My Authors
Read all threads
"Bangsar Bubble, Realiti Twitterjaya Perlu Tahu."

Korang tahu tak di media sosial lain, masyarakat Twitter selalu dikaitkan dengan perkara2 seperti woke, liberal dan tentunya Bangsar Bubble, merujuk kelompok Malay Urban yang tak faham pandangan masyarakat Melayu seluruhannya.
Bangsar Bubble ni adalah satu terma merujuk kepada golongan yang hidup senang dan berpendidikan berbanding majoriti rakyat Malaysia. Mereka tinggal di koridor Bandaraya Kuala Lumpur. (Jangan ambil secara literal, boleh jadi golongan ini tinggal di bandar besar yang lain).
Jadi, bila ada isu berkaitan hak asasi manusia, kebebasan kehakiman, kebebasan media, statut-statut antarabangsa, reformasi syarikat berkaitan kerajaan, dan lain-lain, merekalah yang orang pertama bangun lantang membantah, menyokong dan berdemo.
Nak tahu siapa yang jadi aktivis LGBT? Nak tahu siapa yang terlebih berkempen untuk BLM sampai menyerang budaya dan tradisi Melayu? Nak tahu siapa yang menentang hak 153 orang Melayu seperi UiTM, MARA etc? Nak tahu siapa yang mengatakan Melayu pendatang. Inilah golongannya.
Golongan elit bandar ini adalah penentu populariti bakal pemerintah di kawasan urban. Dan hanya ahli politik yang tunduk dan berpemikiran seperti meraka sahajalah yang layak menang di kawasan mereka.
Masalah pada golongan elit bandar dan anak-anak mereka yang bersepah di Twitter ini, mereka tidak memahami naluri majoriti Melayu yang lain, dan berpendapat bahawa mereka membawa suara majoriti Melayu.
Mereka juga menganggap kebolehan berbahasa Inggeris sebagai ukuran kepandaian. Bercakap Melayu ni macam allergic sangat, dan nampak low class. Sebab tu golongan yang perjuangkan semua ni kau akan nampak 24 jam speaking nak nampak "intelektual."
Sampai level ada seorang influencer ni buat #challenge cakap Bahasa Melayu penuh sepanjang hari dia. Seorang Melayu membuat cabaran bercakap Bahasa Melayu selama 24 jam tanpa perkataan English walaupun SELURUH HIDUPNYA TINGGAL DI MALAYSIA. Ya, itulah Bangsar Bubble.
Dan dek kerana mereka ini lantang menyerang segala perkara berkaitan dengan Melayu, dan kebetulan dalam waktu yang sama, mereka sedang menolak kelompok Melayu majoriti menjadi jauh ke kanan dan ke kanan. Dan kebetulan kebanyakan mereka sokong PH, maka tempiasnya kena ke PH.
Di media sosial yang kebanyakan tak dikuasai oleh urban Malay ini, contohnya macam FB, maka PH dikecam oleh majoriti Melayu yang konservatif sebagai membawa ancaman kepada identiti Melayu-Islam di Malaysia.
Korang tahu tak kalau di Twitter, sokongan kepada PH masih tinggi, tapi kalau ke FB, IG dan seumpama dengannya, populariti PH semakin jatuh kerana isu-isu berkaitan dengan Melayu. Tengok Poll dibawah ini yang dibuat oleh sebuah organisasi.
Nampak kan perbezaan besar? Netizen FB yang terdiri daripada Melayu urban yang jijik dengan kelompok BB, Melayu kampung dan pinggiran bandar, sedang menunjukkan respon mereka menolak pemikiran Bangsar Bubble yang tampak menguasai PH buat masa ini. Atau itu yang mereka nampak...
Cuba bawa isu macam consent, LGBTQ, tuduh Melayu pendatang, nak hapuskan UiTM semua bagai, anda akan dikecam oleh mob attack yang anda sendiri tak tahu datang dari mana. Bahkan isu perbincangan di Twitter ni diejak oleh pelbagai meme oleh netizen FB.
Betapa orang Melayu sangat bencikan golongan Bangsar Bubble ni, korang tahu tak yang Najib Razak yang sebelum PRU dulu sama level dibenci di FB macam dia terima kat Twitter, diangkat menjadi hero kat sana? Satu post Najib boleh mencecah sehingga lebih 100K Likes dengan pujian2.
Warga Twitter yang terperangkap dalam bubble tersendiri mesti pelik kenapa Najib yang terpalit dengan isu korupsi tiba-tiba dipuja sedemikian rupa? Sama juga macam Trump di US. Korupsi, rasisme, menyelubungi batang tubuh Trump.
Tapi sebab Demokrat diselubungi SJW, Libertard, maka masyarakat US menunjukkan penentangan mereka ke atas ideologi yang dianut oleh golongan BB ini dengan memberi undi mereka ke atas Trump.
Di Malaysia, terutama ketika PH menjadi kerajaan, masyarakat Melayu-Islam yang Konservatif melihat Bangsar Bubble dan suara2 Liberal menguasai PH. Kemuncak kepada rasa jijik mereka ialah Perhimpunan Anti ICERD. Laporan mengatakan lebih 200K manusia berhimpun di KL ketika itu.
Mesti ada masyarakat Twitter yang berasa pelik, mereka tak pernah nampak pun suara Konservatif sebesar ini, tetapi kenapa boleh seramai ini yang turun membantah ICERD? Slogan yang dibawa oleh Melayu majoriti ketika perhimpunan ini semuanya membantah perjuangan BB di Twitter.
Dekat mana suara anti Monarki kuat berdendang? Twitter. Dekat mana suara perjuangan melawan 153, UiTM, kuat dilaungkan? Twitter. Dekat mana perjuangan angkat LGBT paling harum mewangi? Twitter.
Jadi, ini membuatkan orang Melayu semakin marah, lantas kemarahan mereka diterjemahkan dalam perhimpunan ICERD, menjadikan perhimpunan terbesar pernah menghimpunkan Melayu-Islam dalam sejarah Malaysia.
Bahkan kejatuhan kerajaan PH tempoh hari, disambut dengan gembira di FB atas alasan jatuhnya sebuah kerajaan Liberal, anti-Melayu-Islam, anti raja2 Melayu dan perlembagaan. Tidak seperti di Twitter, populariti Tan Sri Muhyidin memuncak dikalangan Konservatif.
Masyarakat Melayu-Islam majoritinya Konservatif dah tak peduli pada kerajaan pintu belakang, tak peduli pada korupsinya UMNO-BN, atau PAS menjual agama, tapi dek kerana golongan Bangsar Bubble yang terlalu lantang menentang identiti Melayu, agama Islam, raja2 Melayu...
....maka mereka melihatnya sebagai ancaman yang lebih besar berbanding isu korupsi, 1MDB dan sebagainya, maka selagi PH tak bersihkan identiti mereka dengan golongan BB yang beraja di Twitter, amat sukar untuk PH mendapatkan kepercayaan Melayu-Islam ini.
Akibatnya, seperti di US apabila rakyat US memilih Trump, Melayu-Islam berpaling kepada BN, PN, Najib, UMNO, Haji Hadi, sebagai bentuk perlawanan mereka ke atas ideologi golongan2 SJW, Liberal, Kiri yang beraja di Twitter.
Bila difikirkan semula, tak hairan kenapa PN begitu bersungguh2 mahu PRU dalam waktu terdekat kerana mereka yakin boleh menang kerana suara majoriti Melayu-Islam dibelakang mereka, dek kebencian majoriti kepada SJW dan Bangsar Bubble.
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Keep Current with The Patriots

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!