My Authors
Read all threads
"Analisis Hubungan Politik Antara Puak Uciha Dan Hashirama."

Siapa yang cakap Naruto ni kartun untuk budak-budak kena baca artikel ini. Analisis bagaimana politik identiti memisahkan dua puak pengasas Konoha.

Oleh: Sophia Liebe
Waktu Senju Hashirama dan Uchiha Madara nak wujudkan Konoha, depa buat sebuah ikatan sosial, di mana puak Uchiha tidak lagi akan dianggap sebagai “the other”. Sebaliknya, mereka akan assume sebuah identiti bersama.
Pendek kata, nak mula hidup baru, keadaan politik yang baru di mana tiada lagi pembunvhan dan pep3rangan sesama mereka. Ye, mereka tubuhkan Konoha atas harapan ini dan mereka bina ikatan sosial ini. Segala persengketaan akan dicairkan dan mereka akan cuba untuk hidup bersama.
Tapi itu semua sekadar perjanjian ‘atas kertas’. Ya, pemimpin depa si Madara dan Hashirama memang setulusnya nak bentuk sebuah ikatan yang baharu dan bersama. Tetapi pada peringkat akar umbi akan sentiasa ada sentimen dan kecurigaan.
Yalah, mereka dah berperang sekian lama dan Hokage pertama pun dilantik daripada puak Senju, bukan Uchiha. Of course akan ada sedikit kecurigaan di situ.
Tambahan, kecurigaan yang berakar lama tak akan dapat dipadamkan melalui persetujuan politik semata-mata. Bahkan, persetujuan itu bersifat ‘punitive’ , i.e. kalau dilanggar akan ada hukuman-hukuman tertentu.
Sekali lagi nak emphasize, kecurigaan waktu itu tetap ada. Dan benda ni nampak obvious ada pada Tobirama, adik Hashirama si Hokage pertama Konoha. Aspirasi, sangka baik dan idealisme Hashirama tidak dikongsi sama oleh Tobirama.
Sebab itulah sewaktu Hashirama kata nak bagi sedikit autonomi dan kuasa kepada Madara (and by extension, kepada puak Uchiha), Tobirama memang tentang habis-habisan.
Tobirama siap kata puak Uchiha puak yang pendendam dan pembenci, jadi kalau bagi kuasa kat depa memang akan merosakkan. Madara pun sedar & tahu akan kecurigaan Tobirama ini. Sebab itu Madara decide nak tinggalkan Konoha. Yalah, sampai bila puak Uchiha nak dilayan macam itu?
Ya, faham je dua puak tu dah bermusuh sekian lama, tapi itulah tujuan persetujuan tadi tu. Nak letak tepi, dan start fresh. Tapi kecurigaan antara satu sama lain, i.e. Tobirama terhadap puak Uchiha dan Madara terhadap Senju adalah sebuah konflik dalam diam.
Retak menanti belah, mungkin. Madara kata kat Hashirama sebelum tinggalkan Konoha, “cooperation is merely a quiet form of conflict”. Dan macam apa yang Madara ramalkan, benda tu berlaku waktu zaman Hokage ketiga.
IKLAN: Kami sedang buat jualan 20 PERATUS DISKAUN di SHOPEE kami. Ayuh, dapatkan buku-buku kami dengan segera sebelum 31.8.2020 ini.

Pautan Shopee: shopee.com.my/thepatriotsasia
Puak Uchiha yang macam tak dapat kuasa pentadbiran yang cukup dan cuma dapat peranan yang secondary, akhirnya membuatkan puak Uchiha nak lancarkan coup d'état terhadap pemerintahan Konoha.Mereka nak rampas kuasa sebab pada mereka, memang Uchiha akan di-anak tirikan sampai bila2.
And we know what happened next. Uchiha Itachi lagi pentingkan kepentingan Konoha dan nak jaga keamanan sedia ada. Dia pergi lancarkan pre-empt attack kepada keseluruhan puak Uchiha. Selebihnya ialah sejarah.
Realiti politik di Konoha ini secara kasarnya adalah realiti politik di mana-mana. Lagi-lagi dalam negara yang berbilang identiti. “Kesepakatan” , “toleransi” , “kesaksamaan” adalah idea-idea yang ahli2 politik cuba abadikan atas dokumen undang2 dan dalam pembentukan polisi.
Tapi semua itu tidak akan dapat menghilangkan sentimen dan kecurigaan. Ya, idealisme itu perlu ada dan patut dizahirkan dalam dokumen-dokumen politik dan undang-undang. Tetapi usaha yang terlebih perlu adalah pada peringkat akar umbi.
Menerima “the other” dalam membentuk sebuah identiti bersama dan melakar sempadan identiti yang tidak boleh dilanggar harus dilakukan dalam keadaan yang lebih organik.
Ia perlu dilakukan melalui individu, public figure, influencers, cikgu, jiran, dan seumpamanya, tanpa melalui jalan politik. Kerana politik adalah tentang kuasa dan kekuasaan.
Manakala hubungan organik ini adalah tentang etika. Dan etika, bukan tentang kuasa. Ia adalah tentang keluhuran jiwa dan budi. Setelah itu, barulah “cooperation” politik itu menjadi sebuah ikatan yang lebih lunak.
Kalau tidak, kata-kata Madara kekal relevan: “cooperation is merely a quiet form of conflict”.
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Keep Current with The Patriots

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!