My Authors
Read all threads
Anda nak tukar kerjaya kepada bidang teknologi atau developer, tapi anda takde degree dalam Computer Science dan/atau IT.

Possible? Mestilah. Tapi anda kena buat extra homework sikit untuk buktikan diri anda dan 'tailor' resumé/cv anda secara spesifik untuk bidang ini.

Caranya:
1. Belajar programming language.

Anda perlu jelas apa language yang anda dah belajar/kuasai. Lebih bagus kalau belajar language yang paling dekat dengan kerjaya impian anda.

Contoh: mobile app developer – Java/Kotlin (Android), Swift (iOS), React Native, Flutter, etc.
2. Bina portfolio.

Kalau sekadar belajar tapi tiada portfolio, belum tak cukup kuat. Untuk ini, anda boleh bina projek hobi atau buat freelance. Bina satu laman web peribadi untuk showcase portfolio anda.

Pastikan projek-projek anda tu hidup & bakal majikan boleh tengok.
Selain buat laman web sendiri, GitHub juga boleh jadi tempat anda showcase kerja-kerja anda, seperti projek-projek open source yang pernah anda buat/contribute.

Kalau boleh, jangan biarkan profile GitHub anda sunyi sepi (default profile picture, contribution graph kosong).
Yelah, walaupun graph tu bukannya 100% indikator kau pandai buat kerja (ada orang sorok contribution untuk private repository).

Tapi kalau GitHub profile anda agak aktif, naik lah sikit reputasi tu haha berbanding orang yang register saja tapi tak ada apa-apa aktiviti.
Bagus juga kalau ada repository anda sendiri yang terbuka kepada awam. Jadi mereka boleh tengok sample codes yang korang pernah tulis. It's a good indicator for you.
Dan GitHub hanyalah salah satu contoh saja, ada lagi Git hosting yang lain seperti GitLab. Ikutlah mana kau suka, suit yourself. Aku prefer GitHub untuk diri sendiri.

Ini adalah platform profesional untuk para developer. Kalau taktahu benda ni, agak kekok lah di situ sebenarnya.
3. Menyumbang kepada projek open source.

Kalau kerap contribute atau mulakan projek open source sendiri, biasanya memang mudah la nak diserap masuk ke sesuatu syarikat tu.

Yelah, sebelum nak hire mestilah orang nak tengok kau capable ke tak orangnya.
Open source ni nampak ja macam buat kerja 'for free', tapi rezeki kan di mana-mana.

Ada orang dapat donation dari projek open source dia, ada orang dapat kerja tetap makan gaji best kat sebuah syarikat besar (terutama bila syarikat tersebut bergantung kepada projek kau).
Kalau anda dah berada pada tahap tu; pada masa tu syarikat yang cari anda, bukan anda yang cari mereka 😋

Secara logiknya, kalau mereka sendiri yang cari anda, lagilah tinggi peluang untuk dapat kerja tu berbanding anda yang cari mereka.
4. Networking

Antara cara lain untuk dapatkan kerja adalah networking. Cari kenalan dalam bidang ni seramai yang mungkin.

Kalau kenalan anda tu ada networking yang besar, kalau dia rekemen nama anda kat sesebuah syarikat, syarikat tu mesti highlight nama anda for sure.
Yang tinggal cuma bagi first impression yang baik terhadap mereka – kalau impression tak baik dia tak hire juga beb hahaha.

Contohnya kalau masa phone interview tak ready, baru bangun tido sebelum jawab call dan sebagainya. Hahaha barai betul 🤣

---
Nota: kekadang ada juga syarikat yang letak ijazah CSIT sebagai syarat utama untuk kerja kat situ.

Yang bebetul strict dengan syarat ni pun mungkin syarikat2 konvensional dan bukan-IT jelah kot; aku pun tak pasti pasal ni. Sometimes terfikir, rugi jugak diorang ni haha.
Kenapa rugi? Sebab talent IT yang hebat-hebat ni tak semestinya kena datang dari mereka yang ada diploma atau ijazah CSIT saja.

Kadang tu ada yang self-learn saja, tapi pandai gila. Kualiti lebih tinggi dari graduates. High-specs punya orang hahaha.
Zaman sekarang ni macam dah terbuka, tech startups/companies dah banyak dan diorang pandang tinggi skills, soft-skills & pengalaman anda.

Bukannya sedikit orang bukan dari bidang CSIT tapi berjaya dapatkan kerja sebagai developer, devops dan sebagainya.
Perasan tak, aku tak tulis pun suruh apply kerja kat 100 syarikat berlainan sebab 10 daripadanya mungkin sangkut untuk interview.

Sebab ada cara yang lagi promising – gilap diri anda sampai berkilat dan bersilau-silau. Buat benda ni DAN make sure diri anda discoverable.
Discoverable tu maksudnya ada online presence.

Ada emel profesional untuk dihubungi, ada profesional profile, etc. Kalau buat LinkedIn tu kat inbox tu mesti penuh orang tanya "you open untuk new job opportunities tak?" kikiki.
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Keep Current with Omar Mokhtar

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!