My Authors
Read all threads
"Conservative Bubble: Realiti Untuk Konservatif."

Semalam kita bercakap tentang Bangsar Bubble, hari ni golongan Konservatif pulak, ideologi yg kami claim kami peluk. Atau boleh jugak nak panggil golongan ni sbg Right Wing Bubble sebab bukan Konservatif jer kami nak ulas.
Yang baru kenal kami, ideologi yang kami peluk ialah Konservatif Melayu. Kami mempertahankan identiti Melayu dan Malaysia sebagai Raja, Bahasa, Bangsa (identiti Melayu) dan sehingga ke Agama (TP bukan eksklusif kepada Melayu-Islam saja, ada juga non-Muslim dalam tu).
Perkara2 ini sebenarnya greater than any political party. Ia merupakan asas kenegaraan kita. Konsensus yang dicapai oleh nenek moyang kita dalam membentuk negara ini. Tapi lama2, asas kenegaraan ini dilupai oleh generasi muda malah cuba dipadamkan untuk suit mereka punya selera.
Dan perjuangan kami mempertahankan semua itu. Tapi ingattt, golongan ni pun ada bubble dia tersendiri. Jadi, kita nak mula daripada mana ye? Ohh mungkin mengenai perangai diaorang ni? Kaki teori konspirasi tegar. Romantism sejarah berlebihan. Dan banyak lagi...
Berbeza di Twitter, lawan kami di FB sebenarnya adalah likers-likers yang peluk ideologi centre-right sehinggalah kepada Far Right. Kalau puak Konservatif ini, mereka dah dilambung dek romantism sejarah melampau, manakala Far-Right di FB tak bersetuju dengan approach kami.
Contohnya page paraody dibawah ini dibuat oleh-oleh geng kanan Jauh yang tak bersetuju dengan gaya kami mempertahankan agama, bangsa dan negara. Bagi mereka, kami TP ini terlalu lemah, tak boleh diharap mempertahankan apa yang kami cakap kami pertahankan.
Ya, mereka dalam Bangsar Bubble jangan terkejut tau. Korang dok label kami sebagai neo-nazi, fasis dan sebagainya. Tapi hakikatnya ideologi ni hampir tak wujud di Twitter. Tapi ideologi ni wujud di FB sana, yang kami label sebagai sarang Konservatif.
Mereka ialah hasil produk kamu yang melawan 153, Raja-Raja Melayu, Agama Islam, dan banyak unsur-unsur pasak identiti negara Malaysia. Dan mereka pulak hasil produk kami yang masih berkeras mahu mempertahankan toleransi, cara baik, dalam culture war yang berlaku ini.
Kami masih gigih melawan puak-puak Kanan Jauh ni di FB. Sebab tu korang akan perasan artikel-artikel kami mengenai Nazi dan keburukan mereka banyak dinaikkan. Contohnya macam dalam foto2 ini. Kau rasa kenapa kami banyak naikkan pasal Nazi? Sebagai bentuk perlawanan kepada mereka.
Dan sejak isu Rohingya baru-baru ini, semangat anti-Rohingya dengan xenophobic melampau tiba-tiba menjangkiti sebahagian daripada golongan Melayu-Islam yang kau tak pernah nampak pun semangat macam ni. Sampai kami terpaksa buat artikel kat bawah ni membetulkan tanggapan.
Kemuncaknya, kau akan nampak post-post sebegini di FB. Kenapa sampai level macam ni? Jawapan aku senang, sebab Bubble Konservatif ni terlalu banyak bermain dengan sentiment dan emosi.
Kalau ada puak-puak yang power bermain dengan sentiment, power tiup emosi deme, senang jer nak perangkap puak-puak ini. Dan kebanyakan kaki teori konspirasi tegar, sama ada dalam Malaysia atau Barat juga datang daripada Kanan, sebab mereka mudah terpengaruh.
Masa dipengaruhi oleh emosi ni, mana nak sedar dah pasal falasi generalisasi, stereotype ke atas golongan lain. Saudara seagama yang sama syahadah pun tiba-tiba jadi mangsa. Perangai seorang yang buat tahi, habis semua kena tibai jahat.
