My Authors
Read all threads
Selain #HIV, korang kenal ke Sexually Transmitted Infections (#STI) yang lain? STI ni banyak tau, ada yang boleh dirawat, ada yang tak. Jom kita study pasal STI hari ni ok?
1. CHLAMYDIA - Sejenis bakteria, berjangkit melalui seks tanpa kondom (faraj, dubur, oral) dan juga dari ibu ke bayi.

So apa simptom chlamydia? 75% wanita & 50% lelaki yg dijangkiti chlamydia tak alami apa-apa simptom.
Namun simptom-simptom sekiranya timbul termasuk:
 lelehan dari zakar atau faraj
 kepedihan bila kencing
 buah zakar bengkak/sakit

So how nak cegah dari dapat chlamydia ni?
 penggunaan kondom
 jangan kongsi permainan seks / gunakan kondom bila dikongsi
Bagaimana chlamydia didiagnos?
Ujian makmal atas sampel kencing / sampel dengan swab kapas dari cervix wanita / saluran kencing lelaki. Namun biasanya ujian berasingan untuk chlamydia tak akan
dilakukan di klinik kerajaan dan setiap keputusan positif untuk gonorrhoea akan -
- dirawat untuk chlamydia serentak. Ujian berasingan untuk chlamydia di klinik masih boleh dilakukan
dengan bayaran.

Bolehkah Chlamydia disembuhkan? - Chlamydia boleh dirawat dan disembuhkan dengan antibiotik. Rawatan chlamydia biasanya akan dilakukan serentak dengan rawatan -
- untuk gonorrhoea. Pastikan pasangan dirawat
juga agar jangkitan tidak berlaku semula. Elakkan seks semasa dirawat agar tidak dijangkiti semula atau menjangkiti orang lain.
2. GONORRHOEA - Gonorrhoea adalah jangkitan oleh sejenis bakteria pada zakar/faraj, dubur & kerongkong.

Bagaimana gonorrhoea berjangkit?
 Seks tidak selamat (faraj, oral atau dubur)
 ibu ke bayi
Apakah simptom-simptom gonorrhoea?
 lelehan dari zakar / faraj
 kepedihan bila kencing & kekerapan kencing bertambah
 kemerahan / bengkak pada zakar atau faraj
 kegatalan, lelehan, kesakitan atau pendarahan di dubur
 sakit kerongkong
Bagaimana mencegah gonorrhoea?
 penggunaan kondom
 jangan kongsi permainan seks atau gunakan kondom bila dikongsi

Sekiranya dijangkiti dan sudah dirawat pastikan pasangan anda dirawat juga walaupun tiada simptom.
Sekiranya x dirawat gonorrhoea akan menyebabkan:
 Peningkatan risiko jangkitan HIV / menjangkiti orang lain kalau PLHIV
 Jangkitannya boleh merebak melalui darah ke seluruh badan menyebabkan sendi sakit & bengkak
 buah zakar bengkak/sakit sehingga mungkin mandul
Bagaimana gonorrhoea didiagnos?
Ujian makmal atas sampel kencing / sampel dengan swab kapas dari cervix wanita / saluran kencing lelaki, kerongkong dan/atau dubur bergantung kepada risikonya
berdasarkan kegiatan seks.
Bolehkah gonorrhoea disembuhkan? - Gonorrhoea boleh dirawat dan disembuhkan dengan antibiotik. Jangan rawat sendiri dengan membeli ubat dari farmasi kerana gonorrhoea boleh jadi resistant, pastikan dapat nasihat
doktor untuk rawatan berkesan.
3. HEPATITIS B - Hepatitis B adalah penyakit hati yang serius disebabkan oleh virus hepatitis B (HBV) yang
menyerang hati & boleh memudaratkan sehingga tahap kanser dan juga ada kemungkinan maut.
