang dilabelkan sebagai kebal.
Sejarah menceritakan bahawa mereka merempuh masuk ke dalam sebuah istana Ratu Hijau bersemayam. Tapi anehnya, ketika mereka merempuh masuk ke dalam istana tersebut, dicatatkan bahawa Ratu Hijau sekadar bersemayam di atas takhtanya menanti si bendahara masuk untuk membunuhnya.
Entah apa yang merasuk bendahara itu, melihat karisma si raja baru itu, maka masing-masing tunduk sembah kepada Ratu Hijau. Maka selepas berjaya menyelesaikan konflik dalaman Pattani, maka Ratu Hijau pun memulakan pemerintahannya mencari siapakah pembunuh adindanya.
Apa yang penting yang perlu diketahui dalam pemerintahan Ratu Hijau, dia tidak kekok menerima penasihat dari luar mahupun dalam. Dikatakan bahawa penasihat kepada Ratu Hijau ialah seorang pengembara Inggeris bernama John Smith.
Dan sepanjang pemerintahan Ratu Hijau, selain daripada Inggeris, Ratu Hijau juga menjalankan kerjasama dengan Belanda, Jepun, Pahang, dan banyak lagi kuasa dunia ketika itu.
Antara rekod diplomasi Ratu Hijau dengan kuasa luar adalah seperti menjalan hubungan antara Pattani dengan shogun Tokugawa Iyeyasu di Jepun dan juga meminta bantuan Belanda untuk membangunkan pelabuhan Pattani sehinggakan pelabuhan Pattani masyur di serata dunia.
IKLAN: Kalau anda nak membaca kisah tokoh-tokoh agung Melayu dari kalangan LELAKI DAN PEREMPUAN, kami nak mencadangkan agar pembelian buku dibawah. Anda akan terpukau membaca kisah hebat laki-laki dan perempuan Melayu dalam sejarah.

Pautan pembelian: thepatriots.store/store/books/to…
Dan ketika pemerintahan Ratu Hijau, Pattani jadi kuasa tentera yang sangat disegani di rantau Nusantara. Diceritakan bahawa Pattani berjaya mematahkan serangan daripada orang Ayutthaya yang ketika itu diperintah oleh seorang raja bernama Narasuan.
Ketika terjadi konflik antara Pahang dan Pattan, suami adik Ratu Hijau telah melarang adiknya melawat Ratu Hijau yang ketika itu sedang menginjak usia tua. Maka dihantarnya bala askar menggempur Pahang sehingga akhirnya Pahang kalah teruk di tangan Pattani.
Dan berkat pembangunan military Pattani ni akan membuahkan hasil ketika pemerintahan Ratu Unggu yang akan diceritakan dalam thread ini kelak nanti. Kelak nanti kisah tersebut layaknya diangkat sebagai antara pencapaian tertinggi ketenteraan tamadun Melayu.
Selain pembangunan pelabuhan dan ketenteraan, infrastruktur Pattani turut diberikan tumpuan. Antara projek besar untuk membangunkan ekonomi Pattani ketika itu ialah dibinanya sebuah terusan yang dinamakan Terusan Tambangan, yang dari Sungai Kerisik ke Kuala Tambangan.
Projek besar ini memberi manfaat apabila Sungai Kerisik yang menjadi masin kerana mengalir ke arah bandar dan tidak sampai ke pendalaman. Terusan itu membantu sawah yang sebelum ini hidup segan mati tak mahu menjadi subur semula.
Van Neck, salah seorang daripada penasihat Belanda pernah menulis bahawa pemerintahan Ratu Hijau lebih baik daripada pemerintahan raja-raja yang yang pernah naik sebelum baginda. Pattani tidak pernah berada dalam keadaan terbaik seperti mana dalam pemerintahan baginda.
Fakta menarik: Tarian Makyung yang terkenal dalam budaya masyarakat Melayu itu, pencetusnya ialah Ratu Hijau!
