⏳ KITA BELI BARANG BUKAN DENGAN DUIT, TETAPI DENGAN MASA

“The price of anything is the amount of life you exchange for it.” -Henry David Thoreau

Fuh... Selama ini kita duk ingat beli atau bayar sesuatu benda dengan wang ringgit. Tetapi sebenarnya kita bayar dengan masa kita. Image
Pernah layan movie In Time (2011), mengisahkan tentang masa. Daripada menggunakan wang kertas, sistem ekonomi baru menggunakan masa sebagai ganti kepada mata wang. Setiap orang mempunyai jam di lengan mereka untuk mengetahui berapa lama mereka boleh bertahan untuk hidup. Image
Malah movie ini juga mempunyai bayangan bahawa orang kaya semakin kekal kekayaan sementara yang lain berusaha untuk keluar dari kesengsaraan hidup.

Apabila dilihat melalui konsep ini, kita akan lebih menghargai masa yang ada. Maka betullah pepatah mengatakan “MASA ITU EMAS”.
Ambil contoh gaji rakyat Malaysia supaya lebih mudah difahami:

Sumber: Department of Statistics Malaysia

Menurut kajian yang dijalankan Jabatan Statistik Malaysia, purata pendapatan rakyat Malaysia adalah sebanyak RM2,308. Image
Dan secara purata rakyat malaysia bekerja selama 40 jam seminggu atau 160 jam sebulan untuk mendapatkan gaji sebanyak itu.

Maka gaji purata sejam rakyat Malaysia adalah:
RM2,308 sebulan / 160 jam = RM14.43 sejam
Sekarang dah tahu berapa kadar gaji sejam, mari lihat beberapa contoh perbelanjaan yang yang sering kita beli :

1. Secawan kopi Starbucks atau satu set makanan ringan (fast food):
RM15 = 1 jam masa bekerja
2. Jam tangan Apple (Blue Aluminum Case) :
RM2000 = 138 jam atau hampir 1 bulan berkerja

3. Telefon pintar Samsung Galaxy Note 20 ultra :
RM5,000 = 345 jam atau 2 bulan masa bekerja
4. Perodua Bezza 1.0G:
RM36,580 = 2,534 jam atau 15 bulan lebih bulan bekerja

Ni sekiranya kesemua duit gaji yang di perolehi dibelanjakan untuk beli barang.
Namun hal ini tidak mungkin berlaku, ini kerana duit gaji kita akan bercampur dengan keperluan hidup, seperti
- Duit barang dapur?
- Duit makan minum di tempat kerja?
- Instalment bulanan rumah/bayaran rumah sewa?
- Duit bercuti makan angin?
- Duit belanja sekolah anak?
Ini kerana mengikut kepada statistik yang dikeluarkan oleh Khazanah Research Institute, mereka yang bergaji di bawah RM2,000 – hanya ada baki RM76 untuk dibuat simpanan setiap bulan. Image
Bila dipecahkan perbelanjaan kita kepada kadar gaji sejam, baru kita nampak berapa besar nilainya berbanding dengan pendapatan yang di perolehi.

Semoga kita lebih menghargai usaha kita berpenat lelah setiap hari bekerja demi sesuap nasi, agar tidak dibelanjakan sesuka hati.
Sumber Inspirasi: We Don’t Buy Things with Money, We Buy Them with Hours from our Life
becomingminimalist.com/we-dont-buy-th…

Sumber penulisan : majalah labur
majalahlabur.com/kewangan/kita-…

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Sahabat EmpayarSaham

Sahabat EmpayarSaham Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @stEmpayarsaham

8 Oct
❓KENAPA REMISIER ANDA TIDAK PERNAH MENCADANGKAN BUY UNTUK ANDA?

Kenal siapa remisier anda?

Remisier ialah wakil stockbroker dengan anda. Mereka menjadi orang tengah di antara anda dengan stockbroker. Image
Kena ada orang tengah kerana anda tak boleh masuk stock market tanpa lesen daripada Security Commission.