HBV amat berjangkit melalui darah, air mani, cecair faraj dan susu ibu. Jangkitan boleh berlaku melalui:
 Seks tak selamat
 ibu ke bayi
 Perkongsian jarum suntikan dan lain peralatan menyuntik dadah tercemar
-
-
 Perkongsian peralatan menghidu (snorting) serbuk dadah (melalui membran dalaman hidung)
 Penggunaan peralatan tercemar seperti pisau cukur, pemetik kuku, berus gigi, peralatan membuat tattoo, jarum akupunktur, peralatan bekam darah dan penindik badan
-
-
 Pendedahan dalam pekerjaan anggota kesihatan melalui luka jarum semasa prosedur perubatan melibatkan darah atau lain cecair badan berjangkit (needle-stick injuries)
 Prosedur and peralatan perubatan yang melibatkan darah seperti dialysis, transfusi, peralatan pembedahan.
Walaupun jarang belaku, jangkitan dalam kediaman bersama (tanpa apa-apa pertukaran darah atau kegiatan seksual) pernah diperhatikan dalam kalangan kanak-kanak yang duduk di kediaman yang sama dengan orang yang hidup dengan virus Hepatitis B.
Namun adalah dipercayai bahawa jangkitan tersebut masih telah berlaku melalui darah yang tidak disedari memasuki melalui membran atau luka kecil atas kulit.
Hepatitis B tidak tersebar melalui makanan dan minuman (tidak seperti Hepatitis A).
Apakah simptom-simptom hepatitis B?
Ada orang yang tidak akan mengalami apa-apa simptom dan simptom hepatitis B yang timbul adalah tidak spesifik, termasuk:

 Demam selsema dan perasaan kesejukan
 Lesu, cepat merasa penat/letih
 Loya, rasa nak muntah, mual (nausea)
-
-
 Kencing warna kekuningan gelap
 Berak berwarna pucat
 Mata dan kulit jadi kuning (jaundice)
 Kesakitan/sengal pada bahagian kanan badan yang mungkin sampai ke belakang
Bagaimana mencegah hepatitis B?
Hepatitis B tidak boleh disembuhkan tetapi ada vaksin yang berkesan untuk mencegahnya sejak 1982. Vaksin ini adalah melalui suntikan dan keberkesananannya perlu diperiksa selepas beberapa tahun. Semua orang yang berisiko patut divaksinkan.
Selain vaksin, cara-cara pencegahan termasuk:
 Gunakan kondom
 jangan kongsi jarum untuk penggunaan dadah
 jangan kongsi peralatan menghidu dadah
 hanya dapatkan perkhidmatan kesihatan yang melibatkan darah di tempat yang sah
dan selamat
-
-
 hanya pergi ke kedai tattoo dan penindikan badan yang disahkan bersih dan professional
 amalkan langkah-langkah keselamatan professional untuk anggota kesihatan
-
-
 berhati-hati dengan barangan penggunaan peribadi yang mungkin tercemar seperti pisau cukur, pemetik kuku, berus gigi (jangan kongsi!)
 tutup luka terbuka
 cuci tumpahan darah dengan bahan disinfeksi seperti kloroks
 jumpa doktor sekiranya mengandung
Apakah masalah kesihatan lain akibat hepatitis B?
Majoriti individu mempunyai jangkitan diri-terhad, pengalaman penyelesaian lengkap dan perkembangan tahap perlindungan antibodi. Sebilangan kecil individu (5 -10%) tidak dapat mengusir jangkitan dan menjadi pembawa kronik.
Daripada pembawa kronik, 10-30% akan
mengalami penyakit hati kronik atau sirosis. Di samping itu, pembawa kronik boleh menjangkiti orang lain sepanjang hidup mereka, dan risiko mereka untuk berkembang
menjadi kanser hati adalah 200 kali lebih besar.
Bagaimana hepatitis B didiagnos?
Hepatitis B didiagnos melalui ujian darah diikuti dengan ujian pengesahan darah spesifik untuk kehadiran virus.
Sekiranya disahkan, ujian fungsi hati dan sebagainya akan dijalankan seterusnya untuk menentukan tahap kerosakan hati (jika ada) demi menentukan rawatan yang diperlukan.
Bolehkah hepatitis B disembuhkan?
Hepatitis B tidak boleh disembuhkan. Orang yang hidup dengan hepatitis B yang kronik yang menunjukkan symptom penyakit hati mungkin perlu menjalani rawatan suntikan interferon atau ubat antiviral.
Kadang-kadang pembedahan mengganti hati (liver transplant) mungkin perlu dilakukan.