Pemerintahan Ratu Hijau disambung kepada Ratu Biru yang memerintah sekitar 1616 Masihi – 1624 Masihi. Sepanjang pemerintahan Ratu Biru yang tidak lama itu, baginda banyak memainkan peranan sebagai pengurus dan penyambung legasi Ratu Hijau.
Selepas kemangkatan beliau, maka tampuk pemerintahan diambil oleh Ratu Unggu yang memerintah sekitar 1624 Masihi – 1635 Mashi.
Baginda ialah insan yang mengubah imej Pattani yang ketika itu banyak politiknya berhaluankan kerajaan Siam. Di bawah pemerintahannya, baginda telah merapatkan kembali hubungan-hubungan antara Pattani dan kerajaan-kerajaan Melayu di Selatan.
Baginda telah memutuskan pertunangan antara anak baginda dengan putera Siam Pattalong. Baginda telah mengahwinkan anak perempuannya denan Sultan Abdul Jalil Syah III (1623 - 1677 Masihi) daripada Johor.
Dalam banyak-banyak peristiwa besar sepanjang pemerintahan baginda, bagi saya kita umat Melayu harus kenang bagaimana Ratu Ungu harus digelar sebagai raja perempuan berhati besi. Kisah bagaimana betapa tabah dan cekalnya prinsip Ratu Ungu dalam mempertahankan kedaulatan Pattani.
Di Siam, seorang pemberontak bernama Sri Suriyawong menabalkan dirinya sebagai raja dengan gelaran Raja Prasat Thong (1630 - 1656). Raja baru itu meminta kembali pemberian bunga emas sebagai tanda Pattani tunduk kepada Siam.
Ratu Unggu dengan beraninya menolak perlawaan itu. Seperti mana yang kita tahu, raja-raja Melayu mengantar bunga emas itu sebagai hadiah diplomasi sahaja,tetapi raja Siam selalu memandangnya sebagai tanda bahawa negeri-negeri Melayu di utara tunduk di bawah kekuasaan Siam.
Raja Ungu tidak mahu mengiktiraf pemerintahan Raja Prasat Thong sebagai raja Ayutthaya yang sah kerana mengutuk perbuatan kejam menggulingkan dan membunuh secara kejam raja sebelumnya, Athittayawong yang hanya memerintah selama 36 hari sahaja di Ayutthaya.
Berang dengan ketidaksudian Ratu Ungu untuk tunduk pada kekuasaan Siam, maka Raja Pattalong membina bala askar yang paling besar pernah dilihat dalam sejarah Siam, dan semuanya semata-mata untuk menundukkan ego Pattani dan Ratu Ungu.
Ketika itu juga, Siam meminta bantuan daripada Belanda dan seperti mana yang kita sering belajar, jangan percaya kepada orang asing kerana mereka seperti lalang, berpihak pada mana-mana pihak yang mereka rasa lebih kuat.
Dalam masa yang sama juga, Ratu Ungu ketika itu membuat pakatan dengan kerajaan-kerajaan Melayu yang lain dan juga Portugis di Melaka. Maka dicatatkan ketika 60 000 bala askar dari Ayyuthaya mula menggempur Pattani.
Pattani ketika itu dibantu pula oleh kapal-kapal dan perahu perang daripada Johor, Pahang dan juga Portugis yang ketika itu diketuai oleh Jeneral Antonio Vaz Pinto.
Yang paling mengagumkan tentang kota Pattani ketika itu adalah diceritakan bahawa kubu pertahan Pattani dibina sepuluh lapis dan di mana pada setiap satunya diletakkan sebuah Meriam dan antaranya ialah Meriam Seri Patani, Meriam Seri Negara dan juga Meriam Mahalela.
Angkatan paling besar Siam dalam sejarahnya iaitu bala 60 000 orang askar itu tumpas pada pakatan Pattani-Johor-Portugis. Dan ianya memberi tamparan yang sangat pada Ayyuthaya ketika itu.
