Kenyataan Akhbar KKM Situasi Semasa Jangkitan COVID-19, 6 Oktober 2020.
- 87 kes sembuh
-691 kes baharu ( kes tertinggi dilaporkan dalam kluster Tembok; 394)
-4 kes kematian
-2 kluster baharu
-Pertambahan kapasiti hospital dan makmal di Malaysia
-5 saringan petugas kesihatan
-4 saringan masuk kerja
SELANGOR-39
-17 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi
-11 dari kluster Jalan Meru
-9 saringan kontak rapat (1 BWN)
-1 kluster Embun
-1 import BWN tiba dari Filipina
PERAK-8
-7 kluster Batu (Kluster Baharu)
-1 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi
N.SEMBILAN-7
-7 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi
JOHOR-6
-3 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi
-3 kluster Jalan Meru
Kluster Pengerang. Kes indeks (iaitu kes ke-1508) telah mula
mengalami gejala pada 12 Mac 2020. Beliau telah dirawat di
sebuah klinik swasta pada 16 Mac 2020 dan disyaki sebagai
menghidap Demam Denggi.
Pada keesokan hari, beliau telah
merentas beberapa buah negeri
untuk mengunjungi sanak saudara di sekitar Selangor sebelum pulang ke Pengerang pada 18 Mac. Beliau dimasukkan HSA dan disahkan positif 22 Mac.
Setakat 22 April 2020, kluster ini melibatkan sebanyak 15 kes
positif COVID-19 iaitu 10 orang rakan sekerja dan 5 orang ahli
keluarga kes indeks, termasuk ibu beliau yang berusia 79 tahun dan anak perempuan berusia 10 tahun.
Sebanyak tujuh kes daripada kluster ini masih di dalam rawatan manakala 8 kes lagi telah pulih sepenuhnya dan dibenarkan discaj.
KKM telah mengesan sejumlah kes positif #COVID19 yang melibatkan rakyat #Malaysia yang baru pulang dari
luar negara.
Perkara ini telah dijangka, memandangkan lebih
daripada 180 buah negara di seluruh dunia telah terkesan akibat pandemik COVID-19.
Justeru, tindakan mewajibkan semua rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara untuk ditempatkan di stesen kuarantin di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah bertepatan.
Dalam tempoh 2 minggu sejak 3 April 2020, seramai 12,160 rakyat Malaysia yang pulang dari luar
negara telah dikuarantinkan.
Daripada jumlah tersebut, setakat ini 7,910 individu telah disampel di mana 95 kes positif COVID-19 dikesan (iaitu 1.20%)
Tindakan proaktif ini telah menyaksikan peningkatan
jumlah kes yang dilaporkan di negeri mereka dikuarantinkan.