"Tolong! Tolong saya!"
Hal ini menyebabkan setiap kali dia melihat cermin dia akan berteriak meminta tolong kerana katanya ada nenek kebayan yang merenungnya.
Sejak daripada itu, telah berkurang kekerapan Puan Rokiah terpekik melihat imejnya sendiri di dalam pantulan cermin.
"Puan Rokiah, kenapa ni?" sapa jururawat.
Puan Rokiah mengangkat mukanya.
"Dia ajak keluar tingkap," katanya.
"Siapa ajak keluar tiingkap?" soal misi.
"Nenek tu!"
Seriau jururawat tu dengar jawapan Puan Rokiah.
"Habis tingkap, mana?"
"Tingkap dalam bilik air!"
"Dalam bilik air?"
Dalam bilik air mana ada tingkap. Si jururawat pun pergi memeriksa bilik air tu untuk kepastian.
Tiba-tiba kain yang menutupi cermin itu bergerak dan terselak, dalam cermin tu kelihatan wajah Puan Rokiah dengan senyuman yang lebar.
Lintang pukang jururawat tu keluar dari tandas, dan lari ke kaunter jururawat. Terketar-ketar dia cerita apa yang berlaku pada rakan sekerjanya.
"Tak apa, biar saya periksa dia(Puan Rokiah) lah," kata aku sambil bangkit dari kerusi di kaunter jururawat tu. Lalu aku melangkah ke arah bilik Puan Rokiah.
Ketika aku nak tutup semula pintu bilik, aku jengah tandas. Pintu bilik air itu terbuka, namun lampunya tidak menyala. Aku tak nampak sesiapa di dalam tandas tapi aku dengar suara dari dalamnya.
Terus aku tutup pintu bilik Puan Rokiah, dan patah balik ke kaunter jururawat. Gila seram suara dia. Memang suara Puan Rokiah, tapi nada dia macam suara orang yang licik sedang nak mempermainkan mangsa dia. Meremang bulu roma aku.
TAMAT!
RM40 dapat 3 e-book! Beli di whitecoat.com.my/product/ghostp…