Mungkin jugak sebab ideologi Konservatif sendiri mempertahankan nilai seperti identiti, budaya, agama yang agak abstrak, lebih kepada nilai sentimen dan emosi, akhirnya bila ia berlebihan, jadilah macam dalam foto kat atas tu.
Sejujurnya, di FB, yang percaya karutan, dogengan Illuminati dan Freemason, paranoid yang berlebih-lebihan terhadap Yahudi dan seumpama dengannya, datang daripada golongan yang selalu dilabel sebagai Melayu-Islam. Korang rasa kenapa kami terbit buku bawah ni?
Sebab tu antara cara yang puak UMNO-BN nak curi hari rakyat semula masa pasca PRU-14 mewujudkan teori konspirasi di sana sini. Contohnya macam CIA nak jatuhkan Najib Razak etc.
Dan golongan ini juga dilamun romantisme sejarah yang berlebihan. Ya, nak menaikkan semangat kebangsaan memang perlukan nilai dari sejarah. Tapi bila romantisme berlebihan ni, dia tak mampu menerima realiti. Contohnya sejarah gelap Uthmaniyah.
Akibat kami menaikkan mengenai sejarah buruk dan gelap Uthmaniyah, maka seperti mana golongan dalam Bangsar Bubble semalam, habis kami kena kecam sebab mereka mahu kekal dalam romantisme sejarah berlebih-lebihan.
Artikel membetulkan khabar angin seperti mayat Ataturk tak diterima bumi, memberitahu mereka kenapa Ataturk adalah wira di Turki, dan artikel-artikel yang menarik mereka ke dalam realiti selalunya akan dihujani dengan pelbagai cemuhan.
Dan lebih menyayat hati, definisi Konservatif di Malaysia sangat-sangatlah kabur. Di US, kita tahu ada pelbagai label Konservatif. Neo-Conservaties, Liberal Conservatives, ada Big Government Conservatives. Tapi kat Malaysia ni sangat kaburrrrrrrrrrr.
Golongan Konservatif ni dapat dilihat pendirian mereka pada budaya dan sosial mereka, tapi bab pendirian ekonomi mereka, kami rasa langsung tak terfikir dek Melayu-Islam ini. Apakah mereka seperti di US, Konservatif support nilai seperti free market?
Atau kat UK, ada One-Nation Conservative yang dimana mereka konservatif dari sudut sosial, tapi dalam bab ekonomi, mereka lebih kepada campur tangan kerajaan dan jugak agak pro kepada dasar yang agak sosialis.
Di Jepun pulak, terdapat dua faction dalam Konservatif mereka. LDP Jepun conservative misalnya, dalam tu ada Heisei faction yang Keynesian, Seiwa faction yang neoliberal. Tapi geng-geng dalam UMNO, PAS, PPBM tak jelas sangat dasar ekonomi deme.
Yang kita tahu, Tun Razak ada latar parti Buruh masa study UK dulu, Najib Razak seorang Keynesian, manakala dasar-dasar Tun Mahathir masa dalam UMNO dulu ada iras dasar neoliberal yang dibawa oleh Reagan, Thatcher. Jadi, jenis yang conservative mana mereka ni?
Sekurang-kurangnya PSM dari Kiri cakna pada pegangan ekonomi deme. Puak-puak Liberal di Malaysia pun faham definisi ideologi yang mereka perjuangkan, tapi tak Konservatif di Malaysia.
PAS pulak, apakah stand mereka sekarang? Orang letakkan PAS sebagai Conservative. Tapi mereka ada rekod mencabar perlembagaan, dan apakah pendirian mereka ke atas perlembagaan. Kalau cabar perlembagaan, dah kira sebagai kira revisionist.
Dan apakah kalau tak menyokong PN, UMNO dan BN di Malaysia ni, masih boleh dikira sebagai Konservatif? Sebabnya ada admin-admin kami yang tak sokong parti kat atas, tapi masih bawak aspirasi Konservatif.
Benda-benda macam ni geng-geng Konservatif kat Malaysia perlu duduk semeja, dan bincangkan antara korang. Perlu ada satu elemen penyatuan, definisi yang jelas, dan cara untuk betulkan perangai dalam bubble kita pulak.
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Keep Current with The Patriots

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!