Profile picture
, 9 tweets, 2 min read Read on Twitter
CHEMSEX merujuk kepada aktiviti seksual yang termasuk penggunaan dadah sebelum atau semasa seks. Di Malaysia chemsex biasanya berlaku antara MSM melalui app seperti Grindr/Hornet. Penjualan /pembelian; (dipanggil "stuff' atau "barang") juga berlaku melalui app tersebut. (cont..)
Terma yang dipakai untuk merujuk kepada chemsex ialah high fun, hi fun, chem fun, chem, CF, Chilling, chill, elsa, frozen dsb. Kadangkala emoji salji, ais, kristal, snowflakes, roket dan kapal terbang digunakan.
Chemsex dilakukan dalam pasangan dua orang atau sebagai "party and play" (PnP) iaitu aktiviti berkumpulan yang biasanya diaturkan oleh penjual dadah dan 'ahli' baru hanya melalui jemputan oleh ahli sedia ada. PnP biasanya dilakukan di rumah persendirian atau bilik hotel.
Antara sebab pengambilan chemsex ialah menjadi lebih relaks/ terbuka/ yakin dan meningkatkan nikmat/nafsu/stamina seksual. Ada juga yang megambilnya untuk mengurangkan kesakitan dan ketiakselesaan yang mungkin berlaku ketika sesi seks berpanjangan.
Sejak kebelakangan ini, ada juga MSM yang mengambil chemsex untuk menghilangkan rasa bosan atau kesunyian. Ini mungkin merupakan petanda masalah emosi yang lebih mendalamdi sebalik penggunaan dadah.
Kajian menunjukkan terdapat pelbagai masalah berkaitan chemsex dari segi fizikal, seksual, psikologi ke atas kesihatan di samping masalah sosial dan perundangan. Risiko jangkitan HIV hanya sebahagian dari masalah kesihatan yang mungkin berlaku.
Faktor-faktor yang mempengaruhi tahap risiko berkaitan chemsex:
1. Kuantiti dadah yang diambil
2. Kekerapan
3. Campuran dengan dadah/bahan lain (seperti alkohol)
4. Cara pengambilan dadah
5. Tahap kesihatan individu dari segi fizikal dan mental
Kebanyakan dadah ialah jenayah di bawah undang-undang Malaysia. Ini termasuk mengguna, menyimpan, membeli & menjual dadah. Ujian air kencing dilakukan semasa operasi dipusat hiburan atau roadblock. Seseorang boleh dikesan positif sehingga beberapa minggu selepas penggunaan dadah
Terdapat beberapa dadah yang digunakan untuk chemsex termasuk : crystal methamphetamine, amphetamine, GHB/GBL, ketamine dan lain-lain. Alkoholjuga biasanya diambil bersama.
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to uequals2u
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!