Orang yang hidup dengan hepatitis B boleh menjaga kesihatan hati dengan langkah-langkah berikut:
 Tidur dan rehat secukupnya
 Minum air mencukupi
 Makanan seimbang yang holistik dan semulajadi
-
-
 Jangan minum alkohol atau ambil dadah merbahaya
 Elakkan merokok atau menghidu toksin kuat
 Gaya hidup sihat dengan cukup senaman untuk elak obesiti
4. HEPATITIS C - Hepatitis C adalah penyakit hati yang serius disebabkan oleh virus hepatitis C (HCV) yang menyerang hati dan boleh memudaratkannya sehingga tahap kanser dan juga ada kemungkinan maut.
Bagaimana hepatitis C berjangkit?
HCV amat berjangkit melalui darah dan boleh hidup dalam darah yang di luar tubuh manusia untuk beberapa minggu dan darah) boleh berjangkit walaupun kuantiti darah amat sikit.
Jangkitan boleh berlaku melalui:
 ibu ke bayi
 Perkongsian jarum suntikan dan lain peralatan
menyuntik dadah tercemar
 Perkongsian peralatan menghidu (snorting) serbuk dadah (melalui membran dalaman hidung)
-
-
 Penggunaan peralatan tercemar seperti pisau cukur, pemetik kuku, berus gigi,
peralatan membuat tattoo, jarum akupunktur, peralatan bekam darah dan penindik
badan
-
-
 Pendedahan dalam pekerjaan anggota kesihatan melalui luka jarum semasa prosedur
perubatan melibatkan darah atau lain cecair badan berjangkit (needle-stick injuries)
-
-
 Prosedur and peralatan perubatan yang melibatkan darah seperti dialysis, transfusi,
peralatan pembedahan.
 Luka terdedah kepada darah tercemar
 Seks tidak selamat (sekiranya ada pendarahan)
Apakah simptom-simptom hepatitis C?
Ada orang yang tidak akan mengalami apa-apa simptom dan simptom hepatitis C yang timbul adalah tidak spesifik, termasuk:
 Demam selsema dan perasaan kesejukan
 Lesu, cepat merasa penat/letih
 Loya, rasa nak muntah, mual (nausea)
-
-
 Kencing warna kekuningan gelap
 Sakit perut pedih dan perut jadi bengkak
 Mata dan kulit jadi kuning (jaundice)
 Susut berat badan
 Kurang selera makan(sentiasa rasa kenyang)
 Sengal badan
 Berpeluh di waktu malam
 Muka Kusam
Bagaimana mencegah jangkitan hepatitis C?
Tiada vaksin untuk Hepatitis C. Cara-cara mencegah jangkitannya termasuk:
 jangan kongsi jarum dan peralatan suntikan lain dadah
 jangan kongsi peralatan menghidu dadah
-
-
 hanya dapatkan perkhidmatan kesihatan yang melibatkan darah di tempat yang sah dan selamat
 hanya pergi ke kedai tattoo dan penindikan badan yang disahkan bersih dan professional
 amalkan langkah-langkah keselamatan professional untuk anggota kesihatan
-
-
 berhati-hati dengan barangan penggunaan peribadi yang mungkin tercemar seperti
pisau cukur, pemetik kuku, berus gigi (jangan kongsi!)
 Gunakan kondom dan kurangkan bilangan pasangan dan kegiatan seksual
 tutup luka terbuka
-
-
 cuci tumpahan darah dengan bahan disinfeksi seperti kloroks
 jumpa doktor sekiranya mengandung
Apakah masalah kesihatan lain akibat hepatitis C?
Dalam 15% kes, virus tersebut mungkin hilang sendiri tanpa memerlukan rawatan. Namun 85% mungkin menjadi kronik sekiranya masih ada selepas 6 bulan, ini mungkin melibatkan, parut (scarring) pada hati, pengumpulan lemak dalam -
- hati (fatty liver) dan/atau pengerasan hati (fibrosis). Dalam10-20% kes, pengecutan hati (cirrhosis)
mungkin tejadi dalam masa 20-30 tahun (akan dipercepatkan sekiranya ambil alkohol,
merokok, mengguna dadah atau ada ko-infeksi dengan HIV). 3-6% kes mungkin menjadi penyakit -
- hati peringkat akhir (end stage liver disease : ESLD) dan 1-5% mungkin menjadi kanser/barah hati (Hepatocellular carcinoma : HCC).
