"Fikir positif je!"
"Yakin boleh!"
"Benda kecik je ni.. Jangan mengalah!"
"Jangan fikir negatif sangat"
"Aku boleh, takkan kau tak boleh?"
"Orang lain lagi teruk"
"Be happy"
Adakah kata2 ini membantu?
1) Kalau orang yang cakap tu orang yang rapat, dipercayai, memang kenal, faham masalah sepenuhnya & kata2nya memang bermakna
2) Kalau dalam pertandingan sukan untuk beri motivasi jangka masa pendek
Dalam banyak keadaan, kata2 seperti itu mungkin boleh buat orang:
1) Rasa tak didengari & tak difahami
2) Rasa masalahnya diperkecilkan
3) "Suppress" emosi negatif
4) Rasa malu nak meluah
Maksudnya pukul rata yang semua orang kena positif sahaja setiap masa & menafikan emosi negatif yang ada dalam diri manusia.
Orang putih kata "unconditional love & acceptance."