My Authors
Read all threads
Ini adalah thread #moratorium

BENARKAH MENTERI SIMPATI BANK TANGGUNG ‘KERUGIAN’ KETIKA MORATORIUM: BAGAIMANA PULA DENGAN NASIB RAKYAT?

Kongsikan!
Merujuk jawapan YB Dato’ Sri Tengku Zafrul, Menteri Kewangan di dalam Dewan Rakyat, beliau menyatakan bahawa sektor perbankan dianggarkan mengalami kerugian sebanyak RM1.06b sebulan sepanjang tempoh moratorium atau sebanyak RM6.4b secara keseluruhan
Gambaran yang diberikan oleh kerajaan juga seolah-olah desakan orang ramai agar tempoh moratorium dipanjangkan tidak akan diendahkan.
Susulan jawapan Menteri kelmarin, saya telah menerima beberapa pertanyaan daripada kumpulan anak muda termasuklah mereka yang telah berkeluarga dan usahawan kecil mengenai mengapa kerajaan tidak boleh berunding dengan BNM dan pihak-pihak bank untuk melanjutkan moratorium.
Terdapat beberapa asas yang wajar untuk mempertimbangkan sambungan tempoh moratorium dengan persoalan-persoalan berikut :-
1. Apakah yang dimaksudkan dengan kerugian oleh sektor perbankan sebanyak RM1.06 bilion setiap bulan untuk tempoh 6 bulan? (Jawapan 👇🏼)
Pemahaman rakyat di luar sana, moratorium adalah penangguhan bayaran ansuran, bukannya pembatalan hutang.
Adakah ‘kerugian’ yang dimaksudkan hanyalah sekadar keuntungan yang tertangguh?

Malah terdapat pinjaman kepada peniaga kecil yang terpaksa menanggung faedah terakru (faedah ke atas faedah) sepanjang tempoh moratorium.
2. Bagaimana pula dengan Pakej Ransangan Ekonomi 3.0 iaitu Layanan Cukai Khas Kepada Insititusi Kewangan Ke Atas Pemberian Moratorium Kepada Pelanggan)?
Apakah jenis layanan cukai khas yang diberikan? Berdasarkan FAQ LHDN, Layanan cukai khas yang diberikan adalah berkaitan pendapatan faedah terakru yang mana pembayarannya tertangguh tak dianggap sebagai pendapatan kasar bank bagi tempoh asas untuk tahun taksiran tersebut
Pendapatan faedah atau keuntungan yang layak mendapat layanan cukai khas ini adalah pendapatan faedah atau keuntungan terakru daripada pinjaman atau pembiayaan yang terlibat dalam program moratorium di bawah #PRIHATIN bermula 1
April hingga 30 September
Ini menunjukkan bahawa keuntungan yang tertangguh ketika #moratorium, bank dapat pula menikmati cukai khas!
3. Selain itu, Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia #PIDM bertindak memastikan kestabilan kewangan dengan menginsuranskan wang yang didepositkan kepada bank-bank yang dilindungi PIDM
Kesemua bank perdagangan & Islam berlesen
di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, termasuk subsidiari bank-bank asing yang diperbadankan dan beroperasi di Malaysia, merupakan bank ahli #PIDM
Keahlian #PIDM juga adalah wajib seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia.
Ini bermakna jika wang deposit hilang kerana bank anda dirompak atau jatuh muflis, #PIDM akan membayar balik duit yang telah didepositkan ke dalam bank tersebut
Wang deposit yang dijamin adalah sehingga RM250,000 bagi setiap pelanggan bagi setiap bank ahli!
Ini bermakna, kerugian yang ditanggung oleh bank adalah terhad dan pendeposit tidak perlu risau menyimpan walaupun
moratorium diberikan.
4. Bank dijangka hanya akan menanggung kerugian apabila pinjaman-pinjaman yang diberikan bertukar menjadi Pinjaman Tak Berbayar atau Non Performing Loans #NPL
Status #NPL terguna pakai apabila peminjam gagal membuat bayaran untuk tempoh 3 bulan berturut-turut.
Kadar #NPL sebelum moratorium adalah sekitar 1.57% iaitu pada kadar yang rendah.
Namun, aktiviti ekonomi yang masih merudum ditambah dengan kemungkinan peningkatan semula jangkitan #Covid19, tekanan dalaman Perikatan Nasional yang mendesak PRU mengejut akan menyebabkan suasana ekonomi kekal TAK menentu
Sambungan tempoh moratorium akan membolehkan peminjam individu mahupun usahawan kecil memulihkan pendapatan mereka
Sekiranya moratorium dihentikan sebelum keadaan ekonomi yang stabil, kadar NPL akan meningkat yang menyebabkan kerugian sebenar kepada bank
Ternyata pandemik Covid-19 memberi impak negatif kepada ekonomi dan hampir keseluruhan sektor mengalami kesukaran.
Saya menggesa kerajaan untuk menimbangkan penyambungan tempoh moratorium untuk tempoh 6 bulan bagi mengurangkan bebanan kepada rakyat biasa
Ini juga akan mengelakkan berlakunya krisis kewangan sekiranya peningkatkan #NPL yang mendadak apabila #moratorium ditamatkan sedangkan ekonomi belum pulih.
Itulah statement saya semalam.

Yang nak tengok video sidang media di
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Keep Current with Akmal Nasir

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!