Bagaimana Hepatitis C didiagnos?
Hepatitis C didiagnos melalui ujian darah diikuti dengan ujian pengesahan darah spesifik untuk kehadiran virus. Sekiranya disahkan, ujian fungsi hati dan sebagainya akan dijalankan seterusnya untuk menentukan tahap kerosakan hati (jika ada) -
- untuk menentukan rawatan yang diperlukan.
Bolehkah hepatitis C disembuhkan?
Hepatitis C boleh disembuhkan dengan ubat DAA dan rawatannya ialah melalui mengmbil pil harian untuk 4-8 minggu. Kerajaan Malaysia telah beruasaha untuk menurunkan harga ubat tersebut melalui “compulsory licensing” untuk mengatasi paten -
- peruabatan. Namun bekalan rawatan percuma masih tidak mencukupi dan advokasi masih diperlukan.
Walaupun boleh disembuhkan, mereka yang berisiko should continue taking precautions.
5. HERPES
Herpes adalah jangkitan yang agak lazim dan berulangkali dengan virus herpes simplex (HSV). Terdapat dua jenis virus ini: HSV-1 and HSV-2 dan jangkitannya adalah
seumur hidup dan boleh “senyap” (latent) dalam badan tanpa apa-apa simptom untuk masa yang lama.
Bagaimana herpes berjangkit?
Jangkitan boleh berlaku walaupun tiada apa-apa simptom. Herpes berjangkit melalui:
 Sentuhan kulit intim, terutamanya pada luka (tidak selalu boleh dilihat)
 Ibu ke bayi
 Ciuman (HSV-1) dikenali Oral Herpes
-
-
 Seks dubur, faraj dan oral (HSV-2) dikenali sebagai Genital Herpes
 Oral Herpes boleh menjadi Genital Herpes dan sebaliknya melalui seks oral.
Apakah simptom-simptom herpes?
Ada orang yang tidak akan menunjukkan apa-apa symptom langsung. Simptom-simptom Herpes kalau timbul termasuk:
 Demam selesema
 Keletihan
 Pening kepala
 Sengal badan
 Kelenjar bengkak
-
-Lepuh (blisters) & Ulser pada/sekeliling alat kelamin, peha, buntut, duburm bibir,
mulut, kerongkong, lidah dan gusi.
 Luka dalam faraj dan cerviks.
 Sakit dan gatal
 Pedih semasa
Lepuh (blisters), ulser & luka boleh berlaku berulangkali dan ini dikenali sebagai episod
herpes. Ulser akan susah sembuh kalau sistem imuniti tidak sihat.
Bagaimana mencegah herpes?
Kemungkinan jangkitan herpes dapat dikurangkan melalui:
 Guna kondom (namun jangkitan boleh berlaku kalau luka herpes berada pada permukaan yang tidak ditutup kondom)
 Kurangkan pasangan dan kegiatan seks
-
-
 Elakkan seks sebelum dan semasa lepuh (blisters), ulser atau luka dari herpes berlaku (kesakitan dan kegatalan di sekitar alat kelamin adalah petanda sebelum episod herpes berlaku).
 Ketahui status pasangan anda, dan galakkan ujian Herpes walaupun tiada simptom.
Apakah yang menyebabkan episod herpes berulang?
Bila dijangkiti, episod herpes yang berulang boleh terjadi akibat beberapa faktor termasuk:
 stress;
 cahaya matahari
 sakit atau deman (akibat penyakit/jangkitan lain).
Apakah masalah kesihatan lain akibat herpes?
Risiko jangkitan HIV atau menjangkiti orang lain kalau PLHIV, akan meningkat. Sekiranya sistem ketahanan badan lemah, ulser herpes susah untuk sembuh.
Bagaimana herpes didiagnos?
Herpes boleh didiagnos dengan sampel dari lepuh atau ulser. Tiada ujian darah dan diagnosis tepat untuk individu tanpa symptom adalah rumit.
Bolehkah herpes disembuhkan?