Tapi, Admin percaya ada di antara anda sendiri tak kenal pun siapa remisier anda dan apa tugas sebenar mereka. Betul?
Tugas remisier sebenarnya boleh dibahagikan kepada 2 bahagian

1. Khidmat teknikal.
2. Nasihat dan informasi.

Khidmat teknikal bermaksud segala aspek berkaitan dengan akaun, transaksi, fasiliti dan kemudahan yang disediakan oleh stockbroker.
Read 26 tweets
5 Oct
😮 ELLIOT WAVE HACK - PENJELASAN TAMBAHAN.

Admin agak terkejut kerana menerima banyak reaksi daripada sharing tentang elliot wave hack. Beberapa orang pm Admin utk menyampaikan soalan-soalan mereka 😊

Nak jawab semua memang tak laratlah. Oleh itu, admin tawarkan satu post penjelasan semula utk menjawab perkara-perkara yang diajukan kepada Admin.

1. Ni elliot wave ke? Kenapa macam pelik je?
2. Kenapa tak ikut cara asal elliot wave?
3. Kalau ikut chart kajian kes, katakan wave 5 tak jadi, takkan terus jadi wave b? Wave a mana?

Bagi yang mengatakan apa yang Admin sampaikan itu bukan elliot wave, jelaskan kenapa ia bukan elliot wave? Image
Read 16 tweets
1 Oct
😎APA ITU SAHAM?

Saham ni ibarat bisnes.

Contohnya,peniaga A jual air soya dengan modal RM 500, kawannya B keluarkan RM 500. Jadi, dalam bisnes ini, sahamnya menjadi 50%.

Bisnes berkembang, peniaga A pun pergi bank minta pembiayaan, Bank luluskan - dapat buka kilang.
Bisnes terus berkembang. A pergi bank. Bank kata, “Kalau bank nak bagi duit boleh, tapi kos pembiayan sekarang agak tinggi. Cara lebih murah adalah jual saham syarikat encik kepada orang awam untuk tambah modal.”
Mereka setuju. 50% dari saham peniaga A dan rakannya B tadi dijual kepada orang ramai. 100,000 unit saham baru akan dijual. Namanya saham terbitan awam atau initial public offering (IPO).
Read 37 tweets
28 Sep
👳 IMAM SYAFIE.

Bagi yang muslim, anda pasti faham Imam Syafie ialah seorang guru dan ulama yang sangat tegas, penuh disiplin dan sangat berhati-hati dalam menjaga ilmu dan ibadah. Image
Malah Mazhab Syafie yang didirikan dari ajarannya juga merupakan antara mazhab yang paling ketat di antara 4 mazhab utama dalam Islam sehingga dikatakan orang-orang muslim dari Mazhab Hambali dan Maliki tidak mampu mengikuti Mazhab Syafie.
Ini menyebabkan mereka hormat kepada sesiapa yang mengikuti ajaran Imam Syafie.

Begitu berhati-hatinya Imam Syafie sehingga beliau tidak membenarkan istihsan kecuali dalam keadaan yang sangat memerlukan istihsan.
Read 40 tweets
26 Sep
🤒TIPS-TIPS UNTUK MENCARI CANDLESTICK REVERSAL PATTERN YANG BAKAL MENGUBAH PRICE TREND.

Pada sharing lepas, kita ada bincangkan ttg bukan semua candlestick reversal pattern berbaloi utk diberi perhatian, ada waktunya candlestick reversal pattern muncul boleh abaikan begitu saja. Image
Anda Boleh rujuk semula perbincangan yang lepas dengan link di bawah.

Untuk sharing kali ini, Admin akan share apakah petanda-petanda penting yang menunjukkan candlestick reversal pattern yang bakal membawa kepada perubahan trend price. ImageImageImage
Read 22 tweets
25 Sep
🎉 PARAS PRESTASI KEJAYAAN

Distribution chart di bawah ni sebenarnya nak menunjukkan kenapa orang yang success, success. Image
Hasil kajian mendapati, kejayaan seseorang mempunyai hubungkait dgn stress yang dihadapinya. Betullah tu sbb stress datang dari halangan dan halangan ialah sesuatu yang perlu dilepasi utk mencapai kejayaan.
Jika anda langsung tak stress, anda akan dilanda kebosanan - performance anda tak optimal. Jika anda tersangat stress pula, anda akan dilanda kebimbangan dan akhirnya mental breakdown - performance anda tak optimal.
Read 11 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!