❓KENAPA REMISIER ANDA TIDAK PERNAH MENCADANGKAN BUY UNTUK ANDA?
Kenal siapa remisier anda?
Remisier ialah wakil stockbroker dengan anda. Mereka menjadi orang tengah di antara anda dengan stockbroker.
Kena ada orang tengah kerana anda tak boleh masuk stock market tanpa lesen daripada Security Commission.
Tapi, Admin percaya ada di antara anda sendiri tak kenal pun siapa remisier anda dan apa tugas sebenar mereka. Betul?
Tugas remisier sebenarnya boleh dibahagikan kepada 2 bahagian
1. Khidmat teknikal. 2. Nasihat dan informasi.
Khidmat teknikal bermaksud segala aspek berkaitan dengan akaun, transaksi, fasiliti dan kemudahan yang disediakan oleh stockbroker.
Seperti contoh :
1. Key-in setiap buy dan sell order anda.
2. Membuka akaun CDS dan akaun trading untuk anda.
3. Mengajar cara menggunakan platform stockbroker.
4. Memberikan kemudahan margin kepada anda.
Nasihat dan informasi pula berkaitan dengan segala knowledge yang anda perlukan sehingga anda sendiri mampu membuat keputusan yang berinformasi. Seperti contoh :
1. Memberikan anda info yang terkini tentang pasaran saham.
2. Menyumbat anda dengan berita-berita yang penting.
3. Mengingatkan anda tentang pengumuman-pengumuman penting Bursa.
4. Mengajar anda ilmu-ilmu pelaburan.
5. Memberikan anda nasihat-nasihat pelaburan.
6. Menjadi wakil anda untuk melaburkan wang anda.
Walau sehebat mana pun remisier itu, dia tidak boleh mencadangkan buy kepada anda kerana remisier mempunyai dilema mereka yang tersendiri.
1. Remisier kalau boleh tak mahu anda rugi. Tetapi, terlalu ramai client yang perlu dijaga dengan majoritinya mempunyai capital yang kecil-kecik. Mahu tak mahu, remisier terpaksa bersikap lebih selektif.
Mereka terpaksa lebih menjaga client yang mempunyai capital yang lebih besar kerana mereka ini mempunyai risiko yang lebih tinggi.
2. Remisier mempunyai access kepada unpublic material information. Info-info ini tak boleh didedahkan kerana ia boleh mempengaruhi stock market. Oleh itu, remisier perlu berhati-hati memilih info yang mana yang boleh dan yang mana tak boleh dikongsi.
3. Remisier mempunyai access kepada unpublished material information tetapi remisier tidak boleh trade menggunakan info-info tersebut bagi pihak diri sendiri mahu pun bagi pihak client. Jika diteruskan, ia akan menjadi insider trading - satu kesalahan di dalam Bursa.
4. Remisier hanya boleh memberikan client informasi,tetapi tidak blh mempengaruhi client utk membuat keputusan. Client perlu membuat keputusan atas kesedaran sendiri,walaupun adakalanya ia merisikokan client ataupun adakalanya ia memberikan keuntungan kepada remisier itu sendiri.
5. Hukuman jika melanggar etika sebagai remisier sangat berat. Denda yang sangat tinggi dan remisier boleh diharamkan terus daripada Bursa Malaysia.
Atas sebab-sebab inilah kenapa remisier tidak mencadangkan buy kepada anda.
Hakikatnya, menjadi remisier bukan semudah menjadi agen insurans. Sebagai agen insurans, anda boleh mempelawa sesiapa sahaja utk membeli insurans.
Tetapi, sebagai remisier, anda kena berhati-hati dengan sesiapa yang mahu menjadi client anda kerana client tersebut perlu mempunyai capital yang mencukupi serta ilmu untuk melabur.
MANA LAGI BAIK? SIFU SAHAM REMISIER ATAU SIFU SAHAM BUKAN REMISIER?
Jika anda belajar saham di bawah sifu saham remisier, yang mudahnya, anda boleh terus buka akaun CDS dengan mereka. Anda pula secara automatik berada di bawah seliaan mereka.
Mereka juga mempunyai access kepada lebih banyak informasi, lantaran itu boleh dikongsi kepada anda selagi ia bukan unpublished material information. Pendek kata, mereka akan terus bertanggungjawab kepada anda.
Namun, ada remisier yang hanya menjalankan khidmat teknikal sahaja. Nasihat dan informasi anda cari sendiri.
Kerana apabila mereka memberi nasihat dan share info, mereka bukan sahaja semakin bertambah kerja, malah risiko juga semakin tinggi kerana bila-bila masa anda boleh salahkan mereka atas kerugian anda.
Khidmat teknikal adalah core job, sedangkan nasihat dan informasi pula optional. Oleh itu, hargailah remisier bila mereka cuba bagi lebih effort untuk anda.