Herpes tidak boleh disembuh dan jangkitannya adalah untuk seumur hidup. Namun ada orang yang tidak akan mengalami simptom-simptom beulang. Ubat antiviral dan krim (contohnya acyclovir) boleh mengurangkan kesan dan kekerapan episode herpes.
Elakkan faktor-faktor yang menyebabkan episod berulang dan semasa episod pastikan permukaan yang terjejas kering dan bersih serta ambil ubat painkiller. Untuk Genital Herpes anda boleh cuba merendam dalam mandian suam.
6. HUMAN PAPILLOMAVIRUS (HPV)
Human papillomavirus (HPV) adalah virus dengan lebih 100 subtype yang menyebabkan pelbagai penyakit termasuk ketuat (warts/papillomas) dan kanser ano-genital terutamanya kanser serviks pada wanita.
Bagaimana HPV berjangkit?
Orang yang dijangkiti HPV boleh menjangkiti orang lain walaupun tiada apa-apa simptom. HPV berjangkit melalui:
 Sentuhan dengan ketuat atau permukaan kulit yang terjangkit
 Ibu ke bayi.
Apakah simptom-simptom HPV?
50% orang yang dijangkiti tidak akan mengalami apa-apa simptom. Simptom-simptom HPV kalau timbul termasuk
 Ketuat dalam pelbagai bentuk (kadang-kadang tidak boleh dilihat)
-
-
 Ketuat biasanya berlaku di pada/sekeliling faraj, zakar dan dubur around the
anus. Namun ketuat boleh juga perlaku pada tangan atau mulut.
 Ketuat HPV dalam faraj boleh menyebabkan kanser serviks
Bagaimana mencegah jangkitan HPV?
Risiko jangkitan HPV boleh dikurangkan melalui:
 Guna kondom
Bagaimana membezakan antara ketuat dubur (anal warts) dan buasir (Haemorrhoids)?
Ketuat dubur (anal warts) berwarna putih atau merah jambu. Buasir (haemorrhoids) berwarna biru/merah/ungu. Permukaan ketuat agak bergerutu dan pada mulanya lembut sebelum menjadi keras;
buasir berpemukaan licin dan lembut. Ketuat boleh berlaku satu demi satu atau berkumpulan dan akan membesar sekiranya tidak dirawat dan kanser
mungkin terbentuk. Kedua-duanya menyebabkan kegatalan atau kepedihan.
Haemorrhoids boleh menjadi amat sakit bila pembekuan darah atau keradangan berlaku. Haemorrhoids
boleh menyebabkan pendarahan bila berak. Anda patut jumpa anggota kesihatan untuk pemeriksaan dan rawatan profesional.
Bagaimana HPV didiagnos?
Sekiranya ada ketuat, pemeriksaan ketuat tersebut adalah cara HPV boleh didiagnos. Keputusan ujian pap smear untuk wanita boleh memberi petanda jangkitan HPV.
Terdapat beberapa ujian yang boleh mengesan subtype HPV berisiko tinggi, namun ujian-ujian ini masih agak mahal.
Bolehkah HPV disembuhkan?
HPV tidak boleh disembuh dan jangkitan HPV lazimnya adalah untuk seumur hidup walaupun ketuat dibuang. Ada vaksin untuk HPV tapi agak mahal. Namun kerajaan
Malaysia melalui klinik-klinik Nur Sejahtera LPPKN ada program vaksin percuma untuk
wanita -
- berumur 22-27 tahun yang rakyat Malaysia, belum kahwin dan tidak hamil. Rawatan untuk membuang ketuat termasuk:
 Gel podofilox
 Krim imiquimod
 Kimia (asid trichloroacetic dan podophyllin)
 cryotherapy
 laser
 electrosurgery
 pembedahan
 suntikan interferon
7. SCABIES/CRABS
Scabies disebabkan oleh serangga hama (mite) yang berbentuk ketam dan kadang-kadang dipanggil kutu ketam. Hama betina bertelur di bawah kulit dan beberapa hari kemudian telurnya menetas dan menyebabkan kegatalan dan ruam.
Bagaimana scabies berjangkit?