Semua panglima perang yang kalah perang itu ada dihukum mati, ada juga dipenjara dan dihukum tunduk di hadapan rakyat Ayyuthaya.
Dan paling mengecewakan buat Siam, Belanda yang menjanjikan bantuan pada Ayyuthaya untuk menyerang Pattani pula tak nampak batang hidung mereka dalam peperangan. Pada tahun 1936, 2 tahun selepas serangan 60 000 bala askar Ayyuthaya ke atas Pattani....
...dicatatkan lagi bahawa Raja Ayutthaya merancang membina 100 buah kapal perang untuk menggempur Pattani. Belanda sekali lagi ditagih untuk membedal Pattani namun seperti biasa, Belanda berdolak dalik sebelum menyatakan sokongan kerana rancangan Siam itu.
Namun campur tangan Kedah yang cuba jadi orang tengah antara konflik yang berlaku itu berserta ramalan sami-sami Buddha yang mengatakan bahawa kekuatan yang dimiliki oleh pakatan kerajaan-kerajaan Melayu...
berserta Portugis tidak akan mampu dikalahkan mereka, berserta pujukan dari Belanda kepada Ratu Ungu, barulah persahabatan antara dua kerajaan ini kembali terjalin.
Ketika pemerintahan baginda, Pattani sangatlah disegani lawan dan kawan. Baginda Ratu Ungu digelar sebagai seorang srikandi Melayu yang menjadi benteng dan maruah orang Melayu melawan Siam.
Waris kepada Ratu Unggu iaitu Ratu Kuning (1635-1699 Masihi) tidak kurang hebatnya. Kalau ibunya adalah seorang berhati besi dan lantang menentang musuh, maka Ratu Kuning mempunyai peribadi yang berbeza.
Ratu Kuning adalah orang yang sangat amanah. Dia tidak mahu mengambil satu sen wang kerajaan untuk peribadinya sebaliknya baginda membina sebuah taman dan dari penjualan bunga di tamannya, maka baginda menggunakan wang itu untuk menyara hidup baginda.
Dalam masa yang sama juga, baginda juga menubuhkan Syarikat Perkapalan Diraja Patani bagi meningkatkan ekonomi Pattani yang ketika itu mengambil alih status sebagai pelabuhan paling maju di Asia Tenggara.
Kekayaan yang dimiliki oleh Ratu Kuning kerana kebijaksanaan baginda berniaga dikatakan sangatlah tidak terkira. Dalam Hikayat Pattani, ada diceritakan tentang bagaimana Ratu Kuning mengarahkan semua hartanya dikumpulkan...
...., dan dicatatkan bahawa masa untuk mengumpulkan setiap hartanya mengambil masa selama tiga hari, menandakan betapa ketika kekayaan Ratu Kuning adalah tidak ternilai hebatnya!
Pattani dikatakan menjadi sebuah pusat kebudayaan Melayu bahkan tarian Makyung yang dipersembahkan ketika zaman pemerintahan Ratu Hijau dikembangkan. Bahkan Tarian Asyik yang ditarikan oleh gadis-gadis cantik di dalam istana turut dimainkan di istananya.
Pusat kebudayaan, pusat ekonomi dan kekayaan Pattani yang melimpah ruah itu akhirnya tamat pada penghujung usia Ratu Kuning apabila menjadi mangsa fitnah Dang Sirat. Peristiwa kejatuhan Pattani, kisah Dang Sirat, dan hujung usia Ratu Kuning akan diulas dalam thread yang akan dtg.
Kena buat thread special sebab kita akan baca kisah ilmu hitam, kisah permainan politik yang melicikkan dan juga betapa akhirnya selepas pemerintahan 4 orang ni, Pattani tak mampu mengulangi lagi kehebatan silam.
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Keep Current with The Patriots

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!