Jika anda belajar saham di bawah sifu saham bukan remisier, anda masih perlu mencari remisier utk membuka akaun CDS. Sifu saham bukan remisier juga tidak perlu bertanggungjawab kepada anda selepas habis kelas.
Oleh itu, ada kemungkinan mereka tiada support group untuk anda. Mereka juga tidak mempunyai access kepada maklumat-maklumat bernilai kecuali apa yang mereka baca di suratkhabar dan blog-blog internet.
Namun, kelemahan utk mempunyai access kepada maklumat-maklumat bernilai ini boleh ditutup apabila anda sertai lebih banyak group-group perbincangan saham.
Dari segi knowledge dan skill, sama ada sifu saham remisier atau sifu saham bukan remisier, kedua-duanya sama saja kerana knowledge dan skill bergantung kepada effort masing-masing utk
menguasainya serta pengalaman. Namun, sifu saham remisier mempunyai kelebihan kerana mereka boleh melanjutkan pelajaran di dalam bidang ekuiti dengan tajaan.
⏳ KITA BELI BARANG BUKAN DENGAN DUIT, TETAPI DENGAN MASA
“The price of anything is the amount of life you exchange for it.” -Henry David Thoreau
Fuh... Selama ini kita duk ingat beli atau bayar sesuatu benda dengan wang ringgit. Tetapi sebenarnya kita bayar dengan masa kita.
Pernah layan movie In Time (2011), mengisahkan tentang masa. Daripada menggunakan wang kertas, sistem ekonomi baru menggunakan masa sebagai ganti kepada mata wang. Setiap orang mempunyai jam di lengan mereka untuk mengetahui berapa lama mereka boleh bertahan untuk hidup.
Malah movie ini juga mempunyai bayangan bahawa orang kaya semakin kekal kekayaan sementara yang lain berusaha untuk keluar dari kesengsaraan hidup.
Apabila dilihat melalui konsep ini, kita akan lebih menghargai masa yang ada. Maka betullah pepatah mengatakan “MASA ITU EMAS”.
Admin agak terkejut kerana menerima banyak reaksi daripada sharing tentang elliot wave hack. Beberapa orang pm Admin utk menyampaikan soalan-soalan mereka 😊
Contohnya,peniaga A jual air soya dengan modal RM 500, kawannya B keluarkan RM 500. Jadi, dalam bisnes ini, sahamnya menjadi 50%.
Bisnes berkembang, peniaga A pun pergi bank minta pembiayaan, Bank luluskan - dapat buka kilang.
Bisnes terus berkembang. A pergi bank. Bank kata, “Kalau bank nak bagi duit boleh, tapi kos pembiayan sekarang agak tinggi. Cara lebih murah adalah jual saham syarikat encik kepada orang awam untuk tambah modal.”
Mereka setuju. 50% dari saham peniaga A dan rakannya B tadi dijual kepada orang ramai. 100,000 unit saham baru akan dijual. Namanya saham terbitan awam atau initial public offering (IPO).
Bagi yang muslim, anda pasti faham Imam Syafie ialah seorang guru dan ulama yang sangat tegas, penuh disiplin dan sangat berhati-hati dalam menjaga ilmu dan ibadah.
Malah Mazhab Syafie yang didirikan dari ajarannya juga merupakan antara mazhab yang paling ketat di antara 4 mazhab utama dalam Islam sehingga dikatakan orang-orang muslim dari Mazhab Hambali dan Maliki tidak mampu mengikuti Mazhab Syafie.
Ini menyebabkan mereka hormat kepada sesiapa yang mengikuti ajaran Imam Syafie.
Begitu berhati-hatinya Imam Syafie sehingga beliau tidak membenarkan istihsan kecuali dalam keadaan yang sangat memerlukan istihsan.
🤒TIPS-TIPS UNTUK MENCARI CANDLESTICK REVERSAL PATTERN YANG BAKAL MENGUBAH PRICE TREND.
Pada sharing lepas, kita ada bincangkan ttg bukan semua candlestick reversal pattern berbaloi utk diberi perhatian, ada waktunya candlestick reversal pattern muncul boleh abaikan begitu saja.
Anda Boleh rujuk semula perbincangan yang lepas dengan link di bawah.
Untuk sharing kali ini, Admin akan share apakah petanda-petanda penting yang menunjukkan candlestick reversal pattern yang bakal membawa kepada perubahan trend price.
Distribution chart di bawah ni sebenarnya nak menunjukkan kenapa orang yang success, success.
Hasil kajian mendapati, kejayaan seseorang mempunyai hubungkait dgn stress yang dihadapinya. Betullah tu sbb stress datang dari halangan dan halangan ialah sesuatu yang perlu dilepasi utk mencapai kejayaan.
Jika anda langsung tak stress, anda akan dilanda kebosanan - performance anda tak optimal. Jika anda tersangat stress pula, anda akan dilanda kebimbangan dan akhirnya mental breakdown - performance anda tak optimal.