Sentuhan kulit berdekatan biasanya dengan berpegang tangan, kegiatan seksual atau tidur bersama. Hama hidup dalam kulit tapi akan mati cepat di luar kulit.
Apakah simptom-simptom scabies?
Kegatalan serius yang akan merebak. Ruam akan bermula tidak lama selepas kegatalan bermula. Kemerahan akibat ruam akan paling nyata pada bahagian peha, perut dan
pergelangan kaki.
Simptom-simptom akan muncul 2-6 minggu selepas jangkitan dan merupakan reaksi alahan. Kegatalan dan ruam akan lebih teruk bila seseorang mempunyai
sistem ketahanan lemah.
Siapa patut dirawat?
Bila seseorang dijangkiti, semua orang dalam rumah sama dan pasangan seksnya patut dirawat pada masa yang sama.
Bagaimana scabies dirawat?
Krim yang membunuh hama perlu digunakan dua kali (kali kedua 7 hari selepas applikasi pertama). Pakaian, tuala dan kain katil patut dicuci dengan air panas atau disimpan dalam plastik kedap udara untuk 72 jam agar hama mati.
Kegatalan akan berterusan untuk beberapa minggu selepas rawatan dan krim boleh dipakai untuk mengurangkan kegatalan. Ubat antihistamine mungkin perlu untuk tidur kalau kegatalannya teralu teruk.
8. SYPHILIS
Syphilis disebabkan oleh bakteria yang mempunyai pelbagai simptom dan boleh memudaratkan kesihatan kalau tidak dirawat.
Syphilis berjangkit melalui:
 Seks tidak selamat (dubur, faraj dan oral) terutamanya dengan menyentuh luka syphilis (chancre)
 Ibu ke bayi
Apakah simptom-simptom syphilis?
Simptom-simptom pertama (primary): Luka kecil yang tidak sakit (chancre) pada permukaan sentuhan seksual (zakar, faraj, dubur, mulut) yang muncul 2-6 minggu lepas
jangkitan dan akan bertahan untuk beberapa minggu.
Simptom-simptom kedua (secondary), yang berlaku selepas luka chancre sembuh, termasuk:
 ruam pada seluruh badan (termasuk telapak tangan dan tapak kaki)
 kelenjar bengkak
 demam
 keletihan
Simptom-simptom juga akan bertahan untuk beberapa minggu dan Syphilis akan masuk peringkat latent yang tiada simptom-simptom. Pada peringkat lewat iaitu selepas beberapa tahun, simptom-simptom termasuk kerosakan pada jantung otak dan lain organ badan.
Bagaimana mencegah jangkitan syphilis?
Risiko jangkitan syphilis boleh dikurangkan melalui:
 Guna kondom (namun jangkitan boleh berlaku kalau chancre berada pada permukaan yang tidak ditutup kondom)
Apakah masalah kesihatan lain akibat syphilis?
Syphilis yang tidak dirawat amat memudaratkan dalam masa beberapa tahun di mana ia akan merebak ke seluruh badan dan boleh menyebabkan:
 Sakit jantung
 Demensia
 Kelumpuhan
Syphilis yang tidak dirawat boleh menyebabkan maut. Risiko jangkitan HIV atau menjangkiti orang lain oleh PLHIV akan meningkat.
Bagaimana syphilis didiagnos?
Syphilis boleh didiagnos dengan sampel dari chancre dilihat bawah mikroskop khusus. Biasanya syphilis akan didiagnos dengan ujian darah.
Bolehkah syphilis disembuhkan?
Syphilis boleh dirawat sehingga sembuh dengan antibiotik penicillin. Satu dos penicillin mencukupi kalau jangkitannya kurang dari setahun. Lagi lama jangkitan syphilis, lagi banyak dos penicillin diperlukan.
Semua pasangan seks orang yang dijangkiti juga patut dirawat. Elakkan seks semasa rawatan agar tidak menjangkiti orang lain atau dijangkiti semula. Ujian
semula patut dilakukan 3-6 bulan selepas rawatan utk primary syphilis, dan 6-12 bulan
selepas rawatan utk secondary syphilis.
So begitulah sedikit sebanyak yang acap nak share untuk STI hari ini yaaaa.. Until next time!
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Keep Current with UEQUALS2U 🇲🇾

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!