My Authors
Read all threads
"Budaya Melayu Menjadikan Wanita Objek Seks?"

Tidak sebenarnya. Kalau kita tengok sejarah dan sosiobudaya Melayu, betapa sebenarnya wanita diangkat dengan perumpamaan2 berkenaan alam yang sangat2 indah, menunjukkan budaya Melayu sangat menghargai wanita.

Oleh: @AshrafMhd
Sebenarnya, penghargaan budaya Melayu terhadap personaliti dan watak wanita kami banyak digambarkan dalam laras bahasa yang mengagumkan. Paras rupa dan kecantikan wanita Melayu diumpamakan dalam nada bahasa yang begitu halus dan berseni sekali penzahirannya.
Alam semulajadi banyak menjadi rujukan orang Melayu terdahulu apabila mahu memberi gambaran indah tentang wanita. Ia menjadi rujukan kerana Alam Melayu sendiri dipenuhi dengan keindahan alam semulajadi yang memukau dan menakjubkan.
Jika difahamkan secara literal, ia mungkin dilihat sebagai objektifikasi wanita, namun sebenarnya ia merupakan satu penghormatan kepada kaum hawa, pujian halus dan tersembunyi namun menonjol.
Kita biasa sahaja mendengar misalnya "Pipi bak pauh dilayang", atau "Rambut ikal mayang mengurai" misalnya, namun ada banyak lagi yang analogi seumpamanya digunakan budaya Melayu seperti berikut;
1. "Dahi sehari bulan"

Seperti gambaran bulan yang baru berusia sehari bila masuknya bulan baharu, menggambarkan dahi yang luas dan licin berseri.
2. "Kening awan ditulis"

Perhatikan awan yang berkepul bila dilalui deruan angin, bagai pena yang menulis awan, ada garisan awan yang nipis halus namun menonjol keluar. Itulah gambaran bulu kening yang terbentuk dan terletak cantik, hitam dan tajam di hujung mata.
3. "Hidung kuntum melur belum kembang"

Bunga melur adalah antara bunga yang popular menjadi tumbuhan hiasa dan wangian di laman2 rumah Melayu. Kuntum bunga melur yang belum kembang terbentuk cantik terletak atas sepalnya.
4. "Mata bintang timur"

Bintang Timur sebenarnya bukan bintang, ia adalah planet Zuhrah. Planet ini pada langit terang waktu pagi akan menyala cerah di langit, menggambarkan mata wanita yang galak dan bersinar indah.
5. "Telinga telepok layu"

Telepok adalah satu lagi bunga yang sering dijadikan perlambangan di dalam sosiobudaya Melayu. Telepok atau telipok (kerana ejaan asalnya dalam ejaan Jawi lama 'تليڤوك')...
...adalah bunga yang tumbuh dengan sulur di dalam air. Apabila layu, ia akan menguncup tunduk cantik dari tangkai menggambarkan telinga wanita yang tirus berjurai menambahkan seri muka.
6. "Dagu lebah bergantung"

Mengapa lebah bergantung? Lebah yang bergantung dari sarangnya akan memperlihatkan punggungnya yang tajam terbentuk. Ia juga sama dengan salah satu ciri kejuruteraan rumah Melayu yang dilengkapi dengan...
...'lebah bergantung' bertujuan untuk mencucuri air agar lebih tetap pada satu tempat sahaja. Ia melambangkan dagu yang tirus, sekaligus membentuk muka yang bujur sirih.
7. "Jari tombak serai"

Serai jika dikupas dari rumpun dan dijadikan setangkai-setangkai menyerupai bentuk tombak. Ia menggambarkan jari yang halus, tirus dan mulus, sesuai dengan bentuk idaman jari para wanita.
8. "Lampai bagai pimping di lereng"

Ciri kelampaian wanita Melayu digambarkan pada sejenis (tinggi dan kecil) tumbuhan berbatang rongga bernama pimping, yang dilihat lebih gah pula tingginya apabila ia tumbuh di lereng (bukit, gunung, tanah tinggi, rabung).
9. "Lemah bagai lenggundi muda."

Imej wanita Melayu diperindahkan dengan menggunakan rupa bentuk daun lenggundi, juga sejenis tumbuhan yang tumbuh panjang dan melebar di tengah.
Lenggundi muda pula adalah sesuai pula dengan sifat dan sikap lemah (gemalai) juga keindahan bunganya, menggambarkan sifat feminin wanita Melayu.
Ini hanya sebahagian kecil contoh perumpamaan Melayu. Jelas ianya begitu teliti dan berkias, menyamakan paras rupa wanita dengan ciri-ciri alami dan semulajadi.
Sememangnya, simbiosis antara Melayu dengan alam sini mengilhamkan perkaitan sifat kewanitaan perempuan Melayu, bukan sahaja di dalam pekerjaan atau aktiviti fizikal harian Melayu, malah dalam pertuturan, wujud sebati di dalam bunga2 pertuturan harian Bahasa Melayu.
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Keep Current with The Patriots

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!