Kes serangga masuk dalam telinga ni kes yang lazim berlaku. Kalau ia berlaku pada kau orang, tahu tak apa nak buat?
Nak tahu? Baca thread ni! #MedTweetMY
✅Berdengung
✅Bunyi keritik
✅Pergerakan
✅Sakit
✅Kurang dengar
✅Keluar air/nanah
✅Berdarah
1. BERTENANG
memanglah ngeri dan geli geleman, tapi cuba untuk tenang. Petgerakan yang terlalu banyak mungkin akan menyebabkan serangga masuk lebih dalam.
halakan telinga yang dimasuki serangga, ke bawah dan goyangkan sedikit kepala. Jika serangga itu tidak berada terlalu dalam, mungkin ia akan keluar atau terjatuh keluar.
Putik kapas atau pencungkil boleh menyebabkan serangga masuk lebih dalam, terutamanya jika serangga itu masih hidup. Ada risiko serangga itu gigit gegendang telinga.
Melainkan serangga tu dah mati, elakkan guna pengepit(twizzers) untuk menariknya keluar. Kaki serangga tajam, jika ia meronta, ia boleh mencederakan salur dan gegendang telinga.
Jika graviti tak membantu, cuba titiskan minyak zaitun atau baby oil ke dalam telinga yang dimasuki serangga . Minyak akan melemaskan serangga itu, dan ia akan keluar atau mati.
Jika serangga dah mati, selain keluarkan guna pengepit, boleh cuci dengan semburan air sehingga keluar. Gunakan picagari, tapi tak usah sembur kuat sangat. Rosak gegendang.
Jika semua langkah di atas gagal, maka pergilah berjumpa doktor. Jika berjaya keluarkan, tetapi selepas itu telinga keluar nanah, masih sakit kuat dan telinga kurang dengar, maka jumpa doktor juga.
✅Selepas keluarkan serangga dari dalam telinga, pastikan seluruh serangga tu dikeluarkan. Jangan tertinggal sisa.
✅Selepas prosedur keluarkan serangga, kemungkinan anda akan alami pening. Jadi, jangan terus berdiri. Rehat sebentar.
Kesihatan kita, tanggungjawab kita!